Friday, June 22, 2007

10 updates

  1. saya ke Melaka mnggu lepas. (tepatnya: Jasin) untuk dua hari sahaja. khamis dan jumaat. atas urusan kolej. tapi masih sempat membeli belah sedikit-sedikit. (betul: hanya sedikit) hanya belikan beg untuk bonda. puzzle cube utk adik. sehelai baju untuk saya. dan sedikit makanan. penat, tapi seronok juga. apatah lagi, trip kali ini semuanya perempuan. so, shopping mmg tiada masalah lansung!!
  2. dalam bilik saya ada ahli baru. en buntal namanya. bukan binatang. juga bukan bantal peluk ataupun teddy bear. tapi bola senaman yang berduri-duri. wana kelabu. besar betul. betul-betul seperti ikan buntal yang sedang mengembang. ini adik saya yang belikan sewaktu dia di pulau pinang. kehadirannya betul-betul dirasai. kerana saya sering terlanggarnya tatkala bersiap-siap untuk ke tempat kerja waktu pagi. apatah lagi dalam keadaan terkejar-kejar kerana lewat bangun. (bukan salah saya. jam bengong itu yang tidak mahu berbunyi)
  3. potong rambut lagi. hehe.. sikit sajer. saya tidak selesa dengan ekor rambut yang sering berjuntai hingga hampir menutupi mata. lansung tidak dikenakan bayaran. mungkin gadis cina itu tidak sampai hati hendak mengenakan caj. kerana hanya 3 minit saja dia mengerjakan rambut saya.
  4. hari itu, saya beli dua pasang flat shoes. satu warna coklat dan satu warna maroon. tapi yang coklat itu sedikit longgar. terpaksa mencari scholl air-pillo untuk dilekatkan didalamnya. tapi belum cari-cari lagi. yang maroon itu ok. tapi saya rasa sedikit rendah dengan kasut-kasut ini. huhuhu.. saya memang rendah. saya tahu itu..
  5. tumbuhan saya sudah mula keluar tunas. gembira betul. setiap hari saya tukarkan air. (kadang-kadang pakai air mineral, supaya dia mendapat khasiat secukupnya) awalnya, saya hanya ingin meninggalkan dia di pejabat ini. tapi memandangkan dia sudah mula membesar, rasa sayang pula. maka saya memutuskan untuk membawanya balik ke rumah. nanti masuk office baru, saya bawa kamu bersama-sama.
  6. kelas Computer Fundamental saya. sudah tamat semalam. cuma tunggu untuk test sahaja. saya rasa tiada masalah. semua pasti lulus. kerana saya telah memberikan soalan bocor untuk mereka. hehehe.. ah, ini kelas terakhir saya.
  7. telefon Samsung saya sakit. alat pernafasannya sedikit tidak berfungsi. saya terpaksa melakukan sedikit adjustment. sudah tidak cantik. berbalut-balut. tak mengapa, nanti dapat gaji saya beli battery baru.
  8. senarai kasut impian saya sudah bertambah. huhuhu.. macam mana ni?? seorang rakan menawarkan perkhidmatan terapi kasut dan handbag. rm50 untuk satu jam. andai saya hadir, akan diberi goodie bag. tapi katanya, dalam goodie bag itu ada kasut dan juga handbag. adoi!!!!
  9. saya terpaksa relocate myself (ini istilah yang diberikan oleh bos saya) ke pejabat lain. di Brickfields. sedikit tidak puas hati. sesuka hati saja memberi arahan itu ini. penat tau punggah-punggah barang!! sudahlah bilik baru ini tiada tingkap. saya tak dapat lihat awan. mujur hanya ada beberapa hari lagi untuk saya di sini. selepas itu, bye bye la kamu semua.
  10. hmm.. apa lagi yer? haaa.. ada satu lagi. saya sudah update blog saya. terima kasih pada nezjoe yang menyedarkan saya untuk mengupdate blog saya. toche’ toche’. ngee.. ngee..

10 comments:

crunchyahcock said...

first to comment.... thanks,
hyperactive, workaholic & happy go pompuan... dats u!!!!

rena said...

geee..
mula-mula.. congrats for being first to comment
pastu.. thanx for reading
n pastu.. pls come again.

nawal said...

dear..
busy skang eh?
nanti 1st july jangan lupa plak dtg my house.
klau x dtg, me cukur rmbut u tu. kasi botak licin.

butaseni said...

terapi kasut?saya lak designer kasut,apa yg kita boleh buat busines?hehe

mat jan said...

sakit jiwa aku dengan budak ni..
dia sedap pegi rembat kasut sorang2. dua pasang lak tu.
bila nak teman aku beli kasut ni wei????

- G O R O - said...

dia sukan makan CAKE..
Dia sokong BUM
Dia pergi makan tengah Hari

NezJoe said...

Hehe
Kat mana beli Cik Buntal tu? Banyak betul yang cik rena buat dalam masa beberapa hari
khihi
Flat shoes - saya suka! :D macam 'dia'

selamat bekerja di tempqat baru!

crunchyahcock said...

pastu three
onefourthree....

rena said...

nawal..
masih jeles dengan rambut pendek gwe? hehehe.. insyallah, x lupa. jgn risaulah..

butaseni..
waaahhh.. kamu designer kasut eh? jom bukak bisnes. biar sama-sama kaya raya. yieehaa!!!

mat jan..
jangan marah aku. nanti kita kuar beli kasut sama-sama ek.. (diulangi: nanti)

- g o r o -..
suka!!

nezjoe..
adik saya beli di penang. kalau tak silap ada pasaraya baru buka di sekitar USM.
also, thanks for the wish. :)

crunchyahcock..
one and two..
two and three..
three and four..
one and two..

crunchyahcock said...

rena;
pasaraya yg br buka kt USM?? nama apa?