Wednesday, March 14, 2007

p e r k a r a y a n g E N A M i t u

1. saya suka makan nasi tanpa kuah. nasi kering. kakak-kakak ofis saya dulu sering menggelarkan nasi saya “nasi pantang bersalin”. kadang-kadang lauknya hanya telur dadar dan kerabu mangga. kadang-kadang waktu sahur, nasi saya hanya berlaukkan ayam goreng dan minyak ayam goreng yang dicampur sedikit kicap. sejak kecil lagi sememangnya saya kurang gemarkan nasi berkuah. apatah lagi kuah kari. hinggakan waktu kecil dulu, bila ayahanda mencedukkan kuah kari ke dalam pinggan nasi saya (read: ayah saya memang sukakan kari) saya akan menangis hinggalah kuah kari itu hilang dari pinggan nasi saya. macamlah kuah kari itu akan berlari-lari ketakutan bila terdengar tangisan saya. tapi.. apa lagi yang seorang budak kecil boleh buat selain menangis? tapi saya suka makan sup dan tomyam. hmm..

2. saya suka tengok langit. entah apa yang ada di langit itu saya juga tidak tahu. tapi bila mendongak ke atas, saya rasa tenang. luas. warna biru langit itu memang tenang. di campur pula dengan warna putih gebu en awan. wuuuu.. cantiknya. lagi cantik andai ada seekor helang yang terbang. berpusing-pusing. nampak tenang dan bebas. cuma.. bila mendongak lama-lama, sakit leher. saya mahu ameltz yoko-yoko!!

3. “I love to do my favourite things repeatedly. ”
count on me. saya boleh mendengar satu lagu sahaja untuk satu jangkamasa yang lama. tidak cukup dengan windows mmedia player di computer ofis, saya tambah lagi dengan mp3 melalui telefon sepanjang menaiki tren. lagu yang sama. hanya satu lagu. hinggalah saya bosan. lagu yang saya dengar sekarang sejak hari isnin lepas : Broken by Seether feat Amy Lee


4. saya selalu bercakap sendirian. bukan gila. tapi ini salah satu cara saya melakukan perancangan. saya perlu memberitahu diri saya apa yang perlu dibuat, bila. dan bagaimana. saya ini jenis orang tidak dapat menerima arahan secara senyap. semuanya perlu diutarakan. agar atmosfera di sekeliling saya juga tahu apa yang saya bakal lakukan.

5. saya allergic. cuma allergic saya ini tidak menentu. kadang2 pada nescafe, kadang2 pada telur, kadang2 pada ikan bilis. malah ada ketikanya, saya allergic pada sayur kubis!! dan andai saya mula allergic, hidung ini akan mula terasa gatal. umpama saya telah menyapu cordial strawberi pada hidung dan membiarkan beratus-ratus semut berkerumun dan berpesta cordial ala-ala pesta buih disitu. rekod allergic paling buruk: hidung saya merah dan menggelupas teruk akibat terlalu kuat menggaru dan menenyeh.

6. saya suka bau semasa dan selepas hujan. saya suka hujan. sama seperti saya suka langit. bau air yang turun dari langit. bukan wangi. busuk pun bukan. tapi, cepat benar ia menyerap ke hati dan merembeskan hormon2 keriangan.


kesimpulan: saya masih lagi seorang individu yang normal.

3 comments:

mat jan said...

perkara pelik pertama aku..

aku pelik bila ko cakap yang ko ini normal

hahaha!!

rena said...

kekejaman mentaliti!!

bintang hati said...

saya TAK SETUJU yg nombor 1 sebab saya suka makan nasi berkuah..eh! bukan suka tapi SANGAT SUKA...hehehe...

saya SETUJU dgn nombor 2..saya juga suka langit..langit siang ada awan putih yg cantik...langit malam ada bintang yg sangat unik..

emmm...

kamu tetap kamu...dan saya tetap saya...hakikatnya : ini blog kamu...suka hati kamu...hehehe...