Tuesday, January 29, 2008

untuk dia

untuk kawan saya yang baca blog ini berulang-ulang kali dan bertanya "bila lagi nak update blog?" padahal baru saja semalam saya update blog ini..

kita pernah lihat hujan sambil bibir mengukir senyum kerana kita tahu akan hadirnya pelangi selepas itu. kita pernah sama-sama mengetap bibir manahan marah kerana hujan menghalang segala rancangan seronok-seronok kita. kita pernah bergelak ketawa keseronokan sambil menahan kesejukan tatkala berlari-lari riang dalam hujan. dan juga kita pernah sama-sama demam kerana hujan.

suka duka hujan.. kita rasa sama-sama
suka duka hidup.. jangan pendam sorang-sorang

lepas hujan.. nanti ada pelangi. nanti ada cendawan comel-comel. itu kan bagus??

~waktu saya taip entri ini, hujan tengah lebat.

9 comments:

Aan Andes said...

Hujan pun dah sampai bricfields time ni and everything still not going to normal. Silence ;(

Anyway thanx for being there for me.

ps: Kalau cendawan tu sedap takpelah jugak. Takut2 ada racun. Menakutkan bukan? (ahaha..tiba2 me cakap mcm Rena :P)

Azhar Ahmad said...

analogi kamu tentang hujan amt indah.

rena said...

andes..
my pleasure dear
hey.. saper suruh makan cendawan tu? buat main masak-masak dah la
:p
sabar ok.. everything will be fine. insyaallah..

azhar..
terima kasih.
ngee!!!

mat jan said...

hahaha..
dulu ko penah basah kuyup kan sbb main ujan kat matriks dulu?

miss_tree said...

cendawan yang cumel-cumel..
yang kaler merah berbintik-bintik putih..
ehhh..mcm tgh tgk teletubbies plak..
hahahahhaha..

kat sini panas membahang..
dahaga...~

m i n e r a l . . . said...

sy biasa baca tulisan seperti itu, tp hakikatnya sy dibandar besar ini, tiada cendawan tumbuh selepas hujan, jarang ade pelangi terhasil selepas hujan, biasa main hujan waktu kecil, tp bila besar tak ingin ditimpa hujan, kerana akibat air hujan yg telah bercampur asid menjadikan kulit sy sgt gatal[alergik]... biasa tertangguh perjalanan kerana hujn, dan sll bersyukur bila hujn, tak la panas sgt bandar ini....

err cendawan comel itu mungkin bole diganti dgn kulat2 yg bakal menghijaukan habitatnya :)

myfisol said...

seems that awak suka hujan...begitu jugak saya

bintang hati said...

dalam perjalanan pulang dari Kuantan semalam, hujan lebat..

emm..SAYA teringatkn kamu... :-)

rena said...

jan..
kalau dah kena hujan. mestila basah kuyup. itupun nk tanya ke?

miss_tree..
teletubbies yang comel2..
hihihi..

mineral..
kita berkongsi awan hujan yang sama.. ;)

myfisol..
hmm.. saya suka hujan. ngee!!!

bintang hati..
ingatkan saya?? ngee!!!