Saturday, March 24, 2007

entri bermalas-malasan

sabtu. kini menjadi hari bekerja bagi saya. tapi kini saya hanya bermalas-malasan di bilik.bagus bukan? bilik ini terlalu sejuk untuk saya. baru satu jam setengah saya di sini, badan sidah menggiil-gigil. tak mengapa. sebentar lagi lemak-lemak di badan saya akan dibakar untuk menurunkan suhu sejuk ini. dengan kata lain, untuk memenaskan badan saya. selang sebuh bilik dengan bilik saya ialah bilik kuliah kecil.pintu bilik dibiarkan terbuka . pintu bilik saya juga saya biarkan sedikit terbuka. maka, saya dapat mendengar dengan jelas setiap butir bicara sang pensyarah. melalui tone suaranya, saya tahu sebenarnya dia sedang memarahi para pelajarnya.

“if you won’t be able to pay for sixty dollar for the book and the cds, please
do not come to my class. I’ve already told all of you to purchase this book
since last year. so I can not accept any reason anymore !!!”
(tanda seru yang tiga itu sebagai symbol yang suara sang pensyarah begitu tegas dan lantang)


mp3 telefon saya berkumandang lagu A.C.A.B ~ Setelah. agak catchy. saya baru selesai membelek The Star. Muka depan yang memeparkan gambar hero-hero Malaysia terkini. siapa lagi kalau bukan Koo Kien Kit dan Tan Boon Heng (maaf ya, bukan hero remaja) credit untuk mereka berdua ini. walaupun saya ini bukan peminat suakn badminton, tapi saya tahu corak permainan mereka ini agak ‘fun’. mungkin kerana umur masih muda. tenaga masih banyak terjana.

belek-belek dalam StarJobs, Banana Republic is hiring. Begitu juga M.A.C serta CLUB21. Tapi semuanya tidak berkaitan dengan saya. kan bagusandai saya berpeluang memasuki ‘line’ ini. hmm..

lambatnya jam ini untuk menghampiri angka satu. saya sudah mula bosan. saya harus berbuat sesuatu yang lain.

hari ini, ada satu nama yang bermain-main dalam fikiran saya.. Farid Sulaiman.
kamu, Farid.. andai kamu baca entri ini,sila hubungi saya!!

Friday, March 23, 2007

hari 4

sewajarnya saya bercerita lebih awal tapi terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan. tapi bila memikirkan perkara-perkara itu, saya tahu ianya tidak akan selesai dalm masa yang terdekat. maka untuk menangguh cerita saya di dalam blog ini sehingga semuanya selesai.. hmm.. apa yer.. bukan tidak boleh. boleh tapi harus menunggu lama. dan saya tidak bisa menunggu lama untuk bercerita di sini. tidak. harap maaf wahai kerja-kerja ku kerna berlaku curang untuk seketika.

ini hari ke 4. saya di pejabat lain. bukan bertukar kerja. tapi service saya lebih diperlukan disini, maka saya dihantar ke sini. untuk berapa lama, saya sendiri tidak di beritahu. tapi segala kerja di sini hanya baru berganjak sedikit. maka saya boleh mengandaikan, saya bakal berlama-lamaan di sini.

bagus juga, kerana di sini waktu pulangnya lebih awal tapi harus bekerja pada hari sabtu. ah, itu bukan masalah saya. andai setiap perbelanjaan pengangkutan dan makan minum ditanggung, apa salahnya datang bekerja bukan?

tempat baru ini, sebuah kolej swasta. para pelajarnya ramai dari kalangan pelajar antarabangsa. terus terang saya katakan, saya kurang menyenangi mereka. agak tidak menghormati orang. bukan saya ini racist. tapi andai kamu seorang diri di dalam perpustakaan, sedang cuba untuk memaham dan mentafsir satu perenggan dari sebuah buku, tiba-tiba masuk 3 orang ‘mereka’ bergelak ketawa sambil bernyanyi-nyanyi tanpa lansung tidak menpedulikan kamu, geram bukan?
awalannya, saya beranggapan mereka tidak nampak saya kerana waktu itu saya sudah agak sedikit tenggelam dek kerusi yang besar dan empuk itu. tapi bila mereka duduk bertentangan dengan saya dan salah seorang dari mereka memandang saya saat saya memandang mereka, tapi masih juga berbuat bising, saya kira itu perbuatan yang kurang sopan.
tapi saya boleh lagi meng'ignore'kan mereka. tunggu saja bila saya jadi Director disini. siap kamu semua!!! hahaha..

apa lagi tentang tempat ini..
hmm.. bilangan pekerja yang sebangsa dengan saya juga bertambah. andai di tempat kerja saya dahulu, hanya saya seorang yang berbangsa melayu dan beragama islam kini sudah ada beberapa orang yang boleh di ajak untuk ke surau bersama-sama. sesetengah teman bertanyakan saya “Kamu boleh tahan kerja di situ? Sorang-sorang melayu.”
saya hanya senyum. kalau tidak kerana bulan-bulan saya dibayar atas perkhidmatan saya itu. dan atas bayaran itulah saya berkongsi sedikit dengan ayahanda serta bonda, membayar segala bil, menghantar duit poket untuk adik di universiti dan segala macam benda lagi yang perlu dilangsaikan setiap bulan, mahu juga saya berhenti. bersenang-senang dirumah. tengok tv. tapi siapa yang mahu bayar astro saya nanti? bukan tidak memohon di mana-mana tempat baru, tapi nampaknya rezeki saya hanya di situ. bersyukur saja. itu hanya jawapan dalam hati. tiada gunanya saya melaung-laung semua ini. senyum itu lagi baik. sedekah.

waktu kerja di sini. 9 hingga 5. tapi jangan hadirkan diri sebelum pukul 9. pintu tidak akn dibuka. bukan kerana ini kawasan larangan. tapi orang-orang disini kurang menyukai jam 9 barangkali. paling awal yang bakal sampai ialah 905am. semua yang dilakukan bakal bermula jam 10, paling awal. andai tidak, 1030. saya kurang biasa dengan keadaan ini. tapi, sudah mereka begitu, ikut saja. tapi, waktu pulang mereka tak menentu. mungkin juga alasan yang sama, mereka tidak menyukai jam 5. maka jarang dapat dilihat sesiapa yang keluar menggalas beg tepat jam 5. atau mungkin juga kerana rasa bersalah mereka di atas kelewatan pagi tadi, maka mereka melewatkan waktu pulang. entahla. saya sudah terbiasa untuk mengikut segala apa yang tertulis. Ms Wright n Wrong.

cukuplah. saya sudah menghabiskan 20 minit di windows ini. sudah 425pm. lagi setengah jam untuk pulang. saya kira hanya saya yang sukakan jam 5. mungkin..

Monday, March 19, 2007

tiga!!!

mungkin betul apa yang diperkatakan


bukan boleh tangkap muat.



perlu cari yang hebat.





agar diri sendiri sentiasa berusaha bersaing.

satu.. dua..

Satu:
semuanya jelas dari mata awak
saya faham, saya sedar
cuma, bila saya tengok awak senyum
saya jadi lupa pada cerita mata awak

hmm.. baiklah. lain kali saya akan buka mata saya besar-besar. dan tak akan senyum.

Dua:

makhluk-makhluk dalam dunia saya dan teknik pembalasan sms mereka

Dora Yakult: makhluk ini umpama ada quota. satu sms untuk setiap orang yang menghantar sms. sms kedua dari orang yang sama pasti tidak akan dijawab

Haki Softlan : makhluk ini tidak suka membalas sms. maka, setiap kali sms masuk, dia akan terus menelefon orang yang menghantar sms. ini menerangkan cerita di sebalik tangannya yang lembut itu

Miel ParaSakura: sms selalu di balas. tapi mengambil masa yang paling lama berbanding makhluk-makhluk lain.


Esan Gladiator : sering saja gagal untuk membalas sms kerana tidur dan berada di jamban.

Hazi Hospis : membalas sms. juga ada quota. maksimum 3 ayat

Haja Kindaichi: membalas sms tepat pada masanya dan akan terus menghantar sms sehingga orang itu membalas sms nya kembali (read: dia cukup risau smsnya tidak sampai)

Zimon Electron : membalas sms dengan penuh nahu dan tatabahasa. lansung tiada singkatan perkataan dan cukup lengkap dengan nokhtah dan juga tanda koma.

Niven Angkasaraya : sebarang sms berbentuk soalan tidak akan dilayan oleh makhluk ini. harus bijak dalam memutarbelitkan persoalan supaya menjadi ayat penyata.
Contoh:
soalan sebenar: esok free? nak ajak main paint ball. x cukup orang.
kesan putaran : esok ada game paintball. tapi geng tak cukup titik!

24 tahun 2 bulan 29 hari

itu tempoh sebelum ini. sebelum saya mengalami peristiwa itu. peristiwa dimana kali pertama saya melihat seseorang sedang marah. betul-betul marah. marah tahap langit ketujuh lagaknya.
walaupun marahnya itu bukan kepada saya. tapi memandangkan hanya saya yang berada di situ. yang menjadi penghubung antara dia dengan yang ingin dimarah (yang sepatutnya berada di tempat saya agar saya boleh beriang ria memotong epal dan pear di pantry) maka dengan jelas saya dapat melihat seakan-akan api besar yang keluar dari atas kepalanya, dari telinganya, dari setiap helaian rambutnya, dari kemejanya yang berwarna biru gelap berkotak-kotak. mulutnya.. jangan cerita. umpama air yang disembur oleh bomba (read: bomba pujaan hati saya) cuma kali ini dia bukan menyembur air, tapi menyembur api. seperti api yang disembur naga dalam filem. maaf, bukan sinaganaga.

serius, saya takut. kecut. terkejut. tapi saya masih lagi tersenyum. sebenarnya bukan senyuman, tapi hanyalah perbuatan menyebut ‘ngeeee’ tanpa suara.

akhirnya dia keluar. setelah berkata-kata beberapa ayat yang saya lansung tidak dapat diproses oleh minda saya. saya cuma ingat 3 ayat pertamanya sahaja. kerana 3 ayat itu ditujukan kepada saya.

“I don’t want to frighten you. u already look so pale. I’m leaving now. just
tell that fella that..bla.. bla.. bla…”

waktu itu saya masih lagi ‘ngeeee’. hanya mampu melihat dia terkocoh-kocoh keluar dari pejabat. dia masih lagi berkata-kata. tapi saya lansung tidak faham sepatah butir bicara. saya masih ‘ngeeee’. selepas itu saya berjaan ke arah meja. duduk.

read:
1. ini ialah cerita yang menerangkan entri terdahulu itu
2. sebenarnya, dua orang itu (dalam entri terdahulu) ialah orang yang sepatutnya dimarah dan dia sedang dimarah (serta dimaki) oleh bos besar.

Friday, March 16, 2007

saya I

saat ini. saya. di meja. menaip entri ini. jari saya terketar-ketar. kaki saya juga. bergetar dengan sendirinya. tanpa dikawal. dan laju. mata sudah bergenang air. bakal tumpah bila-bila masa. jantung berdegup laju. terlalu laju. saya tahu. itu tanda tidak normal. ada dua orang disekeliling saya juga sedang berbicara. lansung saya tidak faham dan tidak cuba untuk faham. saya sedang cuba menahan agar air di mata ini agar jangan tumpah. mulut tak henti2 memujiNya agar hati ini tenang. cepatla tenang. cepatla tenang. biar degupan ini kembali seperti biasa. biar jari ini tidak lagi terketar-ketar. biar kaki ini bisa berdiri dengan tegap. tolonglah.. tolonglah..

sahabat yang baik

semalam, seorang teman bertanyakan saya


adat berkawan ke kalau kebaikan dibalas dengan kesakitan yang amat?


sayang.. sayang.. sayang..
saya rasa kamu perlu ikhlas berkawan dengan dia

tatkala kamu menjadi telinga untuk mendengarnya berbicara tentang kekalahan
tatkala kamu menjadi mata untuk melihat dia tersenyum dan bercerita tentang kegembiraan
tatkala kamu menjadi bahu untuk dia meleraikan kesedihan
tatkala kamu menjadi tongkat yang membantu dia untuk terus berdiri agar tidak jatuh
tatkala kamu menjadi jam loceng yang menyedarkan dia saat dia leka

kamu ikhlas atau tidak? (sila jawab YA atau TIDAK. dan harap maaf, soalan in tiada talian hayat.)

andai kamu ikhlas, kamu tak akan kisah sangat akan balasan darinya. mungkin kamu akan sedikit kecewa andai dia umpama tidak menghargai. hanya sedikit kecewa. diulangi: s e d i k i t. tapi, itu hak nya bukan. jangan salahkan dia andai dia tidak tahu mnghargai. hidup ini bukan hanya ada kamu. bukan juga hanya ada kamu dan dia. sekurang-kurangnya kamu harus bersyukur. kesakitan yang amat itu datang dari dia. seorang kawan. bersyukur juga kerana kamu yang merasa kesakitan itu. kerana selepas ini teman-teman kamu yang lain pasti tidak akan merasa kesakitan seperti itu dari kamu.


sms nya semalam berbalas. tapi saya merasakan itu bukan jawapan yang sesuai. sms itu hanya jawapan mulut. bukan jawapan hati.

dalam tren pagi tadi, novel yang saya pegang lansung tidak dibuka. penanda buku besi saya juga lansung tidak berubah tempat. saya asyik memikirkan kenapa dia persoalkan tentang persahabatan. tentang kebaikan. tentang pembalasan. juga tentang kesakitan kenapa saya terlalu serius memikirkan hal ini?? entahla..


saat ini saya teringatkan seorang kawan. yang baik. yang cantik.

Thursday, March 15, 2007

minta maaf

dia: awak banyk keje ari ni?

saya: banyak. bertubi-tubi. semuanya baru dpat hari ini

dia: discussion pagi tadi? ok? berbaloi bangun even sakit kepala?

saya: alhamdulillah. semua puas hati

dia: grats!!
senyap… untuk beberapa minit. kemudian beransur ke beberapa jam. saya kembali tenggelam dalam speaker’s note yang perlu disiapkan hinggalah saya sendiri lupa untuk membalas sms dia.

sebentar tadi
dia: awak, sama-sama. saya balik dulu. hati-hati balik nanti.
erk.. mintak maaf wak. saya tak tersengaja tak balas sms awak. saya selalu begini. kalau banyak kerja. awak, minta maaf!!!

Wednesday, March 14, 2007

reunion mrsm pc 98/99

sedikit usaha untuk mempromote..

Projek Besar : Reunion mrsmpc 98/99
Venue : Kota Bharu, Kelantan
Date : Sumwhere around this August

details.. boleh pegi kat official website
ini sedikit ucapan tak formal dari en pengerusi yang baru balik dari survey resort.

i guess the best way to put it in words is... kadang2 kita rasa cam
reunion2 ni as if we're still clinging to mrsmpc, and tamau let go and forget about it and move on.
lepas balik KB hari tu, aku rasa this is how our reunion should be.

move on we should. and grow up too.

we may not be as buddy2 as before, but hey i know u and u know me, and we all know we had some fun last time in pc.

in a way kita semua appreciate the shared memories, and at the same time we respect everyone's personal space, and we stay as friends, and we wish each and everyone of us the best for their personal endeavors. and you can restassured to always fall back on us, if one day you stumble upon a test in your life's journey. but until then, please do take care, and we will always be around.

reunion ni untuk kita recharge battery. jumpa member lama. wish them all the best, bagi support. to not forget what we used to be. and to also wish us all to be the greatest we can ever be. and by the end of it, off we go again pursuing our dreams, until the day comes again and we again take a breather and enjoy each other's company.



sekian, terima kasih

nemo

sebentar tadi..
saya memandikan mug finding nemo. dengan axion. cuci berkali-kali. dan kini. wajah-wajah squirt, crush, marlin n dory sudah berkilat-kilat. cantik.

sekarang..
saya minum dalam cawan plastik.

mug finding nemo yang berkilat-kilat itu..
ada di atas meja. saya biarkan kosong tanpa air.
sayang mahu guna. sbb baru lepas cuci sepenuh hati.

belajar menghargai usaha sendiri untuk seketika

p e r k a r a y a n g E N A M i t u

1. saya suka makan nasi tanpa kuah. nasi kering. kakak-kakak ofis saya dulu sering menggelarkan nasi saya “nasi pantang bersalin”. kadang-kadang lauknya hanya telur dadar dan kerabu mangga. kadang-kadang waktu sahur, nasi saya hanya berlaukkan ayam goreng dan minyak ayam goreng yang dicampur sedikit kicap. sejak kecil lagi sememangnya saya kurang gemarkan nasi berkuah. apatah lagi kuah kari. hinggakan waktu kecil dulu, bila ayahanda mencedukkan kuah kari ke dalam pinggan nasi saya (read: ayah saya memang sukakan kari) saya akan menangis hinggalah kuah kari itu hilang dari pinggan nasi saya. macamlah kuah kari itu akan berlari-lari ketakutan bila terdengar tangisan saya. tapi.. apa lagi yang seorang budak kecil boleh buat selain menangis? tapi saya suka makan sup dan tomyam. hmm..

2. saya suka tengok langit. entah apa yang ada di langit itu saya juga tidak tahu. tapi bila mendongak ke atas, saya rasa tenang. luas. warna biru langit itu memang tenang. di campur pula dengan warna putih gebu en awan. wuuuu.. cantiknya. lagi cantik andai ada seekor helang yang terbang. berpusing-pusing. nampak tenang dan bebas. cuma.. bila mendongak lama-lama, sakit leher. saya mahu ameltz yoko-yoko!!

3. “I love to do my favourite things repeatedly. ”
count on me. saya boleh mendengar satu lagu sahaja untuk satu jangkamasa yang lama. tidak cukup dengan windows mmedia player di computer ofis, saya tambah lagi dengan mp3 melalui telefon sepanjang menaiki tren. lagu yang sama. hanya satu lagu. hinggalah saya bosan. lagu yang saya dengar sekarang sejak hari isnin lepas : Broken by Seether feat Amy Lee


4. saya selalu bercakap sendirian. bukan gila. tapi ini salah satu cara saya melakukan perancangan. saya perlu memberitahu diri saya apa yang perlu dibuat, bila. dan bagaimana. saya ini jenis orang tidak dapat menerima arahan secara senyap. semuanya perlu diutarakan. agar atmosfera di sekeliling saya juga tahu apa yang saya bakal lakukan.

5. saya allergic. cuma allergic saya ini tidak menentu. kadang2 pada nescafe, kadang2 pada telur, kadang2 pada ikan bilis. malah ada ketikanya, saya allergic pada sayur kubis!! dan andai saya mula allergic, hidung ini akan mula terasa gatal. umpama saya telah menyapu cordial strawberi pada hidung dan membiarkan beratus-ratus semut berkerumun dan berpesta cordial ala-ala pesta buih disitu. rekod allergic paling buruk: hidung saya merah dan menggelupas teruk akibat terlalu kuat menggaru dan menenyeh.

6. saya suka bau semasa dan selepas hujan. saya suka hujan. sama seperti saya suka langit. bau air yang turun dari langit. bukan wangi. busuk pun bukan. tapi, cepat benar ia menyerap ke hati dan merembeskan hormon2 keriangan.


kesimpulan: saya masih lagi seorang individu yang normal.

Tuesday, March 13, 2007

entri 111

matahari pagi ini cerah memancar-mancar
angin pagi ini bertiup lembut
langit pagi ini warna biru yang cantik

semuanya seakan bersetuju dengan satu pernyataan
“saya rasa saya begitu comel hari ini”

sekian, terima kasih

ini adalah cubaan pertama entri saya untuk blog seorang rakan yang bakal lahir.
entah bila bakal lahirnya saya tidak tahu..

itik

Pada suatu hari, seekor itik telah mengunjungi sebuah kedai menjual
peralatan menukang. Lalu terjadi dialog antara itik dan penjual


itik : maaf encik penjual. nak tumpang tanya sikit.
penjual : silakan. apadia?
itik : kat sini jual peralatan menukang ye?
penjual : ye. ada macam-macam peralatan di sini. awak nak beli apa?
itik : er... kat sini ada jual anggur tak?
penjual : anggur? tak ada en. itik.
itik : oh....tak ada ye? tak apalah. terima kasih.

itik pun berlalu keluar dari kedai. namun pada keesokan harinya si
itikdatang kembali

penjual : ya en itik, ada apa2 yg boleh saya bantu?
itik : anggur ada?
penjual : kami tak jual anggur di sini. yang ada hanya alat2
pertukangan.
itik : ye ke? tak apalah kalau macam tu.


dengan rasa sedih..itik berlalu keluar. apa yang menarik ialah..si itik ni
kerap berkunjung ke kedai tersebut dan bertanyakan soalan yang sama sehingga
menimbulkan kemarahan di hati penjual. lalu memberi amaran bahawa sekiranya si
itik datang lagi dan bertanyakan soalan yang sama, maka penjual akan stapler
mulut itik tersebut.

pelik! sbb itik tetap berkunjung lagi. tapi dengan soalan yang lain pulakali ni.

itik : encik penjual. ada jual stapler?
penjual : kami tak jual stapler en itik. kedai seberang jalan tu ada jual.pergilah ke sana!.
itik : kalau macam tu...encik ada jual anggur?

rupa-rupanya..
dunia saya ini banyak itik sebegini. saya yang tidak sedar.

Monday, March 12, 2007

kira-kira

sejak pagi tadi saya berkira-kira untuk memasukkan satu entri dalam blog hari ini


tapi, hingga kini..
tiada apa yang ingin di tulis.


owh, rupa-rupanya
entri tak perlu dikira
hanya perlu di taip
yang perlu dikira ialah statistik encik menteri

taip saja
sesuka hati
ini kan blog saya
bukan blog mana-mana menteri

hahahahaha..
saya ada blog dan saya tidak menganggur <-- sila kira dalam statistik baru

Friday, March 09, 2007

khabar gembira dari pidot

baru sebentar tadi saya mendapat panggilan telefon. dari seorang teman. membawa perkhabaran yang gembira. dia bakal mengakhiri zaman bujang. bakal berkahwin dengan gadis pilihan hati. sungguh-sungguh saya hilang kata untuk berbicara. tahniah buat kamu firdaus!! juga untuk kamu, aisyah!!semoga kalian kekal selamanya

soalan dan jawapan

SOALAN
petang smalam..
langit cerah. tiada hujan.
tapi kenapa..
kaki seluar para penumpang tren semuanya basah?

JAWAPAN
sebab semalam ada hujan dalam tren
ujan sampai basah lantai tren
menitik-nitik di atas tangan yang sedang berpaut

SOALAN LAGI

kenapa dalam tren boleh hujan?
bumbung bocor?

JAWAPAN LAGI
bukan bumbung bocor
tapi penghawa dingin terlampau kuat
berlaku proses pemeluwapan

SOALAN LAGI LAGI
kamu dulu belajar sains??

Thursday, March 08, 2007

dulu, dia berbisik..
aku kembali ke situ..
mataharinya masih sama memancar..
anginnya masih sama menderu..
ombaknya masih sama memukul..
cuma tiada kamu..



saya hanya tersenyum..

kamu jangan salah kan saya di atas ketiadaan saya di situ..
matahari..
angin..
ombak..
semuanya tidak punya hati untuk menghargai..
semuanya tiada kaki utk berlari..



kini, dia kembali berbisik lagi..
bisiknya masih yang sama
soalnya tetap yang serupa

mahu saja saya balas
dengan balasan yang sama
tapi saya hanya mampu senyum..
kamu sememangnya tetap sama
maka kerana itu saya tetap tiada

andes, mielia dan shani campur saya

andes + shani = tmnet
shani + mielia = penang
saya + mielia = 'blah la!!!'
saya + andes = 1st lady
andes + mielia = "wei aan, hang ..."
shani + saya = congrats wedding card harga rm29.90
mielia + saya + andes + shani = usm
shani + mielia + andes + saya = secret recipe brownies topped with ice cream
andes + mielia + saya + shani = klcc

ini sifir saya dan kawan-kawan saya
jangan risau, kamu tak perlu hafal.

Wednesday, March 07, 2007

*blush*

semalam
dengan jarak kurang dari 100meter dari rumah saya, ada rumah terbakar.
teruk. api besar yang amat hinggakan saya dapat melihat dengan jelas setiap kali ianya meledak. bonda dan ayahanda sudah awal-awal keluar dan melihat. saya hanya di rumah. bonda pesan “tak payah pergi. kunci pintu semua” saya ini anak yang mendengar kata.
maka saya naik ke atas. melihat dari tingkap bilik. memang jelas. suasana di luar sememangnya riuh. kanak-kanak apatah lagi. mengambil peluang bermain-main dan melakonkan aksi ahli bomba memadamkan api. sepanjang saya berdiri memerhatikan api besar dari tingkap bilik, 3 kali saya ditegur.
“tak nak pegi tgk rumah terbakar?”
“ada rumah terbakar kat sana. nak pegi tak?”
“buat apa tgk ikut tingkap? meh la pegi sana”

saya hanya tersenyum. menolak dengan baik. bonda kata tinggal. maka saya tinggal.
terfikir kembali pada setiap ajakan.. mereka ini bagaikan mahu ke tapak pesta.
beria-ria mengajak saya umpama ada pertunjukan singa laut bertepuk tangan di sana

credit untuk ahli-ahli bomba. bertungkus lumus memadamkan api.
2 kereta bomba. 4 pili bomba. trmasuk satu pili bomba di belakang rumah saya.
kalian sememangnya sungguh charming (hmmm..??)
berlari lari penuh segak dengan jaket dan but getah. dengan topi putih yang dikelek.
muka yang penuh lesu. (sempat lagi meminta air minum...)
tapi masih meneruskan kerja dengan penuh semangat.

tiba-tiba saya umpama sudah cinta dengan ahli bomba *blush*

Tuesday, March 06, 2007

lumrah

apa itu lumrah manusia?
benda di depan mata lansung tak dihiraukan. alih-alih benda jauh juga yang dinanti-nanti, yang di puja-puja.

Friday, March 02, 2007

pastikan

saat ini
hanya lagu baru siti yang menyelubungi saya
umpama ketika saya masih lagi di dalam kandungan bonda
dan selain plasenta yang menyambungkan saya dengan bonda,
ada lagu siti yang bergema di dalamnya

kenapa saya ini?

saya rindu
tapi entah pada siapa rindu ini
tiada satu nama yang muncul
tiada satu wajah yang terbayang
dari mana datangnya juga saya tidak tahu
untuk apa hadirnya juga saya tidak pasti




“Pastikan Kau Dengan Aku Jangan Ada Cinta Lain”


tapi andai cinta yang ada ini kian menghilang bagaimana?
cinta saya? tak pernah hilang. masih ada. tetap untuk dia.
cuma saya tak berdaya untuk meneruskannya.
complicated.





terlalu complicated

“Mencintaimu Ku Jadi Begini”