Wednesday, November 07, 2007

che amid dan lampu hijau pemalas

mengikut perancangan awal.. ‘calling list customer’ adalah perkara pertama yang perlu saya siapkan pagi ini. baki 1593 acc itu perlu diperiksa sama ada sudah di hantar surat peringatan atau belum. jikla sudah, maka langkah seterusnya ialah memotong talian (bunyi nya seperti kejam bukan? tapi siapa suruh kamu tak bayar bil?)
tapi sejak dalam tren lagi.. perasaan teruja untuk bercerita di sini amat tinggi.
membuak-buak..

cerita saya :


saya berdiri di situ. memandang tepat ke seberang. menanti. sesekali menoleh ke kiri dan ke kanan. kemudian ke hadapan semula. berharap lampu di hadapan akan cepat hijau supaya saya dapat melintas dengan selamat. tapi seperti biasa, lampu itu suka sangat merah lama-lama.
ayahanda di sebelah. memimpin tangan saya. cukup erat. menarik saya supaya seiring dengannya, berjalan bersama melintasi jalan itu. sampai di seberang sana, saya berdiri pula di situ untuk seketika. memerhatikan ayahanda melintas seorangan kembali ke seberang jalan.

cut!!

okey, itu bukan kisah saya melintas jalan lapan belas tahun yang lepas. bukan juga kisah saya melintas jalan waktu-waktu saya bersekolah dahulu. itu kisah saya melintas jalan pagi ini. yer, baru pagi tadi situasi ini berlaku. seorang ayah memimpin saya, yang bukan lagi berusia tujuh tahun, bukan juga berusia tujuh belas tahun. tapi saya yang berumur dua puluh empat tahun, sepuluh bulan, dan dua puluh satu hari (saya harap kiraan saya betul :p)
waktu melintas itu saya khabarkan padanya
“macam time kecik-kecik dulu jer.. papa bawak lintas jalan nak tunggu bas”
dan kami sama-sama ketawa.

cerita sebenar:

lazimnya, saya akan melintas seorangan. ayahanda hanya akan memerhatikan saya dari atas BDY**32 nya. bila saya selamat sampai ke seberang jalan baru dia pulang. dan perangai saya.. saya akan berdiri di situ sehinggalah lampu itu hijau. ada ketikanya, tiada kereta lansung dan saya boleh saja melintas dengan selamat. tapi entahlah, saya lebih suka menunggu lampu itu hijau untuk melintas. regardless of how much time I have wasted by standing there and waiting for the green light..

hari ini, ayahanda punya agenda di pejabatnya. dan dia perlu sampai lebih awal dari biasa. itu yang bonda sampaikan pada saya waktu saya menikmati nasi gorengnya. maka atas sebab perlu sampai awal itu, pagi ini, dia sendiri yang menolong saya melintas jalan. kerana dia tak sanggup menunggu dan melihat saya menunggu lampu hijau yang entah berapa lama baru mahu hijau.
hahaha!!


hey, saya dapat necklet baru. kali ini warna kelabu. (read: ini hanya ayat penyata)

10 comments:

Azhar Ahmad said...

Ayah saya tak pernah bawak saya lintas jalan, tapi pernah pimpin saya lintas sungai selebar lebuhraya 6 lorong! Huhuhuhu

butaseni said...

sayang ayahnde kan?hehehe

13may said...

hehhe....sungguh simbolik entri ini :)

mat jan said...

ooo..
che amid pimpin tangan tak per... siap pegang erat2 lagi...
huh!!
aku nak pimpin lintas jalan tak nak.. alih-alih pegang baju jer..

sombong!!

jinggo said...

ok la tu.....
berita hari ini......
sehari melintas bersama pak hamid..
adalah satu pengalaman yang tak dapat di lupakan...............

berita dari bernama dan blumberg...

fonx said...

sudah pasti melawat blog kamu akan menjadi satu kemestian sebelum memulakan hari baru :)

miss_tree said...

masa bulan ramadhan.. masa pegi ceramah agama setiap pagi jumaat.. masa melintas jalan dengan bonda.. masa tanganku dipegang erat olehnya.. masa itulah hati tersentuh.. masa seakan berputar kembali dan daku adalah anak perempuan kecilnya.. hehehehehe..

rindu baca blog cik rena..
nk cuti skolah ni banyak plak program.

crunchyahcock said...

huhuhu.... ada x yg kata "..bini muda che mid ke tu?.."

nanti kita lintas berdua ye bila me dtg kl... awk pimpin saya.

rena said...

azhar..
lintas sungai besar?
waktu itu kamu sebesar mana?
huhuhu..

butaseni..
mesti la sayang..

13may..
simbolik yer?
hehe.. sama macam simbol radioaksi kamu ;)

jan..
apa susah..
lain kali nak lintas jalan ko pegang je lah tngan che amid.
itu pun nak bising ke?

jinggo..
sejak bila jadi pemberita nih?
hihihi..

fonx..
selamat memulakan hari baru untuk kamu.. ;)

miss_tree..
indah kan perasaan itu?
juga rindu untuk baca coretan kamu..
selamat bercuti untuk kamu nanti!!
(read: saya sedikit jeles)

crunchyahcock..
owh, tak perlu lintas berdua. pasti ada ramai lagi yang akan melintas bersama-sama. (orang kl ni suka lintas jalan.)
:p

bintang hati said...

oowwhhh....saya tersentuh membaca entri ini...so sweet...

tapi..kamu menyusahkan che amid itu bila dia terpaksa melintaskan anak daranya yg dah berusia 24 tahun itu...

hehehe...bergurau jer...