Thursday, November 15, 2007

cerita semalam

mahu bercerita tentang semalam..
awal-awal pagi masuk ofis, saya terpaksa mengangkut barang-barang ke tempat baru. yer, pindah. semua ahli kumpulan bunga merah terpaksa dipindahkan dari kutub utara merentasi garisan khatulistiwa dan akhirnya sampai kutub selatan. ‘terpaksa berpindah’: kerana ini bukannya pilihan hati kami. maka tempat baru ini umpama sebuah perkampungan dengan ketua kampungnya berada di belakang sekali. memerhatikan aktiviti-aktiviti penduduk kampung yang lain. “haa.. kamu jangan nak curi air jiran sebelah!!”

dan cerita donut semalam.. urgh, saya masih terasa rasa manis nya. terlalu manis hingga buat saya pening kepala. okey, jangan tanya saya kenapa saya.. yang lahirnya di negeri cik siti wan kembang.. yang terkenal dengan makanan-makanan manis.. tidak sukakan makanan manis. (read: aiskrim dan gula-gula terkecuali) saya jarang minum air manis. andai dirumah bila bonda menyiapkan sarapan, pasti ada satu mug air susu beserta nestum untuk ayahanda, nescafe kurang manis untuk bonda, nescafe manis untuk sang teruna sulung, kopi pekat untuk sang teruna bongsu, dan untuk saya.. hanya mug kosong dan sebekas air kosong dari peti ais. kasihan kan.. sepertinya saya ini berpenyakit diabetes tahap tinggi.

hmm… apa lagi tentang semalam

owh, meeting tentang trip ke port dickson hujung minggu ini. semua orang seperti begitu teruja. sudah ada kumpulan, sudah ada ahli kumpulan dan sudah ada nama kumpulan. dan tak lupa juga sudah mula ada aura-aura zaman cowboy di sekitar perkampungan kami. poster-poster “wanted’ beserta dengan gambar dan tak lupa juga nilai ganjaran juga mula diedarkan pada orang ramai. salah satu dari mesej yang tertera “The Murderer is still at Large”
kenapa aura cowboy? kerana tema dinner malam ahad itu ialah rodeo night. maka sekarang ini semua orang sibuk mencari topi koboi, jaket koboi, but koboi dan segala macam barang-barang koboi lagi. saya mahu cari kuda boleh?

semalam.. apa lagi yer..

ahh.. lampu telefon ini selalu saja menyala-nyala. saya sambung nanti..

6 comments:

Azhar Ahmad said...

Ehhhh tak baik minum air sejuk pagi2. Mulakan dengan air dingin (air yang disejukkan sendiri), pastu air suam, pastu barulah air sejuk. Kalau tak, kebarangkalian nak rosak organ dalaman (mcm saya) amatlah tinggi...

rena said...

azhar..
kamu menakutkan saya.. tapi saya ikut pesan kamu. pagi ini air sejuk saya dicampur dengan air panas. maka jadilah ia air suam.
yeay!!

amrin said...

tak minum manis yer??
sama la kita..

jinggo said...

ooo nak jadi koboi yeee......
nak tengok la jugak koboi ni.....

alan zed said...

nak kuda hitam ke kuda putih? (ape punya soalan daa)

rena said...

amrin..
bukan tak suka.. cuma kurang gemar. kamu pun sama yer?

jinggo..
topi koboi ada?
nak pinjam!!

alan zed..
nak kuda putih yang ada tanduk kat dahi dia.. hihihi