Tuesday, January 23, 2007

t h e m i s s i n g p i e c e

saya kira semua orang pernah mengalaminya..
mencari sesuatu. tapi tidak terjumpa. talaupun tahu di mana patut dicari dan tahu bahawa yang dicari itu pasti ada di situ, namun tetap juga tidak jumpa.

cerita minggu lepas..
saya mencari satu kepingan kecil dalam ratusan kepingan-kepingan lain untuk melengkapkan 2 drpd 24 bahagian jigsaw puzzle saya. saya tahu pencarian saya seharusnya tertumpu pada warna apa, corak yang bagaimana, malah dibelakang nya juga ada kod yang boleh saya jadikan panduan. dan saya juga tahu yang ianya pasti ada dalam ratusan kepingan kecil yang jumlahnya menghampiri 1000 keping itu. tapi, 3 kali pencarian saya gagal. tangan saya kosong. mustahilnya. tak puas hati. puas saya belek satu persatu. puas saya bandingkan dengan tmpat kosongnya, tapi satu pun yang sepadan. hingga habis kesemuanya saya belek. untuk hari itu, saya penat. akhirnya, saya tinggalkan sahaja ia. saya biarkan sahaja bahagian itu terbengkalai.

5 hari bekerja saya lansung tidak menyentuh kotak jgsaw puzzle sehinggalah hjung minggu lepas. saya nekad mencarinya semula. kepingan pertama.. bukan. kepingan kedua.. bukan. kepingan ketiga.. yes!! yes!! yes!! Alhamdulillah. mudahnya pencarian kali ini. hanya 3 percubaan dan semuanya selesai. kemana perginya keingan ini sebelum ini? kenapa sebelum ini saya tidak menjumpai kepingan ini? kenapa waktu saya padankan ia sebelum ini tidak sesuai? walauapapun.. saya bisa tersenyum kerana bahagian itu sudah lengkap.

itu cerita jigsaw puzzle saya..
dan saya kira, hidup juga begitu. kita mencari sesuatu. menginginkan sesuatu. kita berusaha untuk itu. tapi hasilnya hampa. andai digantikan dengan yang lain, itu sudah cukup baik. tapi andai tiada lansung? itu faktor kita putus asa.
tapi sebenarnya, itu dugaan. ujian barangkali. atau mungkin juga belum masanya untuk kita dapat apa yang kita inginkan. takdir. berserah sahaja? atau berusaha? tepuk dada tanya selera. andai masih lagi tidak puas hati, usaha. tapi andai sudah penat, berserah sahaja. andai sudah rezeki, pasti tetap milik kita.

saya selalu berharap, setiap kali saya ditemukan dgn ‘the missing piece’ saya, itu adalah saat dimana saya berada paling hampir denganNya lantaran terlalu bersyukur.

The Missing Piece Bah 1 from Fatimah Busu juga adalah salah satu ‘the missing piece’ saya sekarang.

1 comment:

bintang hati said...

Ya..saya kehilangan satu "piece" yg sangat penting dalam hidup saya..

sudah 3 tahun saya kehilangan "piece" itu...masih belum berjumpa "piece" lain yang bersesuaian...

haruskah saya terus mencari dan mencari lagi...atau mungkinkah lebih baik saya menunggu sahaja hingga tiba masa yg sesuai...tentu saya akan jumpa dgn "missing piece" saya...bukan..??