Friday, November 02, 2007

twiggies ~ aiskrim vanilla ~ hadifaza ~ troy

hmm.. pagi ini, menu breakfast saya ialah twiggies coklat yang disapu dengan aiskrim vanilla yang mewah dengan rasa yang tekstur. uuhhh.. saya merasakan dunia hari ini cukup indah tatkala rasa twiggies yang lembut itu bersatu dengan rasa vanilla yang sejuk manis hinggakan saya tersenyum sendirian waktu breakfast pagi tadi. ngee!! satu kejayaan saya kira bila saya berjaya makan 2 twiggies tadi. selalunya hanya satu yang berjaya memasuki perut comel saya. comel ke? hahaha

puas hati bukan bila kita dapat memenuhi satu kemahuan dan permintaan
(read: sila baca entri saya tentang tag oleh miss_tree disini - perkara ke lima dalam senarai yang saya ingin makan untuk sarapan )

hari ini indah bagi saya.. tiada alasan yang statik. mungkin kerana twiggies dan aiskrim vanilla pagi tadi dan juga langit yang berbiru cantik buat saya. oh, tak lupa juga mungkin pada review novel Edensor yang saya baca semalam. dan apa yang saya janjikan semalam, yang saya tangguhkan sehingga menunggu suatu hari yang indah itu, saya kongsikan di sini, hari ini.

13 syawal tahun ini, saya kehilangan hadifaza. hadifaza bukan teman lelaki saya. bukan lelaki yang saya admirer. juga bukan lelaki yang admirerkan saya. meskipun saya tidak menidakkan yang saya menyayanginya. tapi batas sayang saya hanya sayang pada seorang kawan. dia, bagi saya, dia lebih pada seorang teman. teman yang setia mendengar apa saja yang saya bicarakan. apa saja. kehilangannya mengejutkan saya. tapi itu hakikatnya. Tuhan lebih menyayangi dia.
(),,()
( 'o' )
(,) (,)

kamu pernah lihat ini bukan? ini namanya Troy
Troy saya terima menerusi bingkisan sms dari hadifaza lewat tengah malam. selepas saya puas merungut dan mengeluh tentang suasana kerja yang betul-betul menekan dan menghimpit saya. malam itu, saya bercerita tentang betapa saya meluat melihat ‘bos pembaris’ saya yang begitu moody tak mengira waktu dan situasi. saya bercerita tentang betapa saya bosan bila terpaksa menjaga ofis seorangan. saya bercerita tentang betapa saya takut untuk berjalan ke kl sentral waktu petang kerana sudah tiga kali kes ragut berlaku dihadapan mata saya. dan malam itu, hadifaza mengirimkan Troy pada saya.

“nah, buat kawan gi keje esok..”

itu mesej yang dia selit dalam sms malam itu. sedikit sebanyak, sms dia itu buat saya senyum sendirian. dan mula hari itu Troy seperti 'guardian angel’ saya. sepadan dengan namanya kan? hahaha.. mengada!!

hingga kini, Troy tetap dalam telefon Samsung saya. saya pindahkan dia dari Inbox ke dalam My Folder supaya saya tidak membuangnya secara tidak sengaja. saya salurkan juga Troy di sini. saya mahu Troy ada di mana saja saya berada. saya mahu Troy sentiasa ada dalam dunia saya. kerana saya mahu Troy sentiasa mengingatkan saya pada hadifaza.

alfatihah untuk kamu, hadi.. semoga kamu tenang di sana.

14 comments:

Azhar Ahmad said...

Syahdu sungguh cerita kamu hari ini, terasa begitu dekat dengan apa yang kamu sampaikan...

Aan andes said...

Who's Hadi? Hahaha.. mcm lah me tahu all ur stories kan.

Anyway, u r so complicated lah. No no no, not complicated. What is the word? ada tembok2 besar menghalang, something like that la. Preserved. There's something about the way u hid ur emotion. Sometimes, I feel like knowing all ur tears what for, but later on I figure out it isn't all I that know.

Whatever it is, mish u sooo much dear. Reading ur blog always give me inspiration to update mine, but alahai..malasnya :P

Anyway, just gedik2, sapa dpt rena so lucky okay. She's so thoughtful and hmmmm..well breed :P

Renaaaaaaaa..jgn delete msg ni okeh :P

Love ya!

crunchyahcock said...

alfatihah buat HADIFAZA,
dan smekom buat Troy yg gagah dan buat awak yg kiut!! mengada.kan??

rena said...

azhar..
terima kasih atas empathy kamu..
yer.. saya menghargainya
betul!!

aan..
tak nak comment banyak-banyak utk budak comot nih.. nant me buat entry untuk u ok?

crunchyahcock..
rena n Troy: waalaikumussalam
lama x nampak?

nelly berry said...

membaca entries2 kamu menyebabkan saya menyanyi riang lagu bubbly (colbie caillat).

saya kira, kamu punyai ramai teman2 yg setia menemani kamu dan setia menunggu suatu hari yang indah itu.

al-fatihah untuk hadifaza.

*ps: nak gak guardian angle tu ;)

mat jan said...

secretive!!
(tapi ko tetap kawan aku yang best)

chot said...

khayal bila membaca entry kamu ni..

rena said...

nelle berry..
saya suka bila kamu riang..
maka atas sebab itu, saya sudah hantar clon Troy untuk kamu ;)

jan..
hehe, secretive eh?
paper je lah jan..

chot..
kamu khayal apa?
twiggies atau Troy?

amrin said...

salam takziah..
setiap yang pergi akan kembali
semoga awak tabah
dan semoga hari ini hari yang indah untuk awak..

iwan said...

takziah..
hmm.. twiggies dan aiskrim vanilla, itu juga kegemaran saya *wink
salam kenal dari saya

nawal said...

rena dear..
sory sgt2 i baru sempat baca entry nih..
my condolences for hadi. even i tak kenal sgt dgn dia, but I know that he's a such a very nice guy. pls dont be so sad ok..
i know u've been go through many tough things lately.. its ok dear.. everything will be just fine..

i know u well.. very well..
i tak kisah orang nak kata u ni secretive ke.. or u ni jenis susah nak share ur emotion ke.. or u ni sombong ke..
sbb bg i.. u ni jenis yang tau apa benda yang u nak cerita.. apa benda yang u tak nak cerita.. dengan siapa u nak cerita.. n bila u nak cerita (of course u suka pakai alasan ‘suatu hari yang indah’) n i tau.. u ni jenis yang lebih suka guna telinga daripada guna mulut..

btw, i rasa nak ‘give me five’ jer dgn the sweet aan andes pasal sapa yg dapat u is so lucky.. ;)

take care girl.. rindu bangat sama kamu!!

rena said...

amrin..
thanks yer.. kamu betul-betul baik.
tag kamu.. nant saya buat yer.. ;)

iwan..
salam kenal
kamu juga suka twiggies eh?

nawal..
u r so true!!
dont worry.. i'll take care of myself..
rindu juga sama kamu.. a lot!!

alan zed said...

moga roh nya damai di sana.

crunchyahcock said...

nampak????? hohohohou yg slalu skodeng me yer... malu lar me