Thursday, November 22, 2007

bintang di langit - II

kalau ikutkan hati.. mahu saja saya pinjam magic stick sesiapa sahaja dan tukarkan dia menjadi bintang. biar dia berdiam di atas sana. agar tak mengganggu waktu siang saya. dan tak menghantui waktu malam saya. biar saja dia bersinar-sinar di langit waktu langit berwarna gelap. sekurang-kurangnya, masih ada lagi cantiknya yang saya bisa nikmati (andai saya mahu) dan masih ada lagi sinarnya yang saya bisa hayati (andai saya sudi) dan seandainya saya tak mahu dan tak sudi, pasti ada insan lain yang mahu dan sudi. ish.. rugi betul saya tidak kirimkan dia pada sheikh muszaphar tempoh hari.

tetaplah menjadi bintang di langit
agar cinta kita akan abadi
biarlah sinar mu tetap menyinari alam ini
agar menjadi saksi cinta kita berdua
yer.. saya pernah selitkan lagu ini dalam entri yang terdahulu. saat saya sendiri tidak mengerti dengan apa yang saya rasakan. saat saya sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang saya inginkan. saat saya in the middle of nowhere. tapi itu dulu. suatu masa dulu. waktu ini saya tahu di mana saya berpijak. saya yakin dengan apa yang saya inginkan. cuma lagu ini cukup membuai-buai dan buat saya selesa.
Lalu bapakmu akan berkata, bintang tak pernah secantik tampakannya, tak sedekat yang kita duga. Ia cuma penghias panas malam para pemimpi. Tapi aku mau terbang. Aku mau menyentuh bintang. Jika ujung jariku melepuh, akan kubelah lima. Dan pulang dengan sepasang tangan berjari lima puluh.
ini petikan dari novel Cala Ibi karya Nukila Amal. novel Indonesia. ah, saya tak akan sesekali terbang ke sana untuk menyentuh bintang. kerana saya tahu hakikat yang ianya terlalu tinggi untuk saya gapai dan terlalu jauh untuk saya sentuh. maka sebab itu jugalah saya mahu tukarkan dia menjadi bintang. supaya dia tinggi dan jauh dari saya. tapi saya masih lagi boleh memandang dia dari bawah di saat saya mahu.
nyata bintang tak kan jatuh ke bumi
namun kita kan jatuh cinta
lirik lagu Ku Impikan Bintang. salah satu lagu Sean Ghazi yang saya suka. suaranya, muziknya cukup cantik untuk lagu ini. tapi kan.. usahkan bintang.. daya tarikan graviti pun tiada kaitan untuk jatuh cinta. maka tak perlu tunggu bintang jatuh ke bumi untuk jatuh cinta.

hehe.. entah apa yang saya coretkan ini. semua tentang bintang. tapi saya masih lagi mahu meneruskan niat menyihirkan dia supaya bertukar menjadi bintang. tapi, sebenarnya kan.. andai ada dia dibawah sekalipun, dia bukannya mengancam saya. lansung tidak memberikan sebarang bahaya kepada saya. cuma, saya yang tidak suka dia disini. selfish sungguh!! hahaha

12 comments:

amrin said...

adui..
macam-macam awk ni
seronok baca entri ni
take care pls..

nelly berry said...

pernah dengar lagu...bintang? yg dinyanyikan oleh kumpulan air...seingat saya lagu itu popular sekitar tahun 1997.

"bintang di langit
kerlip engkau di sana
memberi cahayanya di setiap insan"

have a blast weekend dear ;)

alan zed said...

saya suka lagu air - bintang. hehe.

bintang hati said...

haii rena..
boleh berkenalan...

SAYA suka baca entri kamu..bagus banget..opss...

SAYA juga sngt suka BINTANG..tapi tak pernah terfikir utk jadi bintang...emm...

rena said...

amrin..
hehe, sekarang baru kamu kenal saya kan?
i will.. thanks. u too!!

nelle berry..
yer, saya pernah dgr lagu ini. terima kasih krn mengingatkan saya.
hav a great weekend to u too!!

alan zed..
saya juga!!!

bintang hati..
salam perkenalan untuk kamu.
nanti dtg lagi yer..

Azhar Ahmad said...

Uhuhuhu, nak menyihir jadi bintang? Huh, kamu kijam Rena. Kamu nak dia jauh, tapi hanya mahu lihat kecantikannya.... Hahhahah

Lalu bapakmu akan berkata, bintang tak pernah secantik tampakannya, tak sedekat yang kita duga. Ia cuma penghias panas malam para pemimpi. Tapi aku mau terbang. Aku mau menyentuh bintang. Jika ujung jariku melepuh, akan kubelah lima. Dan pulang dengan sepasang tangan berjari lima puluh.

Suka sungguh dengan kata-kata ni...

chot said...

entry yg menghiburkan...

fonx said...

"hajat yang tidak mendapat,adalah nikmat yang paling padat"

fonx said...

"hajat yang tidak mendapat,adalah nikmat yang paling padat"

rena said...

azhar ahmad..
yer.. yer.. mengaku. saya sedikit kejam. read: sedikit. hihihi..

chot..
terima kasih :)

fonx..
suka kata-kata kamu ini. selamat hari isnin untuk kamu. hari ini saya sedikit jeles pada teman-teman yang bercuti hari ini.

masaklemakrebung said...

kadang apa yang kita nampak.. apa yang kita lihat tak sama dengan apa yang nyata... macam bulan.. dari bumi kita nampak cantikkan... dulu2 orang slalu puji bercahaya bak bulan mengambang.. tapi bila manusia dah sampai ke sana... pepatah camtu orang tak guna lagitau... hmmm... orang marah lagik ada... kena tukar lah... bak berchaya bak mentol lampu philip ( yg mahal tu tau)... mesti best kan... kan...

rena said...

masaklemakrebung..
apakelas lampu philip..
baik pakai lampu lip lap tu.. yang org selalu pasang kat kelab2 malam tu..