Thursday, May 24, 2007

1 2 tiga 4

satu
masuk saja ke dalam ofis, perkara pertama yang saya lakukan ialah memandikan bunga saya. juga memandikan batu-batu kecil warna putih di dalam vase tersebut. carnation warna pink ini saya beli hari isnin lepas. masih lagi segar. saya suka lihat manik-manik air pada kelopaknya. cantik!! nanti bila carnation ini layu, saya mahu beli lily warna putih. ataupun beli tulip warna kuning. mana satu ni??? hmm..
kemudian, menyediakan secawan nescafe. hari ini tiada gula, hanya sedikit creamer. agak lama saya tidak minum nescafe. jika dulu, sayalah informer kepada akak yang selalu membeli barang-barang di pantry itu.
contoh ayat: “akak, nescafe dah nak abis. cukup untuk 3 hari jer lagi. creamer ada lagi”
tapi beberapa minggu lepas
“rena, nescafe ada lagi tak?”
“erk.. tak tau la kak. ari tu tengok macam banyak lagi”
(sebenarnya saya juga sudah lupa bila sebanarnya ‘ari tu’ itu)
tapi, hinggalah entri ini ditulis, nescafe di dalam mug finding nemo saya masih belum luak. hmm..

dua
semalam pulang dari kerja sudah jam enam setengah. melihat bonda sedang membuat ‘spot check’ terhadap pokok-pokok bunga dan tanamannya di sekeliling rumah, saya juga turut serta. walaupun hanya setakat mengutip daun-daun nangka jiran sebelah rumah yang luruh ke dalam kawasan rumah kami, tak apalah. sekurang-kurangnya bonda ada juga teman berbual. sebenarnya sepanjang perjalanan pulang tadi saya hanya impikan katil, impikan kedinginan air dan bau wangi shower cream, tapi melihat bonda berseorangan di luar saya tidak sampai hati. tak mengapa, lepas isya’ boleh tidur. pokok kari bonda diancam belalang. belalang hijau yang besar. banyak daun-daun yang rosak. lama juga saya membelek baru ketemu encik belalang itu. besar. saya hanya mengusir. tak sampai hati mahu membunuh. kemudian menjenguk pokok bunga kertas bonda. beberapa kali jari saya tercucuk duri tajamnya. tapi tidak melukakan. sakit jugak. membuang daun-daun yang sudah buruk. dan memotong mana-mana dahan yang saya kira tidak perlu. sebenarnya saya hanya memotong dengan sesuka hati. akhirnya pokok itu menjadi senget sebelah kerana tangan saya terlalu ligat memotong sebelah kanan. mujur dapat diselindungkan di sebalik dengan pokok-pokok lain. hahaha.. pagi ini waktu solat subuh.. saya berdoa.. semoga pokok itu tumbuh membesar dengan segera. amiin..

tiga
rakan-rakan sekolah saya sibuk dengan persiapan untuk reunion bulan 7 nanti. saya juga sama-sama menyibukkan diri. menolong apa yang patut. mereka letakkan saya dalam bahagian Jemputan dan Kewangan. maka, tugas saya ialah menghantar kad atau email untuk menjemput mereka semua dan menjaga hal-hal kewangan bersama 4 orang rakan yang lain. seronok juga sebenarnya. bekerja dengan rakan-rakan yang suatu ketika dulu hanyalah rakan-rakan yang hanya berselisih bahu tatkala mahu kelas. terutamanya rakan-rakan lelaki. kerana di sekolah saya dulu, pelajar lelaki dan perempuan tidak boleh terlalu ramah mesra. hari ahad lepas, kami semua berkumpul. sama-sama berbincang tentang pengisian program, tentang penempahan hotel, tentang duit yang sudah terkumpul, tentang apa saja yang berkaitan. semua orang begitu teruja. saya hanya mendengar. cuba untuk menyiapkan kerja secepat mungkin. sebenarnya saya tidak akan hadir untuk reunion ini. pertamanya kerana tarikh itu juga tarikh projek saya berlangsung. ini projek sulung saya. mustahil saya akan lepas tangan dan biarkan ianya berjalan tanpa kehadiran saya. keduanya kerana lokasi reunion in terlalu jauh. andai dekat, boleh saja saya lari-lari sekejap. maka, saya harus memilih salah satu. keputusannya, saya pilih untuk berada di sini. bukan di Kelantan. bukan saya tidak mahu menyertai, tapi tidak boleh. tapi saya tidak sampai hati untuk mencacatkan keriangan mereka dengan memberitahu mereka awal-awal tentang kegagalan saya untuk ke sana. nantilah, bila sampai waktunya, saya akan bilang juga.

empat
gigi saya sakit. ini semua gara-gara menguyah toblerone setiap hari sejak dua mnggu lepas. promosi beli 2 percuma 1 nya betul-betul membuat saya bahagia. waktu itu, saya lihat langit cantik dengan warna biru lembutnya beserta awan putih gebu-gebu. saya lihat kereta-kereta di jalan raya umpama deretan gula-gula smarties yang berwarna warni. saya lihat students yang berjalan ke sana sini umpama melihat model di runway. hahaha.. toblerone ini sungguh pandai membiakkan hormon-hormon keriangan saya. waktu itu lansung tidak saya fikirkan tentang sakit ini. yang saya tahu, toblerone itu cukup enak . saat coklatnya ‘melting’, dan ada pula potongan-potongan badam kecil, ditambah pula dengan nugget madu yang manis. owh, seronoknya perasaan itu. hinggakan saat saya masukkan satu potongan toblerone ke dalam mulut, tidak semena-mena mulut saya pasti akan mengukir senyuman. tersenyum sorang-sorang. betul, saya tidak tipu. saya pun tidak tahu kenapa tiba-tiba saja saya ingin tersenyum. ianya tindakan di luar kawalan. (ini menjawab kepada soalan mengapa status YM saya pada mnggu lepas ialah “senyum seindah toblerone”)
kini, saya terpaksa menggunakan sensodyne. berpantang sedikit terhadap coklat. juga terhadap ais. saya tidak mahu bonda saya tahu tentang ini. nanti pasti dia akan kerahkan saya berjumpa doktor gigi. selagi saya tidak berbuat sesuatu, pasti dia akan mengulangi kerahannya itu. bukan itu saja, dia pasti akan cuba mengharamkan toblerone masuk ke dalam peti sejuk nya. toblerone, jangan risau. saya tidak membenci kamu kerana perkara ini. sama sekali tidak akan menyalahkan kamu. nanti bila sakit saya makin kurang, kita jumpa lagi yer.

16 comments:

mat jan said...

hahaha..
ko ni.. macam-macam la
nanti kalau sampai klia nak aku beli toblerone ke tak ni?

mat jan said...

nant aku nk singgah umah ko, then buat-buat interested kat pokok bunga senget mak ko.
pastu tanya dia
"nape pokok ni mcm ni makcik? belalang serang ke?"

chot said...

salam kenal...nice entry la

rena said...

hai chot..

thanks. :)

rena said...

jan..
toblerone tu wajib ko belikan utk aku. diulangi: WAJIB
lagi satu..
macamla mak aku nak sangat melayan soklan ko tuh. jangan lupa, ko tu tukang tabur biji benih jer..

kamarul said...

haha. baik kamu pegi check gigi cepat2.
nnt jadi mcm aku. dah melarat baru menyesal. isk!

butaseni said...

salam..
kim salam kat pak belalang.
kim salam jugak kat doktor gigi
nak balajar bahasa greek, lawan saya lagi ek.
salam

NezJoe said...

Kamu MRSM pengkalan chepa ke?
:D

tegezoot said...

saiz gigi saya luarbiasa.

cunny funt said...

macam encik Ronaldo De Assis Moreira ke?

rena said...

kamarul..
cabut gigi?? aduih..

butaseni..
pak belalang juga mengirim salam
doktor gigi pun sama. dia tanya bila nak datang periksa gigi. dapat colgate free tau..

nezjoe..
yup.. batch 98/99
mengikut rekod, kami batch yang paling banyak rekod baik dan tidak baik.

tegezoot..
apa saiz gigi kamu?
XL? mesti comel!!

cunny funt..
hehe.. kamu ini..

cunny funt said...

eh.. eh.. eh..? apa salah beta? hmm... selamat ari jumaat utk semua. (listening to Travis - Closer)

rena said...

cunny funt..
ini untuk kamu
suka travis eh?

And when I see you then I know it will be next to me..
And when I need you then I know you will be there with me..

cunny funt said...

a'ah cik rena. suka. soothing. (terutama bila dengar lagu ni time pakai kostum beruang)

ini reply utk tadi...

Ill never leave you...

Just need to get closer, closer,
Lean on me now,
Lean on me now,
closer, closer,
Lean on me now,
Lean on me now.

tegezoot said...

comel? huh!

crunchyahcock said...

tegezoot! comel?! wargh!! wargh!! wargh!! wargh!! ya mmg comel mcm babyface.. sungguh!!