Wednesday, February 28, 2007

danial

ini kisah danial. sepertimana janji saya pada 25 jan dahulu.

lama jari-jari saya mengetuk ngetuk keyboard. tapi tidak muncul2 juga idea untuk mendeskripsikan lelaki ini.
susahnya.. padahal setiap hari saya dan dia berhubungan. paling tidak pun hanya untuk mengejutkan dia bangun setiap pagi pada hari-hari bekerja. ataupun sekadar sms ucapan selamat malam sebelum tidur dari nya.


susah sangat. ok, kita mulakan begini..
danial ini peramah. awal perkenalan dulu pun dia sememangnya suka bercakap. bercakap dan bercerita dengan penuh emosi dalam loghat utara pekat. saya seronok mendengar dia bercerita. dan seronok juga mendengar dia menututurkan bahasa utara dengan penuh pekat.

"nasi kandaq, awat, biaq pi..." dan segala macam lagi perkataan utara yang lain
dia buat saya rindu pada semua yang saya tinggalkan beberapa tahun dahulu. mengingatkan saya pada tempat 3 tahun saya. mengimbaukan saya pada cerita-cerita disitu. seperti bertemu orang kampung. bersembang tak habis-habis. itulah saya dengan dia seawal kami kenal.

baru kenal tapi umpama sudah lama benar kenal dan berkawan. mungkin kerana kami ini sama. sama-sama peramah. dan sama-sama senang untuk berkawan. selesa. mungkin.
3 tahun saya berkongsi awan yang sama dengannya. berkongsi café. berada dalam kawasan berpagar yang sama. tapi 3 tahun itu bagai terlalu cepat dan kawasan berpagar itu umpama terlalu luas hinggakan kami tidak pernah saling berjumpa. usahkan berjumpa. kesan tayar motornya juga tidak pernah saya nampak di jalanraya. tapi sebesar manapun tempat di bumi ini, bumi ini tetap bulat. andai kamu berjalan dari kutub utara dan saya pula dari kutub selatan. kita pasti akan bertemu di garisan khatulistiwa bukan? dan garisan khatulistiwa saya dan danial ialah KLCC. hebat bukan??

dia seorang rakan yang baik. sesekali menjadi ‘telinga’ saya tatkala saya tidak berpuas hati dengan hal-hal di tempat kerja. menjadi kawan yang seringkali bercerita sehingga saya sakit perut akibat ketawa. menjadi teman yang selalu mengingatkan saya bahawa bukan saya seorang yang bermasalah dalam dunia ini.

sama-sama berkongsi cerita yang menyeronokkan hati. sama-sama berkongsi masalah yang memeningkan diri.
tapi kami tak mungkin berkongsi air kerana dia suka milo ais dan saya suka ribena. cuma, kami boleh sama-sama duduk di McDonalds. di McDonalds ada kedua-duanya. milo ais dan juga ribena.

he is such a nice guy..

hmm.. boleh tak kalau entry ini saya akhirinya begitu sahaja. tanpa sebarang kesimpulan. tanpa sebarang harapan. tanpa sebarang kata penutup?? saya tidak tahu apa yang perlu ditaip. sehingga tadi, saya menekan-nekan keyboard ini tapi lansung tiada apa yang terlintas dalam fikiran.


ah, biarkan..

people often complaint what a small world we've got. but i think i'd rather have it small and have met this guy than have it so big but missed knowing him.

Monday, February 26, 2007

email

pagi tadi..
saya mendapat email dari dia
tak pernah menyangka yang dia akan mengutuskan email
apatah lagi email berkaitan dengan ujian peribadi
sebelum ini, saya lansung tidak pernah menerima email sebegini dari dia

saya mula terfikir..
apa tujuan dia menghantar emel itu
sekadar suka-suka
atau ingin memberitahu saya tentang dirinya melalui ujian yang diambil
atau ingin memulakan satu perbualan email
entahlah..

dan bila itu
saya terfikir lagi..
apa perlu saya balas emel tersebut
atau hanya biarkan saja

lansung saya tak tahu


tapi ini hasil ujian saya

Test: Which Sense is Strongest in You
Result: Right and Wrong
Doing things by the book. That's your style. Not one to rock the boat, you know that there is a time and a place for everything like how much to tip a server or when to keep your opinions to yourself. It's that keen awareness of right and wrong that helps you make a decision quickly and efficiently so you can move on to the next issue of the day. Friends probably admire your ability to think on your feet and have confidence in your choices. And that's what makes you a good leader. So keep moving smoothly down the road of life. You're sure to go places!

Thursday, February 22, 2007

hutang mat jan

kalah permainan saper lagi cepat bangun tido pagi tadi.. jadi ini hukumannya.
tatkala menaip entri ini pun saya masih tersenyum.
okey, ini bayaran hutang saya untuk kamu. kamu ini kejam, sudahla pagi tadi memaksa saya menghabiskan 2 set Big Breakfast, ini ditambah pula dengan satu entry dalm blog. interframe sungguh!!
tapi, saya rela menaip dan menyusun ayat daripada menemankan kamu ke KLPac nanti. bukan saya sudah tidak meminati teater. tapi saya betul2 tidak dapat menahan gelak andai kamu berlakon menjadi pohon semalu sekali lagi. kamu ini pelik. ada saja perkara aneh yang kamu mahu buat. umpama alien. tapi bagus juga andai kamu alien. jan, pinjam kapal boleh? saya mahu jalan-jalan di angkasa. hahaha..

hampir 7 thun saya mengenali mat jan.. nama sebenarnya cantik, Zulhakimi Hazriq. entah dari mana panggilan ‘mat jan’ itu saya sendiri tidak tahu. tapi semua orang mengenalinya sebagai mat jan. 7 tahun bukan masa yang singkat. bermula dari saya remaja hinggalah saya dewasa.tapi rasanya seperti baru 7 hari mengenalinya. ada saje perkara baru tentang dirinya. tapi itu yang buat saya menyenanginya. dia umpama bumi kecil 4 musim yang sentiasa berputar dalam orbit. dan saya adalah salah satu system solar nya. hahaha..

dia teman ketawa saya. teman menangis saya juga. cuma untuk menangis dihadapannya, saya akan berfikir beribu kali. dia tak pernah sukakan orang yang lemah. hmm.. perangai ini tak pernah berubah sejak dulu. tapi kerana perangai itu juga saya belajar untuk semakin matang. bukan sekali dua saya dimarahinya. bukan setitik dua air mata saya mengalir kerana leterannya. bukan sehari dua dia tidak menegur saya lantaran mahu saya berfikir sebagai perempuan yang matang, bukan hanya berfikir sebagai perempuan. tapi, sepanas mana marahnya pada saya.. dialah juga yang mendamaikan jiwa gundah saya. dialah juga yang menyejukkan hati panas saya. dialah juga yang mengukir kembali senyuman saya.

dia cinta platonic saya. dunia saya seharusnya ada dia. dan begitu juga dunianya. antara saya dan dia, wujud satu landasan hubungan yang menyelesakan. satu hubungan yang seringkali mengingatkan kami bahawa masih ada yang menyayangi saat bersedih. masih ada yang merindu saat dirasakan dunia ini sudah terlalu jauh meninggalkan, dan masih ada juga yang mengiingati saat memutuskan mahu sendirian barang seketika.

it is not love because love is when two people care for each other and get confused.
we care for each other, but we never get confused for what we did.

...

Sedih kan
Bila pertolongan yang kita beri lansung tidak dihargai
Bila cerita yang kita suarakan lansung tak dipeduli
Bila harapan yang kita julang seakan tak disenangi
Bila perasaan yang kita alami lansung tak difahami

Sukarnya untuk memadamkan segala apa yang mahu ianya terpadam
Sepertimana susahnya untuk menghilangkan segala apa yang mahu ianya hilang

Bagaikan bercanda dalam setiap helaan nafas
Bagaikan bermain-main dalam detik fikiran
Bagaikan beraja di hati
Bagaikan bersultan di jiwa

bersedih.. tapi walau apa pun saya masih punya denai, masih punya langkah, masih punya hati

Wednesday, February 21, 2007

rindu kamu

saya rindu dia
entah mengapa
untuk beberapa hari ini
saya sering teringatkannya
seperti dulu
saya mula rindukan dia
seperti dulu

tapi saya kira,
saya tak bersalah andai merindui nya
lantas, saya teruskan merindu dia

semoga kamu juga merindu saya
tapi saya tahu
andai kau merindu sekalipun
kamu tak akan berbuat apa-apa

kamu sama saja
seperti dulu

Doa

insyallah..
doa saya saban pagi
doa saya acap kali selesai solat
doa saya setiap masa

bakal termakbul
alhamdulillah..

bukan dealova

maaf,

saya ini bukannya nyanyian dalam hati kamu
yang sering memanggil-manggil rindu

saya ini bukannya udara yang selalu kamu hela
bukannya selalu ada

saya bukan dealova!!

Friday, February 16, 2007

cerita pagi

bonda menegur mata saya pagi in. bukan kerana bengkak. tapi lantaran eyeliner hitam yang dilorek terlalu tebal beserta dengan eye shadow juga warna hitam.

“bonda, ini style gothic” masih lagi bertahan.

“tak cantiklah. macam berkabung. dahlah, baju pun hitam. Sapu sikit”

“iyelahh..”
hilang style gothic saya pagi ini. (Read: saya ini anak yang menurut kata)

emel pagi ini.. dari seorang rakan membuatkan saya tersenyum sndirian. Mmg sudah lama kami tidak bertanya khabar. maka emel tadi dipenuhi dengan pelbagai soalan. sihat atau tidak, baju warna apa, sudah sarapan atau belum, lucunya, di akhir emel, signaturenya : yang menanti jawapanmu. tawon..tawon.. jadi F1 april ini?

saya agak terkilan dengan sms seorang kawan hari ini. Umpamanya, apa yang saya buat selama ini tidak dilihat. masih lagi mahu marah-marah. awalnya, saya cuba berlembut. tapi, nmpaknya tudingan itu masih belum mahu jatuh, lansung saya hilang lembut. biarkanlah.. kamu ini, lansung tidak reti menghargai. andai tidak puas hati sekalipun, jgnla orang lain dijadikan mangsa. saya tahu, dalam hal ini kamu yang jadi mangsanya. tapi, pemangsanya juga kamu.
kamu mahu diam. okey, saya juga bakal diam.

Wednesday, February 14, 2007

tolonglah berbunyi

bosan dan mengantuk
dari tadi saya cuba pelbagai cara untuk menghilangkan rasa mengantuk ini
tapi lansung tiada yang berkesan

saya cuma berharap
agar muncul sedikit keajaiban yang bisa membuka mata saya sebesar besarnya

paling tidak pun
biarkanlah telefon saya itu berbunyi

Tuesday, February 13, 2007

koyan koyan

setiap apa yang berlaku itu pasti ada sebabnya..
cuma..
sebabnya itu mungkin untuk kamu
atau mungkin juga bukan untuk kamu

tapi bagi saya
saya menikmati semuanya
andai ia bukan untuk saya, saya gembira untuk orang lain
andai ia untuk saya, berkoyan koyan lagi saya gembira..

koyan koyan.. hmm..

Friday, February 02, 2007

the scientist

penat
saya kira saya sudah berjalan jauh
jauh dari tmpat mula
kadang-kadang saya berlari
maka saya makin menjauh

destinasinya..
saya sendiri tidak pasti
cuma kerana seronok berjalan
maka saya terus melangkah
setapak demi setapak
tidak menyedari bahawa saya sudah menjauh

disini
bukan tidak seronok
bukan tidak selesa
cuma saya rasa
ini bukan tmpat saya

saya kira
saya perlu pulang
paling tidak pun, mengurangkan jarak langkah
agar saya tidak terlalu menjauh

“Oh, take me back to the start” - the scientist by coldplay