Friday, November 09, 2007

amrin, saya jawab tag kamu!!

question: list down five simple things in your wishing list

1. saya mahu mug. mug yang besar. yang boleh mengisi air dua kali mug saya sekarang. nescafe saya selalunya boleh habis dalam masa setengah jam sahaja. saya mahu mug yang boleh mengisi nescafe saya untuk satu jam.

2. saya mahu hairdryer Panasonic warna fuschia. dua sebab. pertama, hairdryer sekarang sudah tak mampu berfungsi sepenuhnya. kedua, warnanya cantik bangat!! sedondon dengan warna sikat rambut saya. hihihi..

3. saya mahu bracelet warna emas dan hitam. pernah terlihat sekali di kl sentral. ia seperti gelang kaum india yang perlu di belit-belit di tangan. tapi rekaannya tidak lah terlalu ‘grand’. hanya manik-manik kecil seakan mutiara berwarna kuning emas metalik dan hitam yang disusun berselang seli. tapi waktu itu kewangan saya terhad. padahal tidaklah semahal mana. tapi entahlah, berat untuk beli waktu itu. maka saya hanya memandangnya. bila sudah punya duit, saya kembali mencarinya. tapi sampai sudah saya tak jumpa.

4. saya mahu bateri jam fossil (jenis big tic). dua biji yer.. fossil saya kehabisan bateri. banyak kali berulang ke kedai jam di KLCC dan tak lupa juga kedai-kedai jam lain. tapi semuanya tiada. kehabisan stok. itu alasan utama. tak suka!! atas sebab itu, saya terpaksa memakai jam tangan lain. jam tangan yang jarum saatnya selalu buat saya terjaga dari tidur waktu malam. saya memang tak betah mendengar sebarang bunyi waktu tidur. tapi jam putih ini.. aduih.. bila terjaga akibat bunyi jarum saatnya, saya akan masukkan dia ke dalam laci dan menguncinya. tapi secara logiknya, kalau tak kunci pun jam tu tak kan keluar kan?

5. saya mahu sebuah balang kaca yang besar warna biru untuk saya pindahkan pokok saya. pada mulanya, pokok ini hanya ada dua daun. kini, makin banyak daun-daun serta tunas-tunas yang keluar dan saya kira bekas sekarang sudah tidak memadai untuknya.



siap!!

15 comments:

amrin said...

hmm..
itu saja? pelik..

rena said...

amrin..
itu hanya SIMPLE things yang ada dalam wish list saya..

Azhar Ahmad said...

Hahahahha, simple mimple nih... Boleh ditunaikan...

Dengan kuasa para-para, gwe tunaikan hajat lho!!!!

Pinggggg!!!

Adeh, terpatah plak kayu hikmat neh...

Lainkalilah yerrr...

fonx said...

bagaimana saya boleh beri apa yang kamu hajatkan? ;)

crunchyahcock said...

Mug tu x yah susah2, beli flask masak air tu! kan besar dan air sentiasa panas.

hairdryer pun x yah, kat toilet ada kan penjaga/pencuci akan letakkan blower yg power giler tu... amik je balik umah.

pakai bateri keta yg tahan lama dan sentiasa ada stock!

gelang tu mintak kat nezjoe... dia byk koleksi...hahahahah

pokok yg semakin besar tu elok ditanam di depan rumah supaya che mid x leh masukkan keta dia..

sekian cadangan saya yg bernas lagi beras pilihan bernas

crunchyahcock said...

ari ahad depan 18 nov 07 kami nak g picnic ngan jungle treking, nak ikut amik cuti ari isnin dan bawa sekali tikus hijau bersama strawberry jem yg beku itu!!

rena said...

azhar..
saya ada gam UHU. kamu nak tak? hehe.. anyway, terima kasih kerana berusaha menunaikan hajat-hajat simple saya.
nanti bila kayu hikmat kamu itu sudah elok, cuba sekali lagi yer..;)

fonx..
kamu ini baik bangat!!
terima kasih yer.. :)

crunchyahcock..
18 nov.. saya dah janji dengan tikus hijau dan juga pari-pari yang sesat itu mahu tengok pelangi di Port Dickson.. sambil menikmati jem strawberry yang manis dan beku.

- G O R O - said...

Ketagihan kafein...

13may said...

kamu nak minum atau mandi ngan nescafe tuh????

hahha :P

rena said...

- g o r o -..
komen kamu buat saya bertukar dari nescafe pada teh hari ini
ngee!!!

mat jan said...

port dickson.. 8 nov??
weh, ikut!!!!

rena said...

13may..
mandi.. sambil berenang.. sambil minum nescafe..
boleh?

jan..
18 nov la sayang..
bukan 8 nov.

nawal said...

hahaha!!
sorry dear.. i tak boleh tahan gelak bila u panggil mat jan sayang..
jan, muka dah merah blom??
hahaha!!!

rena said...

nawal..
jgn gelak kat dia bnyk2..
nanti dia jadi 'inkedibel hak'
hehehe..

mat jan said...

wooiiitt!! kutuk aku sesuka ati nampak..
typo la rena.. itupun nak bising ke?
tapi orait gak ko pnggil aku 'sayang'. bahagia jer aku rasa
hahahaha!!!