Wednesday, December 12, 2007

kemesraan untuk seketika

demam. sudah tiga hari saya terpaksa menyesuaikan diri dengan kehadiran virus-virus demam, selesema serta batuk dalam badan saya. sangat-sangat tidak selesa. tapi saya terpaksa merelakan perkongsian ini. dan secara diam-diam melancarkan serangan balas menggunakan antibiotik, paracetamol, vitamin c dan segala macam senjata-senjata lain untuk menghapuskan kewujudan mereka. tapi sedikit sebanyak, saya dan virus-virus ini sudah semakin mesra. bukanlah sampai ke tahap bertepuk bertampar kerana mereka juga seperti mengetahui tahap penerimaan saya pada kehadiran mereka. cuma, saya sudah boleh menerima kehadiran mereka buat seketika. (diulangi: seketika) sampai waktunya, saya tetap mahukan mereka lenyap. yer.. lenyap. sepertimana saya mahukan apa sahaja yang menyakitkan hati saya, yang mengundang kecelaruan dalam jiwa saya lenyap dari hidup saya. hmmm...

15 comments:

myfisol said...

semoga cepat sembuh...

rena said...

myfisol..
terima kasih yer ;)

miss_tree said...

jangan kawan lama-lama ngn virus dan segala macam ubat tu ok?
;)

- G O R O - said...

Sian tuan presiden kita.

Sebarkan virus itu supaya ramai2 boleh amik MC.

alan zed said...

bestnyer mc...

bintang hati said...

emm...semoga cepat SEMBUH tau..
lepas tu berpantang makan makanan yg boleh mengembalikan virus itu pada kamu...ok...

rindu entrie-entri kamu...

ngee...

13may said...

errr...ada amik MC tak???
Tu pelengkap untuk memusnahkan virus virus tuh...

hahha...

moga cepat sembuh :)

rena said...

miss tree..
iyelah. saya kawan-kawan sekejap jer..

- g o r o -..
tak habis-habis dengan presiden. ini pun demam sbb presiden ni tau!!

alan zed..
kamu jeles yer? hihihi..

bintang hati..
terima kasih yer.. saya dah puasa minum ais sekarang ni. ;)

13may..
terima ksih. saya mc satu hari sahaja. doktor kedekut!!

fonx said...

askum cik rena,
sudah lama rasanya saya tidak
melawat kehidupan kamu,semoga kamu cepat sembuh dan riang2 selalu..;)

tegezoot said...

Sakit zahir dan batin ye? Pada zahir itu kifarah dosa2, pada batin itu dugaan Yg Esa agar sentiasa mengingatiNya.

rena said...

fonx..
hmm.. saya pun rasa dah lama tak jumpa kamu di'sini'.
terima kasih.. semoga kamu juga sihat..
dan terima kasih juga kerana sudi datang melawat ;)

tegezoot..
terima aksih kerana mengingatkan saya tentang ini.. :)

chot said...

kamu sudah cuba 100 plus?

nelly berry said...

kamu ni mesra alam betul la
smpaikan ngan virus2 tu pun kamu nak berkasih-sayang
bagus betul la.
tapi kamu kene cepat2 leraikan kemesraan itu sebelum lagi bercinta.
nati lagi haru.

m i n e r a l . . . said...

apa kata kita share virus2 itu... pasti ada antara virus itu setuju...err.r.r.r. sapa tahu mungkin mereka akan ke tempat lain bila bertemu...

[ sama2 mkn vitamin C ]

p/s: ya ya bisa link sy enggak kisah sihhh, satu penghormatan bt sy.. :)

rena said...

chot..
sudah. tapi selalu tak habis. rasa dia tak sedap lansung. (atau sebab deria rasa saya sudah kurang sihat)
hmm...

nelle berry..
hehehe.. comel betul komen kamu ini. jangan risau, saya tak akan jatuh cinta pada virus-virus ini. kerana saya tahu dia pasti akan meninggalkan saya dan datang kembali berulang ulang kali. tak setia betul!!

mineral..
share virus?? hehe.. jangan sampai diorang membiak sudah la.. ;)