Tuesday, February 12, 2008

empat

ok, kita tinggalkan sekejap cerita dewa dewi, tuan puteri dan pari-pari ini.
cerita tentang pai tdi. pagi-pagi sudah kena ‘ambush’. gara-gara tidur sedikit awal dari biasa, jam 4.30 pagi saya sudah terjaga. "isk, awalnya. kan bagus kalau tambah lagi satu jam." dan bila saya sudah terjaga, saya memang sudah tidak boleh tidur. puas dipejamkan mata. puas ditepuk bantal. lansung tiada hasil. kesudahannya, jam 4.45 pagi bilik saya sudah terang dengan lampu putih. tingkap pun sudah dibuka. sengaja saya biarkan angin sejuk masuk ke dalam bilik. selalu saya begini. andai terlalu letih di waktu siang, malamnya saya akan tidur awal. dan bila saya tidur awal, genap 6 jam saya tidur, pasti saya akan bangun.
bila sudah tak boleh tidur, saya mula mencari-cari kerja. mula-mula saya main game zuma. game tembak bola kaler-kaler kata haiqal. tapi bosanlah. skrin telefon ini kecil. keypad juga sudah kurang sensitive. saya buka mp3. hanya menekan secara rawak. lagu unintended – muse yang keluar. ini antara lagu yang saya sering dengar sewaktu tahun akhir universiti dulu. waktu keseorangan di makmal grid computing menyiapkan projek tahun akhir, saya suka menyanyi lagu ini kuat-kuat, terutamanya part chorus. hahaha.. memang teruk suara saya. sebab itu saya pastikan yang hanya tinggal saya seorang dalam makmal itu sebelum saya mulakan nyanyian sumbang saya ini. tolak tepi apa maksud tersirat liriknya itu, yang saya tahu gabungan suara serak-serak matthew beserta dengan muzik yang berkelajuan perlahan itu cukup mengujakan untuk saya melalak seawal pagi. projek tahun akhir saya tidaklah terlalu rumit. tapi bila digabungkan dengan penyelia saya yang rata-rata digelar ‘maharani’ oleh teman-teman saya, saya sedikit tertekan. setiap dua minggu pasti ada modul baru yang perlu ditambah ke dalam sistem itu. dan semua itu harus disiapkan dalam masa dua minggu. sudah la saya keseorangan, rakan-rakan lain semuanya buat secara berkumpulan. kalau tidak berdua, bertiga. teman saya.. awal-awal lagi sudah cabut. sudahla cabut sorang-sorang. kan bagus andai diajaknya saya bersama. meskipun bukanlah untuk berlari seiringan sambil berpegangan tangan, paling kurang saya tahu yang saya tak ditinggal keseorangan. untuk satu tahun saya survive dalam makmal grid computing itu. hanya saya seorang saja gadis melayu. kadang-kadang membosankan kerana tak punya teman untuk berbual. tapi kadang-kadang bagus juga kerana saya boleh lebih focus pada kerja saya. waktu viva. sedikit teruk bila projek saya dikritik oleh maharani. sekecil-kecil perihal tarikh yang tidak seragam juga dikomennya. dan yang kelakarnya, pensyarah penilai pula yang menyebelahi saya. hmm.. betul-betul terasa seperti dianaktirikan. tapi tak mengapa, bersyukur sekurang-kurangnya dia luluskan saya. walaupun dengan gred yang cukup-cukup saja, tak mengapa lah, saya belajar banyak benda dari projek tahun akhir itu.

itu cerita hampir 4 tahun lalu. dan lagu unintended ini masih lagi kedengaran hingga hari ini.
maka, apa yang saya tinggalkan sejak 4 tahun lalu?
hmm..

14 comments:

crunchyahcock said...

4 Tahun lalu..... cik na masih blum tahu dan kenal kengkawan blog yg kebanyakkan biol dan x berape btol!!!! (kesan penin 4 tahun lalu masih membuatkan rena blur sampai sekarang....)

Azhar Ahmad said...

bijik mata saya berlari-lari... mak aihhh takde perenggan!

nelly berry said...

crite pasal final year.

teringat saat buat projek dgn penyelia yg 'high-class'.

slalu risau time perjumpaan dengan penyelia!

smpai sekarang trauma pasal final porjek!

oh...itu pun 4 tahun dulu

mat jan said...

empat taun dulu..
rena masih comot.
suka main kejar-kejar sampai kotor satu badan.lps tu aku yang kena mandikan dia.

eh, silap..
ini pasal kucing aku.. nama comot.

tp rena pun comot jugak dulu. tp dia pndai mandi sndiri

hahaha

Pegawai Khalwat said...

Oi, buat perenggan la.

Zuma kat henfon? Sedihnya.

Main la kat pc. Aku main dah sampai level bawah tanah dah, kesemua 9 level kat temple tu dah diselesai.

rena said...

crunchyahcock..
eleh.. ckp org blur. padahal dia pun sama.. hahahah

azhar..
saje bg kamu exercise mata. hihihi

nelle berry..
dan sekarang.. kita dah mampu tersenyum bila budak2 final year bercerita psl final year pjct diorang.
"been there, done that"3

jan..
weit, aku comot pun suka ati aku la..
sibuk betul!!

pegawai khalwat..
baik cikgu!!!

bintang hati said...

emm..kamu buat SAYA senyum sendirian mengenang kenangan final projek diploma di POLISAS...huhuhu..
(tak suker final prohjek itu...!!)

ehh..lucu la komen mat jan..hehehe.. =p

bintang hati said...

emm..kamu buat SAYA senyum sendirian mengenang kenangan final projek diploma di POLISAS...huhuhu..
(tak suker final prohjek itu...!!)

ehh..lucu la komen mat jan..hehehe.. =p

crunchyahcock said...

-syabas buat mat jan kerana berjaya buat rena post komen dlm keadaan yg bley di kontrol..huhuhu
-syabas buat rena kerana tlah hilang sabar sebentar.

happy valentine my dear...

Aan Andes said...

Pasal lagu Unintended ni, teringat kat Jeril. Dia pun suka lagu ni giler2. Anyway, it is a nice song.

rena said...

bintang hati..
suka bila kamu senyum
ngee!!!

crunchyahcock..
ooo.. dah puas-puas perli baru nak wish valentine
huh!! u ni betul la reindeer..

aan..
ha!! ha!!! ingat kat sape tu!! haipp!!

extra coment untuk mat jan..
jangan ingat ko boleh bersronok-sronok baca komen diorang yg duk puji ko tuh..

ringgit mesia lagi tinggi tau dr rupiah tau!!!

G O R O said...

4 tahun dulu;

Saya Alhamdulillah SIhat.

-Sigh-

Wira Nordin said...

salam
kamu sihat?
lama x melawat kamu

rena said...

g o r o
saya ttp doakan kamu sihat :)

wira nordin..
saya sihat
dan membesar bagai johan
yeay!!