Monday, February 25, 2008

roti canai dan susu pekat manis

pagi tadi saya breakfast dengan roti canai yang di'siram' dengan susu pekat manis. yer.. susu pekat manis. salah satu bahan makanan yang saya tak peduli andai harganya naik atau pun disorok oleh pekedai-pekedai runcit seMalaysia hatta pekedai-pekedai runcit seluruh dunia sekalipun. tapi pagi ini, dengan sopannya saya menuangkan susu pekat manis ini di atas roti canai saya. tuang hingga seluruh roti canai saya dilitupi dengan susu pekat manis. dan saya mula menikmati roti canai banjir susu itu dengan penuh berselera. perasan dengan lirikan bonda. mesti dia pelik kenapa tin susu itu berada di atas meja. dan bertambah pelik bila saya yang sememangnya tak suka makanan manis boleh makan roti canai dengan susu pagi-pagi.

tapi.. sampai saja di office, saya terpaksa minum bergelas-gelas air kosong. rasa manis susu itu seolah-olah melekat di tekak dan tak mahu hilang. urghh..

7 comments:

pitt said...

ermmm saya tak pernah makan roti canai begini.. tak manis sangat ke? roti canai paling saya suka dengan kuah kari.. tapi jangan kuah kari ikan.. sebab pernah saya di pantai timur ada satu warong yang saya pergi dia orang makan roti canai dengan kari ikan kemudian taruk gula pasir lagi dalam kuah... memang disetiap meja dia orang sediakan gula pasir.. pemanis betul...

Azhar Ahmad said...

Hadoihhh, saya dah lama tak makan roti canai... kolesterol tinggi sangat...

rena said...

pitt..
seingat saya, ini pun kali pertama saya makan roti canai dengan susu manis. btw, di kelantan mmg kebanyakan makanannya manis-manis. dan itu menjawab kenapa org-org kelantan semuanya manis-manis. macam saya. ngee!!

salam kenal utk kamu :)

azhar ahmad..
baru ingat nak ajak mkn roti canai n minum teh tarik :P

- G O R O - said...

LAin padang lain belalang.

Kg padang balang betul ar.

mat jan said...

org kelantan mende kalau lansung tak makan kuih manis.. nasi kerabu pun tak makan..

huh!!

Shani said...

Saya pun suka makan roti canai dgn susu pekat manis :)

Tapi selepas boss berceramah tentang menjaga makanan untuk kesihatan, jadi saya terpaksa mengurangkan habit tersebut, nanti dia marah lagi. (Ni kes boss saja yang bawa saya makan roti canai, org lain asyik ajak saya bernasi lemak :p)

rena said...

jan..
yer.. yer.. aku orang kelantan yang tak suka manis n jarang makan nasi kerabu. sekian, terima kasih.

shani..
hey!! welcome dear..
nanti one day kita bfast sama2 yer.. x kirelah u nk mkn nasi lemak ke.. roti canai ke.. mcD ke..