Friday, May 04, 2007

tidak selesa

rekod untuk 10 minit: saya telah bersin sebanyak enam kali
banyak betul kuman-kuman yang keluar dari badan saya. "selamat tinggal en kuman. terima kasih. sila jangan datang lagi." hidung pula sudah merah. saya terpaksa bertemankan kotak tisu ke mana saja saya pergi. (read: saya tidak suka berkongsi kuman saya dengan orang lain) sejak semalam juga tekak saya perit. selera makan saya musnah akibat sakit ketika menelan. tapi saya gagahkan juga mencukupkan bekalan bendalir dalam badan saya. masalahnya, sejak semalam saya merasakan mug saya ini terlalu besar.
baru pukul 11 pagi. tapi saya rasa yang sudah lama saya membuat kerja. saya sudah penat.
saya tidak demam. tolonglah. saya tidak mahu demam dalam waktu-waktu begini. beri saya peluang menyiapkan semua kerja saya dahulu. selepas itu, saya boleh demam dengan selesa.


tidak selesa
serius, saya betul-betul berasa tidak selesa sekarang

13 comments:

mat jan said...

tak sihat?
nak aku antar makan tengahari tak?
nasi ngan ikan bakar midvalley yang
pedas smpai tak cukup segelas air ke..

rena said...

jan..
terima kasih. usahla kau menjelma sebagai seorang kawan yang baik. aku tahu, tawaran itu adalh palsu semata-mata. mentang-mentangla aku kini pantang makanan pedas..

Kamarul said...

aku rasa orang lain juga tidak mahu berkongsi kuman kamu. hehehe.. :p

rena said...

kamarul:
tak usah berkongsi kuman.
jom kongsi bnda-bnda lain..

mat jan said...

hahaha..
mcm mana ko tau niat 'suci' aku??

Azhar Ahmad said...

hhahhahahahahahh.... sian kuman tuuu

areyoung said...

hei.

entri di bawah tu... yg seno gumira ajidarma bagi pada pacarnya tu...

sukanyaaa!

rena said...

areyoung..
andai kamu mahu yang baca yang lengkap, saya boleh emailkan..

areyoung said...

mahu! mahu!

TERIMA KASIH ; )

13may said...

errr....nak tisu lagi ker???

hahha....

salam...tersesat ke sini.

have a nice day!

rena said...

azhar:
kamu lebih kasihankan si kuman daripada saya? urgh..

areyoung:
emel kamu mana?

13may:
salam. kamu sesat yer? tak per.. jalan2 saja di sini. nant mesti jumpa jalan keluar. err.. kamu ada tisu lebih?

crunchyahcock said...

kenapa kita x sihat?
supaya kita berfikir... apa tlah kita lakukan masa sihat.

kenapa kita fikir?
supaya x ulang khilaf yg lalu.

rena said...

crunchyahcock..
yer.. saya banyak berfikir tatkala sakit.
terima kasih kerana mengingatkan :)