Wednesday, September 26, 2007

untuk perwira-perwira saya

day: teusday
date : 260907
time : 1345

hari ketiga bekerja. dan saya tengah menaip entri ini. boleh teka apa maksudnya?

saya cuti? ah.. tidak. cuti.. itu saya simpan untuk hari raya dan juga akhir tahun

saya di cyber café? juga tidak.. bangunan ini hanya ada sebuah klinik, satu café dan satu kedai runcit. itu saja kemudahan yang disediakan untuk staff. oh ya.. tak lupa juga, sebuah mesin atm. mesin yang paling berguna menjelang 26 haribulan.

saya menumpang pc orang lain? tidak. saya ini jenis yang tak suka meminjam. apatah lagi untuk perkara persendirian sebegini.

mahu teka lagi?? tak payah lah.. saya berikan jawapan.

maksudnya..
saya sudah mendapat capaian internet di office. diulangi : mendapat capaian internet. mendapat. capaian. internet. di office. di tempat saya. dan ianya hanya memerlukan satu klik untuk mengakses internet.
yieehaa!! hoyee!!! hip hip horrey!! dan segala apa lagi jeritan-jeritan keriangan boleh saya letakkan di sini.
tapi.. sebenarnya saya bersyukur. alhamdulillah..

maka entri ini khusus untuk perwira-perwira yang berani berjuang untuk mendapatkan capaian internet ini untuk saya. walaupun awal-awal lagi sudah menyenaraikan pengeras-pengeras yang harus saya sediakan andainya perjuangan mereka berjaya. ah, itu benda kecil. saya pasti ingat. janji!!

perjuangan kalian sememangnya begitu luhur. serta bijak!! thanks to both of u!!

6 comments:

jinggo said...

hahhahahaa...........
orang pertama...........

dah dapat masuk internet ya....

tumpang seronok....
horeeeyyyyy.........
horeeeyyyyyyy..........

jinggo said...

alamak lupa la pulak......
selamat berblog kembali....
jangan lupa pada 24/11/2007...
kami ada di taman budaya kuala lumpur....
untuk pementasan devian dogma...
jemput la datang bawak kawan-kawan sekali.... masuk kami bagi percuma..... pukul 8.30 malam...
datang la awal....
lepas show tu jangan la balik lagi...
tunggu... sesi suaikenal...
ramai lagi kawan-kawan blogger nak pegi.....
jemput la hadir..........

masaklemakrebung said...

ahhh... tak nak jadi perwira.. nak jadi heroin.. nampak moden skit...

alhamdulillah... kesian tengok sensorang kat situ menatap system je hari2.... lagipun memang awak layak kan... Kadang atas sikap dengki manusia mereka cuba menidakkan yang hak dan yang batil..

tapi... bak kata degawan.. perjanjian tetap perjanjian cinda.. hahahhaheheheh

Nezjoe said...

selamat kembali!!!!!
saya suka!!!
kamu suka!!!

yay!!!!

rena said...

jinggo..
tahniah jd orang pertama.
n terima kasih atas info teater kamu. saya cuba adjust ok?

masaklemakrebung a.k.a heroin..
itula pasal.. sorang2 kat sini dan terpisah dengan selat divider. tengkiu banyak2 yer..

nezjoe..
suka!!

- G O R O - said...

Kembali Terjalin...

Yeay!

Sambil mendendangkan lagu "Kalo anda gembira tepuk tangan"