Tuesday, December 18, 2007

birthday lagi

okey, sebelum itu, sila ke sini. ini adalah entri tentang hari jadi haiqal yang ditulis oleh mama haiqal sendiri. ada gambar haiqal. ada gambar mama haiqal. ada gambar kek haiqal (kamu nampak ada seekor otromen di atas kek nya?)

dan ini.. satu lagi ucapan hari lahir sempena 16 disember tahun ini

khas untuk kakak saya. yang hari lahirnya sehari lebih awal dari hari lahir saya. dan yang nama nya juga teramat hampir dengan nama saya.

“selamat hari lahir . semoga dipanjangkan umur. diberkati semua rezeki yang
dilimpahi. diredhakan segala yang kamu lakukan di dunia ini. disayangi oleh
semua kamu sayangi. dihargai oleh semua yang kamu ingati. diberikan kekuatan
jiwa tatkala kamu dilanda kesedihan. dikurniakan rasa untuk bersyukur waktu kamu gembira. serta diberikan nikmat keimanan yang kekal hingga ke akhir hayat
kamu”


tujuh tahun yang menjarakkan kita itu hanya umpama 7 biji saga warna merah yang saya suka kutip sewaktu balik dari ko-k di panggung sasaran tahun 2004 dahulu. terlalu kecil saiz jaraknya. apatah lagi bila hanya kita berdua sahaja yang memegang title ‘tuan puteri’ a.k.a ‘dayang istana 1001 tugas’ di mahligai kecil itu. seringkali orang tersilap manganggap kita ini sepasang teman. sudahla rupa tak sama. (read: tapi sebenarnya, untuk sesekali muka awak sebenarnya sama dengan muka saya kalau dalam foto. betul!! saya tak tipu.) cuma saiz saja yang lebih kurang. (read: saya lebih tinggi dari awak ok..) sukar orang mahu percaya yang kita ini adik beradik. kalau ada yang percaya pun, kita ini dikatakan kembar. masak!!! dimana mahu letak si rizal itu? isk..

cuma , bila awak sudah punya seorang laksamana kita mula menjauh. ah, hanya sedikit jauh. andai jauh tujuh tahun itu bisa kita dekatkan, inikan pula jauh nilai dengan gombak.

saya ingat lagi, waktu haiqal baru lahir. waktu itu, saya di penang dan awak masih lagi dalam pantang di rumah bonda. sedang serba salah bila haiqal mahu dihantar ke sungai buloh untuk dijaga bila awak habis pantang nanti. mendapat sms serba salah awak itu buat saya juga serba salah. sudahla waktu itu telefon juga hampir kehabisan kredit. tahu-tahu sajalah, celcom dahulu rm50 hanya untuk kredit. terpaksa habiskan lagi rm50 untuk airtime. mana ada topup rm5 atau rm10 atau rm30. dan status saya sebagai student tidaklah semewah sekarang. lagilah waktu itu loan masih belum dapat. tapi saya beli juga topup rm50 itu dan hampir sejam saya di kaki lima bangunan dewan budaya itu, dicelah-celah pokok-pokok berdaun hijau yang besar-besar berbalas sms awak. hinggakan saya ponteng satu kuliah database. :p tak apa, kuliah satu jam itu boleh saya pinjam notanya dari kawan-kawan. boleh saya jumpa pensyarahnya andai tidak faham. boleh saja saya buat apa saja. tapi untuk membiarkan kamu dalam serba salah untuk satu jam hanya kerana saya perlu hadir ke kuliah yang saya boleh masukkan dalam kumpulan ‘penting tapi boleh excuse’.. itu bukan saya. awak jangan rasa bersalah. itu empat tahun dahulu. saya dah grad dah pun. hehehe.. waktu itu saya betul-betul rasa yang saya ini begitu penting bagi kamu. apatah lagi bila saya yang dianggap kecil ini ditanya pendapat oleh awak yang besar. dan ucapan terima kasih awak itu.. itu antara ucapan terima kasih yang saya ingat sampai sekarang kerana ucapan itu seakan membenarkan satu fakta iaitu saya sememangnya bukan lagi seorang budak perempuan yang comot.

cepat kan masa berlalu. itu lima tahun yang lepas. tapi hingga hari ini, tiada apa yang berubah. kita masih lagi boleh bergelak ketawa, kita bebas bercerita tentang apa saja, berkongsi itu ini dan yang paling penting ‘we still have each other’ (yer.. saya pernah tulis ayat ini dahulu di kad kahwin awak)

selamat hari lahir ye wak..
saya sayang awak. sayang sangat-sangat.

14 comments:

miss_tree said...

Saya dan kakak-kakak.. bila deme dah kawen baru rapat serapat-rapatnya..
Heheheheheheh..

Happy Birthday to you + your sister!

- G O R O - said...

adakha kamu ada kembar?

rena said...

miss tree..
owh? kenapa blh jadi mcm tu yer?

- g o r o -..
yer.. kami kembar selang 7 tahun
dan dalam 7 tahun itu bonda saya ada seorang anak lelaki bernama rizal

bintang hati said...

emm...
SAYA juga rapat dgn adik perempuan yg umurnya cuma muda 2 tahun dari SAYA...

dalam handphone, SAYA save nama dia sebagai "My Best Friend"...emm... :-)

alan zed said...

hurm, awak adik yg baik. selamat hari lahir utk kakak awak. :)

13may said...

selamat selamat :)

d.yan said...

saya pun sayang awak ..kita hanya be-2 kat dunia ni yg faham tentang citer kita yg kt be-2 je yg suka dan yg kita thu..

jinggo said...

ni dah kira ari jadi beganda dah ni.....
eeeermmmmm......
berapa banyak ari jadi la...........
aikkk cita lain pulak.......
cita apa ni......
oooo kakakkkkk.....
ooo....
aikkk......
ya ka...........
sayang keeee.....
oooooo.....
yaa laaaaaaa.......
eeermmmmmm..........

artisticklytouch said...

sayang awak jugak!!! Happy birthday awak dan kakak awak... ooo ponteng kelas eh..lepak kat Dewan Budaya eh...kutip biji saga eh...

butaseni said...

kim salam kat kakak awak tu yee :D

slsmat hari raya

tegezoot said...

Selamat, selamat, dan selamat!

rena said...

bintang hati..
seronok kan kalau ada adik yang boleh jadi kawan? saya hanya ada seorang adik lelaki.. tp itupun dah mcm abg.. hmm..

alan zed..
baik?? ngee!!! terima kasih
(nanti saya belanja kamu teh tarik yer)

13may..
selamat jugak untuk kamu..

d.yan..
yer.. kita dua-dua
(sambil menggerak-gerakkan jari telunjuk dan jari hantu berselang seli)

jinggo..
ye laaaa.....
sayang laaaa....
errmmm....

artisticklytouch..
terima kasih.. hehehe.. nasib baik dalam skrol saya tak ditulis berapa kali saya ponteng kelas. ;)

butaseni..
"awak.. en butaseni kim salam ni!!!"
ok saya dah smpaikan salam kamu :)

tegezoot..
selamat dan bertambah berkat..
amiinn..

nawal said...

rena dear!!!
lama nyer i tak masuk blog u.. internet sini tak cun la.. x mcm rumah dulu.. nanti me pujuk zali pindah rumah tu balik..

btw, happy birthday to u dear
dah besar ni.. x blh nk manja2 sgt.
rindu kat u.. serious. tgk gambar u kat klcc dengan pokok2 krismas tu.. i teringat our dec shopping thun lepas. seronok kan??

next year i balik, insyallah..
take care tau. jgn nakal2 sgt..

m i n e r a l . . . said...

selamat... biar jauh d mata namun dekat dihati :)

bagus kamu nie jaga silaturrahim yer... :)