Monday, March 19, 2007

satu.. dua..

Satu:
semuanya jelas dari mata awak
saya faham, saya sedar
cuma, bila saya tengok awak senyum
saya jadi lupa pada cerita mata awak

hmm.. baiklah. lain kali saya akan buka mata saya besar-besar. dan tak akan senyum.

Dua:

makhluk-makhluk dalam dunia saya dan teknik pembalasan sms mereka

Dora Yakult: makhluk ini umpama ada quota. satu sms untuk setiap orang yang menghantar sms. sms kedua dari orang yang sama pasti tidak akan dijawab

Haki Softlan : makhluk ini tidak suka membalas sms. maka, setiap kali sms masuk, dia akan terus menelefon orang yang menghantar sms. ini menerangkan cerita di sebalik tangannya yang lembut itu

Miel ParaSakura: sms selalu di balas. tapi mengambil masa yang paling lama berbanding makhluk-makhluk lain.


Esan Gladiator : sering saja gagal untuk membalas sms kerana tidur dan berada di jamban.

Hazi Hospis : membalas sms. juga ada quota. maksimum 3 ayat

Haja Kindaichi: membalas sms tepat pada masanya dan akan terus menghantar sms sehingga orang itu membalas sms nya kembali (read: dia cukup risau smsnya tidak sampai)

Zimon Electron : membalas sms dengan penuh nahu dan tatabahasa. lansung tiada singkatan perkataan dan cukup lengkap dengan nokhtah dan juga tanda koma.

Niven Angkasaraya : sebarang sms berbentuk soalan tidak akan dilayan oleh makhluk ini. harus bijak dalam memutarbelitkan persoalan supaya menjadi ayat penyata.
Contoh:
soalan sebenar: esok free? nak ajak main paint ball. x cukup orang.
kesan putaran : esok ada game paintball. tapi geng tak cukup titik!

4 comments:

rena said...
This comment has been removed by the author.
Sultry Biatch said...

OMFG... For once in your teeny pathetic life... do us all a favour would you? GO drown yourself in a lake or something. Good riddance I might say.

rena said...

sultry: amalan saya masih kurang.dosa juga masih banyak yang belum terampun.
andai saya ikut pesan kamu, kamu mahu tanggung semua itu?

hohoho..
selamat pagi selasa untuk kamu.

bintang hati said...

heheheheheee...

saya ketawa sorang2 depan PC ni..lagi..dan lagi...

heheheheheheee...

kamu memang lucu...