Friday, November 16, 2007

jumaat yang sejuk.. dan nyaman.. serta penuh drama

hari jumaat. langit mendung. udara sedikit nyaman. ditambah pula sekarang ni saya diselimuti atmosfera lagu buat sang puteri nyanyian kumpulan spider. nyaman sampai ke jiwa. sedikit sejuk. mungkin sebab cuaca. dan di tambah pula dengan kedudukan saya di bawah lubang aircond. tak mengapa, semoga lemak-lemak di badan akan mencair dengan lebih banyak. amiinnn..

semalam saya terima dua surat. salah satunya undangan perkahwinan teman sewaktu di mrsm dahulu. resepsi di wangsa maju. insyallah saya hadir. dan satu lagi surat yang saya terima.. hehehe.. awal-awal lagi saya sudah tersenyum waktu membelek-belek sampulnya.
ada mesej “ini bukan kad jemputan kawen” dengan tulisan kecil yang amat di tepi sampul surat. isinya hanya sekeping kertas A4 putih bertulisan tangan dakwat pen warna biru. oh, lupa.. ada sekeping sampul duit raya. dan di dalamnya memang ada duit raya. lumayan!!

okey, pengirimnya.. teman sekuliah sewaktu di universiti dulu. dulu kami bukannya rapat sangat. sekadar bertegur sapa andai berselisih. dia bukan antara ahli kumpulan bunga merah saya yang selalu menjadi teman makan malam, atau teman jalan-jalan di komtar atau perangin mall ataupun teman makan malam grand di SG2 setiap kali berjaya menghantar assignment. mungkin kerana jarak asrama kami yang agak jauh beserta pilihan pengkhususan yang berlainan buat kami sedikit jauh. (read: sedikit) tapi sesekali bila punya waktu terluang, kami pasti bersembang dan bercerita tentang apa saja yang best waktu itu. ok.. surat tadi.. yang dia namakan ‘surat cinta’. surat cinta?? hehehe.. (read: perempuan ini memang suka bikin havoc) saya rasa sudah lama saya tidak menerima kiriman surat melalui pos. (diulangi : surat. kad raya, kad hari jadi dan segala jenis kad tak termasuk yer..) seingat saya, surat terakhir yang saya terima melalui pos ialah kiriman encik na***. hmm.. saya masih ingat surat itu. dan surat-suratnya yang lain. beserta isi-isi kandungannya. okey, cut!! berbalik pada surat yang saya terima semalam. tiada apa sangat dalam surat cinta ini. . lansung tiada sebarang kata rindu dan ucapan sayang, masakan surat ini dipanggil surat cinta?? hanya menyatakan tentang kebosanan dia dan mula menyuruh saya mengupdate tentang diri saya padanya memandangkan dia seorang penyimpan gossip bercop mohor besar batch kami. macam-macam betul budak ni. mami jarum betul cik kak sorang nih. zleenz, nanti aku balas surat hang tau!!

pagi tadi.. dapat lagi kerja baru. kerja ini perlu saya laksanakan pada setiap awal bulan.. kerja yang ringkas tapi perlu deal dengan bahagian finance treasury.. perlu deal dengan customer billing assurance.. perlu jumpa bos-bos.. aduhai.. tapi tak mengapalah, saya disini memang untuk bekerja. bayaran setiap 26 haribulan yang saya terima juga disebabkan kerja-kerja yang saya buat. maka, buat saja apa yang patut bukan? mujur bulan ini sudah menjangkau pertengahan bulan. maka saya punya dalam dua minggu untuk belajar memahami segalanya tentang kerja baru ini. semga semuanya berjalan lancar.

owh, cuti dua hari saya sudah diluluskan. satu hari pada 17 dec dan satu lagi pada 21 dec. cuti tahunan saya masih lagi berbaki 4 hari. itu saya simpan jika ada hal-hal kecemasan atau tidakpun, bawa ke tahun hadapan. kenapa bercuti? 17 itu tiada sebab yang khusus. cuma saya merasakan tidak mahu bekerja pada hari itu. (hehe.. boleh tak?) 21 itu pula sambungan cuti hari raya haji. niat di hati mahu menyambung sekali dengan hari krismas, tapi mengingatkan kerja-kerja tetap saya pada setiap hujung bulan, saya batalkan cuti berpanjangan saya itu. tak baik tamak-tamak.

soalan petang semalam : tanya pada dandelion juga dia tak tahu. kamu tahu apa yang ada di hujung pelangi?
saya jawab : aiskrim paddle pop pelangi. ngee!!

11 comments:

Azhar Ahmad said...

Setiap surat itu adalah tanda ingatan. Jadi, jika kamu kemaskini blog, bermakna kamu juga mengingati kami, pembaca blog kamu...

alan zed said...

paddle pop, yeah. super duper yummy.

amrin said...

ooo.. 17 hb cuti yer
hmm..
hmm..
hmm..

nawal said...

dear..
u still ingat org tu ke?
dah la tu...

jinggo said...

eeeermmmmsseeddaaapppppp

Wira Nordin said...

:)
kamu senang hati

nelly berry said...

dah lama tak terima surat selain kad jemputan kenduri.

kad raya pun takde.

maknenye tiada yg mengingati saya la?

rena said...

azhar..
kadangkala, saya tak punya waktu untuk kemaskini blog. tapi saya tetap ingat kamu semua. sungguh..

alan zed..
itu aiskrim fav saya!!

amrin..
hehehe.. yer, saya cuti 17.12
kenapa?
mahu hantar invoice?

nawal..
yup!! still ingat dia.
but ingat jer.. bukannya me santau or vodoo dia pun..
hahaha!!!

jinggo..
kalau mkn dengan sos strawberry mesti lagi sedap kan??
hihihi..

wira nordin..
ngee!!!
ini bukan saja senang hati..ini dah sengih panjang lebar dah ni

nelle berry..
tapi kamu terima banyk komen dalam blog kan dear?
itu kan satu tanda ingatan? ;)

amrin said...

hehe..
bukan nak hantar invoice.
nak hantar bunga. boleh?

fonx said...

hari ini saya sedih,sangat sedih kerana tiada entri baru dari kamu
;(

rena said...

amrin..
mahu hantar bunga??
okeh, saya tunggu depan bangunan. hihihi..

fonx..
jangan sedih..
saya minta maaf yer.. saya bukan tak mahu update blog. cuma tak sempat..
kamu jangan la sedih-sedih.. nanti saya pun sedih sama..