Thursday, May 17, 2007

ikhlas

ini ayat nasihat dari A
bila kita ikhlas memaafkan seseorang, baru lah hati kita akan tenang.. segala keindahan dunia ni dapat dinikmati.. dan segala apa yang kita buat akan diberkati.. titik tolaknya.. IKHLAS..

ini pula ayat soal B
tapi kalau aku tak ikhlas maafkan dia, mesti aku tak tenang jugak kan? sbb sbnrnya aku mmg tak nak maafkan dia. tapi aku paksa diri aku maafkan dia. sbb nak suh hati aku tenang.

saya hanya mendengar kedua-duanya berbicara. sesekali mengangkat muka dan tersenyum. kemudian tunduk kembali memandang gelas minuman. mengacau-ngacau biji barli di dalam gelas. saya berasa tenang melihat asap panasnya terbang naik ke udara, dan untuk membiarkan biji-biji barli di dalam gelas itu tidak bergerak-gerak, itu adalah perkara yang sukar dimaafkan.

22 comments:

NezJoe said...

Mungkin saya juga dalam golongan "soal b" itu.

Memaafkan itu sifat mulia, tapi bagaimana nak maafkan kalau sudah dikhianat.

Wah, teremosi pula kat sini. Sori.

rena said...

nezjoe..
hehe. tak mengapa. andai kamu mahu beremosi hingga tahap dewa naga sekalipun di sini, saya tidak kisah. selamat beremosi :)
~hujan lebat di luar. saya suka!!

Pegawai Khalwat said...

Aku juga mahu barli bancuh. Bukan barli serbuk?

Ikhlas?

Berapa kerat manusia yang betul2 ikhlas di dunia ni.

rena said...

pegawai khalwat..
saya suka barli!!

saya pernah terbaca dalam satu artikel. di dalamnya tertulis.. "tidak akan ada keikhlasan yang boleh mengatasi keikhlasan seorang ibu menjaga dan mengasuh anaknya"

~hujan makin lebat. bangunan dayabumi juga makin samar..

jinggo said...

ikhlas....
banyak yang ikhlas tapi jauh....

Kamarul said...
This comment has been removed by the author.
kamarul said...

aku terpaksa sokong nezjoe dalam hal ni.
hehehe..

crunchyahcock said...

ikhlas.... mmg kita kena ikhlas dlm segala.
kalu bab maaf kan org, mmmm.....
tgk situasi, keadaan, kesalahan gak

crunchyahcock said...

lupa lak.... smekom... ;)

rena said...

jinggo..
saya juga tertanya-tanya..
kenapa yer.. yang dekat2 ini tidak ikhlas?

kamarul..
kamu juga mahu emo di sini eh? hehe.. ;)

crunchyacock..
waalaikumussalam. :)

mat jan said...

keikhlasan ku selalu disalah ertikan oleh mu..
uwaaa!!!

rena said...

hehe..
jan, sudah sudahlah tu..
yer, saya mengaku. kau seorang kawan yang ikhlas dalam semua perkara yang kamu lakukan. (diulangi: semua)

butaseni said...

perkataan ikhlas itu sendiri menerangkan yang kita tidak mengharapkan apa-apa balasan...
jadi cukuplah memaafkan seseorang itu atas dasar tidak mahu bermusuh dan tidak mengundang masalah..

rena said...

butaseni..
terima kasih di atas komen yang ikhlas itu..

tegezoot said...

saya ada dua sifat yg bertentangan dan agak dominan dalam diri.

Dendam & Simpati

rena said...

tegezoot..
itu yang dimaksudkan manusia ini unik.
tak jadi masalah.. andai kamu pandai seimbangkannya..

tegezoot said...

ia pasti akan seimbang dengan bantuan ilmu dari Allah.

crunchyahcock said...

komen ke-18
apa aku nak komen pun dah lupa...
...errrr to be continue?

rena said...

crunchyahcock..
lupa???
ish.. kamu ini..
nanti bila sudah ingat datang sini tau..

crunchyahcock said...

yup! hari-hari sampai... huhuhu

rena said...

crunchyahcock..
terima kasih.. esok datang jgn lupa bawak jeruk salak yer.. :)

crunchyahcock said...

jeruk?? td dah kirim kt nezjoe....
dia x kasi ker?? ikhlas saya bagi...
(doblas ringgit jer..)