Tuesday, January 09, 2007

s E l a M a t T a h U n B a R u

tahun baru sahaja menjangkau sembilan hari. tapi sudah bnyk perkara yang berlaku. (tapi masih banyak lagi yang saya harapkan berlaku belum berlaku)

untuk pertama kali, saya mengisi borang master. untuk beberapa hari saya mengulangi ayat “aku dah amik borang nak sambung master” dalam diri. umpama tidak percaya. alhamdulillah, rancangan saya perihal master ini akan saya laksanakan bulan mac, tapi Tuhan percepatkan di bulan januari lagi. semoga rezeki saya murah dalam hal ini. tapi selalunya, saya sering mudah untuk diterima belajar. insyaallah..

satu keputusan yang saya ambil. saya menamatkan terus hal itu. saya tahu amat sukar. tapi saya memerah segala tenaga untuk melaksanakannya. alhamdulillah, sedikit demi sedikit ia mula menampakkan hasil. dan sedikit sebanyak juga saya diperlihatkan, keputusan saya itu tepat. semoga saya bisa mengharungi dan menghadapi segala akibat dari keputusan ini.

saya mempunyai beberapa orang kawan baru. seronok. tapi dalam ramai-ramai kawan baru ini, ada juga yang saya kurang berkenan. tapi, masih belum mencapai tahap ‘azman’. maaf yer azman, kamu tiba-tiba menjadi kata penerang untuk tahap kurang berkenan saya.

kali pertama saya bangun terlalu lewat. dikejut bonda jam 730am. selalunya waktu itu saya sudah menunggu bas. awak, kita dah cipta rekod baru!!hohoho..

No comments: