Monday, October 01, 2007

perkara-perkara yang gembira

pagi ini hujan. saya suka. maka sebab itu saya tak perlukan baju hujan atau payung. ( itu sebabnya saya gagal dalam quiz yang mana salah satu soalannya menyuruh saya memilih antara payung dan baju hujan) dan keputusan quiz tersebut: urgh.. terlalu kejam untuk saya utarakan. tapi saya lebih suka keputusan tak rasmi seorang teman. “u bukan tak normal.. u nakal sikit jer” hmm, sekurang-kurangnya label nakal itu lebih baik daripada di label sebagai abnormal bukan?

saya sudah ada sepasang baju raya yang cantik. hehe.. kredit untuk tuan puteri andes serta tuan puteri mielia yang sudi turun kl dan menjadi sebahagian daripada makhluk-makhluk kecil yang saling bersesak-sesak di SOGO semalam. dan juga.. harap maaf kerana jalan short cut saya telah memaksa kamu untuk melangkah pagar. alah.. pagar rendah saja. anggap saja senaman tulang kaki. boleh?

sudah dua hari haiqal ditumpangkan di rumah saya. kata kakak saya : masuk asrama. seperti biasa, perangai makin nakal, mulut makin becok. sebentar tadi, dia baru saja menelefon saya mengadu astro di rumah rosak. hahaha.. sayang, astro itu bukan rosak. hanya bertukar nombor siaran. cuma masalahnya, bila nombor siaran bertukar, akses haiqal kepada siaran-siaran kegemarannya terhalang kerana dia hanya menghafal koordinasi butang-butang remote control tersebut. tapi bagus juga.. lepas ini remote control pasti milik saya. sepenuhnya. tanpa sebarang pergaduhan yang comel.

lagu yang pernah membuatkan saya demam.. tiba-tiba hilang dalam folder lagu-lagu saya. entah bila saya ter’delete’ saya pun tidak pasti. untuk separuh hari saya rasa ingin demam lagi. tapi kemudiannya kuman-kuman demam saya mati. kerana saya sudah jumpa penggantinya. lagu yang sama tapi kali ini versi live. lagi best!!!

sudah jam empat petang. lagi setengah jam untuk pulang. hehe.. ini perkara gembira bagi saya setiap hari bekerja. jalan jam atau tidak, itu lain ceritera. yang penting, saya bisa swap id card saya dan berjalan keluar dari bangunan ini sambil mengucapkan babai kepada guard yang setia tersenyum pada sesiapa sahaja yang lalu dihadapannya tanpa rasa takut-takut andai terserempak dengan bos saya. hehe..

10 comments:

mat jan said...

hohoho!!
sudah kembali bersatu. bagus bangat sih!!
mesti ko makin tak rindukan aku di sini.
tak per, model2 sini semua cun2.. buat aku hilang rindu..

pada..





pramugari-pramugari MAS yang seksi2..

hahahaha!!

rena said...

jan..
aku tau
aku tak layak untuk jadi pramugari MAS

sob..sob

Nezjoe said...

andai kata saya berada dalam kasut haiqal
sudah pasti saya luku2 kepala kamu

hehehehe

rena said...

nezjoe..
mahu luku kepala saya yer?
hehehe..

andai kata saya berada dalam kasut haiqal
pasti saya akan memarahi kamu kerana mencederakan cikna nya yang paling dia sayang.
read: tak boleh luku kepala kamu sebab kamu terlalu tinggi.

miss_tree said...

Salam singgah..
:)

Channel yg bertukar jua merumitkan miss tree yg tak muda sangat ni..
Huhuhuhuhuhuhu.. elok² tekan satu or dua nombor je, ni nk kena tekan sampai tiga..

sep/high five sama haiqal!!

Wira Nordin said...

salam...
selamat berpuasa

butaseni said...

hehehe still dengan konflik remote?hehehe
saya suka hujan jugak.

rena said...

miss_tree..
terima kasih sbb singgah. betul tu, bukan kamu seorang yang merasa rumit. saya juga. tiap kali mahu tukar siaran terpaksa belek phamplet. huhuhu..

wira nordin..
salam kembali untuk kamu
dan selamat berpuasa

butaseni..
hehe.. konflik itu memang tak akan tamat saya kira.

crunchyahcock said...

raya dah dekat.... jgn gaduh gaduh.

saya mintak maap dari tangan ke hati.. salam.

bintang hati said...

saya tumpang rasa bahagia baca cerita hidup kamu yang bahagia...dan comel..eh!! comel...??

emm...jgn rebut remote control lagi ok...