Saturday, September 08, 2007

update

untuk kesekian kalinya.. blog ini diupdate. terima kasih pada kamu yang sering mengingatkan saya tentang blog ini. bukan saya lupa pada blog ini. mana mungkin saya lupa, ini dunia saya. tempat yang paling selesa untuk saya bercerita tentang apa sahaja, tempat untuk saya membuat pengakuan di atas segala kejahatan saya. tempat yang menyenangkan saya dengan segala yang ada di sini. dan yang paling penting, tempat ini ada kamu yang menyeronokkan.. serta menggembirakan.. juga meriangkan..

apa terbaru tentang dunia saya.. banyak
kerja baru sudah agak sebati dengan saya. saya sudah mula menerima dan menyesuaikan diri dengan work cultural di sini. saya sudah biasa dengan jalan-jalan di sini. dan... saya juga sudah ada kroni. hehehe.. bukan kroni luar biasa. hanya sekumpulan gadis-gadis yang sering berjanji untuk makan tenghari bersama-sama. itu saja.
saya belajar untuk mengharungi 8 jam bekerja saya tanpa talian internet yang sebelum ini umpama nadi kedua saya. benar-benar tidak betah. tapi apa boleh buat, saya hanya 'kulikutif' di sini. tunggu saya jadi CEO. akan saya berikan talian internet pada semua staff saya. termasuk ofis boy. dan mereka juga bakal diberikan telefon 3G. untuk memudahkan capaian internet di mana jua mereka berada. saya mula juga belajar tentang mempercayai. belajar tentang berbuat baik di sebalik niat untuk menyelamatkan diri.

dan yang paling terbaru, belajar tentang merindu. ahh.. merindu itu biasa. tak perlu belajar. ia pasti datang dengan sendiri. kadang kala tanpa sebarang sebab. tapi ini lain. saya merindu pada perkara yang kurang saya senangi. pelik? saya juga pelik. tapi itu yang saya rasa. ya.. saya rindu pada perkara yang kurang senang itu. rindu pada perkara yang kadang kala.. sedikit membuatkan saya sakit hati. dan bila saya rindu akan perkara itu, saya pastinya akan terfikirkan pada punca perkara itu. dan secara tidak lansung, saya juga rindu pada dia.

semalam saya mencari bulan.. memang sedikit tersasar waktunya, tapi saya masih ingin mencuba.. dari tingkap bilik.. langit malam saya kosong. umpama kanvas yang dipalit dengan warna hitam.. mencuba tingkap di bilik-bilik lain. juga sama. sedikit hampa. tapi saya masih punya peluang. balkoni luar. saat membuka mangga gril pintu, saya sudah mula tersenyum.. bulan pasti ada. kerana balkoni ini luas. maka kebarangkalian untuk lihat bulan tinggi. tapi selepas 3 atau 4 kali saya berlegar-legar di balkoni.. dalam gelap.. bulan masih tiada. sedih bukan? dan akhirnya, saya masuk tidur dengan kesedihan dan kerinduan pada bulan.
pagi tadi.. saat saya membuka tingkap untuk angin pagi.. saya nampak bulan
bukan perkara luar biasa bulan muncul di waktu pagi
cuma saya.. terlalu fikirkan tentang bulan malam itu.. sedangkan, andai tiada malam ini, bulan pasti hadir pada malam-malam yang lain.. dan dengan ajaibnya, dia boleh muncul di waktu siang..

miracle kan.. pagi itu saya sedikit ter’emo’ dengan satu sms. sebenarnya ia hanyalah satu salah kefahaman dalam menginterpretasikan text. tapi entahlah.. terbawa-bawa hingga waktu breakfast. (read: saya hanya makan 3 sudu nasi goreng dan seteguk air kosong) waktu menunggu bas juga membosankan. menaiki tren apatah lagi. tapi tatkala terpandang sebuah iklan atau dengan lebih tepat sepotong ayat di papan iklan, mood saya tiba-tiba berubah. sms pagi tadi lansung tidak lagi meng'emo'kan saya lagi.
heee.. bagus nya andai setiap pagi yang membosankan bisa jadi begini.. kesimpulannya: rajin-rajin la membaca papan-papan iklan.
orang yang selama ini mengabaikan kamu.. tiba-tiba muncul. dan begitu baik dengan kamu. seolah-olah dialah pari-pari yang didatangkan dari syurga untuk membantu kamu dalam setiap masalah dunia kamu. kalau kamu di tempat saya, apa yang bakal kamu lakukan? terima saja segala kebaikan dia? hmmm.. tahu apa yang saya mahu buat? saya mahu bakar sayap pari-pari dia. supaya dia hanya menjadi manusia biasa. seperti saya. dan dia tidak lagi dapat meniup segala macam serbuk-serbuk magik untuk menyelesaikan masalah saya. dan sayap yang sudah jadi debu itu, akan saya kumpulkan dalam sebuah kotak. balut cantik-cantik. hantar kembali pada dia. dengan sekeping kad kecil yang bertulis "take ur time preparing ur wings. i can take care of myself!!"

n now, here i am. in front of a computer (with an internet connection) updating my blog. hey.. i’m updating my blog!!!! hehehe.. di atas ialah jeritan-jeritan kecil saya yang berulang kali kedengaran di dalam kepala tatkala mengupdate blog ini.

kepada semua yang komen untuk entri-entri lepas, terima kasih. tapi maaf, saya punya kurang waktu untuk membalas komen-komen kalian. tapi saya baca semuanya.. betul!!
kepada semua yang tag saya.. juga mohon maaf. err.. boleh saya abaikan tag kamu? janji.. andai saya punya masa, akan saya jawab semua itu
pada kamu.. yer, kamu. siapa lagi.. jaga diri sebaik mungkin.
notes:
saya hanya menaip apa saja yang terlintas di dalam fikiran saya. kerana saya kira semuanya merupakan perkara-perkara yang indah untuk dikenangi. kamu mungkin sedikit kucar kacir membaca entri ini. tapi jujurnya, beginilah kucar kacirnya saya setiap kali mahu update blog. cuma dulu saya punya banyak masa untuk menyusunnya kembali.

11 comments:

Nezjoe said...

welcome back!
wah...
kamu itu gagah sebab berjaya bekerja tnpa talian internet selam 8 jam! hehhe

jgn rindukan bulan! teman-teman kamu masih ramai untuk kamu rindukan
betul tak?

hehehe

selamat berpuasa!

butaseni said...

hai,lama menghilang.dah pulang pun.
walcome back jugak.

crunchyahcock said...

huh!!! ter'emo' ngan satu sms?? sapa tu cakap sini.... nak piat telinga budak tu.. dan sape pepari tu?

aldo said...

hai..thx ya sudah visit my blog:) your blog is nice..salam jumpa rene

jinggo said...

hahaha...........
dah balik dah.............

Pegawai Khalwat said...

Rindu bertandang lagi, kekasih.....

Azhar Ahmad said...

Komputer tiada internet? Argkhhhh, harus ku pengsan...

kamaruladli said...

yeayyy!!! kamu dah balik!

nelly berry said...

saya suka kucar-kacir kamu dalam blog ini. kerana saya juga turut merasainya tiap kali mahu mengupdate!

keep on writing ya. miss u tulisan a lot.

btw...saya rasa saya kenal kamu di balik maya. kamu kawan kepada kawan sy ;)

masaklemakrebung said...
This comment has been removed by the author.
masaklemakrebung said...

hai.. sukolah ekau... hari ni hari pertama ekau dapek internet.. tak ado sopi laie dalam tempoh lapan jam ekau berkojo.. (tapi raso den la.. ekau tak sopi pun kojo 8 jam takdo internet.. den nengok.. suko yo)... huh.. bos ekau kek blakang tu... jago2 jari jemari tu kalau menaip yo... adios.. berbahagialah dongan pasangan selepas berpisah dokek sebulan yo..