Tuesday, May 22, 2007

alien yang pandai bekerja

bilik saya tibatiba diterjah masuk oleh lelaki ini. dia sememangnya begini. lansung tiada etika untuk memasuki bilik yang tertutup pintunya. tapi hanya dengan saya dia begini. mungkin kerana sudah biasa. meminta salinan dokumen yang hilang. saya sudah agak kerana kali terakhir saya melihat dokumen itu di front desk. duduk saja dia di kerusi hadapan saya, mulutnya becok bercerita itu ini. saya hanya mendengar.


asyik lagu sama. ko tak bosan ke?
tiba-tiba dia bertanya. sememangnya waktu itu saya hanya memutarkan sebuah lagu sahaja. Humpty Dumpty Love Song by Travis

(senyum) lagu ni best apa. suka. nanti bila dah bosan, tukar lagu lain plak.

pelik btul budak ni. aku tak penah jmpa org mcm ko tau.

yer.. yer.. saya ini alien. nanti bila siap baiki kapal angkasa saya, saya balikla..
(sambil menghulurkan dokumen yang siap dicetak. juga siap di susun)

dia bangun sambil ketawa besar. juga tak lupa mengucapkan terima kasih. saya juga ketawa.

hmm.. jangan ingat alien hanya tahu dengar lagu yang sama sajer.
alien juga tahu menyimpan dokumen, mencetak dan menyusunnya dalam susunan yang betul.

17 comments:

kamarul said...

aku sungguh bosan dalam lab computer nih. bila nak pukol lima ni oii..??!!
p/s: aku suka tgk citer Alien.

rena said...

kamarul..
apa yang kamu buat di lab computer lama-lama?

NezJoe said...

Tersenyum saya baca entri sebab aya pun dah kali ke sepuluh ni dgr single Smashing Pumpkin yang baru - Tarantula.
Saya alien jugaklah ni. hihihi
-balik kampung !!!

rena said...

nezjoe..
rupa-rupanya, kita ini orang sekampung yang sama-sama alien.

Anonymous said...

nmpaknya.. awk masih tak berubah dengan tabiat addicted awk tu..
semoga berbahagia..

tegezoot said...

alien? planet mana? spesifik skit boleh tak?

Pegawai Khalwat said...

Kat tempat asal alien pun dia kena kerja jugak. Kalau tak macam mana nak cari makan.

crunchyahcock said...

alien yg cute....
sy bayangkan yg awak nih mesti mcm stich!!! mana lilo awk?

nelly berry said...

sy juga alien dari planet fergalicious kerana skrg sy hanya replay lagu big girls dun cry smpaikan jiran cube saya pn dah bole nyanyikan lagu itu ;p

rena said...

anonymous..
saya masih mcm dulu. tetap macam dulu. terima kasih. saya berbahagia sekarang. semoga awak pun bahagia.

tegezoot..
planet hollywood. hohoho.. ;)

pegawai khalwat..
yer betul. kalau tidak, nanti tak dapat gaji nak bayar line internet. juga tak dapat nak mengintai jualan-jualan murah di SOGO.

crunchyahcock..
cute?? hehe..
saya tiada lilo. (sedih kan??) yang saya ada hanya beberapa paket milo 3 in 1. ini sengaja saya simpan di dalm laci meja saya sbg penyelamat waktu sy lapar.

nelle berry..
pasang lagi lagu itu. biar satu office hafal. nanti bolehla buat koir.

kamarul said...

selamat hari rabu.. aku berada di lab computer lama2 kerana ada kursus itu.. tapi pagi ini tiada kelas! yeaayy! besok exam pulak... isk!

rena said...

esok exam??
selamat menjawab soalan exam.
sebenarnya menjawab soalan exam itu lebih menyeronokkan daripada menyediakan soalan exam. serius, saya tidak tipu.

cunny funt said...

apa plak alien? biasa la tu. ini dah kali ke-78 utk hari ni aku ulang dengar lagu Muse - Falling Away With You. Sedap Gaban lagu ni. cuba la kalu nak tau.

jinggo said...

ini alien sekolah.....
dah berapa lama traning.....

p/ssss....
wahai rena, jaga-jaga tegezoot tu pemburu hantu. itu pasal la dia tanya dari plenet mana, jangan-jangan dia nak tangkap kot.....
hi hihi hi hi hihi....

tegezoot said...

nasib baik bukan planet bollywood!

tegezoot said...

lupa pulak! jangan dengar cakap jinggo! fitnah je semua tu! manupulasi propaganda jinggo semuanya!

rena said...

cunny funt..
yeahh!! lagu itu memang best. saya memang suka muse sejak dulu.huhuhu..

jinggo..
untuk pengetahuan kamu, saya juga seorang pengawas di sekolah ini. hehehe..
tegezoot mahu tangkap saya?? saya menyorok belakang kamu boleh? ataupun kita pura-pura berlakon sebagai penculik dan tebusan agar saya dapat melepaskan diri.

tegezoot..
planet bollywood?? hohoho.. kalau saya di sana, kamu bakal lihat saya jadi panda. tidur sepanjang masa.