Monday, May 07, 2007

bilik baru

bilik saya dahulu hanya ada satu tingkap
sekarang saya ada dua buah tingkap besar
saya boleh nampak bangunan dayabumi
juga bangunan pejabat pos
sesekali boleh nampak lrt lalu
paling saya suka, saya boleh lihat langit. boleh lihat awan.
nanti kalau hujan, saya boleh lihat hujan.
(saya sudah mula senyum sendirian)
tapi, kenapa tiada burung yang terbang??
hmmm..

mereka beri saya dua meja
satu meja saya letak komputer saya
satu meja lagi saya susunkan fail-fail kerja saya
bawah meja saya ada cpu
dan juga dua buah kotak kecil berisi kasut.

itu saja tentang bilik ini
saya masih belum merasai sebarang pertalian dengan bilik ini
rasa kosong
entah kenapa
hanya tingkap-tingkap ini yang 'memujuk' saya

7 comments:

mat jan said...

hmm.. memandangkan dah ada dua meja, bolehla letak gambar aku atas meja

bolehla..
bolehla.
bolehla..

rena said...

jan,
aku baru ingat mahu gantung gambar kamu di dinding.
hehe..

butaseni said...

memandangkan bilikmu hanya nampak dayabumi dan pej pos.hiaskanlah dengan gambar atau landscape di dinding..
baru balance.
thanks 4 visiting my blog.

rena said...

butaseni..
bilik saya kini sudah ada dua gambar di dinding.

...

juga sebuah bekas kaca berisi tumbuhan hidup

sama-sama dan terima kasih kembali untuk kamu

crunchyahcock said...

agar luas 'pandangan' kamu.....
'gambar' org tua jgn dilupa.

rena said...

crunchyahcock..
terima kasih.. gambar org tua saya ada dalam beg duit saya, dalam bilik tidur saya juga atas meja kerja saya.
dan yang paling penting, ia sentiasa ada dlm ingatan saya :)

crunchyahcock said...

;)