Tuesday, May 15, 2007

setahun

hari ini genap setahun blog ini wujud
alhamdulillah..


saya betul-betul dihambat kerja-kerja yang tertangguh sejak semalam. nanti lain kali saya penuhkan entri ini

update : 19 mei 2007

okey.. ini entri sempena ulangtahun pertama blog saya. terlewat 4 hari. tapi masih memutuskan untuk ianya berada bersama-sama tarikh 15 mei. hari itu, tiada kek ataupun lilin untuk meraikan blog saya. saya hanya meraikannya dengan sepaket skittles dan sebotol lipton red tea.
flash back: saya mengetahui tentang kewujudan blog pada awal tahun 2003. waktu itu saya tahun akhir pengajian. kebanyakan masa saya dihabiskan di makmal komputer menyiapkan projek tahun akhir. secara tidak sengaja, saya terjumpa blog fajar fansuri. saya tidak tahu bagaimana untuk me'describe' tentang blog ini, tapi bagi saya ianya ‘cantik’. ehmm.. dan kemudiannya saya terjumpa pula blog faisal tehrani. dan selepas itu ada beberapa lagi blog-blog lain yang sering saya ikuti. dan yer.. hingga sekarang, saya masih lagi mengikuti sebahagian dari blog-blog ini. tapi waktu itu terlalu penuh dengan kerja-kerja student maka saya hanya lebih suka melayari blog-blog orang lain kerana saya tahu, andai saya ada blog sekalipun, saya tidak punya banyak masa untuk untuknya.
bila masuk alam pekerjaan, masa saya semakin padat. selalu terkejar-kejar dengan waktu. paling tidak suka andai ada kelas pukul 2 hingga 4. saya perlu menyelesaikan makan tengahari saya, solat saya serta nota-nota untuk mengajar pada waktu makan tengahari yang hanya sejam. hinggalah tahun lepas, jadual saya sedikit lega. ini pun kerana ada seorang junior yang baru masuk. maka secara automatiknya, dia pula yang merasa penangan hambatan waktu yang menggila itu.dan saya.. hehe.. saya sudah mula merasakan atmosfera di sekeliling saya semakin besar. dan saya pun mula melancarkan blog saya. (melancarkan?? hmm..) apa saja yang saya ingin suarakan, saya tulis disini. kadang-kadang hanya sebaris ayat.

dalam blog saya menemui satu tempat yang paling sesuai untuk saya melakukan apa yang saya suka. tanpa sebarang halangan dan juga tentangan. saya suka menulis. hmm.. sekejap. bukan menulis.
correction: sebenarnya, saya suka bercerita. tapi andai saya bercerita tanpa sesiapa yang mendengarnya, maka orang yang melihat saya waktu itu akan menganggap saya ini gila. contoh ayat: “apa hal la budak tu duk brcakap sorang-sorang. tak betul ke apa..”
sedih bukan andai dilabel sebegitu??

maka dengan itu, saya memutuskan untuk menulis sahaja apa yang ingin saya ceritakan. entah bila datangnya kepandaian menulis ini saya juga tidak tahu. sudahlah ianya ditulis dalam Bahasa Melayu. kerana pada waktu 8 tahun lalu, andai kamu lihat keputusan SPM saya, Bahasa Melayu saya teruk sekali jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain. malah juga teruk andai dibandingkan dengan keputusan-keputusan subjek lain. (itu sebagai bukti yang saya lansung tidak pandai menulis dan memanipulasikan ayat Bahasa Melayu dengan baik.) kadang-kadang ingin saja saya hubungi guru Bahasa Melayu saya semasa di mrsm pc dulu dan memberitahunya tentang kewujudan blog ini. hehe.. oh ya, nama cikgu saya ialah Puan Mek Siti.

blog ini adalah tempat untuk saya bercerita tentang apa yang bermain dalam fikiran saya, apa yang bergelodak dalam jiwa saya, apa yang menari-nari di mata saya, apa yang terngiang-ngiang di telinga saya, tentang apa saja yang berlaku dalam dunia saya.

disini saya bebas bercerita tentang apa saja hatta tentang saya mencuci mug Finding Nemo saya hingga berkilat-kilat dan selepas itu saya minum menggunakan cawan plastik(
sini). tempat untuk saya bercerita mengenai pengalaman adventurous saya melarikan diri dari seorang lelaki bernama azman. hahaha.. saya tahu azman tidak tahu akan kewujudan blog ini, maka sebab itulah saya dengan beraninya menulis tentang dia. hohoho.. (sini). tempat untuk saya meluahkan apa yang saya rasakan tidak adil pada diri saya (sini dan sini). tempat saya bercerita saat-saat saya betul-betul merasakan kekosongan kerana kehilangan dia. read: suatu masa dahulu (sini). tempat saya menyanyi lagu kesukaan saya. kadang-kadang lagu ini juga menjadi lullaby saya (sini). dan pastinya, ia juga tempat untuk saya bercerita tentang satu benda yang saya suka dan juga yang selalu membuatkan saya suka. (sini ,sini lagi , sini pun , ada lagi)
hmm.. saya kira ini saja entri saya sempena ulang tahun pertama ini. saya seronok disini. ini ialah dunia saya yang saya suka. ada cerita tentang apa yang saya rasa. dan tak lupa juga, ada kamu semua dalam dunia saya yang selalu buat saya suka.
ya kamu.. kamu la..
siapa lagi kalau bukan kamu??

24 comments:

NezJoe said...

slmt ulang tahun untuk blog kamu
(sambil hulur kek berlilin nan sebatang)
:D

butaseni said...

selamat harijadi,
selamat harijadi,
slamat harijadi renarenarena...
slamat harijadi.....clap clap clap

Kamarul said...

tahniah! :)

jinggo said...

selamat hari blog.........
selamat hari jadi blog.......

rena said...

nezjoe..
terima kasih di atas lilin nan sebatang kamu. komen kamu ini mengingatkan saya kepada sebuah cerpen "Kelapa Nan Sebatang"

butaseni..
terima kasih. clap clap clap

kamarul..
terima kasih yer. :)

jinggo..
hehe.. Blog Day ialah pada 30 Aug. tp mungkin kita boleh isytiharkan satu hari sebagai Blog Kita-kita saja.apa pun, terima kasih.

Pegawai Khalwat said...

Kerja dulu, kerja itu yang menghasilkan gaji.

tegezoot said...

dah genap setahun? warna pink dalam blog awak pun dah setahun jugak ke? awak pasti gadis yg suka dimanjakan:)

rena said...

pegawai khalwat..
yer, kerja itu yang menghasilkan gaji. kerja juga yang memberi peluang saya ber'internet' sekarang. hehe..

tegezoot..
pink dalam blog ini masih belum cukup setahun. (sebelum ini blog saya berwarna hijau)
gadis yang suka dimanjakan. hmm..
gadis.. yer.
suka dimanjakan.. saya kira itu bergantung kepada keadaan. ;)

mat jan said...

manja??
hohoho!!
budak ni brutal sbnarnya.
tapi dia nampak cute bila dia brutal.

rena said...

mat jan..
sudah la tu. aku tau kau masih teruja dengan baby-baby hamster itu.

tegezoot said...

Luaran tak menggambarkan apa yg didalam... saya yakin dengan tekaan saya yg awak manja.

rena said...

tegezoot..
saya hanya mampu tersenyum dengan tekaan kamu
read: waktu ini pun saya sedang senyum :)

nawal said...

what can I say is.. this girl memang manja titik!!

me tau, by the time u bc comment ni, msti mulut tu dah muncung2..
hahaha.. jgn marah dear,I'm just being honest.

btw, my mum dah tau pasal kisah banana boat kita. :p
so how??

rena said...

hehe.. cik kak,
mahu balas dendam ke apa ni?
tiba-tiba saja ribut-ribut tentang perangai saya.

btw, kisah banana boat itu..
apa lagi.. PLAN B la
hohoho..

tegezoot said...

sungguh Nostradamusnya aku ;)

rena said...

tegezoot..
hmm, tiada apa lagi yang perlu saya katakan tentang genetik nostradamus kamu itu melainkan TAHNIAH!!

nawal..
kamu ini kan..
ish..

mat jan said...

haha..
sorry rena, x dapek den nak nolong.
aku takut nawal panah aku dgn anak panah cupid dia.
aku tak sanggop!!

crunchyahcock said...

nasib baik bukan fabrik... kalu tidak pink pun bleh jadi hitam...
berdaki...huhuhu ;)

rena said...

crunchyahcock..
andai blog saya ini fabrik..
setiap hari saya basuh dan dye dengan warna berlainan..
"colour your world!!"

crunchyahcock said...

nasib baik rajin.... put the right colour on.... know the meaning.
match ur personality... remember that ya 'pink lady'?

nawal said...

hahaha..
dear, I'm not giving u any revenge la..
but betul apa.. kan??
me balik next week. nanti tgk shrek sama nak?

tegezoot, tak nak teka saya ni manja atau tidak? hehe..

rena said...

crunchyahcock..
hmm.. baiklah. terima kasih.

'pink lady' itu.. selalu mengingatkan saya pada pink panther.:)

crunchyahcock said...

tegezoot;
wei!!!nawal tanya tuh!

rena;
;)

tegezoot said...

sori lambat jawab, baru perasan soalan tu!

Dia pun 2X5 jugak!