Tuesday, March 13, 2007

itik

Pada suatu hari, seekor itik telah mengunjungi sebuah kedai menjual
peralatan menukang. Lalu terjadi dialog antara itik dan penjual


itik : maaf encik penjual. nak tumpang tanya sikit.
penjual : silakan. apadia?
itik : kat sini jual peralatan menukang ye?
penjual : ye. ada macam-macam peralatan di sini. awak nak beli apa?
itik : er... kat sini ada jual anggur tak?
penjual : anggur? tak ada en. itik.
itik : oh....tak ada ye? tak apalah. terima kasih.

itik pun berlalu keluar dari kedai. namun pada keesokan harinya si
itikdatang kembali

penjual : ya en itik, ada apa2 yg boleh saya bantu?
itik : anggur ada?
penjual : kami tak jual anggur di sini. yang ada hanya alat2
pertukangan.
itik : ye ke? tak apalah kalau macam tu.


dengan rasa sedih..itik berlalu keluar. apa yang menarik ialah..si itik ni
kerap berkunjung ke kedai tersebut dan bertanyakan soalan yang sama sehingga
menimbulkan kemarahan di hati penjual. lalu memberi amaran bahawa sekiranya si
itik datang lagi dan bertanyakan soalan yang sama, maka penjual akan stapler
mulut itik tersebut.

pelik! sbb itik tetap berkunjung lagi. tapi dengan soalan yang lain pulakali ni.

itik : encik penjual. ada jual stapler?
penjual : kami tak jual stapler en itik. kedai seberang jalan tu ada jual.pergilah ke sana!.
itik : kalau macam tu...encik ada jual anggur?

rupa-rupanya..
dunia saya ini banyak itik sebegini. saya yang tidak sedar.

1 comment:

bintang hati said...

saya ketawa sorang-sorang dpn PC ni...

hehehehehehehe...22X...