Wednesday, December 31, 2008

1 1 4

entri terakhir untuk tahun 2008. sedih? ah, tak perlu. ini bukan entri terakhir blog ini. cuma entri terakhir untuk tahun ini. minggu depan, saya update lagi. ramai dah mula bertanya apa azam tahun depan. soalan lazim kan? hmm.. apa yang harus saya jawab? saya sendiri pun belum tetapkan betul-betul apa azam saya tahun hadapan. tapi, secara bergurau saya suka bagi jawapan "tahun ni saya berazam nak kumpul anak sedara seramai mungkin" (saya dah kena cubit gara-gara bagi jawapan ini pada akak tea lady office saya) tapi saya suka soalan dia dua minggu lepas. tak perlu tunggu tahun baru, dia tanya saya waktu malam hari lahir saya "apa yang awak dah buat sepanjang tahun ni?" soalan pendek yang menjana untuk saya berfikir tentang sepanjang tahun 2008 ini tentang apa yang baik, apa yang kurang baik, apa yang jahat, apa yang tak betul dan apa yang tak patut saya lakukan. banyak sebenarnya. dan saya rasa sebelum saya fikir apa azam saya tahun hadapan, baik saya patah balik dan fikir apa yang saya dah buat sepanjang tahun ini. ok, paling dekat.. saya senaraikan apa yang saya buat hari ini:

tukar wallpaper pc saya. kini skrin monitor saya ada gambar ratusan i-pod berwarna warni yang disusun cantik dan membentuk imej berbentuk hati.

berjaya menghabiskan 2 tumbler besar air kosong. saya kini kembali obses dengan air kosong yang bergelen-gelen. semuanya selepas che amid spray tayar viva merah saya dengan air paip bertekanan tinggi dan hasilnya, tayar saya cuci sangat-sangat. maka, mengaplikasikan teori air yang banyak mampu mencuci dengan baik maka itulah sebab saya minum air kosong banyak-banyak dengan tujuan mencuci usus saya hingga bersih. ngee!!

saya makan nasi lemak di cafe dengan sambal yang banyak dan sedap. sudah berbulan-bulan saya ‘banned’ nasi lemak cafĂ© ini kerana sambalnya penuh dengan biji-biji lada yang besar-besar. (yer, saya sayang appendik saya. kamu juga, sila sayangi appendiks anda.) tapi hari ini sambalnya lansung tiada biji-biji lada yang teramat tidak cantik itu. hmm, akhirnya akak yang buat sambal tu dengar isi hati saya. *wink

saya hanya bermain-main di pejabat hari ini. lansung tak berjaya mengakses Time Billing System dan ini membuatkan saya seumpama terputus hubungan dengan semua akaun-akaun customer. maka semua panggilan telefon dari pihak bank mahupun sebarang enquiry dari customer service terpaksa saya abaikan sepenuh hati. saya perlu tunggu tuan putera dari ITD untuk datang dan menyelamatkan TBS saya dahulu. "encik putera, bila nak datang ni???"


penatlah.. boleh tak saya berhenti disini? tahun depan kita jumpa lagi. Selamat Tahun Baru!!!


Tuesday, December 30, 2008

tergoda dan memikat hati

antara sebab saya suka kerja di waktu orang lain bercuti ialah saya boleh extra fokus pada kerja-kerja saya. hasilnya, jam 4.30 saya berjaya menyiapkan report bulanan saya. itupun setelah saya mencuri dua jam pada tengahari tadi ke berjaya Times Square atas alasan mencuci mata dan terapi jiwa. dan lebihan sejam sebelum balik ini saya peruntukkan untuk menambah entri baru dalam blog ini.

ini entri saya yang ke 113 untuk tahun ini. saya tidak berjaya mengalahkan bilangan entri tahun lepas iaitu sebanyak 130. hmm.. kurang 17 entri. ini bukan petanda yang saya makin malas berblog, tapi ini tanda yang saya semakin sibuk dengan kerja-kerja pejabat tapi saya masih lagi gigih untuk mengupdate blog ini. (hehe, ini ayat penyedap hati sebenarnya) kalau saya sempat update satu lagi entry esok hari, maka saya ada 114 entri untuk tahun 2008.

tadi di TS saya jumpa satu snickers yang cantik. aduhai.. kalau bukan kerana t-shirt merah dia, confirm saya beli snickers itu. betul-betul memikat hati. meskipun saya tahu saya akan nampak tak tinggi dengan snickers itu, tapi saya rasa kaki saya begitu serasi dengan dia. warnanya sesuai dengan tone warna kulit, cutting dia sesuai dengan kaki saya dan bila disarung dengan jeans (yer, saya pakai jeans datang office hari ini), saya rasa cantik bangat. huhuhu.. terpaksa tunggu gaji bulan depan. ataupun... balik nanti saya mahu senaraikan siapa lagi yang belum berikan saya hadiah hari lahir. hehehehe.. *evil grin

Wednesday, December 24, 2008

the 3 musketeers untuk adik saya

saya hanya mahu pesan ini untuk adik lelaki saya yang seorang itu..

"jangan risau. the three musketeers akan terus menyokong kamu sampai bila-bila. dan kamu boleh berangan yang kamu itu d'Artagnan. one for all and all for one!!!"


oleh itu, sila pulang ke KL dengan segera dan jangan lupa bawa pulang sekali baju Padini belang-belang saya yang baru itu. yeay!!!

Tuesday, December 23, 2008

perasaan itu

meskipun saya kini sudah punya sebiji viva merah yang saya kira sudah cukup baik sebagai kenderaan berbumbung untuk saya berulang alik dari rumah ke pejabat (dan juga untuk segala acara-acara sosial saya), saya masih ingat cerita-cerita waktu saya membonceng motor ayahanda untuk ke stesen lrt. saya ingat bagaimana takutnya saya bila spring motor itu tiba-tiba patah (bukan saya yang berat ok!! tapi spring itu mmg dah lama tapi masih tak ditukar-tukar), saya ingat bagaimana saya dan ayahanda terpaksa berpatah balik bila hujan lebat di tengah jalan. saya masih ingat bila lutut kanan saya lebam kerana dilanggar kereta yang membelok tanpa signal. saya masih ingat lagi pedihnya kaki saya bila terkena ekzos motor hingga meninggalkan parut sebesar bola ping pong di betis. saya ingat lagi yang kadang-kadang saya sedikit berani membawa motor dan ayahanda membonceng di belakang. tapi itu hanya di dalam kawasan rumah. sampai saja di simpang keluar, ayahanda pasti suruh saya berhenti dan duduk di belakang diam-diam.

saya ingat semua cerita dan kisah tentang motor itu. semua cerita dan kisah yang hadirnya seiring dengan satu perasaan..

perasaan itu..

.. yang saya rasakan sekarang. bukan untuk motor ayahanda, tapi untuk dia.


bukan saya tidak bersyukur dengan viva merah saya. tapi mana boleh untuk saya melihat motor ayahanda itu dengan hanya pandangan kosong tanpa sebarang perasaan. sepertimana saya ingatkan dia tanpa sebarang kenangan dan perasaan...

perasaan itu..

Monday, December 22, 2008

syampu untuk beruang gothic saya

katil saya semakin sempit bila saya dapat seekor anak beruang coklat. comel? hmm.. boleh la. mata dia bulat, besar dan berwarna hitam pekat tapi sedikit terselindung disebalik bulunya yang tebal. saya panggil ‘anak beruang gothic’. tapi saya rasa.. beruang gothic ni tak cukup vitamin dan protein. sebab bulu-bulunya selalu sangat gugur. dan hari pertama anak beruang ini berada di dalam bilik saya, saya tak henti-henti bersin dan gatal-gatal hidung. lansung tak selesa untuk tidur. saya kira, saya perlu beli syampu anti-hair fall untuk beruang gothic ini.

Friday, December 19, 2008

percaya

makan tengahari hari ini meriah. saya makan pasta carbonara, salad, chicken wing, cheese baked meatball dan juga mushroom soup. banyak kan?

tapi percaya tak..

saya rasa perut saya masih lagi ada kosong dan boleh diisi dengan makanan-makanan lain bila-bila masa.

hmmm, sila percaya..

saya sememangnya makan banyak. ngee!!!

Thursday, December 18, 2008

365 hari

dalam 365 hari dalam setahun, ada hari isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu and ahad.
so, sama juga dengan hidup. ada happy and sedih. berulang kali.
saya tak suka. tapi saya juga tak suka untuk berbuat apa-apa.
ah, merepek!!

Wednesday, December 17, 2008

17 dec 2008

hari ni hari matematik sedunia.

Tuesday, December 16, 2008

stella, its done!!

tag yang saya janjikan awal pagi tadi.

  • hari ini 16 dec 2008 ialah hari lahir kakak saya
  • saya hadiahkan body scrub untuk kakak saya sempena hari lahir dia tahun lepas
  • hari lahir saya tahun ini jatuh pada hari rabu
  • hari ni saya pakai high heels 4 inci. terus saya jadi tinggi. ngee!!
  • saya mahukan sport rim kereta warna merah dan hitam sebagai hadiah hari lahir saya tahun ini.
  • kad birthday favourite saya tahun lepas is a handmade card given by suri.
  • surprised birthday party? once. masa saya di matrikulasi. eh tak, twice. dua-dua masa saya student
  • saya kongsi birthday dengan kakak saya dan juga haiqal. (kongsi bulan sebenarnya)
  • lagu tema birthday saya tahun ini mestila lagu Happy Birthday
  • makanan special sempena hari lahir saya. hmm.. teringin nk makan sushi.
  • apa saya buat pada hari lahir saya tahun lepas. tengok Golden Compas
  • apa yang saya rancang untuk hari lahir saya tahun ini. saya nak pegi pet shop.
  • birthday saya 5 tahun yang lepas, saya dapat satu lilin yang besar berwarna pink dan berbau sangat wangi
  • 5 hadiah yang pernah saya dapat. Cincin Swatch Bjoux , 1000 pieces Jigsaw Puzzle, Bookmark, CD
  • pernah dapat hadiah yang sama dari orang yang sama setiap tahun? selalu. from citra. tiap-tiap tahun dia akan hadiahkan saya calendar company dia.
  • hadiah untuk diri sendiri? Starbucks 2009 Planner
  • any cake? White Chocolate Macademia from Secret Recipe
  • perasaan sekarang? normal
  • selalunya pada hari lahir saya, saya akan bercuti tapi tahun ni saya kena kerja
  • any comment pasal tag ni? saya jawab tag ini dengan penuh rasa keterpaksaan sebab stella dah dua kali remind saya untuk jawab tag ini

sekian, terima kasih

entri bersebab

ada 3 sebab kenapa saya update blog pagi-pagi hari ini.

1. sebab saya sampai awal di office. dan sepanjang 20 minit perjalanan itu saya disajikan dengan lagu-lagu yang best (hinggakan saya tak perlu tukar mana-mana siaran radio lain untuk mendengar lagu-lagu yang best)

2. sebab semalam satu hari saya 'down'. alasan: huhu, malu nak cakap. kamu baca saja apa yg saya tulis di bawah ni.
entri ini saya tuliskan pada 15 dec 2008. tapi sengaja saya tak uploadkan. sebab saya tak mahu saya lebih teremosi dengannya. saya terpaksa melawan kesedihan dan memujuk hati. saya tahu saya tak patut rasa sebegini. saya bukan tak dengar nasihat dia yang memujuk saya untuk bersabar dan jangan menyeksa diri. tapi saya juga manusia yang tak sempurna. saya juga penat bila terpaksa menjaga hati si A supaya hati si B juga terjaga sedangkan hati saya seperti tiada siapa yang jaga. (saya rasa..) saya betul-betul benci dengan perasaan ini. tapi saya hanya biarkan saja dia bermaharajalela..

ok, enuff untuk perasaan yang 'jahat' itu. semalam setelah disaiko dengan penuh konsentrasi oleh dia dan dicampur pula dengan ayat-ayat reverse psikologi (juga dari dia), hari ini saya dah ok. saya sudah mula merasa lapar dan teringin untuk makan twiggies dan aiskrim tropicana. 'i am completely ok'. (ini ayat pertama yang saya sms dia pagi tadi. not a good morning wish as usual)

3. and last but not least.. hari ini birthday cik dyan. diulangi BIRTHDAY CIK DYAN!!! semalam bercadang mahu menunggu jam 12 malam untuk wish dia. tapi jam 10.30 malam saya sudah tutup lampu bilik. hehehe, ampun yer wak. tapi perkara pertama yang saya buat hari ini sebaik saja bangun dari tidur ialah hantar sms untuk dia mengucapkan selamat hari lahir. wak, esok turn saya tau!! dan sempena hari ini birthday cik dyan, saya datang office hari ini dengan memakai blouse warna pink beserta cardigan yang juga kaler pink. sebenarnya ini blouse jalan-jalan tapi hari ni mood saya seperti bukan mahu datang kerja, tapi mahu jalan-jalan di tempat kerja. ngee!!

n untuk cik dyan a.k.a kakak saya, Selamat Hari Lahir yang ke ?? semoga dipanjangkan umur untuk lebih beribadat dan dimurahkan rezeki untuk lebih bersedekah. semoga dilimpahi rahmatNya dalam kehidupan sebagai seorang hambaNya, sebagai seorang anak, sebagai seorang isteri, sebagai seorang ibu, sebagai seorang kakak dan sebagai seorang kawan, semoga diberkati dalam segala setiap perkara yang awak lakukan dan semoga dimakbulkan setiap doa yang awak pohonkan dariNya. amiin..

saya kena tag. dan harus buat pada hari ini juga. nantlah, petang-petang sikit saya buat.

Monday, December 15, 2008

cerita cinta suri dan zailan

"malam tu aku mimpi. ada 4 orang jahat kejar aku. aku punyalah lari kuat-kuat tapi diorang pun lari kuat jugak. lepas tu sorang tu dapat tangkap tangan aku. aku rentap, lepas. n then aku lari lagi. tapi aku tak perasan yang dua orang orang jahat tu lari dari arah kiri n kanan aku. dua-dua pegang tangan kanan n tangan kiri aku. kuat wei, aku lansung tak blh nk lepas. lepas tu datang lagi dua orang org jahat tu. lepas tu diorang gelak-gelak tgk aku. aku try nak lepas, tapi lagi kuat diorang pegang. aku takut giler wei. tapi aku tak nangis. aku duk doa biar ada orang datang selamatkan aku. lepas tu aku dengar sumthing. aku tak tau bunyi apa. tapi bunyi tu buat semua org jahat tu terkejut n tercengang-cengang. masa diorang tgh carik-carik bunyi tu, aku rentap tangan aku kuat-kuat.. n lepas tu aku terjaga. lepas tu baru aku perasan, bunyi yang aku dengar dalam mimpi tu sebenarnya bunyi handphone aku. and orang yang call aku pukul 4 pagi tu is zailan"

cerita suri malam tadi. penjelasan panjang lebar macam mana dia akhirnya memilih untuk jadi teman hidup zailan. sedangkan dahulu, zailan itu ialah manusia yang paling dia tak suka, meluat, menyampah dan segala macam perkataan yang sewaktu dengannya.

sebelum saya sempat bersuara, dia sempat menambah

"aku tau mesti ko kutuk aku kan. sebab dulu aku punyalah benci kan si zailan ni, tp alih-alih aku kawin dgn dia. tapi kan, lepas sedar dari mimpi tu aku betul-betul rasa selamat. aku rasa Tuhan dah selamatkan aku dengan hantar zailan. n bila dengar suara zailan, aku rasa lega. aku betul-betul rasa yang Tuhan dah makbulkan doa aku selama ni."

suri dear, mana mungkin saya kutuk kamu. mana ada kawan kutuk kawan. (tapi saya tak janji yang saya tak akan gelakkkan kamu suatu hari nant *wink) in fact, i'm happy for you dear. and also, happy for zailan sebab saya rasa, doanya sejak beberapa tahun lepas akhirnya termakbul juga.

Saturday, December 13, 2008

entri ke 300 - gayan

dalam novel Hijjab Sang Pencinta, Sunan memanggil Haryani dengan panggilan 'puteri'. saya merasakan panggilan itu cantik, lembut dan sarat dengan emosi berkasih sayang. dulu gayan suka panggil saya 'tuan puteri' tapi dia sering ringkaskan tulisannya menjadi 'tun pteri'. apa kami sarat dengan emosi berkasih sayang waktu itu? oh, tidak sekali-kali. saya tahu itu hanya gurauan dia. sementelah saya yang paling muda di kalangan rakan-rakan pejabat waktu itu dan saya juga yang paling freshie, maka selalu juga saya meminta khidmat dia dalam segala hal. kerana itu, saya dipanggil ‘tuan puteri’ lagipun semua orang tahu gayan paling senang nak tolong orang. dia memang budak yang baik. tapi kadangkala gayan itu menggerunkan saya. ada waktunya, bila saya seronok-seronok bercerita dengan dia, dia akan pandang saya lama-lama dengan pandangan yang pelik hingga saya diam kerana takut. tapi selepas itu dia senyum, pandang ke tempat lain dan mula hisap rokok. saya selalu terharu bila saya ada bersama dia ketika dia merokok. dia akan ubah kedudukan agar saya di sebelah kirinya. kenapa? kerana asap rokok itu kebanyakannya dihembus ke sebelah kanan. waktu dia bercerita tentang jari kakinya yang putus sewaktu kemalangan jalanraya, saya tergelak besar. tapi suatu jumaat itu, bila saya terserempak dengannya sewaktu dia pulang dari solat masjid, mata sempat menjeling ke bawah. "huhuhu.. satu jari kakinya memang tak ada. tinggal separuh jer. " dan dia, seumpama tahu dimana jatuhnya pandangan mata saya waktu itu terus menegur "jangan tengok lama-lama. nanti jatuh cinta, aku tak tau" entah kenapa hari ini saya teringatkan kamu. mungkin sebab semalam menu nasi saya ada telur asin, itukan favourite kamu.

Friday, December 12, 2008

cerita pagi sejuk

pagi tu sejuk. itu hari kedua dia tumpang saya ke tempat kerja. sejak terpaksa menemankan makciknya (yang sekampung dengan saya) kerana pakciknya berkursus di luar negara, dia mengambil kesempatan ke atas saya. kejam. setiap pagi saya terpaksa membenarkan dia menaiki viva merah saya, terpaksa melayan dia berchit chat tentang hal ehwal dunia secara serius, terpaksa menghidu bau asap rokok Dunhill dia, dan banyak lagi keterpaksaan yang terpaksa saya relakan untuk dia. tapi saya sebenarnya tak kisah. dia tetap seorang kawan yang baik untuk saya. walaupun mulut dan jari laser dia tu kadang kala melampau-lampau, dia masih ingat untuk belikan saya Mopiko bila saya mengadu tentang muka saya berbintik-bintik seperti kena chicken pox padahal saya sebenarnya kena gigit nyamuk sahaja.
pagi yang sejuk itu, dia sudah siap menunggu saya di tepi jalan. bila dia masuk dalam kereta, dia mula sengih-sengih.

“ada sorang lagi nak tumpang kete ari ni”

belum sempat saya tanya, dia keluarkan sesuatu dari sling bag Braun Buffel dia. seekor anak kucing kaler oren. hello!!! beli beg mahal-mahal n then ko isi anak kucing dalam tu?????

“jumpa dpn rumah tadi. sibuk ngikut aku. aku ambik je lah”

dan dia mula bercerita itu ini tentang perancangan masa depannya untuk anak kucing oren tu. (dia namakan oreo) saya hanya mengangguk, bukan malas nak melayan, tapi saya yang drive ok.. kamu tak drive bolehla nak belek anak kucing. tgk mata dia kaler apa, tengok ekor dia brape inci, tengok hidung dia lembab ke tak. isk.. sampai di Shell, saya membelok masuk.
“isi minyak jap. tambah sorang penumpang ni kete aku dah berat. kena tekan minyak kuat sikit”

saya bergurau. saya ke kaunter, membayar. dia pula sudah menunggu di tepi pam. selesai. masuk dalam kereta, saya teruskan memandu seperti biasa. tapi sayup-sayup saya dengar suara oreo.

“mana anak kucing tadi? ko jangan, kan dia buat hal dalam kete sape nak basuh?”

“ala.. kalau dia buat hal pun, dia buat hal dalam beg jer”

saya jeling sling beg dia.. macam kosong jer. pelik. dia masih lagi dengan rokok. lansung tidak menghiraukan soalan saya tentang oreo. sampai di tempat dia mana dia harus turun, dia menunduk. mencapai sesuatu dikaki.

hmm, kenapa handbag saya ada kat bawah pulak?

“ni ha.. oreo kat sini.”

memang oreo di situ. di dalam handbag saya. (diulang : DALAM HANDBAG SAYA) siap berzip. hanya kepalanya saya yang terkeluar dari handbag saya.

** andai saya hidup di zaman kesultanan Melayu dulu, mesti ketua hulubalang tak memerlukan sebarang serumpit untuk mengumpulkan seluruh rakyat Melayu. jeritan saya waktu itu sudah cukup untuk menggearkan satu tanah Melayu.

dia hanya gelak besar. dia masukkan oreo dalam slig beg dia, meletakkan note rm10 dalam handbag saya. duit minyak, katanya. sebelum keluar sempat lagi mengacau,

“oreo, say goodbye to mummy. mummy baik kan sbb bagi oreo and papa tumpang hari ni.”
- cerita tentang komen mat jan dalam entry sebelum ini

Thursday, December 11, 2008

andes n the tag

Find a safe quiet place free of significant other, nosey meme makers, priests, nuns, all things religious and men in general.
semua orang busy dan lansung tak kisah dengan apa yg saya buat. so, work station saya memang memenuhi semua ciri-ciri di atas.


Take a photo of your handbag and the contents plus photos of your working cabinet and work station

Work station saya yang masih lagi tersusun kemas. lagi dua minit lepas entry ini diupload semua bertukar jadi Optimus Prime

Dump the content of your handbags in a pile.

Be brave and explain to your fellow bloggers what lurks inside the handbag

1. Pink wallet from Giamax
2. Nokia handphone for maxis number

3. Samsung handphone for celcom number
4. Kunci Viva Merah
5.Compact Powder
6.Thumb Drives
7. Lip Balm, Lipstick n Lip Gloss
8.Staff tag
9.Tissue
10. Card Putra LRT

What is the most important thing in you handbag?
mestila wallet. dalam tu ada ic, driving license, atm cards, ING card, credit card (yang masih belum dipulangkan pada tuan punya. ngee!!) a few name cards, a pic of me n bonda, rm notes and some coins

What is the most embarrasing thing in your handbag?
hmm.. nothing. semua normal saya rasa

What is the smallest thing in your handbag?
the two thumb drives. the white one i bought it at KLCC and another one i got from a Lucky Draw

Is there anything illegal in your handbag?
nope. saya seorang budak yang baik.

Tag other who might want to embarrass themselves.
sape-sape yang nak update blog tapi tak de idea, sila buat tag ini

Tuesday, December 09, 2008

permainan teka teki

kerja tapi dalam masih dalam mood raya. saya suka (dan senyum sorang-sorang) bila mendengar takbir raya di radio k.zela. saya rasa, saya lebih sukakan hari raya aidil adha kerana takbirnya sampai tiga hari. ngee!!
hmm.. sebenarnya, entri ini bukan tentang hari raya. entri ini sebenarnya entri sequel pada entry cik rebung dalam blog dia. dan hasil 'google mengoogle' waktu lunch hour, saya jumpa ini. so, ini untuk kamu yer cik rebung.. *peace!!


Tuesday, December 02, 2008

quote sakit hati

dia quote saya sebagai
“budak manja dan tak cukup umur yang berani tanya dia soalan tentang hidup”

tak cukup umur??!!

hello.. budak tak cukup umur pun hidup jugak ok. dan syukur alhamdulillah, budak tak cukup umur ini lahirnya setelah cukup 9 bulan. bukan seperti dia yang lahir pada usia 5 bulan dan saiz dia sewaktu dilahirkan hanyalah sebesar botol kicap kipas udang. tak cukup bulan dan tak cukup saiz piawai!!

ok, i know he's joking. but i'm still feel like stabbing his chest with a pen hundred times.

Monday, December 01, 2008

tag cik nelle berry

RULE #1 People who have been tagged must write their answers on their blogs and replace any 1 questions that they dislike with a new question formulated by themselves. --> (I’ve choosed question #10)

RULE #2 Tag 5 people to do this quiz and those who are tagged cannot refuse. These people must state who they were tagged by and cannot tag the person whom they were tagged by and continue this game by sending it to other people.

1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?
leave him. no point tunggu or berbuat sehabis baik ala-ala pengakap muda.

2. If you can have a dream to come true, what would it be?
setiap kali keluar shopping, bila saja saya sebut “eee.. lawa nya” terus saja tokey kedai tu datang dengan senyum paling manis dan berkata “lawa? oklah, barang ini awak yang punya. awak boleh pilih kaler dan saiz yang sesuai di dalam” (senyum manis lagi)

3. Whose butt would you like to kick?
no one.

4. What would you do with a billion dollars?
berkongsi dengan semua orang yang penting dalam hidup saya

5. Will you fall in love with your best friend?
hmm… kalau dia pandai buat saya jatuh cinta pada dia.. tak salah kan? *wink

6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
both. tp, cinta itu tak semestinya bersatu kan? maka, kalau mencintai itu mampu buat hati tenang dan selesa, tanpa menyusahkan sesiapa.. maka teruskan mencinta

7. How long do you intend to wait for someone you really love?
hmm.. setahun, dua tahun. tak tentu.. saya akan tunggu sampai saya rasa penat dan tak berguna untuk saya terus tunggu dia

8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?
tak payah kacau lah.. kita pun tak suka kalau orang kacau kita kan?

9. What do you pray each day for your loved one?
semoga segala perkara yang saya niatkan untuk dia, segala ucapan yang saya ucapkan untuk dia, segala kerja yang saya lakukan untuk dia dan segala pengorbanan yang saya relakan untuk dia, seikhlas hati saya.. bisa buat dia bahagia, gembira dan selesa.

10. (I’ve delete the original question and change it with my question.)
What do you think about Friday?
Corporate Shirt (tp dah 2 mnggu turut-turut tak pakai) dan waktu rehat yang sedikit panjang (illegally)

11. How would you see yourself in ten years time
saya mahu pergi dan pulang saya dari tempat kerja dan kemana-mana sahaja dihantar dan dijemput oleh seorang driver.

12. What do you really want at the moment of responding to this tag?
hot black coffee and donut tanpa gula. serius, saya seumpama terbau-bau aroma donut panas yang digoreng sedikit garing..

13. What kind of person do you think the person who tagged you is?
cik nelle berry.. outspoken, berani, selamba. but i like her way (babe, buy me a Tropicana boleh?)

14. Would you rather be single and rich or married but poor?
mana-mana pun boleh asalkan bahagia.

15. What’s the first thing you do when you wake up?
capai handphone di atas almari

16. Would you give all in a relationship?
hmm.. nope.

17. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?
saya akan pilih siapa yang mak ayah saya suka.

18. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done
will forgive but won’t forget

19. Do you prefer being single or having a relationship?
tak kisah, mana-mana yang buat saya rasa bahagia

20. Your biggest mistake?
mistake.. tak der kot. semua benda tak betul yang saya buat selalunya jadi sebab untuk satu kejadian benda baik.

21. I’m tagging,
- tuan-tuan empunya blog private
1. amrin
2. roman
3. stella
4. suri
- tuan punya blog tak private
5. shani dear (sajer bg u penat jawab tag)

Thursday, November 27, 2008

dia suka saya!!!

mula-mula, saya ingat dia suka saya..




tapi lama-lama baru saya tahu..




dia bukan suka saya seorang..



dia suka semua orang yang order air (dan bayar)..



ngee!!



read 1: dia itu kerjanya membancuh apa saja minuman yang kamu pesan di J.Co Donuts & Coffee

read 2: sebenarnya, kalau kamu order apa saja minuman di J.Co Donuts & Coffee, kamu akan dapat sebijik donut secara percuma. tak perlu tunggu dia suka kamu atau tidak.

Tuesday, November 25, 2008

majlis kawin en teruna sulung-II

cik fateen dah bising-bising sebab lansung tak sabar-sabar nak tengok hantaran kahwin hari tu. sorry yer teen, tak sempat nak pass u the cd. (sebenarnya saya malas bangat nak memanjat tangga tinggi rumah kamu tu) ok, memenuhi impian dan harapan kamu.. saya post saja di sini.

gambar ini diambil waktu akad nikah. semua hantaran beratur macam nak ambik air milo free macam time kita sekolah rendah dulu. yang purple tu hantaran belah pompuan and yang kuning tu hantaran belah lelaki.

nak close up? ok.. kita tengok satu-satu..

ini bekas gelang untuk upacara batal air sembahyang

ini telekung n sejadah. tak reti nak buat bentuk lawa-lawa. bonda marah sebab tak buat bentuk love. hahaha..

jam tangan. huhu, keciknya tangan kakak ipar saya ni..

ini bekas untuk duit mas kahwin. nant duit yang berkeping-keping itu akan diikat dan diletak atas kotak kuning tu.

perfume. paling senang among all of the hantaran. taruk bunga, balut riben and letak je bedebab kat atas tapak tu.

ini hantaran-hantaran yang beratur untuk nyanyi lagu selamat pengantin baru. raga-raga kosong tu untuk isi coklat dan juga buah. n then ada satu lagi bekas untuk isi kek. but since the pics ni were taken 2 weeks before the big day, tak de la lagi kek nya. kalau ada pun, harus tinggal pisau saja.


so macam mana cik fateen? puas hati? sila ambil tahu yang hantaran-hantaran ni semua handmade ok.. tak de tempah-tempah dengan sesaper. so, kalau kamu mahu komplen apa saja pasal hantaran-hantaran ni, saya dengan tidak segan silu menjentik telinga kamu yang bertindik tiga itu. peace!!

Monday, November 24, 2008

entri yang saya tak suka

mungkin kerana saya sudah terbiasa dalam 'comfort zone' yang seronok-seronok ini maka saya merasakan perkara yang satu ini umpama monster yang mahu mencuri tenaga keseronokan saya seperti dalam Monster Inc. tapi monster dalam filem itu walaupun jahat tapi masih comel dan berwarna-warni. maka saya kira, ianya boleh dimaafakan.


saya kena pindah ke ofis glenmarie mulai tahun depan. boleh tak kalau saya cakap saya sangat-sangat tak suka bila kena pindah? tapi saya terpaksa pindah jugak. dan itu memangkinkan lagi perasaan tak suka saya pada perihal pindah-memindah ini.


sudahlah, kita tamatkan saja entri ini di sini. saya tak suka entri ini.

Thursday, November 20, 2008

wadi baru

budak lelaki yang tegur saya semalam itu ialah wadi. betul-betul wadi. bukan budak lain yang seiras wadi ataupun kembar wadi. ini wadi baru. bukan wadi lama. wadi lama rambut panjang, suka pakai tshirt hitam dan jeans season. wadi baru dah berambut pendek, pakai baju kemeja, berseluar slack serta pakai neck tie. wadi baru ini dah kerja bank. "keje bank... uuuuuuuuu" saya cukup teruja sampai muncung mulut bila dia cakap dia kerja bank. lepas tu muka wadi jadi merah dan dia senyum sipu-sipu.


Wednesday, November 19, 2008

konflik warna dan emosi

saya dilanda kecelaruan jiwa bila melihat baju-baju kerja saya yang bergantung-gantung di dalam almari. setiap pagi, saya seperti kerasukan bila berhadapan dengan pintu almari yang terbuka itu. memandang tanpa merasakan sebarang keterujaan tapi penuh dengan kekeliruan untuk memilih baju mana yang perlu dipakai hari itu atau lebih tepat lagi mencari warna apa yang sesuai dengan hari dan haribulan. konflik warna dan emosi yang sering buat saya fikir mahu MC saja hari itu tapi selalu tak berjaya.


Tuesday, November 18, 2008

k u n i n g

mula-mula saya hanya mahu update blog. tapi sejak jam 8.30 pagi tadi lagi, tiada satu entri pun yang berjaya untuk saya 'park' disini. bila bosan, tangan pun mula berpindah. daripada aksi mengetuk-ngetuk papan keyboard, saya beralih pada aksi menekan-nekan mouse. dan hasilnya.. blog saya bertukar warna. dan sebagai bonus, saya berjaya update blog saya dengan satu entri baru. ngee!!

kenapa kuning? hmm.. saya kira, sejak kenduri en teruna sulung saya banyak dipengaruhi dengan warna kuning. kenduri hari itu, temanya memang warna kuning dan gold. dari langsir, pelamin, khemah, bunga telur, baju pengantin hinggakan ke baju ahli keluarga pengantin lelaki, semuanya kuning. dan sempena kenduri dia juga, saya secara tak sengaja memiliki sepasang kebaya baru, tudung baru, high heels baru dan brooch baju kebaya baru. semuanya warna kuning. oh ya, satu lagi.. bed sheet baru saya juga warna kuning. (tapi yang ini sebenarnya tiada kaitan dengan majlis perkahwinan dia. saja mencelah sebab warnanya juga kuning) mujur che amid tidak begitu ghairah menerima menantu. kalau tidak pasti rumah kami juga dia mahu cat warna kuning. paling tidakpun, mungkin dia mahu cat atap genting rumah kami dengan warna kuning. dan kalau bonda terlebih ghairah menerima menantu, confirm bilik pengantin pun akan di cat dengan warna kuning. silap-silap, tangga menuju ke bilik pengantin pun akan dihampar dengan karpet kuning.

tapi saya seronok dengan kenduri hari itu. walaupun kepenatan hingga ke tahap saya hilang selera untuk makan nasi selama dua hari, tapi saya tetap seronok. seronok dan bersyukur kerana majlis berjalan lancar, semua orang cantik-cantik dan lawa-lawa, cuaca juga cantik, tetamu pun selesa dalam khemah yang besar, dan yang saya paling suka.. bila saya lihat muka che amid dan bonda yang tak henti-henti senyum dan berseri-seri pada hari itu.

so, untuk che amid suami isteri.. tahniah kerana dapat seorang lagi anak perempuan. sila beriang ria dengan dua menantu anda. owh, saya betul-betul bersyukur dengan kehadiran kakak baru ini kerana dia sangat-sangat rajin membasuh pinggan mangkuk di dapur. *wink

Thursday, November 13, 2008

bila dia tanya saya pasal kawin

dia tanya : “kalau tunggu lagi 10 tahun boleh?”

saya jawab: “boleh. kita simpan duit banyak-banyak dulu then baru kita kawin. kita buat majlis kahwin best-best dan grand-grand. semua belanja kawin kita yang bayar, tak perlu sape-sape sponsor and tak perlu pening-pening kepala pasal duit sebab duit kita dah banyak masa tu. takpun, kita kahwin dekat-dekat nak pencen pun ok jugak. kita kerja dulu, simpan duit, buat harta. lepas tu, cukup umur 55 baru kita kahwin. lepas kahwin terus tak payah kerja. duit yang kita simpan tu kita buat pegi honeymoon. mula-mula kita pergi mekah and lepas tu kita pusing satu asia tenggara”



Wednesday, November 12, 2008

majlis kahwin en teruna sulung -I



okey, ini gambar keluarga saya waktu nikah en teruna sulung tempoh hari. lelaki macho di sebelah kiri itu ialah pakwe kakak saya merangkap ayah kepada haiqal dan anis. budak lelaki bersamping hitam itu ialah adik bongsu saya. (tapi kadang-kadang kami akan bertukar posisi : saya jadi adik dan dia jadi abang.) di sebelah adik saya itu bonda. di hadapannya haiqal. (hmm.. saya tak tahu kenapa haiqal berdiri seperti mahu nyanyi lagu Negaraku.) lelaki dan perempuan yang berpakaian sedondon warna biru itu ialah pengantin baru, abang saya dan orang baru dalam keluarga kami, kak zu. en amid pastinya yang berbaju melayu oren itu. (saya betul-betul yakin baju melayu dia itu warna oren tapi dia tetap kata baju melayu dia itu warna merah. isk..) di sebelah en amid itu ialah anak perempuan encik amid yang suka bising-bising dan kecoh-kecoh. ngee!! dan di hujung sekali, kakak hijau itu ialah kakak sulung saya a.k.a cik dyan. eh, kurang sorang.. anis. anis tengah tidur waktu itu. maka kakak memutuskan untuk meninggalkan dia dan berlari-lari ke arah kami untuk sama-sama bergambar. isk, kakak saya ni..

Tuesday, November 11, 2008

mimpi rindu

untuk kamu yang berkenaan: macam pelik sikit kan bila pagi-pagi saya menelefon @ menghantar sms bertanyakan sama ada kamu sihat atau tidak.. ah, jawab saja. mimpi saya semalam buat saya rindu pada kamu semua. *wink


Monday, November 03, 2008

tamat

sabtu pagi. dengan sekali lafaz, en teruna sulung sudah sah bergelar suami orang. alhamdulillah..
sudah tamat zaman bujang dia. tamat juga penantian bonda dan che amid yang mahukan menantu perempuan. tamat juga kisah-kisah gosok baju kerja dia, buat air nescafe atau oat untuk dia, kemas beg dia, kutip baju-baju kotor dia dan segala yang sewaktu dengannya (read: yang selama ini digalas oleh saya). ngee!!

Friday, October 24, 2008

benda gila

benda gila saya buat hari itu..

pusing bulatan pahang (yang maha sibuk itu) pada waktu pagi sebanyak 3 kali. waktu semua orang sibuk-sibuk mahu ke tempat kerja, saya pula sibuk-sibuk bermain-main di situ.


Thursday, October 23, 2008

Tuesday, October 21, 2008

-

tak nak tulis panjang-panjang. viva merah saya kena langgar dari belakang pagi tadi.


tak suka!!!!
(kalau boleh, saya mahu font yang lebih lebih lebih besar untuk ayat ini)




hmm, sebenarnya tak delah teruk sangat. tapi, saya tetap tak suka.

Monday, October 20, 2008

saya belum mahu kawin tapi andes dah tag saya

kena tag oleh cik puan andes. hmm, mentang-mentag dah kawin begitu gedik sekali kamu jawab tag kahwin yer. *wink

1) How old are you?
25 years 10 months and a few days (hehehe.. gigih tak nak ngaku umur 26 tahun)

2) Are you single?
i’m not engaged to anyone n not married to anyone yet. so, yes. i am single.

3) At what age do you think you’ll get married?
28

4) Do you think you’ll be marrying the person you are with now??
him?? hmm.. insyallah kalau ada jodoh

5) If not, who do you want to marry?
hmm.. ustaz bujang belakang rumah kawan saya.

6) Do you want a garden/beach wedding, or the traditional wedding?
traditional. ala-ala tuan puteri zaman dulu-dulu. takdenye bonda nak setuju klau nak buat garden-garden wedding ni..

7) Your ideal motif?
lima tona warna hijau yang berbeza

8) Where do you plan to go on a honeymoon?
no idea. tunggu MATTA Fair

9) How many guests do you think you’ll invite?
hmm.. 400+

10) Do you want an extravagant wedding or a simple wedding?
simple, tapi perlu ada sedikit elemen yang hebat-hebat dan mengancam

11) Do you want the traditional vows or something you’d make up on your own??
traditional

12) How many layers of cake do you want to have?
cup cake boleh? so that boleh bagi sorang satu kat semua tetamu

13) Do you prefer having your reception at a hotel or at a simple place?
simple place - rumah mak ayah saya

14) When do you want to get married, evening or morning?
morning. waktu tu matahari, langit dan bunga-bunaga baru-baru nak nampak cantik

15) You’d rather have your reception outdoors or indoors?
indoors- rumah mak ayah saya

16) Do you like a grand entrance for your groom?
boleh jugak.tapi kalau tak de pun tak pe, bunga manggar pun dah ok. alah, kalau korang tak berkompang pun saya cam jugak dia yg mana satu.

18) Name the song/tune you’d like played at your wedding??
Aku dan Dirimu - Ari Lasso feat Bunga Cinta Lestari. hanya lagu ini ok. sila ulang sepanjang hari. kalau tetamu jemu, pedulikan. ini hari kawin saya.

19) Are you a morning person or a night person?
i can get up as early as 5am in the morning and i can stay up as late as 3am.

20) Do you want a solemn ceremony or a light one?
light

21) What age do you want to get married?
ini macam soalan saiko jer.. tadi dah tanya ni tanya balik. 28 la..

22) Describe your ideal husband/wife.
the one that suits with me and my family as well as i’m suits with him and his family

23) Do you prefer fine dining or just the normal spoon & fork/knife?
makan pakai tangan. sudu hanya untuk ceduk lauk

24) Champagne or red wine?
air kosong, baik untuk kesihatan

25) Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
days after wedding. (nanti sape nak tolong basuh periuk2 besar tu weh..??!!)

26) Money or household item?
both

27) Who will pay for the bills?
dah kalau sama-sama pakai, sama-sama bayar la..

28) Are you ready for married life?
hmm.. belum lagi kot. saya masih tak cukup rm1k untuk pinang dia.

29) Do u think you will still be a virgin until u get married?
of course, InsyAllah..

30) Will u always be true to your wife/husband?
I will, InsyaAllah..

31) How many kids do u like?
3 sikit sangat.. 5 lah.. i don’t know why, but i prefer the odd number

32) A new house for a newly wed or an old one?
tak kisah.. yang penting, dalam rumah tu ada pelangi-pelangi yang bahagia dan ceria

33) Will u celebrate silver wedding, gold wedding, or diamond wedding?
yup.. plus platinum wedding

34) What kind of cuisine would u like for ur wedding?
nasi minyak dan lauk pauk yang sewaktu dengannya. hmm, nasi putih pun ada jugak untuk pakcik-pakcik yang ada darah tinggi.

35) Will u record ur honeymoon in a cd or dvd?
hmm.. photo je kot.

36) Whose wedding plans would you like to know next???
1) cik nelle berry (sebab kami sama-sama orang Kelantan. erk, ada kaitan ke?)
2) cik cahaya mata. (jom pikir pasal kawin-kawin tanpa menghiraukan siapa pengantin lelaki
kita)
3) acctually nk tag Shani dear, tapi dia dah kena tag oleh andes. so, x pelah. me tukar dgn en
crunchyahcock!!!
4) en artisticklytouch (saje nak tau taste orang pulau *wink)








Friday, October 17, 2008

dulu, saya rasa hujan itu best sangat-sangat

hujan lagi.. lebat.. kalau berterusan, tak mustahil saya berbuka di tengah jalan lagi seperti semalam. tak suka tapi terpaksa hadap juga. dulu masa saya kecil-kecil, saya suka sangat-sangat bau yang terbit selepas hujan. ada bau rumput segar yang manis, ada bau jalan tar yang sedap dan seakan-akan rangup kalau dikunyah, ada bau batang pokok yang masam dan kelat, ada bau udara yang sejuk-sejuk suam. tak cukup dengan bau hujan, lopak-lopak air yang muncul juga menyeronokkan. tak perlu saya cerita lebih-lebih, kamu juga arif bukan bila seorang budak berjumpa dengan lopak air. argghh, ruginya saya. kalaulah saya tahu hujan sekarang hanya ada bau asap kereta dan asap motor yang lansung-lansung tidak sedap, pasti saya tak akan lari laju-laju waktu balik dari mengaji. pasti saya akan jalan perlahan-lahan dan menikmati semua bau sedap di sepanjang jalan itu. hmm.. zaman budak-budak. semua benda jelik boleh jadi cantik, semua benda pelik boleh jadi hebat.

Thursday, October 16, 2008

report-report palat saya

lega. rasa seperti kristal besar yang mendiami kepala saya kini sudah hancur melebur dan bertukar menjadi serbuk-serbuk 'stardust' yang menggalakkan lagi pengeluaran hormon-hormon gembira saya. untuk lima hari bekerja yang lepas, saya merelakan diri saya untuk mengadap 6 'monthly collection reports' yang sebelum ini lansung tak pernah saya sentuh, tak pernah saya ambil tahu. dan sekarang, saya Perlu Ambil Tahu akan semua report-report leceh ini. kesemua 6 report ini bergantung antara satu sama lain hinggakan untuk mengisi satu tempat kosong dalam report A, saya perlu menyiapkan report B, report D dan report E dan kemudiannya mengambil jumlah dari report F dan dicampur dengan jumlah dari report C. jika jumlahnya sama dengan jumlah dari report E, maka barulah boleh diisi ke dalam report A. jika tak sama.. perlu cari dan cari lagi hinggakan jumlahnya sama. "palat", komen naron sebab saya tak dapat tolong tengokkan assignment dia. tapi alhamdulillah, keenam-enam report sudah siap. sudahpun saya email ke bos-bos 'besau' saya. dan sekarang.. saya sudah boleh bergelak ketawa dan beriang ria seperti biasa. yeay!!

hari ini, saya rasa lagu "Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk" dari Flava ini macam sedap sangat-sangat. ;-)

SELAMAT HARI KHAMIS UNTUK KAMU SEMUA!!

Wednesday, October 15, 2008

*_*

maghrib semalam hanya saya keseorangan di rumah. berbuka puasa tanpa bonda dan ayahanda. mereka ke Jengka atas urusan walimatul urus encik teruna sulung. menu buka puasa saya? mee goreng campak. hehe, semua bahan saya campak-campak saja ke dalam kuali, gaulkan semua sekali, pecahkan telur.. walla!! selamat berbuka puasa untuk saya. harap maaf, tiada air oren, tiada buah betik, dan tiada juga sebarang kuih muih pemanis mulut. bonda pulang sewaktu saya sedang enak mengunyah jeruk buah kedondong hijau dan juga jeruk salak yang manis sambil menonton Mtv. soalan pertama che amid tatkala masuk saja ke dalam rumah "tengok berita tadi? ada cerita pape tak" saya jawab "err.. tak tengok. orang makan jeruk." che amid pandang saya. pelik dengan jawapan saya. jawapan yang lansung tak de kena mengena. saya hanya sengih-sengih. tapi sebenarnya, saya tak tengok berita sebab saya tengok Mtv sambil makan jeruk. sorry la yer che amid. *wink

takziah untuk kawan saya yang baru kehilangan neneknya semalam. shah, kamu sabar yer..

Tuesday, October 14, 2008

la la la.. heay!!

menghampiri 4 hari tanpa sebarang gangguan dari dia. waahh.. betapa saya gembira betul dengan keadaan ini. dan sejak semalam saya menyanyi-nyanyi lagu gembira di atas kejayaan besar ini.


"ku raikan kehilanganmu.. ku raikan kehilanganmu.."


Monday, October 13, 2008

tiga belas syawal saya

13 syawal.. genap setahun cerita saya tanpa hadifaza.

awal perkenalan dengannya waktu kami sama-sama menghadiri temuduga kerja sebagai programmer. waktu itu, dia meniru jawapan ujian bertulis saya. yer, sebijik sebijik dia menyalin dari kertas saya. saya hanya biarkan meskipun saya tahu apa yang dia lakukan. tak mengapa, andai ini rezeki saya, pasti ada buat saya.
kemudian, kami dipanggil untuk temuduga kedua. (read: mungkin kerana markah jawapan bertulis yang lepas sama) tapi kali ini ujiannya lebih mencabar. kami dibahagikan mengikut kumpulan seramai tiga orang dan diberikan satu program yang penuh dengan error dan tugas kami ialah untuk membetulkan kesemua ‘error’ dan memastikan program tersebut dapat berjalan. kebetulan, saya dan hadi di dalam satu kumpulan. hampir dua jam menggali... akhirnya kesemua error berjaya dihapuskan. cuma sedikit malang bila output nya tidak keluar. akhirnya, kami bertiga keluar dari bangunan tersebut dengan muka ceria dan dipenuhi dengan gelak besar.
waktu pulang itu, hadi membuat pengakuan “hari tu.. aku tiru jawapan kau. tak sempat nak study lansung. dah la tak ingat teori-teori ni. thanx yer..”
saya hanya senyum “ aku tau.. sama-sama..”
maka kami berpisah stesen lrt. saya mengandaikan itu kali terakhir saya jumpa dia. tapi rupa-rupanya tidak. bila kami mula terserempak untuk tiga temuduga kerja yang sama, persahabatan kian terjalin. yang nyata, program yang kami kerjakan dahulu lansung tak diterima kerana dua-dua gagal ke temuduga ketiga. bermula dari situ, aktiviti mencari kerja itu umpama aktiviti gotong royong menggali bijih besi bagi kami. mana-mana saja ada walk-in interview pasti kami sama-saling berkongsi maklumat malah berkongsi soalan-soalan bocor.

akhirnya, saya diterima bekerja di sebuah kolej swasta dan dia pula bekerja di sebuah syarikat kurier. kami masih berhubung meskipun sudah lama tidak bersua muka. sesekali menelefon, bertanya khabar dan bercerita tentang kerja masing-masing. setiap hari cuti am pasti ada sms darinya “Selamat Hari Raya”, “Selamat Hari Merdeka” malah saya pernah dapat sms “Selamat Hari Gawai” dari dia. rezekinya lebih, dia kemudiannya ditawarkan bekerja di sebuah syarikat multi nasional. setiap bulan pasti ada saja tempat baru yang bakal dia lawati atas urusan kerja. maka saya dan dia makin jauh. hanya emel yang menjadi medium komunikasi kami. itupun jarang-jarang.

mungkin kerana jurang umur yang tidak terlalu besar, kami bebas berbicara. hanya panggilan nama yang lebih menjurus kepada ‘kau-aku’. kami selesa bercerita tentang apa saja yang menggembirakan hati, tentang apa saja yang berkecamuk dalam jiwa, tentang apa saja yang kusut di fikiran, tentang apa saja yang menyakitkan pandangan… dan semestinya, bila umur sudah meningkat.. pasti muncul soal cinta.

semua kisah cinta dia pernah menjengah pendengaran saya. kisah cinta pertamanya dengan sang gadis jurusan arkitek. kisah kasih dia dengan sang gadis PTD yang tak kesampaian. kisah cinta tak berbalas nya pada wanita yang 4 tahun tua daripadanya. dan akhir sekali kisah kasih tak sampainya pada seorang pensyarah muda. kisah cinta saya.. yer, dia juga tahu tentang itu. cuma saya kira, tidak semuanya.. secretive; itu yang dia katakan pada saya. saya hanya senyum..

saya mendengar semuanya.. semua yang indah, semua yang parah. bagaimana indahnya matahari yang terbenam di pinggir laut, seperti itulah indahnya harinya waktu dia diberitahu yang dia bakal dinaikkan pangkat. dan seperti mana hancurnya world trade centre, seperti itulah hancurnya hatinya bila Gen2 merahnya dilanggar dari belakang sewaktu kesesakan jalan raya.

saya mendengar dia bercerita tentang lamanya dia menunggu gadis arkitek di bawah sinaran lampu neon, dengan salji yang semakin menebal hanya untuk menyampaikan satu tin laici yang dibawa dari Malaysia.
saya mendengar dia bercerita tentang betapa dia mengantuk di pejabat kerana berhempas pulas menyiapkan proposal untuk klien Jepun yang memang terkenal dengan sifat cerewet namun proposal nya itu tetap ditolak.
saya mendengar dia bercerita dengan suara yang begitu ceria bercampur sayu bila mengkhabarkan yang kedua orang tuanya telah selamat sampai ke Tanah Suci.

saya mendengar semuanya.. sesekali mencelah. tapi saya lebih banyak diam kerana saya tahu, waktu itu dia lebih memerlukan telinga saya berbanding mulut saya.

cuma yang buat saya sering mengingati lelaki ini ialah biarpun banyak mana masalah yang dia ceritakan pada saya, biarpun lama mana dia bercerita pada saya, biarpun parah mana dia waktu itu, dia masih lagi ingat untuk bertanyakan keadaan saya “so, ko apa cter skang? ok? ada paper nk cter kat aku tak?” dan bila soalan itu dilontarkan. saya memang tidak dapat menidakkan padanya tentang semua yang kusut di jiwa saya waktu itu.
setiap kali saya bercerita pada dia tentang kerja saya yang sering ditimbun-timbun dengan kerja orang lain, dia pasti ada nasihat menyuruh saya sedikit tegas
setiap kali saya mengadu tentang betapa sakit jiwanya saya dengan bos pembaris saya waktu itu, dia pasti akan gelak besar dan menyuruh saya bersabar
setiap kali saya merungut-rungut padanya tentang si dia yang kadang-kadang meragukan hati.. dia pasti menyarankan saya berdoa dan mula berkongsi tentang pengalaman dia.

dari dia.. pasti ada saja nasihat-nasihat yang bisa buat saya tenang. dan beberapa hari selepas itu, pasti saya akan menerima mesej follow up yang berbunyi : “ko dah ok?” dan waktu itu, andai saya masih belum ok, saya tahu yang tak lama lagi saya akan ok.

awal 2007, dia menelefon. bercerita tentang kisah sedihnya, wanita pujaan hatinya beralih cinta pada lelaki lain. saya tahu hati dia remuk. .saya cuma memujuk dengan ayat-ayat biasa “sabar.. nanti-nanti ok la tu. aku bet.. bulan depan ko mesti call aku n citer pasal orang baru”
sedikit berbeza dengan jawapan yang selalu saya dengar. kerana selalunya dia akan menjawab “yer.. yer.. aku tau. nanti aku jumpa orang lain. tapi sekarang ni.. aku tgh down dengan dia”
tapi kali ini balasannya lain.. apa pun, saya mengaminkan doa nya. yer, sesiapa saja akan mendoakan benda yang sama, saya kira.

selepas itu kami sedikit ‘jauh’. agak lama kami tidak berhubung. cerita saya bertukar kerja pun hanya dikirim melalui emel. dan dia hanya membalasnya tiga minggu selepas itu. hinggalah penghujung ramadhan 2007.. dia menelefon. bertanya khabar seperti biasa, berkongsi cerita-cerita, bergelak ketawa dan saling kutuk mengutuk. saya akui..dengan hadi saya sedikit rilex. saya bebas menggunakan sebarang bahasa. lama bersembang baru saya diberitahu yang sebenarnya dia hospital waktu itu. yer, saya tahu dia ada athma dan beban kerja yang sering menggasak dia ke sana sini itu merumitkan lagi penyakitnya.
“aku kat hospital ni. tnggu bos datang ambik ”
bila saya tanya kenapa
“biasalah.. athma. semalam lepas bukak pose aku semput. minum ais kot. ubat plak habis. bos terus antar aku kat sini. doktor plak terus tak bagi aku balik. sib baik doktor cun, aku relakan je la. ari ni dah boleh balik dah.. ” hadi.. hadi.. kamu ini suka sangat panggil ayah kamu dengan panggilan bos.
agak lama kami bersembang. saya terpaksa memutuskan talian lantaran sudah hampir waktu berbuka puasa. dan perbualan telefon itu tidak tamat di situ. kami kembali menyambung dengan sms. bercerita itu ini. mengimbau kembali zaman kami sama-sama mencari kerja dulu. mengingat kembali nama-nama keramat yang pernah menggegarkan hati kami dahulu. waktu itu seperti kami sama-sama menaiki mesin masa dan mengimbau kembali semua perkara yang pernah terjadi dahulu. sedar tak sedar sudah hampir 3 tahun saya berkawan dengannya. dan saya benar-benar ‘treasure’ 3 tahun itu.
itu penghujung ramadhan 2007

Satu Syawal, saya menelefon hadi. sama-sama mengucapkan selamat hari raya dan memohon maaf andai ada sebarang laku yang menyakitkan hati. dia banyak menyebut betapa dia menghargai persahabatan ini. betapa dia seronok punya teman yang sama gila dengan dia. dan dia berharap yang saya akan tetap jadi kawan dia yang baik dan tetap ingat dia sampai bila-bila. entah kenapa perbualan kali itu sedikit syahdu.mungkin teremosi dengan takbir raya, saya fikir.

Syawal ke 13 seawal pukul 4 pagi saya dikejutkan dengan satu panggilan telefon. lihat pada skrin, nombor hadi yang tertera. awalnya mahu saja saya marah-marah pada dia kerana mengganggu tidur saya, tapi bukan suara dia yang saya dengar..
“rena, aku ni.. jamie..”
“kenapa mie.. ?”
“pasal hadi.. rena.. hadi.. dia.. dah tak der”
meskipun waktu itu jamie begitu lembut memanggil nama saya.. begitu lembut menuturkan ayat-ayatnya, saya rasakan umpama hati saya ditikam dengan pisau. ditikam dan ditusuk tusuk. seumpamanya, saya boleh merasakan pedih tusukan yang bertalu talu itu.. air mata saya yang mulanya bergenang di air mata mula mengalir laju
di telinga saya terngiang-ngiang seakan akan mendengar gelaknya waktu saya meminta duit raya dalam bentuk kredit telefon pada satu syawal itu. saya teringatkan usikannya yang bersungguh-sungguh mahu kenalkan saya pada sepupunya yang masih single. dan saya umpama mendengar dia menyebut-nyebut tentang permintaannya untuk saya tetap jadi kawan dia sampai bila-bila.

“aku sronok kawan ngan ko. aku ramai kawan, tapi tak ramai yang boleh aku carik tengah-tengah malam semata-mata nak suh dgr aku membebel mcm aku buat kat ko. aku harap kita boleh jadi kawan sampai akhir hayat. ko tau kan.. ko boleh carik aku kalau ada paper hal.. kalau tak boleh call, sms. tak pun email. telegram pun x per.. antar merpati pun boleh la.. kalau aku kena pegi bulan sekalipun, ko email jer aku. even aku tak boleh reply, ko tau kan yg aku still boleh tau condition ko.. n kalau kita kawin sekalipun.. aku tak nak kita putus. cuma aku tau yg masa tu kita dah terhad. but.. selagi boleh, aku tak nak kita putus”

aduhai hadi.. kenapa sampai begitu sekali harapan kamu. tiba-tiba suara jamie kembali ke pendengaran saya

“rena.. are u there? hadi.. dia meninggal pukul tiga tadi. athma dia teruk giler semalam. sampai pengsan. kitorang antar dia masuk ward n pukul 3 tadi dia pergi. ”

saya tak banyak berbicara. masih lagi terkejut dengan perkhabaran itu. jamie pula seakan mengerti, dia hanya diam menantikan bicara saya. saya hanya bertanyakan bila jenazah bakal dikebumikan dan mengucapkan terima kasih pada jamie kerana memberitahu. subuh itu, tiga kali surah yaasin saya hadiahkan pada hadi. entah berapa al fatihah saya bacakan untuknya saya juga tidak tahu. jam sepuluh, jamie menghantar sms.

“pagi ni mendung. sama macam hati kita. semua dah selamat. simpan pkul 8 tadi. alhamdulillah, tak de masalah. sabar banyak-banyak yer .. “

saya teringatkan kata-katanya dahulu. yang sedikit berlainan dari apa yang sering dia ucapkan bila saya memujuknya “sabar.. nanti-nanti ok la tu. aku bet.. bulan depan kau mesti call aku n citer pasal orang baru”
berbeza dengan biasa kerana jawabnya waktu itu “ aku harap.. ini kisah sedih last yang kau dengar”
yer.. saya tak perlu mendengar lagi kisah-kisah sedih dia.. saya lansung tak menduga kata-kata itu lain maksudnya dari apa yang saya tafsirkan. kini, bukan saja kisah sedih, malah semua berita dari dia juga saya tak bisa dengar...

argh.. kenapalah mascara ini bukan kalis air!!


Friday, October 10, 2008

kisah mereka

kisah couple mereka berakhir hari ini.
esok kisah baru.

dan andai dia ingat betapa excitednya saya waktu mendapat perkhabaran pertama darinya tentang kisah hari ini, saya hanya mahu dia tahu.. hari ini skala excited saya berganda dengan gandaan infiniti.

tahniah untuk kamu andes!!
(read: saya sudah speechless untuk tulis ucapan panjang-panjang di sini.)


Tuesday, October 07, 2008

boleh tak?

pelik.. kenapa setiap kali keluar soalan dari mulut dia, saiz otak saya akan mengecil. saya tak mampu menjawab dengan jawapan yang saya kira paling bagus. selalu saja saya merasakan yang jawapan itu kurang tepat dan kurang berkesan. saya mahukan satu jawapan yang mampu memanah terus ke jantung dia dan buat dia lupa untuk bernafas barang sesaat dua. hehe.. boleh?


Monday, October 06, 2008

r a i

saya sudah mula masuk kerja. hari raya keenam diraikan dengan baju kemeja merah berjalur hitam, seluar slack hitam, dan juga high heels baru (ngee!!) dimeriahkan lagi dengan Mcflurry Oreo yang sejuk dan manis. hmm, kan bagus kalau saya boleh makan ini setiap hari pagi-pagi sebelum ke pejabat dengan alasan rasa manis ini boleh menghapuskan semua bakteria dan juga virus malas pagi saya. hihihi..


Wednesday, September 24, 2008

entry raya saya

saya cuti untuk dua hari mulai esok. penetapan janji dengan bonda untuk acara buat biskut raya harus dipenuhi. bonda janji, tahun ini hanya dua jenis sahaja kerana sebahagian besarnya saya beli dari akak-akak ofis yang senyumnya semanis biskut raya yang dijual. tapi saya seumpama meragui janji bonda ini. kerana selalunya, jumlahnya akan meningkat sebanyak dua. kalau di janji tiga, bakal jadi lima. kalau di janji dua, tak mustahil bakal jadi empat. dan tahun ini, tiada lagi almond london chocolate dan almond london strawberry seperti tahun-tahun sudah. saya sudah banned biskut ini untuk hari raya tahun ini. kenapa? hehe.. tiada sebab yang logik. tapi saya cakap pada bonda saya penat nak masak coklat banyak-banyak. ngee!!


ok, dedikasi sempena raya saya:
untuk kamu yang nama blognya tersenarai di tepi 'dunia' saya, kamu yang di dalam blognya wujud komen dari saya, kamu yang masuk ke dalam 'dunia' saya tapi tidak meninggalkan sebarang bahan bukti dan untuk kamu yang sama ada tahu atau tidak yang saya pernah mengunjungi blog kamu kerana saya lansung tidak meninggalkan sebarang tanda tentang kehadiran saya, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. mohon maaf andai kelajuan jari-jari ini menaip membentuk entri yang mengarut-ngarut ini bisa mengganggu dan membuat hati kamu tidak selesa. selamat bercuti. oh ya.. saya tak cuti hari isnin dan selasa depan. terpaksa datang kerja. isk..

Monday, September 22, 2008

doa untuk dia

“ya Allah ya Tuhanku, Kau panjangkanlah umur lelaki ini. Kau murahkanlah rezekinya berlipat kali ganda, Kau selamatkanlah dia dari sebarang perkara-perkara yang tidak diingini. Kau gembirakanlah hatinya dan Kau tenangkanlah hatinya dalam menghadapi setiap dugaanMu”

sejak petang semalam, saya tak pernah lupa untuk menitipkan doa untuknya dalam setiap solat lima waktu saya hatta solat-solat sunat saya yang lain. sungguh-sungguh saya rasa bersalah. huhu, maafkan saya abang motor. saya tak sengaja langgar motor baru abang tengahari semalam.


(read: abang motor tu baru sangat-sangat beli motor. tak sampai sebulan pun. tapi sudah kena langgar dari belakang oleh kereta kecik saya yang sudah tak berapa baru. walaupun saya sudah bayar dia sedikit wang saguhati, tapi saya tetap rasa bersalah)

Friday, September 19, 2008

yang mengusik hati

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut.

Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan. Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.

Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa.


"Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.

"Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menj di babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya. "Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi.

Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak. Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.



Thursday, September 18, 2008

Toto Chan - Tetsuko Kuroyanagi

roman menelefon semalam. katanya mahu pinjamkan saya sebuah novel. aduih, lelaki ini memang suka sangat beli novel. paling saya suka tentang dia, dia tidak lokek meminjamkan novel-novelnya pada saya. (hmm.. mungkin juga kerana dia bebas meminjam novel saya tanpa batasan masa) kebetulan kami sama-sama parking di lrt gombak, maka secara automatik port pertemuan juga di situ. waktu saya sampai dari jauh saya sudah nampak dia bersandar pada kereta saya. hmm.. nampak sebati kerana bajunya juga warna maroon. hihihi..

"lambat" ayat pertama yang keluar dari mulut dia.

"singgah ampang park jap tadi. mana buku?"

"tak sabar betul. nah, baca elok-elok. jangan sampai koyak. buku ni dah lusuh sikit"

"yer.." jawapan acuh tak acuh sambil menyambut beg plastik watson dia. menjenguk-jenguk ke dalam plastik. serta merta terus muka saya tersengih panjang. berseri-seri. Toto-Chan!!!!!! . ini novel favourite saya. dan yang paling best, ini versi bahasa melayu.ngeee.. seronoknya!!!

"aku pusing-pusing kedai buku 2nd hand ari tu. jumpa." owh, ok.. patut la dia kata buku ni lusuh.

ngee.. saya masih belum boleh berhenti senyum. novel ini saya baca waktu saya darjah enam. itupun saya pinjam dari seorang budak lelaki bernama adib. (yer, saya ingat nama dia kerana saya selalu tersilap tulis nama dia jadi 'abid') karya Tetsuko Kuroyanagi ini antara novel kegemaran saya. ini novel yang lansung tak pernah buat saya bosan. ini novel yang boleh buat saya senyum sendirian.

saya ingat lagi, sewaktu di universiti, saya ulang baca novel ini hasil pinjaman dari tukang petik gitar puisi saya bernama zuar.tapi itu dalam bahasa inggeris, keseronokan nya tak sama dengan versi bahasa malaysia.

"seronok la tuh" roman mencelah.

ngee.. sengih lagi. "aku pinjam lama skit tau buku ni. nak baca tujuh lapan kali dulu. lepas tu baru aku antar."

"iyelah-iyelah. ko balik terus ni kan? antar aku dulu boleh? aku tak bawak kete ari ni. antar sampai sekolah tu pun dah ok. jalan kaki dekat dah tu"

aduhai roman, andai saat ini kamu minta saya hantarkan kamu ke bulan sekalipun saya sanggup tahu!!


Tuesday, September 16, 2008

haiqal + anis + en Phantom

pertama-tamanya, ingin meluahkan sedikit tidak puas hati pada 'firewall' internet di pejabat saya. mestikah blog Phantom di sekat capaiannya? sungguh-sungguh tidak puas hati. Phantom, maaf yer.. saya tak dapat melawat blog kamu. huhuhu.. :( (tapi saya tetap suka bila kamu datang sini) ngee


semalam kakak datang. hohoho.. anis sudah makin membulat. betul, saya tak tipu. pipi sudah mendahului semua anggota muka yang lain. geram betul saya tengok dia. rasa mahu saja picit-picit dan gigit-gigit. hahaha.. haiqal. hmm.. dah makin besar. sayang betul, semalam tak sempat nak gaduh-gaduh dengan dia. tak mengapa, jumaat nanti saya jumpa dia lagi. kakak ajak saya berbuka puasa di Legend Hotel. yeay!!



Monday, September 15, 2008

ramadhan 13

menyedarkan saya bahawa sebungkus mihun kungfu itu rupa-rupanya cukup mengenyangkan perut hingga ke waktu sahur. alhamdulillah...


Friday, September 12, 2008

pre majlis kahwin en teruna sulung I

bunga telur untuk majlis kahwin encik teruna sulung sudah 75% siap. bekas-bekas hantaran juga sudah 90% siap. semuanya warna kuning. hatta dari kain pengalas dulang hinggalah ke raga yang berbalut kain satin kuning dan mengunjur ke bunga-bunga besar sebagai trademark yang wajib ada di atas setiap dulang hantaran, semuanya gabungan warna kuning dan warna emas. owh, bunga telur itu juga warna kuning. hmm, boleh tak nanti waktu merebus telur kita masukkan sedikit pewarna kuning? biar telurnya juga warna kuning. barulah meriah bangat. ngee!!

semenjak bulan Mei, hujung minggu saya dipenuhi dengan acara Jalan-jalan Cari Barang Kawin hinggakan tauke kedai barangan pengantin di Sri Gombak itu sudah begitu mesra dengan kami. manakan tidak, bermula dari majlis merisik, meminang hinggalah ke majlis perkahwinan semua barang gubahan hantaran kami beli disitu. itu kehendak bonda. kalau ikutkan saya, mahu saja saya bawa dia ke Semua House. di sana kan lagi banyak pilihan. tapi kata bonda "tak usah pergi jauh-jauh. kalau ada barang yang tak cukup nanti kan susah kalau nak pergi balik. jalan jam, orang pun ramai." saya senyum, "hmm.. ikutlah" (read: saya kan anak yang mendengar kata) *wink

Tuesday, September 09, 2008

doa pertemuan saya

dua kali. itu adalah kiraan berapa kali saya berpeluang bertemu dengannya ramadhan tahun lepas. tempat pertemuan : pasar ramadhan kecil di simpang tiga sebelum masuk ke jalan rumah saya. setiap kali bertemu, kami pasti berbalas senyuman. itu yang pasti. senyuman dia bukanlah senyuman yang paling manis pernah saya lihat tapi, senyuman itu selalu saja buat hati saya riang. dan keriangan itu selalunya terbawa-bawa hingga ke meja makan waktu waktu azan maghrib berkumandang. jatuh cinta? ah, bukanlah. saya cuma suka. tapi hanya dua kali. selepas itu, setiap kali saya mengunjungi pasar ramadhan itu dia tiada. sepanjang-panjang pasar ramadhan itu saya susuri dan berdoa semoga saya bertemu dengannya tapi hampa bercampur sedih dan kecewa bila dia tiada.


tapi sebenarnya, doa saya dimakbulkan petang semalam. saya lansung tak merancang untuk singgah di pasar ramadhan itu sebenarnya tapi melihat saja ruang kosong disebelah Hilux hitam (yang saya kenal siapa empunya nya) pantas saja tangan membelok stereng dan memberhentikan kereta. dengan sekeping not merah di tangan dan telefon Samsung hitam, saya hanya berjalan menjamu mata dengan segala macam juadah disemua gerai. langsung menelefon bonda bertanyakan samada dia mahu atau tidak kuih jala emas ataupun puteri mandi yang maha manis itu. respon negative. bonda sudah menyediakan bubur pulut hitam. selesai menelefon, angkat saja muka.. saya ternampak dia. selang sebuah gerai dengan gerai kuih-muih Kelantan itu. tapi dia tak nampak saya. ah, tak mengapa. biar saya yang menampakkan diri saya di hadapan dia.


kurang sepuluh langkah, saya sudah berada di hadapan dia. saya senyum. dia pun senyum.


“kak, somtam satu. nak mangga lebih boleh?”


dan waktu azan mghrib semalam, hati saya kembali riang seperti tahun lepas. saat saya taip entri ini juga, saya masih lagi tersenyum manis. ngee!!


kakak somtam, tunggu saya petang ini!!!

Monday, September 08, 2008

perang karipap sardin dan cinta buah melaka

segalanya bermula dengan cantik. sardin yang siap dilenyek itu sudah sebati garam, bawang, dan sedikit cili api yang dipotong kecil-kecil. doh juga sudah gebu-gebu. tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras. kalau tak cantik masakan saya boleh menyanyi-nyanyi lagu HIM sewaktu menabur tepung di atas papan canai. tapi… kenapa waktu dua-dua subjek ini bergabung dan membentuk objek yang boleh dipanggil karipap mentah, dia mula memberontak? sengaja mengeluarkan minyak melalui celah-celah bunga yang dikepit di bahagian atas. dan yang pasti, karipap sebegini pasti akan tersengih lebar sehingga menampakkan isi dalamnya waktu digoreng nanti. tak suka!!!!!


tapi, tak mengapa. andai kamu mahu perang.. maka saya juga bisa angkat pisau. maka, semua karipap yang memberontak itu saya perangi habis-habisan. habis isi perutnya terburai dek tusukan pisau bonda. saya kumpulkan semua cebisan-cebisan badannya. dan dengan gigihnya saya mengadun sedikit lagi doh tambahan. saya mulakan dengan karipap baru. hehe, kamu ingat kamu hebat? huh, nanti-nanti kamu masuk dalam kuali minyak panas itu juga dan akhirnya masuk perut saya juga. maka, saya tetap menang dan kamu tetap kalah.


aduhai karipap sardine, kenapalah kamu degil. kan bagus andai kamu sebaik dan sepatuh buah melaka sabtu lepas? dua jam itu lansung tak terasa bila saya lihat satu mangkuk bersaiz sederhana itu penuh dengan buah melaka. hatta saya lansung tak merungut tentang kesan tepung yang mencemari baju merah saya. apatah lagi dua jam itu saya lansung tak boleh duduk kerana terpaksa memotong gula melaka yang maha keras, kemudiannya menguli tepung pulut itu dengan air pandan warna hijau pekat, menggentel sebijik-sebijik sebelum saya lemaskan dia di dalam air panas yang menggelegak. tak cukup dengan itu, timbul saja dia dari permukaan air, cepat-cepat saya sambar dan selimutkan dia dengan kelapa muda yang sudah digaul dengan garam. dan selepas itu barulah saya aturkan dia dalam mangkuk bersaiz sederhana itu. leceh kan? tapi oleh sebab dia lansung tidak memberontak, maka saya cinta kamu wahai buah melaka!! ngee!!!


Friday, September 05, 2008

kata jason..

"Cause you and I both loved what you and I spoke of "


Tuesday, September 02, 2008

naron yang GILA

cerita naron:
hari itu, lima kali naron membuat panggilan luar, menggunakan telefon office, menelefon syarikat A dan meminta receptionist itu menyambungkannya pada extension 2589. tapi lima kali juga dia gagal kerana line 2589 engage.


cerita gila naron:
naron sebenarnya salah seorang pekerja di syarikat A dan extension 2589 itu ialah extension dia.


Thursday, August 28, 2008

k a m u

kamu yang bawa ku terbang
kamulah jua yang membawa cinta
ke jalannya
kamu yang bawa ku terbang
ke bintang kejora cinta kita
kekal untuk selamanya


Friday, August 22, 2008

jiwa kacau dan mereka

bila kali terakhir kamu mendengar mereka bercerita tentang jiwa kacau mereka..


dan bila pula kali terakhir kamu bercerita pada mereka tentang jiwa kacau kamu..


hmm.. saat ini saya betul-betul rindukan hadifaza. al fatihah untuk kamu hadi..

Thursday, August 14, 2008

confession II

petang itu saya jumpa dia. masih lagi bertali leher walaupun sudah sedikit dilonggarkan dan lengan baju juga sudah dilipat paras siku. tapi dia tetap lagi gila dengan kasut kulit warna dark choc.

"so, apa hal nak jmpa sgt2 ni? x sempat-sempat nk tnggu weekend. hmm?” saya memulakan bicara
“saje.. lama tak sembang-sembang.”

“hmm..ok. “
saya tahu. itu hanya jawapan tipu. dia jarang mengajak berjumpa andai tiada perkara penting yang ingin diuratakan. kalau hanya setakat ingin bersembang, baik telefon saja.




“mak aku nak aku kawin dgn anak kawan dia”
dia memulakan bicara. bersahaja sambil menguis-nguis taugeh dalam teppanyaki nya.
“hmm.. bagus la tu. nak tnggu kau yg carik tak tau bila.” saya menjawab.

tapi dia hanya diam.

“kenapa? tak suka budak tu ke? ke suka org lain?” tanya lagi
"hmm.. lebih kurang la”

“dah tu.. ckp la kat mak.. x payahla nk pegi pinangkan sape-sape. dah ada calon lain?”
“tak de. "

"abis tu?"
"aku tak minat”

“kenapa? tak cantik? ala.. kenal-kenal la dulu. tgk macam mana..”

diam lagi.

“entah la.. susah la.”
ok, dia dah mula mengeluh.

“apa yang susahnya?”
diam lagi. saya pula yang tak betah bila dia begini. saya mula mengadap dia.

“apa masalah sebenarnya ni? bg tau la..”
“aku tak minat”
“tak minat apa? tak minat nak kawin? ke tak minat nak kawin ngan pompuan tu?”
“hmm.. sort of.. “
“sort of? apa yang sort of? “

diam


diam



diam lagi.

aduih, lelaki seorang ini. betul-betul punya aura yang buat saya teruja dengan masalah dia.

“apa masalah sebenarnya ni? cuba citer..” soalan yang sama saya lontarkan sekali lagi


“aku.. tak berminat. aku tak minat ngan pompuan. aku lagi suka pada guys yang cute-cute daripada pompuan.” jawapan satu nafas dia ini diakhiri dengan helaan nafas yang agak kuat

parah!! masak!!

saya diam.. sedikit terkejut.. perlahan-lahan menyedut minuman. erk.. apsal strawberry shake ni pun rasa pahit? teppanyaki dihadapan saya hanya dikuis-kuis tanpa lansung disuap.
dia juga diam. entah menyesal kerana meluah isi hati seberani itu atau sengaja memberi saya ruang untuk berpijak ke alam nyata kembali.

lama.




dan mungkin terperasan dengan reaksi saya yang masih tak berubah, dia cuba mengembalikan suasana

“ko ambik taugeh ni eh.. aku tak makan taugeh”




confession dari dia yang buat saya tarik nafas tiga kali tapi masih lagi rasa semput, seperti oksigen dalam shopping mall ini tak mencukupi untuk saya


Tuesday, August 12, 2008

Ayat-ayat Cinta Roman

"jodoh itu akan sampai bila tiba masanya. seperti mana tibanya waktu untuk ibu kamu melahirkan kamu, seperti itu juga jodoh akan tiba. tunggu dan percaya yang waktunya akan tiba"

ini ayat Roman. seorang lelaki yang sudah dua puluh sembilan tahun hidup membujang. tujuh tahun menjalin cinta jarak jauh tapi akhirnya terputus di tengah jalan. bukan kerana orang ketiga, tapi kerana perancangan masa depan masing-masing yang berbeza.

"melepaskan dia.. itu keputusan paling tegar bagi aku"

itu ayat terakhir Roman sewaktu memulangkan novel Ayat-ayat Cinta saya.

"bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud" ~Ayat-Ayat Cinta by Rossa


Friday, August 08, 2008

confession I

“tak berminat.. aku tak minat..."

confession dari dia yang buat saya tarik nafas tiga kali tapi masih lagi rasa semput, seperti oksigen dalam shopping mall ini tak mencukupi untuk saya





Thursday, August 07, 2008

mess with care

mungkin kamu rasa planet kamu tak sama dengan planet saya. okey, saya faham. tapi itu bukan tiket untuk kamu mengemudi sesuka hati objek bulat yang menjadi kediaman kamu itu. sila pertimbangkan planet-planet lain di sekitar kamu. kami juga punya alat pengemudi planet kami sendiri. dan jika kamu rasa saya tak pernah mess around dengan kamu, tolonglah... jangan mess around dengan saya. sungguhpun kamu rasa kamu berhak untuk mess around dengan saya dengan alasan "i'm just care", saya rasa ada orang lain yang lebih berhak untuk kamu "care". dan kalau kamu sedar, kamu sebenarnya sedang messing with your own life. dan saya betul-betul tak mahu masuk campur akan hal itu. and please, if u are willing to mess ur own life, mess with care!!

Friday, August 01, 2008

lelaki hebat

ceritanya pasti yang hebat-hebat. kerjanya juga yang bagus-bagus. kalau dalam skala 10, dia pasti dalam golongan 8 ke atas. itu bukan saya yang cakap ok, dia yang describekan dirinya sendiri sebegitu. saya pasti takkan lupakan dia sampai bila-bila. bukan sebab ceritanya. bukan juga sebab kerjanya. tapi sebab dia satu-satunya lelaki yang ajak saya keluar dating pergi tengok Pameran Harta Intelek. hmm.. sungguh bertamadun tinggi dan berintelektual sekali lelaki ini.

Thursday, July 31, 2008

my left and my right

sejak kebelakangan ini saya semakin eprasan dengan permasalaahn ini. semakin menjadi-jadi. bukan masalah besar saya kira tapi jika seringkali berlaku, pasti wujud rasa sedikit geram pada diris endiri. hmm, okey.. begini. kalau menaip, ajri-jari sebelah kiri saya seringkali mendahului jari-jari sebelah kanan. seringkali saya tersilap menaip perkataan "fried" menjadi "freid" ataupun "please" menjadi "pelase". dan tak cukup dengan itu, belum sempat saya menekan spacebar (menggunakan tangan aknan) jari sebelah kiri saya sudahpun menyambung huruf pertama perkataan abru dibelakang perkataan sebelumnya. seringkali "kindly advise" akan ditukar menajdi "kindlya dvise" dan "the report" menajdi "ther eport". jari-jari tangan kiri inis eperti lansung tidak mahu bersabar. untuk menghantar satu report satu muka surat, saya perlu mengulang baca sebanyak tiga kali untuk memastikan yang tiada sebarang typo. dan cuba bayangkan berapa lama masa yang perlu saya peruntukkan untuk mengisi satu entry panjang dalam blogs aya. tapi entry kali ini, tiada sebarang peruntukan masa untuk memeriksa sebarang typo ataud engan kata lain, saya lansung tidak endahkan semua typo dalam entry ini. dan kamu lihats aja hasilnya.