Wednesday, January 31, 2007

sesuatu yang indah dan terlalu istimewa

"semuanya boleh jadi indah andai kita berusaha mengistimewakannya"

maka semuanya harus diistimewakan dahulu barulah ianya indah?
begitu?

Tuesday, January 30, 2007

survey lagi..

petang-petang perlu menjawab survey..
bolehla.. saya juga mengantuk sekarang

first thing in ur mind when talking about:

voodoo : i wish i could do this to him

mug : finding nemo + shahriman

newspaper : rm1.20 for STAR

digi :
bulat bulat warna kuning

malayness : kain batik boleh? or kukur kelapa?

coffee :
starbucks

time wear :
fossil fuel, bila lah cukup duit nak beli nih

celcom :
samsung sgh e730

love at first sight : khairul, cinta 2 hari saya

mix blood :
anil hamka mark b khairil mark

mouse :
optical

door :
doraemon, sbb ada pintu suka ati

shoes :
la primavera stilettos. so smart. tp ari tu x cukup duit

music :
muse n meatloaf

europe :
old castles

nokia :
sabun

job :
alhamdulillah.. but sumtimes it sucks!!

calendar :
17 December, 17 September

plane :
mat jan

pyramid :
Tutankhamen n his cat

fast food :
danial, to be specific : Burger King

lunch :
roti krim jagung with hot tea

green :
WWF

anorexia :
hmm.. not me!!

balloon :
haiqal + fun fair!!

Madonna :
take a bow + a bull in the video clip

mathematics :
top student (hahaha)

building :
hijjas kasturi

spice :
too much by spice girls

cartoon : happy tree friends

tak siapa tahu

aku ingin bertanya pada malam
andai bisa aku hilang dalam gelapnya
atau.. mungkin juga aku bisa menumpang pada satu bintang
agar tak siapa tahu.. di mana
aku


aku ingin bertanya pada pelangi
andai bisa aku hilang di celah-celah tujuh warnanya
atau.. mungkin juga aku bisa bercanda di hujungnya
agar tak siapa tahu.. di mana
aku


aku ingin bertanya pada laut
andai bisa aku hilang dalam ombak
atau.. mungkin juga aku bisa berada di dasarnya
agar tak siapa tahu.. di mana
aku


aku.. hanya ingin..
tak siapa tahu.. di mana
aku…

a n i l

anil datang ke ofis
pagi2 sudah menyakat saya
penuh meja saya dengan barang barang nya


dia masih seperti dulu
suka menyakat
suka menyanyi
(hari ini dia asyik menyanyi lagu You n Me)

saya perasan, dia sedikit kurus
andai ditanya, jawabnya
“rindu”
dia senyum
saya juga senyum


tadi, saat saya sedang berbual di telefon
dia pula enak2 menikmati nasi lemak saya
tapi umpama tahu yang bahu nya bakal menjadi sasaran
cepat cepat dia mengelak dan lantas di sua satu bungkusan pada saya
lontong favourite saya!!
“saya dah belikan awak lontong. jgn tak makan pulak, nasi lemak awak dah saya habiskan. so x der alasan utk awk x makan lontong ni. donut awk pun ada ni”
“terima kasih nil.. kamu masih ingat yer fav saya?”

dia senyum
saya juga tersenyum

jumaat lepas, waktu lunch bersamanya dia masih lagi sempat memerhatikan pinggan saya
menyoal : “kenapa seperti ada compartment dalam pinggan awk?”
menjawab: “entah. dah biasa mcm ni?”
dia senyum
saya juga senyum

baru saya sedar
sebenarnya saya dan anil suka senyum
hatta berbual dalam telefon sekalipun
andai dia senyap, saya tahu waktu itu
dia senyum
maka, saya juga tersenyum

anil..
apa sangat yang kamu cari di kota singa itu?


p/s: entri hari ini warna biru kerana ini favourite colour anil



Friday, January 26, 2007

bad to be good?? hmm..

ini horoscope saya untuk hari ini..
hohoho

Overview:
Being bad is just what you need in order to feel good again. The stars give you permission to catch up on all the things that you usually deny yourself. Go ahead and revel in the earthy pleasures.

haizad

emel dari haizad pagi ini
sedikit sayu. sebak. terharu.
zad, saya tahu kamu sudah berusaha sedaya upaya
tapi itu takdirnya.. ajalnya sudah sampai
dan kerana itu
jibrail diutus untuknya

maka kamu harus akur
bukan semua yang diatur itu menjadi
bukan semua yang dirancang itu terlaksana
bukan semua yang diharap itu termakbul

tapi saya juga tahu
betapa susahnya memujuk hati
andai semua yang diatur, segala yang dirancang
dan segenap yang diharap itu menemui kegagalan

sabar ye.. jangan sedih-sedih
meskipun arwah itu kawan ibu kamu
dia juga hambaNYA

seperti kamu
seperti ibu kamu
seperti saya

zad..
saya tahu kamu kuat.
dan saya juga tahu kamu punya perasaan.
terima kasih kerana berkongsi dengan saya.

Thursday, January 25, 2007

a confession

dia mengaku
hari ini dia angin
pagi tadi, jumlah mangsanya ialah tiga
salah satu hasil mangsaanya ialah cover henfon yang sudah longgar
satu lagi bekas pensil kayu yang hampir rosak
tapi katanya
antara menggigit bekas pensil kayu,
dia lebih sukakan menggigit tilam yang berada di bawah comforter

sebentar,
dia ini apa sebenarnya..
anai-anai? atau hama?

hmm..
tak mengapa
abaikan saja

dua puluh lima

hari ini 25 januari 2007
hari lahir danial. selamat hari lahir yang ke 25 untuk kamu. saya suka dengan tarikh lahir dia tahun ini. hari lahir yang jatuh pada 25 haribulan setiap tahun dan tahun ini adalah untuk tahun yang ke 25. sepadan. serasi. dan hanya berlaku sekali seumur hidup. menarik bukan?

siapa org ke 25 wish kamu?
kamu sudah tempah atau belum kek 25 kamu?


seharusnya saya bercerita tentang birthday guy ini lebih lanjut.
itu pintanya semalam.
(hmm.. ini boleh dikira hadiah hari lahir terus?)
tp maaf ye danial, bukan sekarang.

saya mencuba.. tapi
ayat saya tergantung
vocab saya hilang
idea saya tiada lansung
minda saya kosong


saya merasakan neutron-neutron dalam otak saya sudah berkurangan dan semakin tidak aktif. seperti disedut sedikit oleh makhluk asing untuk tujuan eksperimen makhluk asing, nasihat saya untuk makhluk asing : lupakan sahaja niat kamu

kamu akan menemui rantaian neutron yang berselirat dan saling berkait antara satu sama lain hinggakan kamu takkan mampu mengenalpasti mana puncanya dan mana pula akhirannya.
kerana semuanya sudah bercampur aduk.. antara fakta dan fiction, antara sains dan sastera, antara nyata dan maya, antara realiti dan fantasi dan pelbagai lagi yang saya sendiri tidak dapat ungkaikan.

andai Puspawangi mengirai dan mengasing bungkusan Tun Nila, kamu pula perlu mengirai dan mengasing neutron-neutron saya. tapi, awal-awal saya katakan, saya bukan tuan puteri pada mana-mana kerajaan negeri seperti Tun Nila. dan saya juga tiada kuasa magik untuk menyuruh sesiapa sahaja membuat tarian hula pada malam-malam hari. apatah lagi kuasa magik untuk mengecilkan orang dan memasukkannya kedalam botol lalu ditanam ke dalam tanah.

ok. cukup entri saya yang mengarut ngarut ini.


danial, entri kamu.. saya janji. tapi lain kali ye?
buat sementara waktu, ini untuk kamu

selamat hari lahir ku ucapkan
moga dirimu sentiasa gembira
selamat hari lahir untukmu
ku doakan kebahagianmu


lirik lagu ini.. hanya ini yang saya ingat. penyanyinya juga saya tidak tahu siapa.

Tuesday, January 23, 2007

t h e m i s s i n g p i e c e

saya kira semua orang pernah mengalaminya..
mencari sesuatu. tapi tidak terjumpa. talaupun tahu di mana patut dicari dan tahu bahawa yang dicari itu pasti ada di situ, namun tetap juga tidak jumpa.

cerita minggu lepas..
saya mencari satu kepingan kecil dalam ratusan kepingan-kepingan lain untuk melengkapkan 2 drpd 24 bahagian jigsaw puzzle saya. saya tahu pencarian saya seharusnya tertumpu pada warna apa, corak yang bagaimana, malah dibelakang nya juga ada kod yang boleh saya jadikan panduan. dan saya juga tahu yang ianya pasti ada dalam ratusan kepingan kecil yang jumlahnya menghampiri 1000 keping itu. tapi, 3 kali pencarian saya gagal. tangan saya kosong. mustahilnya. tak puas hati. puas saya belek satu persatu. puas saya bandingkan dengan tmpat kosongnya, tapi satu pun yang sepadan. hingga habis kesemuanya saya belek. untuk hari itu, saya penat. akhirnya, saya tinggalkan sahaja ia. saya biarkan sahaja bahagian itu terbengkalai.

5 hari bekerja saya lansung tidak menyentuh kotak jgsaw puzzle sehinggalah hjung minggu lepas. saya nekad mencarinya semula. kepingan pertama.. bukan. kepingan kedua.. bukan. kepingan ketiga.. yes!! yes!! yes!! Alhamdulillah. mudahnya pencarian kali ini. hanya 3 percubaan dan semuanya selesai. kemana perginya keingan ini sebelum ini? kenapa sebelum ini saya tidak menjumpai kepingan ini? kenapa waktu saya padankan ia sebelum ini tidak sesuai? walauapapun.. saya bisa tersenyum kerana bahagian itu sudah lengkap.

itu cerita jigsaw puzzle saya..
dan saya kira, hidup juga begitu. kita mencari sesuatu. menginginkan sesuatu. kita berusaha untuk itu. tapi hasilnya hampa. andai digantikan dengan yang lain, itu sudah cukup baik. tapi andai tiada lansung? itu faktor kita putus asa.
tapi sebenarnya, itu dugaan. ujian barangkali. atau mungkin juga belum masanya untuk kita dapat apa yang kita inginkan. takdir. berserah sahaja? atau berusaha? tepuk dada tanya selera. andai masih lagi tidak puas hati, usaha. tapi andai sudah penat, berserah sahaja. andai sudah rezeki, pasti tetap milik kita.

saya selalu berharap, setiap kali saya ditemukan dgn ‘the missing piece’ saya, itu adalah saat dimana saya berada paling hampir denganNya lantaran terlalu bersyukur.

The Missing Piece Bah 1 from Fatimah Busu juga adalah salah satu ‘the missing piece’ saya sekarang.

Monday, January 22, 2007

Amukan Mat Jan

Mat Jan sudah mengamuk.. hohoho
ini semua kerana entri saya sebelum ini
entri toblerone

tadi, saya menerima satu kotak bungkusan
pengirim??
siapa lagi kalau bukan Mat Jan!!

sekali tengok,.
kandungan bungkusan itu umpama sebuah perkampungan keluarga toblerone
ada baby2 toblerone yang kecik comel
ada daddy2 dan mummy2 toblerone yang teramat besar
ada toblerone kuning
ada toblerone putih
ada toblerone hitam
penuh, sarat dan padat dengan toblerone

jumlah keseluruhan:
(baby toblerone : 44 biji. mummy n daddy toblerone : 12 biji)


juga ada sekeping kad comel
“Ini baru ole2 aku di KLIA. Tunggu aku balik dr Paris. Satu kontena Toblerone aku bg ko”

hohoho..

Jan,
marah aku ek?
tp betul apa.. sejak dulu hanya toblerone yang aku dapat
kejam!!

tapi,
terima kasih Jan!!

Friday, January 19, 2007

entri utk mat jan

entri memujuk sebenarnya.
mat jan cemburu.
kerana ada entri utk danial tapi tidak untuk dia.
padahal dia juga selalu berulang alik ke luar negara.

jan,
saya tahu kamu ke jepun bulan lepas kan?
tapi sebijik sushi pun kamu tidak utuskan untuk saya.
itu belum lagi saya minta seorang geisha. hahaha!!

jan, bulan depan kamu ke mana?
kamu ini.. pergilah ke mana sahaja.
ole2 utk saya tetap sama.
coklat toblerone.
itupun hanya dibeli di klia. kejam!!

Thursday, January 18, 2007

kisah tengahari ini

tengahari ini,saya sedikit kelam kabut. waktu lunch saya hilang 30 minit lantaran perlu menyiapkan laporan seorang staff yang kurang mahir menggunakan perisian baru.

kemudian saya diberitahu 3 pc di dalam makmal dikhuatiri mempunyai virus. setelah diperiksa, bukan lagi dikhuatiri malah memang ada virus. "mana IT guy?" - cuti
aduh.. bagaimana saya harus mengendalikan ujian praktikal andai pc tidak cukup? atau saya harus tangguhkan dahulu ujian praktikal itu. tapi kalau itu pilihan saya, maka saya terpaksa mencari set latihan baru untuk mereka. aduhh.. kerja lagi..

dalam keadaan sebegitu, saya masih lagi keluar makan. kemudian bergegas ke pasaraya berdekatan mencari cat spray. di situ, terpaksa pula berhadapan dengan jurujual yang pemalas. hinggakan saya sendiri yang memanjat kerusi mencari warna cat yang diingini. kalau mcm ni baik tak payah kerja.

belum sampai lagi ke ofis, panggilan telefon dari student, “cik rena, kitorang tak register lagi nama utk tutorial. blh register lagi x?” apa kamu semua ini pakai kalendar makhluk asing? tarikh akhir pendaftaran tutorial itu ialah jumaat lepas. saya sudahpun menghantar senarai nama pada semua tutor. tapi terpaksa juga saya daftarkan mereka. nasib baik saya kenal seorang tutor yang saya kira boleh bertolak ansur (dan dia sememangnya org yang mudah. tidak banyk cakap. hanya ‘ok’. terima kasih zailan!!)

semua ini berlaku dalam setengah jam.
penat. saya penat dengan semua perkara yang serentak ini.


maka untuk kamu, Fazli (atau apa sahaja nama sebenar kamu), saya mohon maaf andai saya kurang sopan dan sedikit berkasar dengan kamu tadi. tapi smemangnya saya kurang gemar dengan sikap penakut kamu itu. tidak suka. sangat-sangat tidak suka

Tuesday, January 16, 2007

cita-cita

boleh tak, kalau..

• waktu makan di mana2 restoran berseorangan, saya ingin berbicara dengan kerusi dihadapan seolah-olah sedang bercakap dengan seseorang yang hanya saya yang mampu melihatnya. dan saat orang lain melihat, saya hanya ingin senyum dan menyambung kembali ‘perbualan’ dengan rakan maya.

• berlaku terlebih ramah pada sesiapa yang tersalah nombor. bertanya namanya. asalnya dari mana. kenapa tersalah nombor. sebenarnya ingin menghubungi siapa. apa hubungannya. dan bercerita tentang kucing jiran sebelah yang mengiau tidak henti-henti.

• berjalan laju2 ke arah kaunter informasi, meminta pen dan kertas dari sesiapa yang bertugas. kemudian berpura2 mendail telefon dan menbaca dialog di bawah kuat2.

boleh ulang balik x alamat td? (pura2 menulis sesuatu) ni nak kasi mati ke kasi icu saje? kalau mati, u kena tambh lagi 5 ratus. kepala ke dada? ok. duit u bank in dlm acc saya.

kemudian memulangkan pen kepada orang kaunter dengan senyum manis.

• masuk dalam tren waktu pagi dan memeriksa tiket semua penumpang. muka mesti serius!!



hehe.. jgn risau. ini hanya antara himpunan cita-cita saya saat saya dilanda kebosanan. saya masih waras. yer, masih waras n masih bijak sebenarnya. hehehe..

Monday, January 15, 2007

tunggu hujan

saya ingin menunggu hujan.

saya akan pilih suatu hari. hari yang mana menurut pakar ramalan cuaca, hujan akan turun.

saya akan duduk diam2.
makan coklat.
menyanyi nyanyi kecil.
tengok orang lalu lalang.
tengok awan.
tengok burung.

saya mahu tunggu hujan.

dan bila hujan turun, saya masih lagi akan duduk diam2.
tengok hujan.
sampai saya bosan.

tapi, saya kira..

saya tak pernah bosan dengan hujan
lucu..
seorang kawan betul2 mahu ‘tag’ saya hinggakan sanggup manghantar sms untuk saya. “check blog aku. aku dah tag ko. check emel skali”
yer, yer tikoos, nanti saya jawab survey kamu itu.

Lagu Kamu dengar Pagi Ini
1. Sedang Ingin Bercinta-Dewa
2. You Raised Me Up- Westlife
3. Tentang Seseorang - Anda
4. Aku Bukan Untukmu - Rossa
5. Cinta Untuk Nabillla - Meditasi
6. Cinta - Melly Goeslow feat Kris Dayanti
7. Kasih Ku Pinjam Wajahmu - Teacher’s Pet
8. Tak Ada Logika - Agnes Monica
9. Bintang Di Surga - Peter Pan
10. Foolish Game - Jewel
11. Hapus Aku - Nidji
(banyak kan? hehehe..)

Baju Hari Ini
1. Kemeja GAP warna dark purple
2. Slack warna hitam
3. Tudung warna pink
4. Heels juga pink (ini dikira pakaian??)

Mekap Hari Ini (mekap saya juga kamu ingin tahu???)
1. 2 Way Cake -Beige Blush
2. Eye Liner Coklat
3. Eye Shadow Pink + Purple
4. Blusher - Sweet Pink
5. Lipstick -Light Purple Pink

Mood Pagi Ini
1. Awal Pagi: Ketawa Ketawa Ketawa
2. Pagi : Baik baik Saja

Tiga Senyuman Pertama Kamu Pagi Ini
1. Bonda
2. Abang jaga tiket LRT
3. Kerani Pejabat POS

Breakfast Kamu Pagi Ini
1. Roti Gadenia dgn cream cheese
2. Roti Gardenia dgn mayonis
3. Air Sejuk

Tiga Emel Pertama Kamu Baca
1. Tikoos (untuk copy paste Survey ini)
2. Danial (tak habis2 dgn pakistan)
3. Andes (budak ini bakal menyelam untuk membaiki cabel internet di Beijing)

Tiga Benda Menarik Kamu Lihat Pagi Ini
1. Buku hospital papa.
2. Papan tanda berbahasa Cina (maaf, saya tidak tahu apa yang ditulis)
3. Wallpaper telefon saya

Tiga Perkara Kamu Buat Pagi Ini Sewaktu Sarapan
1. Berbual dengan bonda
2. Kejut Angah solat Subuh
3. Mengira duit dalam dompet

Tiga Benda Kamu Harapkan Hari Ini
1. Rak buku baru
2. Sempat menyiapkan modul report dalam sistem
3. Panggilan telefon untuk temuduga kerja kosong

Komen Kamu Tentang Survey Ini
1. Tikoos itu sememangnya dengki kerana saya punya blog warna pink
2. Latihan menaip di awal pagi
3. Belajar membuat rumusan di awal pagi

Friday, January 12, 2007

~DID I MARRY THE RIGHT PERSON? ~

During one of our seminars, a woman asked a common question. She said, "How do I know if I married the right person?" I noticed that there was a large man sitting next to her so I said, "It depends. Is that your husband?" In all seriousness, she answered "How do you know?"
Let me answer this question because the chances are good that it's weighing on your mind.

Here's the answer.
EVERY relationship has a cycle. In the beginning, you fell in love with your spouse. You anticipated their call, wanted their touch, and liked their idiosyncrasies.
Falling in love with your spouse wasn't hard. In fact, it was a completely natural and spontaneous experience. You didn't have to DO anything. That's why it's called "falling" in love...
Because it's happening TO YOU.
People in love sometimes say, "I was swept of my feet." Think about the imagery of that __expression. It implies that you were just standing there; doing nothing, and then something came along and happened TO YOU.

Falling is love is easy. It's a passive and spontaneous experience. But after a few years of marriage, the euphoria of love fades. It's the natural cycle of EVERY relationship.
Slowly but surely, phone calls become a bother (if they come at all), touch is not always welcome (when it happens), and your spouse's idiosyncrasies, instead of being cute, drive you nuts.
The symptoms of this stage vary with every relationship, but if you think about your marriage, you will notice a dramatic difference between the initial stage when you were in love and a much duller or even angry subsequent stage.
At this point, you and/or your spouse might start asking, "Did I marry the right person?" And as you and your spouse reflect on the euphoria of the love you once had, you may begin to desire that experience with someone else. This is when marriages breakdown. People blame their spouse for their unhappiness and look outside their marriage for fulfillment.

Extramarital fulfillment comes in all shapes and sizes. Infidelity is the most obvious. But sometimes people turn to work, a hobby, a friendship, excessive TV, or abusive substances.
But the answer to this dilemma does NOT lie outside your marriage. It lies within it. I'm not saying that you couldn't fall in love with someone else. You could.
And TEMPORARILY you'd feel better. But you'd be in the same situation a few years later. Because (listen carefully to this):

THE KEY TO SUCCEEDING IN MARRIAGE IS NOT FINDING THE RIGHT PERSON; IT'S LEARNING TO LOVE THE PERSON YOU FOUND.

SUSTAINING love is not a passive or spontaneous experience. It'll NEVER just happen to you. You can't "find" LASTING love. You have to "make" it day in and day out. That's why we have the __expression "the labor of love."
Because it takes time, effort, and energy . And most importantly, it takes WISDOM . You have to know WHAT TO DO to make your marriage work.

Make no mistake about it. Love is NOT a mystery. There are specific things you can do (with or without your spouse) to succeed with your marriage.
Just as there are physical laws of the universe (such as gravity), there are also laws for relationships. Just as the right diet and exercise program makes you physically stronger, certain habits in your relationship WILL make your marriage stronger. It's a direct cause and effect. If you know and apply the laws, the results are predictable...you can "make" love.
Love in marriage is indeed a "decision"... Not just a feeling .

hari ini , jumaat

masuk saja ofis hari ini, saya menerima emel dari danial. sebagai pemberitahuan yg dia sudah sampai. masih sempat memberi saya warning tentang kepulangannya nanti. hehe.. lansung saya tidak gerun.

waktu mengajar tadi, saya menerima panggilan telefon dari sham yang berikon kan ‘azman’. betul2 menggelikan saya. kenapalah saya bertemu orang sebegini. cukuplah seorang azman yang saya kenali. tolonglah..

saya dapat bonus ASB. banyak juga rupa-rupanya. hehehe..

pagi tadi saya betul2 teringin untuk mendengar lagu Dewa - Sedang Ingin Bercinta

semalam..
saya tidur awal. jam 9 saya sudah terlena di hadapan televisyen. kesian bonda. tiada yang menemankan dia menonton Rafflesia. tapi, skurang2nya saya ada berdekatan. cuma tidak menonton. jam 11 saya dikejutkan ayahanda supaya masuk bilik. masuk sahaja ke dalam bilik, smpat lg membalas msg dan kemudiannya menyamambung tidur . lama betul saya tidur.

saya perlu mencari sekeping kad harijadi. pagi tadi sudah terjumpa yang sesuai. tapi sedikit kotor dan sudah tidak ada yang lain. tak mengapa, masih ada 11 hari untuk mencari.

saya perlu menghadiri satu mesyuarat ahad ini. mesyuarat hari ahad.. malas betul. mujur ahli2 mesyuaratnya semuanya kawan2 waktu sekolah dulu. ini mesyuarat reunion. sebab itu diadakan waktu hari minggu.

sebenarnya, sya sedikit bosan hari ini. mengantuk dan penat.

Thursday, January 11, 2007

j a u h

dia yang seorang ini
makin menjauh
saya tahu itu
maka saya juga menjauh
kerna
...
...
...
sejak dulu lagi saya ingin jauh


dan kamu
ya kamu, siapa lagi?
kamu sememangnya tak pernah jauh

danial dan pakistan nya - I

hari ini danial ke pakistan. berlepas dengan penerbangan jam 12 tghari. hanya sempat sarapan bersama. jam 930 masing-masing membuka langkah. dia ke klia, saya kembali ke ofis.

danial..
saya lucu bila melihat dia yang begitu risau untuk menaiki kapal terbang kerana sudah lama tidak naik. bertambah lucu bila dia mengaku yang dia kecut perut bila erl itu terlalu laju. kamu itu grenggo luaran sahaja!! selepas ini, 10 hari talian maxis saya bakal diam untuk sementara. tiada lagi sms dan juga panggilan telefon lewat malam.

perginya hanya 10 hari. tapi nasihatnya umpama pergi bertahun.
saya hanya tersenyum.. lihat saja apa yang berlaku dalam 10 hari nanti

untuk kamu danial, saya ucapkan
semoga selamat sampai disana dan selamat pulang kembali

Wednesday, January 10, 2007

straight + lengkap

rabu, 10 jan 2007
sejak semalam, saya hanya memutarkan sebuah lagu. lagu soundtrack dari filem CicakMan. tajuk lagunya pelik; Jika Ku Tak Bangun Esok Pagi. Pada awalnya, saya mengandaikan lagu ini jenis catchy, ataupun berentak rancak. tapi sebenarnya, saya jauh terpesong. lagunya cukup mendayu. sedih dengan liriknya. syahdu. ini kombinasi baru. tajuk lagu yang begitu straight to the point dan lagu yang begitu lengkap dan menarik-narik saya untuk mendengar banyak2 kali.

saya terfikir, andai hidup saya seperti lagu ini kan mudah. straight to the point, tapi semuanya lengkap.

Jika Ku Tak Bangun Esok Pagi - KRU

Jika ku tak bangun esok pagi
Sayangku kau jagalah diri
Sentiasa ingatkan hati
Diri mu amat ku cintai

Andainya dihimpit kesusahan
Sujud dan mohon pada Tuhan
Agar diberi kan bimbingan
Meniti hidup bersendirian

Bila terasa sejuk pejamkan mata
Bayangkan dalam dakapan ku
Bila terasa rindu pejamkan mata
Kita bersua dalam lena

Kalau ada yang sudi mengganti
Sayang lepaskanlah ku pergi
Kerna sayang seistimewamu
Berhak untuk di cinta dalam hidup

Sayang tiada apa yang kekal dalam dunia ini
Namun yang pasti
Walaupun ku tiada nanti
Cintaku kan kekal abadi

Ku berharap kau tak akan lupa
Mengirimkan bekalan doa
Kita jumpa lagi di sana nanti
Jika ku tak bangun esok pagi

Tuesday, January 09, 2007

s E l a M a t T a h U n B a R u

tahun baru sahaja menjangkau sembilan hari. tapi sudah bnyk perkara yang berlaku. (tapi masih banyak lagi yang saya harapkan berlaku belum berlaku)

untuk pertama kali, saya mengisi borang master. untuk beberapa hari saya mengulangi ayat “aku dah amik borang nak sambung master” dalam diri. umpama tidak percaya. alhamdulillah, rancangan saya perihal master ini akan saya laksanakan bulan mac, tapi Tuhan percepatkan di bulan januari lagi. semoga rezeki saya murah dalam hal ini. tapi selalunya, saya sering mudah untuk diterima belajar. insyaallah..

satu keputusan yang saya ambil. saya menamatkan terus hal itu. saya tahu amat sukar. tapi saya memerah segala tenaga untuk melaksanakannya. alhamdulillah, sedikit demi sedikit ia mula menampakkan hasil. dan sedikit sebanyak juga saya diperlihatkan, keputusan saya itu tepat. semoga saya bisa mengharungi dan menghadapi segala akibat dari keputusan ini.

saya mempunyai beberapa orang kawan baru. seronok. tapi dalam ramai-ramai kawan baru ini, ada juga yang saya kurang berkenan. tapi, masih belum mencapai tahap ‘azman’. maaf yer azman, kamu tiba-tiba menjadi kata penerang untuk tahap kurang berkenan saya.

kali pertama saya bangun terlalu lewat. dikejut bonda jam 730am. selalunya waktu itu saya sudah menunggu bas. awak, kita dah cipta rekod baru!!hohoho..

Monday, January 01, 2007

2007

ini azam tahun baru saya..

1.blajar sekurang-kurangnya satu bnda baru.

2.improvekan lagi time management.

3.termasuk la jugak mengimprovekan financial management. saya mahu kumpul duit bnyk2. titik!!

4.mengukuhkan lagi amal ibadat wajib n menambahkan lagi amal ibadat sunat. umur sdah meningkat. masakan amalan masih sama seperti 2 3 tahun lepas..

5.jadi lebih bertnggungjawab terhdap semua bnda yg saya buat. tak kiralah samada bnda baik ataupun tdk baik ke.. (but hopefully x delah bnda2 tak baik yg bakal saya buat thun ni)

6.ubah perangai2 saya yg kira kurang elok dan sudah kurang sesuai dengan umur saya yang.