Tuesday, April 10, 2007

warna langit

pagi selasa yang mendung. saya suka. warna langit yang tidak begitu cerah dah tidak juga begitu gelap. saya rasa dingin. dan damai.
saya bersemangat hari ini. betul-betul bersemangat. alwyn kini mula bertugas dengan saya. tak mengapa walau terpaksa berkongsi bilik hatta berkongsi meja sekalipun. memandangnya sudah cukup membuatkan saya tersenyum. mendengarnya sudah cukup membuatkan saya tenang. oh, indahnya dunia saya sekarang.

hari ini kerja saya sudah mula menimbun. baru semalam merancang untuk menyiapkan kerja A sebelum makan tengahari. (tambahan pula, dengan kehadiran alwyn lagilah saya bersemangat untuk menyiapkan kerja) tapi, dipanggil pula oleh seorang rakan. meminta untuk menyiapkan proposal. okey, itu kerja B. tapi B masih boleh diperam kerana tarikh tutup isnin ini. maka saya bercadang untuk menyiapkan A. tapi, muncul pula C. tiada date due, tapi saya tahu ini penting. selagi B belum siap, D tidak dapat dimulakan. sekarang saya sedang mengusahakan C. sambil menyiapkan C, saya sedang memikirkan, apa kah D itu bakal diuruskan oleh saya juga. mungkin..

kan saya sudah kata. D sudah muncul. pengurusnya: saya. aduh Saliha..

cuaca hari ini.. dari pagi hingga ke tenghari cukup menyenangkan saya. awan warna biru yang bercampur dengan sedikit kelabu. bukan biru gelap. bukan juga biru muda. cukup sesuai dengan lagu mp3 hujan (ost mukhsin) yang saya mainkan sejak pagi tadi

apa warna langit?
dalam kumpulan warna biru,ada satu warna yang nama nya ‘SKY BLUE’. betul ke biru itu biru langit? langit kan luas.
dan andai di satu kawasan itu banyak awan putih-putih gebu,
jadi warna langit biru dengan putih gebu-gebu.

dan andai pula di kawasan satu lagi itu ada awan hitam,
jadi warna langit biru dengan hitam-hitam.

andai pula di langit itu matahari memancar terik, pasti ada aura-aura kuning di sekitarnya. jadi warna langit ialah biru dengan aura kuning.

maka mana satu SKY BLUE itu?
putih gebu-gebu?
hitam-hitam?
atau aura kuning?

3 comments:

areyoung said...

putih gebu-gebu la best.. ermm ;P

rena said...

hahaha..
areyoung, yang gebu-gebu itu mmg best

bintang hati said...

saya pun suka langit..
tapi saya tidak lah menganalisa langit seperti kamu...

saya rasa kamu terlalu terperinci...tapi saya SUKA itu..

emmm...