Wednesday, March 07, 2007

*blush*

semalam
dengan jarak kurang dari 100meter dari rumah saya, ada rumah terbakar.
teruk. api besar yang amat hinggakan saya dapat melihat dengan jelas setiap kali ianya meledak. bonda dan ayahanda sudah awal-awal keluar dan melihat. saya hanya di rumah. bonda pesan “tak payah pergi. kunci pintu semua” saya ini anak yang mendengar kata.
maka saya naik ke atas. melihat dari tingkap bilik. memang jelas. suasana di luar sememangnya riuh. kanak-kanak apatah lagi. mengambil peluang bermain-main dan melakonkan aksi ahli bomba memadamkan api. sepanjang saya berdiri memerhatikan api besar dari tingkap bilik, 3 kali saya ditegur.
“tak nak pegi tgk rumah terbakar?”
“ada rumah terbakar kat sana. nak pegi tak?”
“buat apa tgk ikut tingkap? meh la pegi sana”

saya hanya tersenyum. menolak dengan baik. bonda kata tinggal. maka saya tinggal.
terfikir kembali pada setiap ajakan.. mereka ini bagaikan mahu ke tapak pesta.
beria-ria mengajak saya umpama ada pertunjukan singa laut bertepuk tangan di sana

credit untuk ahli-ahli bomba. bertungkus lumus memadamkan api.
2 kereta bomba. 4 pili bomba. trmasuk satu pili bomba di belakang rumah saya.
kalian sememangnya sungguh charming (hmmm..??)
berlari lari penuh segak dengan jaket dan but getah. dengan topi putih yang dikelek.
muka yang penuh lesu. (sempat lagi meminta air minum...)
tapi masih meneruskan kerja dengan penuh semangat.

tiba-tiba saya umpama sudah cinta dengan ahli bomba *blush*

2 comments:

mat jan said...

aku ahli bomba!! aku ahli bomba!! aku ahli BOMBA!!!!!

bintang hati said...

hehehe...

kamu ni lucu...

"mat jan" lagi la lucu...

hehehe....