Thursday, May 03, 2007

ini untuk kamu

apa perasaan kamu andai..

kamu berkenalan dengan seorang gadis.comel. juga manja. mesra walaupun tak pernah bertemu. hanya saling berutus pesanan. sekali sekala bercerita tentang rindu.

mesti seronok bukan?? haha.. jangan tipu saya. kamu sendiri pernah bercerita dengan saya tentang gadis ini. bercerita yang kamu senang dengan telatahnya dan bertanya andai saya kenal gadis ini. walaupun kamu sudah punya seorang teman wanita. kata kamu "ah, dia ini hanya kawan biasa". tapi sebenarnya, kamu perlu tahu bahawa..

gadis comel ini sebenarnya seorang remaja lelaki yang nakal. secara suka-suka mencipta seorang watak perempuan comel dan mencuri gambar entah siapa dan diletak sebagai gambar peribadinya

dan kamu juga perlu tahu bahawa..

remaja lelaki itu sebenarnya adalah adik saya. dan untuk pengetahuan kamu, saya adalah bekas teman wanita kamu dahulu (andai kamu lupa)

dan juga.. yang kamu perlu tahu..

adik beradik saya yang lain juga tahu akan hal ini. (mungkin ibu bapa saya juga tahu)

maafkan saya, saya tidak terlibat dalam kancah penipuan wanita jelmaan ini
tapi saya tidak sampai hati merosakkan keseronokan kamu berkawan

9 comments:

nawal said...

dear..
aku rasa aku kenal siapa
hahaha..

Kamarul said...

woo! twisted sungguh cerita ini!

rena said...

nawal:
kamu diam-diam saja.
tapi aku juga mahu ketawa besar sebenarnya..

kamarul:
ini yang dinamakan dunia. semuanya spinning dan twisting.

nelly berry said...

hi there,
luv ur writing...
tbaca ur blog secara xsengaja sewaktu pg jumaat yg cukup mdamaikan...
have a nice friday!

rena said...

nelly berry:
terima kasih. yer, pagi jumaat ini sememangnya mendamaikan.

selamat hari jumaat yang damai juga untuk kamu

dan tak lupa juga,
salam perkenalan

d.yan said...

HA ha ha... sy tahu semuanya

crunchyahcock said...

i've read all ur post....NICE!

rena said...

crunchyahcock..
read all?? kamu ini bagus betul..
thanks a lot.. :)

bintang hati said...

emm...

kejam nya perbuatan adik kamu itu...