Saturday, March 24, 2007

entri bermalas-malasan

sabtu. kini menjadi hari bekerja bagi saya. tapi kini saya hanya bermalas-malasan di bilik.bagus bukan? bilik ini terlalu sejuk untuk saya. baru satu jam setengah saya di sini, badan sidah menggiil-gigil. tak mengapa. sebentar lagi lemak-lemak di badan saya akan dibakar untuk menurunkan suhu sejuk ini. dengan kata lain, untuk memenaskan badan saya. selang sebuh bilik dengan bilik saya ialah bilik kuliah kecil.pintu bilik dibiarkan terbuka . pintu bilik saya juga saya biarkan sedikit terbuka. maka, saya dapat mendengar dengan jelas setiap butir bicara sang pensyarah. melalui tone suaranya, saya tahu sebenarnya dia sedang memarahi para pelajarnya.

“if you won’t be able to pay for sixty dollar for the book and the cds, please
do not come to my class. I’ve already told all of you to purchase this book
since last year. so I can not accept any reason anymore !!!”
(tanda seru yang tiga itu sebagai symbol yang suara sang pensyarah begitu tegas dan lantang)


mp3 telefon saya berkumandang lagu A.C.A.B ~ Setelah. agak catchy. saya baru selesai membelek The Star. Muka depan yang memeparkan gambar hero-hero Malaysia terkini. siapa lagi kalau bukan Koo Kien Kit dan Tan Boon Heng (maaf ya, bukan hero remaja) credit untuk mereka berdua ini. walaupun saya ini bukan peminat suakn badminton, tapi saya tahu corak permainan mereka ini agak ‘fun’. mungkin kerana umur masih muda. tenaga masih banyak terjana.

belek-belek dalam StarJobs, Banana Republic is hiring. Begitu juga M.A.C serta CLUB21. Tapi semuanya tidak berkaitan dengan saya. kan bagusandai saya berpeluang memasuki ‘line’ ini. hmm..

lambatnya jam ini untuk menghampiri angka satu. saya sudah mula bosan. saya harus berbuat sesuatu yang lain.

hari ini, ada satu nama yang bermain-main dalam fikiran saya.. Farid Sulaiman.
kamu, Farid.. andai kamu baca entri ini,sila hubungi saya!!

No comments: