Wednesday, February 28, 2007

danial

ini kisah danial. sepertimana janji saya pada 25 jan dahulu.

lama jari-jari saya mengetuk ngetuk keyboard. tapi tidak muncul2 juga idea untuk mendeskripsikan lelaki ini.
susahnya.. padahal setiap hari saya dan dia berhubungan. paling tidak pun hanya untuk mengejutkan dia bangun setiap pagi pada hari-hari bekerja. ataupun sekadar sms ucapan selamat malam sebelum tidur dari nya.


susah sangat. ok, kita mulakan begini..
danial ini peramah. awal perkenalan dulu pun dia sememangnya suka bercakap. bercakap dan bercerita dengan penuh emosi dalam loghat utara pekat. saya seronok mendengar dia bercerita. dan seronok juga mendengar dia menututurkan bahasa utara dengan penuh pekat.

"nasi kandaq, awat, biaq pi..." dan segala macam lagi perkataan utara yang lain
dia buat saya rindu pada semua yang saya tinggalkan beberapa tahun dahulu. mengingatkan saya pada tempat 3 tahun saya. mengimbaukan saya pada cerita-cerita disitu. seperti bertemu orang kampung. bersembang tak habis-habis. itulah saya dengan dia seawal kami kenal.

baru kenal tapi umpama sudah lama benar kenal dan berkawan. mungkin kerana kami ini sama. sama-sama peramah. dan sama-sama senang untuk berkawan. selesa. mungkin.
3 tahun saya berkongsi awan yang sama dengannya. berkongsi café. berada dalam kawasan berpagar yang sama. tapi 3 tahun itu bagai terlalu cepat dan kawasan berpagar itu umpama terlalu luas hinggakan kami tidak pernah saling berjumpa. usahkan berjumpa. kesan tayar motornya juga tidak pernah saya nampak di jalanraya. tapi sebesar manapun tempat di bumi ini, bumi ini tetap bulat. andai kamu berjalan dari kutub utara dan saya pula dari kutub selatan. kita pasti akan bertemu di garisan khatulistiwa bukan? dan garisan khatulistiwa saya dan danial ialah KLCC. hebat bukan??

dia seorang rakan yang baik. sesekali menjadi ‘telinga’ saya tatkala saya tidak berpuas hati dengan hal-hal di tempat kerja. menjadi kawan yang seringkali bercerita sehingga saya sakit perut akibat ketawa. menjadi teman yang selalu mengingatkan saya bahawa bukan saya seorang yang bermasalah dalam dunia ini.

sama-sama berkongsi cerita yang menyeronokkan hati. sama-sama berkongsi masalah yang memeningkan diri.
tapi kami tak mungkin berkongsi air kerana dia suka milo ais dan saya suka ribena. cuma, kami boleh sama-sama duduk di McDonalds. di McDonalds ada kedua-duanya. milo ais dan juga ribena.

he is such a nice guy..

hmm.. boleh tak kalau entry ini saya akhirinya begitu sahaja. tanpa sebarang kesimpulan. tanpa sebarang harapan. tanpa sebarang kata penutup?? saya tidak tahu apa yang perlu ditaip. sehingga tadi, saya menekan-nekan keyboard ini tapi lansung tiada apa yang terlintas dalam fikiran.


ah, biarkan..

people often complaint what a small world we've got. but i think i'd rather have it small and have met this guy than have it so big but missed knowing him.

1 comment:

bintang hati said...

kamu KELIRU dengan perasaan kamu terhadap danial...??

emmm...