Wednesday, October 17, 2007

saya jumpa dia!!

port makan tengahari saya masih belum dibuka. maka, saya terpaksa ke ampang park untuk memenuhi tuntutan salah satu organ badan saya yang sejak pagi tadi bernyanyi nyanyi riang. cuaca panas. saya sudah mula merencana untuk mendapatkan soya sejuk dengan ais yang banyak. ampang park juga seumpama berpakat dengan kafe di wisma time. banyak yang tidak dibuka. lama betul mereka bercuti. atau saya yang terlalu awal masuk kerja? hmm.. dari KFC, bertukar ke kedai mamak, kemudian ke McD dan akhirnya tempat makan kami di Hainan café. tak banyak pilihan. saya hanya memesan nasi lemak ayam dan soya ais. sedikit hampa. sambal nasi lemak hanya satu sudu makan. lansung tidak cukup andai mahu digandingkan dengan semangkuk penuh nasi lemak. gandingan yang tidak sempurna. soya pula.. terlalu cair. kamu pernah mengisi air kosong dalam gelas kosong yang sebelumnya berisi air soya? yer.. begitulah air soya saya. cair.
hmm.. apa kaitan cerita saya dengan semua ini?.. sebentar lagi.. sabar..
saya bertiga. salah seorangnya senior otai di dalam finance department. dia yang pertama memilih tempat. sebuah meja untuk empat orang. lokasi di kaki lima kedai. selalunya ini ialah port untuk para perokok. memandangkan cuaca panas, saya mengikut saja. di luar juga ada kipas. juga ada angin. lebih selesa saya kira. nasi lemak sampai. chup!! soya saya sampai dulu. kemudian diikuti dengan nasi lemak. seperti yang saya katakan tadi, saya sedikit tidak puas hati dengan nasi lemak dan air soya tapi pesan bonda, tak baik merungut di hadapan rezeki. maka saya diamkan dan mula menyuap. sambil mendengar cerita kakak otai tentang rumah terbuka AF (read: dia peminat tegar AF)

tiba-tiba entah tarikan magnetik jenis apa yang menarik saya untuk mengangkat muka dan memandang jalan di hadapan. perkara pertama yang saya nampak.. ialah.. dia. hmm.. betul. dia. memang dia. saya memang cam dia. mana mungkin saya lupa lelaki ini. memandangkan saya duduk bertentangan dengan jalan maka saya dapat lihat dia dengan jelas. saya kurang pasti samada masa berjalan atau tidak. tapi saya seperti freeze untuk seketika. saya asyik memandang dia. kebetulan, lampu isyarat merah. maka saya punya waktu yang lebih untuk freeze. dan dia.. dia?? hmm.. dia juga memandang. saya. seumpamanya waktu itu dia juga freeze. memandangkan dia di tempat duduk penumpang maka itu bonus untuk dia. boleh freeze tanpa perlu memikirkan tentang warna lampu isyarat di hadapan, saya kira. yer.. waktu itu.. kami sama-sama freeze. sama-sama memandang. saya rasa seperti ada muzik latar lagu Hanya Memuji sedang berkumandang waktu itu. hinggalah tiba-tiba bunyi hon dari sebuah kereta menjadi magnet kedua saya dan memaksa saya mengalih pandangan saya dan mencari arah bunyi tersebut. arrghhh!!! kacau betul. kebetulan lampu hijau. saya mula kembali ke alam nyata. tiada lagi background music. memandang dia sekali lagi. yer.. dia masih memandang. senyum. dia juga senyum. dan sedikit mengangguk. saya biarkan Honda City hitam itu berlalu melepasi saya. credit kepada driver lelaki di sebelahnya kerana memandu perlahan. maka, pandangan itu bukan hilang bagai direntap tapi ditarik perlahan-lahan. saya kembali pada nasi lemak dan soya. tapi kini.. saya sudah tidak kisah pada sambal dua sudu dan soya cair itu. saya habiskan semuanya diiringi senyuman manis sambil teringatkan dia.

dia. yang dulunya pernah saya admire sepenuh hati. admire pada suaranya yang sedikit kasar. admire pada padanan kemeja dan necktie nya setiap hari. admire pada senyuman kecilnya setiap kali saya dan dia bertembung. admire pada cara dia mengawal setiap patah pertuturannya samada secara live, di telefon mahupun dalam email. admire pada cara dia bekerja untuk mendapatkan keputusan yang memuaskan hati kedua-dua bos iaitu bos saya dan bos dia. admire pada cara dia menegur kesalahan staff-staff lain. admire pada cara dia berdebat dengan saya. meskipun tegas tapi dia masih mampu tersenyum. admire pada imbangan dia pada kehidupan sosial dan kerja-kerja pejabatnya. yer.. saya betul-betul admire dia. hinggakan waktu itu, teman-teman rapat saya menggelarnya Marcel. sempena nama penyanyi lagu Hanya Memuji. tapi ini hanya antara saya dan mereka.

ahhh.. itu masa dahulu. suatu masa dahulu. lama-kelamaan, admire saya mencapai tarikh expirednya. apatah lagi bila saya tak perlu lagi bekerjasama dengan dia lantaran agreement sudah terbuku dalam hitam putih dan bos kami sudah mencapai kata putus yang jitu. lama-kelamaan, admire saya pada dia hilang. sama seperti hilangnya waktu-waktu yang perlu saya peruntukan untuk setiap discussion dengan dia. aura dia mula pupus. waktu itu, baru saya tahu.. yang dia juga admire pada saya. arghh!! lambat. cuma saya kurang pasti samada dia tahu atau tidak yang saya juga pernah admire bangat sama dia.

tak mengapa.. cukup zaman dulu saja saya admire pada lelaki kacak ini. sebab… sekarang.. saya rasa… saya dah ter’admire’ pada seorang jejaka COMEL!!!! erk.. correction: bukan rasa. tapi yakin. hihihi..

15 comments:

Nezjoe said...

saya yakin lelaki comel tu juga admire dgn kamu

kata2 saya tak pernah salah

:D

butaseni said...

hehehe mesti suke kan?hehehe
slamat hari raya,
maaf zahir batin

rena said...

nezjoe..
saya juga berharap kata-kata kamu itu tak salah.
hmm.. boleh tak saya berharap yang dia tahu tentang saya yang sedang admire dia sekarang ini?
hohoho!!!
/me: berangan dan gatal!!

butaseni..
hmm.. suka
sesekali balik ke 'masa lampau'
selamat hari raya jugak untuk kamu
maaf zahir batin yer

- G O R O - said...

Hari gedik2 sedunia.

Nak join gedik2 bole?

nawal said...

hmmm..
kamu admire... atau...
sudah jatuh cinta??

kenapa saya tidak tahu menahu tentang hal ini??

Pegawai Khalwat said...

Ho ho ho... lelaki sasa maskulin tak mau ka? Aku boleh kenalkan calon. Bujang lagi.

rena said...

hehe..
sasa? maskulin? bujang?
terima kasih. kamu sungguh baik hati.tapi si comel ini tetap jadi pilihan hati saya.

Wira Nordin said...

cerita kamu tak kurang detailnya jugak
walaupun taknikalnya kurang detail tapi metaforanya mampu buat hati saya turut berbunga
girl, go for it

rena said...

nawal..
haipp!! ini cerita gadis-gadis comel sahaja. orang yang dah kawin tak boleh masuk campur. kamu.. pegi main masak-masak.

wira nordin..
detail atau tak detail, yang penting kita hepi. betul x?
semoga kamu cepat sembuh dari sakit gigi yang menakutkan saya itu.

mat jan said...

hmm..
hmm..



hmm..


hmm..


hmm..


ps: aku tak nak kata paper. jaga diri bebaik.

weit, lelaki comel rena: salute u dude!!

rena said...

- g o r o -..
maaf, nama kamu kurang kelihatan tadi
kamu sentiasa dipersilakan untuk bergedik2 di sini
sila.. sila..

jan..
terima kasih.. huhuhu.. (aku nangis ni tau!!)

nawal said...

dear..
i masih lagi yakin dengan tekaan i pasal dia.. its him right?? ;)
but kali ni, admire jangan ada expired date tau!!

jan..
mesti kau jeles kan rena x admire kau? so sad.. sob sob

rena said...

nawal..
suka sangat ribut-ribut di sini
dunia saya selalu dilanda taufan sebab kamu tau!!
yer.. yer.. saya ingat semua nasihat kamu. jangan risau yer PUAN nawal

Aan Andes said...

Hey! Siapa yg comel tu? Arghhh dah miss byk chapter

bintang hati said...

kenapa tak bagitahu dia yg kamu admire pada dia...?? emmm...

sebab kamu perempuan yer...emm...ok..