Friday, March 16, 2007

sahabat yang baik

semalam, seorang teman bertanyakan saya


adat berkawan ke kalau kebaikan dibalas dengan kesakitan yang amat?


sayang.. sayang.. sayang..
saya rasa kamu perlu ikhlas berkawan dengan dia

tatkala kamu menjadi telinga untuk mendengarnya berbicara tentang kekalahan
tatkala kamu menjadi mata untuk melihat dia tersenyum dan bercerita tentang kegembiraan
tatkala kamu menjadi bahu untuk dia meleraikan kesedihan
tatkala kamu menjadi tongkat yang membantu dia untuk terus berdiri agar tidak jatuh
tatkala kamu menjadi jam loceng yang menyedarkan dia saat dia leka

kamu ikhlas atau tidak? (sila jawab YA atau TIDAK. dan harap maaf, soalan in tiada talian hayat.)

andai kamu ikhlas, kamu tak akan kisah sangat akan balasan darinya. mungkin kamu akan sedikit kecewa andai dia umpama tidak menghargai. hanya sedikit kecewa. diulangi: s e d i k i t. tapi, itu hak nya bukan. jangan salahkan dia andai dia tidak tahu mnghargai. hidup ini bukan hanya ada kamu. bukan juga hanya ada kamu dan dia. sekurang-kurangnya kamu harus bersyukur. kesakitan yang amat itu datang dari dia. seorang kawan. bersyukur juga kerana kamu yang merasa kesakitan itu. kerana selepas ini teman-teman kamu yang lain pasti tidak akan merasa kesakitan seperti itu dari kamu.


sms nya semalam berbalas. tapi saya merasakan itu bukan jawapan yang sesuai. sms itu hanya jawapan mulut. bukan jawapan hati.

dalam tren pagi tadi, novel yang saya pegang lansung tidak dibuka. penanda buku besi saya juga lansung tidak berubah tempat. saya asyik memikirkan kenapa dia persoalkan tentang persahabatan. tentang kebaikan. tentang pembalasan. juga tentang kesakitan kenapa saya terlalu serius memikirkan hal ini?? entahla..


saat ini saya teringatkan seorang kawan. yang baik. yang cantik.

1 comment:

mat jan said...

rena ialah sorang kawan yang baik. betul!! tak tipu.
tapi aku selalu juga mengalami kesakitan yang amat dengan dia (bila kena cubit.. sakit wooo…)
tau.. ko mesti tanya apsal aku baik sangat ari ni.. sebab ari ni ari jumaat. aku pakai baju melayu. siap bersamping.