Monday, April 30, 2007

saya seronok pagi ini

tajuk entri itu sudah menceritakan segala-galanya. sekian.

Saturday, April 28, 2007

saya dan skittles

kamu tahu skittles? yang kecil-kecil comel berwarna-warni itu. yang saiznya hanya sebesar biji saga. ada warna hijau, kuning, merah, dark purple dan oren. hijau untuk perisa apple, kuning untuk lemon, merah untuk strawberry, dark purple untuk anggur dan oren semestinya untuk orange.

saya suka skittles. bagi saya, menguyah skittles itu menyeronokkan. mungkin kerana saiznya yang kecil dan tekstur awalnya seperti gula-gula getah. sedikit kenyal. tapi tak perlu diluah, kunyah saja dan telan. tak mengapa. ia tidak menggangu perut meskipun kamu mempunyai penyakit gastrik.

ada ketikanya saya menggabungkan perisa lemon dan apple ataupun perisa anggur dan strawberry. menguyah kedua-duanya serentak, kemudian menikmati rasa gabungan kesemua perisa itu sebelum menelannya. wuuu… seronoknya umpama saya sedang meluncur di atas pelangi.yiieehaa!!!

kadang-kadang saya suka memberikan kuiz pada diri saya. mengambil skittles dengan mata terpejam. menguyahnya dan kemudian meneka perisa apa yang saya ambil itu. ahh.. betul atau salah tak siapa yang tahu. tapi bukankah ini salah satu cara untuk menajamkan minda? hehehe..

rekod terhebat saya dengan skittles ialah saya pernah mengasingkan setiap perisa dalam 10 paket skittles satu persatu dan menyimpannya dalam bekas berasingan. (read: ini ialah perlakuan seorang student yang tengah tension dengan programming yang tidak mahu-mahu running walaupun sudah satu hari dibelek dan dibelai) tapi itu hanya berlaku dalam tahun 2003. selepas itu, tiada lagi aktiviti seperti ini direkodkan.

di Uda Ocean, harga sepaket skittles ialah rm1.20. agak murah berbanding kedai-kedai lain. sebuah kedai runcit di belakang bangunan office saya menjual skittles dengan harga rm1.50 sepaket. tapi jika malas berjalan ke Uda Ocean, saya tetap beli skittles di kedai itu. apalah sangat rm1.50 itu andai dibandingkan dengan keseronokan meluncur di atas pelangi.. (ayat ini hanya dipraktikkan pada waktu awal bulan sahaja. bukan pada waktu pertengahan bulan atau waktu hujung bulan atau dengan kata lain, waktu poket beg duit saya semakin slim)

saya telah menghabiskan sepaket skittles sewaktu menaip entri ini.


hari ini saya sedikit rajin. google dalam internet untuk mencari gambar skittles.


dan ini pula website Skittles. yer.. skittles ada websitenya sendiri. hebat bukan??





Friday, April 27, 2007

ini salah satu yang saya suka..

kukirimkan padamu sepotong senja yang lembut dengan langit kemerah-merahan yang nyata dan betul-betul ada dalam keadaan yang sama seperti ketika aku mengambilnya saat matahari hampir tenggelam ke balik cakrawala

- sepotong senja untuk pacarku by seno gumira ajidarma

Thursday, April 26, 2007

hmm..

orang lain seronok-seronok cuti

tapi ada jugak orang lain yang seronok-seronok datang kerja

saya tergolong dalam golongan orang lain yang kedua

tapi saya tidak seronok-seronok

sekian, terima kasih


entri yang membosankan ini adalah petanda yang saya tidak berseronok sekarang

Wednesday, April 25, 2007

untuk sepanjang hari

inikan pula perasaan
yang lahir dari jiwa
dan kita sama sama merasa
denyut kasihnya
tanpa sebarang sebab yang boleh dijadikan alasan..
rangkap lagu ini telah bermain-main dalam fikiran saya sepanjang hari
betul.. sepanjang hari
bermula saya masuk ke ofis, keluar untuk makan tenghari, masuk kembali, hinggalah ke waktu ini
ianya masih lagi di situ
apa tajuknya.. siapa penyanyinya.. entahlah, saya sendiri sudah lupa

Tuesday, April 24, 2007

ini untuk DANI

dani..
kenapa lari? merajuk? bosan? atau marah pada dia? patutnya kamu sabar banyak-banyak. memang itu perangai dia. masakan kamu tidak biasa dengan dia?

itu cara dia menyatakan yang dia menyukai kamu.
itu cara dia melahirkan perasaan yang dia senang dengan kehadiran kamu.
itu cara dia mengekspresikan keriangan hati dia bila melihat kamu.
tak kan itupun kamu tidak faham?

cuba kamu ingat kembali, nama siapa yang sering dia sebut saban hari?
Dani bukan?

kamu lupa dia yang selalu menjaga makan minum kamu?
hatta kalau di kedai, dia yang terlalu teliti dalam membeli makanan untuk kamu.

kamu pun satu..
lansung tidak melawan. suka sangat memendam. akhirnya, bila tidak tahan mulalah lari.

kan elok kalau berbincang. terangkan pada dia apa yang kamu tidak suka diperlakukan begitu.

dani.. dani.. kamu ini cepat sangat melatah.

tapi, saya memuji cara kamu melarikan diri. usaha kamu melepaskan diri itu sememangnya wajar mendapat 4 bintang. kamu memang bijak dani!!

saya tahu.. kamu tak kan baca entri ini. panggilan telefon saya pun mustahil akan dijawab. pesanan sms apatah lagi. saya hanya berharap orang lain yang akan membaca entri dan menyampaikannya kepada kamu.

dani..
semoga kamu selamat dan bahagia. tak kira di mana kamu sekarang.
tapi, andai kamu rindukan dia.. pulang saja. dia juga rindu..

read:
‘dani’ itu kucing kakak saya. dibeli dari seorang kawan yang mengidap asma. kacukan kucing parsi dan kucing biasa.

‘dia’ itu anak saudara saya, haiqal yang berumur 5 tahun. teramat nakal dengan dani. suka benar dia manarik-narik ekor dani, mengepit telinga dani dengan pengapit kain, menyelimutkan dani dengan selimut dan menindan bantal-bantal di atasnya, mengangkut dan memunggah dani ke mana saja dia pergi.


dani lari ikut pintu hadapan. percubaan yang betul-betul berani. usahanya melompat berkali-kali dan menekan kunci sliding door rumah kakak saya akhirnya membuahkan hasil.

waktu menulis entri ini, saya terbayang-bayang aksi dani yang sedang catwalk di kawasan perumahan sambil bersiul-siul riang kerana terlepas dari haiqal. ala-ala dalam cerita kartun yang sering sya tonton waktu hujung minggu.

Monday, April 23, 2007

kasihan tauke itu..

saya betul-betul tidak suka melihat pemandangan sekarang..

angkat saja muka, saya disajikan dengan pemandangan seorang tauke cina yang mendapat tender ubahsuai bilik yang berhadapan dengan bilik pejabat saya..

berdiri betul-betul berhadapan dengan cermin pintu bilik saya..

bercakap sesuatu kepada pekerja-pekerjanya..

sambil menepuk-nepuk perut buncitnya..

arrgghh….
entah mengapa, saya merasakan pemandangan ini terlalu menyiksakan jiwa raga saya!!

Thursday, April 19, 2007

dosa

”Manusia tidak boleh berbicara tentang diri mereka tanpa menokok-nambah. Sifat ego merupakan satu dosa yang dipikul manusia sedari lahir; [sifat] yang paling sukar untuk ditebus”
–Akira Kurosawa

Wednesday, April 18, 2007

tolong saya

saya masih tertunggu-tunggu.
masih lagi memandang ke luar tingkap.
semua syarat sudah cukup.
kenapa masih belum??

kenapa masih belum hujan????
awan sudah gelap yang amat
suhu juga makin turun

tolonglah..

tolonglah hujan..

tolonglah..

saya mahu lihat rintik hujan di tingkap bilik ini..

Tuesday, April 17, 2007

immune dengan bola-bola api

hohoho..
tolonglah.. saya kira saya kini sudah immune dengan persekitaran bola-bola api di pejabat saya. hinggakan saya sudah tidak kisah andai bola-bola itu mengena saya. tak mengapa, panas bola itu sudah biasa dengan saya.

tapi, orang-orang luar. semuanya tidak boleh menerima standard imunisasi saya itu. semuanya tidak berpuas hati kerana bola-bola api itu sering saja muncul. dan sering pula mengena saya. hehe.. terima kasih kerana kalian prihatin tentang saya.,

dan..
atas kerana keprihatinan itulah, saya kini mula membawa pistol air di dalam beg saya. supaya.. andai bola-bola api itu datang lagi, bisa saya spray dia dengan air.

tentang dia

hujan lebat di luar. saya teperangkap. tapi masih awal untuk balik. sedangkan kerja yang belum selesai masih bnyak berbaki. masa makin suntuk. saya makin malas.

tentang dia..
dia kini seperti terlalu banyak berubah. sehinggakan saya mula tertanya-tanya. apa ini perangai sebenar dia? atau sememangnya ini caranya melayan seorang kawan? sedikit kurang puas hati. tidak. sebenarnya, bukan sedikit. pada hari saya dilayan sebegini oleh dia, saya betul-betul marah. cuma sekarang, marah itu hampir pudar.tiada guna saya marah berpanjangan. kerana yang buruknya, muka saya juga. maka, untuk dia.. saya benar-benar berharap yang saya tidak lagi perlu untuk menghubungi dia.walau apa keadaan sekalipun. titik!!

Tuesday, April 10, 2007

warna langit

pagi selasa yang mendung. saya suka. warna langit yang tidak begitu cerah dah tidak juga begitu gelap. saya rasa dingin. dan damai.
saya bersemangat hari ini. betul-betul bersemangat. alwyn kini mula bertugas dengan saya. tak mengapa walau terpaksa berkongsi bilik hatta berkongsi meja sekalipun. memandangnya sudah cukup membuatkan saya tersenyum. mendengarnya sudah cukup membuatkan saya tenang. oh, indahnya dunia saya sekarang.

hari ini kerja saya sudah mula menimbun. baru semalam merancang untuk menyiapkan kerja A sebelum makan tengahari. (tambahan pula, dengan kehadiran alwyn lagilah saya bersemangat untuk menyiapkan kerja) tapi, dipanggil pula oleh seorang rakan. meminta untuk menyiapkan proposal. okey, itu kerja B. tapi B masih boleh diperam kerana tarikh tutup isnin ini. maka saya bercadang untuk menyiapkan A. tapi, muncul pula C. tiada date due, tapi saya tahu ini penting. selagi B belum siap, D tidak dapat dimulakan. sekarang saya sedang mengusahakan C. sambil menyiapkan C, saya sedang memikirkan, apa kah D itu bakal diuruskan oleh saya juga. mungkin..

kan saya sudah kata. D sudah muncul. pengurusnya: saya. aduh Saliha..

cuaca hari ini.. dari pagi hingga ke tenghari cukup menyenangkan saya. awan warna biru yang bercampur dengan sedikit kelabu. bukan biru gelap. bukan juga biru muda. cukup sesuai dengan lagu mp3 hujan (ost mukhsin) yang saya mainkan sejak pagi tadi

apa warna langit?
dalam kumpulan warna biru,ada satu warna yang nama nya ‘SKY BLUE’. betul ke biru itu biru langit? langit kan luas.
dan andai di satu kawasan itu banyak awan putih-putih gebu,
jadi warna langit biru dengan putih gebu-gebu.

dan andai pula di kawasan satu lagi itu ada awan hitam,
jadi warna langit biru dengan hitam-hitam.

andai pula di langit itu matahari memancar terik, pasti ada aura-aura kuning di sekitarnya. jadi warna langit ialah biru dengan aura kuning.

maka mana satu SKY BLUE itu?
putih gebu-gebu?
hitam-hitam?
atau aura kuning?