Tuesday, January 08, 2008

entri pertama 2008

sejak awal tahun saya merencana setiap ayat dan menyusun setiap kata. lamanya masa yang saya ambil hingga mencecah minggu kedua tahun baru. tapi hasilnya tetap tiada. blog ini tetap tak diupdate. itu sama macam hidup bukan? kadang-kadang andai terlalu merencana setiap langkah. terlalu lama menyusun setiap gerak. boleh jadi semuanya terlepas. tak ada rezeki.

maka tahun ini, doa saya agar semua yang saya rancangkan mahupun yang saya tak rancangkan tapi tetap juga hadir untuk saya tangani, berjalan dengan lancar. semoga setiap langkah saya direstui oleh kedua orang tua saya. dan andai langkah saya tersilap, semoga saya cepat-cepat tersedar dan berhenti melangkah untuk seketika. sebelum saya berfikir dan memulakan langkah menuju arah yang baru.

sejak tahun lepas, banyak perkara yang saya rancangkan untuk tahun ini. yang terbaru, datang tanpa diduga seawal awal tahun. tapi tetap perlu saya rancangkan sebaik dan serapi mungkin. sedikit memeranjatkan. menyentap dan menggetarkan setiap sel dalam badan saya. tapi sedikit sebanyak terselit sedikit keterujaan. doakan saya semoga semuanya berjalan lancar. amiin..

selamat tahun baru untuk kamu semua. selamat menetapkan azam untuk tahun ini. selamat melaksanakan azam. azm saya tahun lepas? Alhamdulillah, hampir semuanya tercapai. meskipun saya tahu yang saya boleh buat lebih lagi tapi sekurang-kurangnya ‘I hit the target’. okey, itu salah satu alasan kenapa saya describe kan 2007 saya itu sebagai SUPERB.
sebab-sebab lain?

banyak.. bila saya tersenyum manis waktu mendapat panggilan tawaran kerja di TIME. hari saya ditemani ayahanda ke jpj menukar lessen penuh. saat-saat riang saya dengan andes, shani dan mielia. waktu saya merasa indahnya saat pagi walaupun hanya dengan ice cream soda dan juga suara ezad exist. waktu saya potong rambut sependek mungkin dan besiar-siar di petaling street pada waktu makan tengahari. tentang saya yang tiba-tiba crush pada abang bomba yang kacak dengan sut kalis apinya. itu belum lagi dikira dengan seronoknya saya saat dipimpin ayahanda melintas jalan seperti waktu kecil-kecil dulu dan waktu berebut remote control dengan hero kecil yang kini sudah bersekolah tadika itu. okey, itu semua antara alasan superb nya 2007 saya.

tapi juga ada kontranya. tipu andai saya katakan bahawa tiada yang menyedihkan dalam 2007 saya. air mata saya pernah menitis. hati saya disakiti. jiwa saya pernah kacau. hati saya menangis tika mambaca surat alina untuk sukab yang malang. saya bersedih dengan kehilangan hadifaza dan hanya troy yang mengingatkan saya pada dia. saya merindu pada dia yang jauh dan memarahi diri saya kerana masih belum immune dengan dia. saya membenci lantas menyumpah dia supaya menjadi bintang di langit dia selepas apa yang dia lakukan pada saya. tapi semua itu buat saya semakin matang. buat saya semakin faham tentang dunia. buat saya semakin kuat untuk berhadapan dengan perkara-perkara lain. mengajar saya bersabar dan terus bersabar. itu pelajaran yang baik meskipun sedikit perit.

saya belajar banyak perkara dalam 2007. yang manis. yang pahit. yang menyeronokkan. yang menyedihkan. saya tinggalkan 2007 dengan seribu satu cerita suka duka yang kadang-kadang saya sendiri tak terjangka untuk ianya terjadi. tapi saya bersykur, sekurang-kurangnya saya masih lagi diberi nikmat untuk merasai kehangatan 2008. okey, selepas ini kita tambahkan entri dalam blog ini dengan cerita-cerita 2008 pula. ngee!!!

6 comments:

Pegawai Khalwat said...

Ya... memang la hang jarang hapdet.

Tapi sekali hang hapdet, berjela.

Azhar Ahmad said...

Oh oh, rindu sungguh dengan tulisan kamu...

rena said...

pegawai khalwat..
dah tu.. time keje duk ngadap nombor jer..
sekali dapat ngadap huruf, terus lupa diri..

azhar ahmad..
;)

jinggo said...

ada jugak yg datang mengejut....
tegejut cam mana tu.......
;:-)

bintang hati said...

ya..
SAYA suker membaca "semangat" kamu..bagus sekali..

berfikiran positif yaa..SAYA juga..

p/s: SAYA suka bab "abang bomba kacak" tu..heehehehe...

rena said...

jinggo..
haaiiipppp!!! diam-diam. nanti sampai masa saya buat pengisytiharan..

bintang hati..
hihihi.. semoga kamu pun bersemangat untuk 2008 ini