Friday, March 23, 2007

hari 4

sewajarnya saya bercerita lebih awal tapi terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan. tapi bila memikirkan perkara-perkara itu, saya tahu ianya tidak akan selesai dalm masa yang terdekat. maka untuk menangguh cerita saya di dalam blog ini sehingga semuanya selesai.. hmm.. apa yer.. bukan tidak boleh. boleh tapi harus menunggu lama. dan saya tidak bisa menunggu lama untuk bercerita di sini. tidak. harap maaf wahai kerja-kerja ku kerna berlaku curang untuk seketika.

ini hari ke 4. saya di pejabat lain. bukan bertukar kerja. tapi service saya lebih diperlukan disini, maka saya dihantar ke sini. untuk berapa lama, saya sendiri tidak di beritahu. tapi segala kerja di sini hanya baru berganjak sedikit. maka saya boleh mengandaikan, saya bakal berlama-lamaan di sini.

bagus juga, kerana di sini waktu pulangnya lebih awal tapi harus bekerja pada hari sabtu. ah, itu bukan masalah saya. andai setiap perbelanjaan pengangkutan dan makan minum ditanggung, apa salahnya datang bekerja bukan?

tempat baru ini, sebuah kolej swasta. para pelajarnya ramai dari kalangan pelajar antarabangsa. terus terang saya katakan, saya kurang menyenangi mereka. agak tidak menghormati orang. bukan saya ini racist. tapi andai kamu seorang diri di dalam perpustakaan, sedang cuba untuk memaham dan mentafsir satu perenggan dari sebuah buku, tiba-tiba masuk 3 orang ‘mereka’ bergelak ketawa sambil bernyanyi-nyanyi tanpa lansung tidak menpedulikan kamu, geram bukan?
awalannya, saya beranggapan mereka tidak nampak saya kerana waktu itu saya sudah agak sedikit tenggelam dek kerusi yang besar dan empuk itu. tapi bila mereka duduk bertentangan dengan saya dan salah seorang dari mereka memandang saya saat saya memandang mereka, tapi masih juga berbuat bising, saya kira itu perbuatan yang kurang sopan.
tapi saya boleh lagi meng'ignore'kan mereka. tunggu saja bila saya jadi Director disini. siap kamu semua!!! hahaha..

apa lagi tentang tempat ini..
hmm.. bilangan pekerja yang sebangsa dengan saya juga bertambah. andai di tempat kerja saya dahulu, hanya saya seorang yang berbangsa melayu dan beragama islam kini sudah ada beberapa orang yang boleh di ajak untuk ke surau bersama-sama. sesetengah teman bertanyakan saya “Kamu boleh tahan kerja di situ? Sorang-sorang melayu.”
saya hanya senyum. kalau tidak kerana bulan-bulan saya dibayar atas perkhidmatan saya itu. dan atas bayaran itulah saya berkongsi sedikit dengan ayahanda serta bonda, membayar segala bil, menghantar duit poket untuk adik di universiti dan segala macam benda lagi yang perlu dilangsaikan setiap bulan, mahu juga saya berhenti. bersenang-senang dirumah. tengok tv. tapi siapa yang mahu bayar astro saya nanti? bukan tidak memohon di mana-mana tempat baru, tapi nampaknya rezeki saya hanya di situ. bersyukur saja. itu hanya jawapan dalam hati. tiada gunanya saya melaung-laung semua ini. senyum itu lagi baik. sedekah.

waktu kerja di sini. 9 hingga 5. tapi jangan hadirkan diri sebelum pukul 9. pintu tidak akn dibuka. bukan kerana ini kawasan larangan. tapi orang-orang disini kurang menyukai jam 9 barangkali. paling awal yang bakal sampai ialah 905am. semua yang dilakukan bakal bermula jam 10, paling awal. andai tidak, 1030. saya kurang biasa dengan keadaan ini. tapi, sudah mereka begitu, ikut saja. tapi, waktu pulang mereka tak menentu. mungkin juga alasan yang sama, mereka tidak menyukai jam 5. maka jarang dapat dilihat sesiapa yang keluar menggalas beg tepat jam 5. atau mungkin juga kerana rasa bersalah mereka di atas kelewatan pagi tadi, maka mereka melewatkan waktu pulang. entahla. saya sudah terbiasa untuk mengikut segala apa yang tertulis. Ms Wright n Wrong.

cukuplah. saya sudah menghabiskan 20 minit di windows ini. sudah 425pm. lagi setengah jam untuk pulang. saya kira hanya saya yang sukakan jam 5. mungkin..

No comments: