Monday, March 19, 2007

24 tahun 2 bulan 29 hari

itu tempoh sebelum ini. sebelum saya mengalami peristiwa itu. peristiwa dimana kali pertama saya melihat seseorang sedang marah. betul-betul marah. marah tahap langit ketujuh lagaknya.
walaupun marahnya itu bukan kepada saya. tapi memandangkan hanya saya yang berada di situ. yang menjadi penghubung antara dia dengan yang ingin dimarah (yang sepatutnya berada di tempat saya agar saya boleh beriang ria memotong epal dan pear di pantry) maka dengan jelas saya dapat melihat seakan-akan api besar yang keluar dari atas kepalanya, dari telinganya, dari setiap helaian rambutnya, dari kemejanya yang berwarna biru gelap berkotak-kotak. mulutnya.. jangan cerita. umpama air yang disembur oleh bomba (read: bomba pujaan hati saya) cuma kali ini dia bukan menyembur air, tapi menyembur api. seperti api yang disembur naga dalam filem. maaf, bukan sinaganaga.

serius, saya takut. kecut. terkejut. tapi saya masih lagi tersenyum. sebenarnya bukan senyuman, tapi hanyalah perbuatan menyebut ‘ngeeee’ tanpa suara.

akhirnya dia keluar. setelah berkata-kata beberapa ayat yang saya lansung tidak dapat diproses oleh minda saya. saya cuma ingat 3 ayat pertamanya sahaja. kerana 3 ayat itu ditujukan kepada saya.

“I don’t want to frighten you. u already look so pale. I’m leaving now. just
tell that fella that..bla.. bla.. bla…”

waktu itu saya masih lagi ‘ngeeee’. hanya mampu melihat dia terkocoh-kocoh keluar dari pejabat. dia masih lagi berkata-kata. tapi saya lansung tidak faham sepatah butir bicara. saya masih ‘ngeeee’. selepas itu saya berjaan ke arah meja. duduk.

read:
1. ini ialah cerita yang menerangkan entri terdahulu itu
2. sebenarnya, dua orang itu (dalam entri terdahulu) ialah orang yang sepatutnya dimarah dan dia sedang dimarah (serta dimaki) oleh bos besar.

3 comments:

d.yan said...

sgt mengerikan .. seram err..bos tu laki ke pompuan ..

rena said...

hohoho..
en marah itu bukan bos saya.
itu client bos saya

mat jan said...

mesti ko comel bangat masa tu kan??