Thursday, January 18, 2007

kisah tengahari ini

tengahari ini,saya sedikit kelam kabut. waktu lunch saya hilang 30 minit lantaran perlu menyiapkan laporan seorang staff yang kurang mahir menggunakan perisian baru.

kemudian saya diberitahu 3 pc di dalam makmal dikhuatiri mempunyai virus. setelah diperiksa, bukan lagi dikhuatiri malah memang ada virus. "mana IT guy?" - cuti
aduh.. bagaimana saya harus mengendalikan ujian praktikal andai pc tidak cukup? atau saya harus tangguhkan dahulu ujian praktikal itu. tapi kalau itu pilihan saya, maka saya terpaksa mencari set latihan baru untuk mereka. aduhh.. kerja lagi..

dalam keadaan sebegitu, saya masih lagi keluar makan. kemudian bergegas ke pasaraya berdekatan mencari cat spray. di situ, terpaksa pula berhadapan dengan jurujual yang pemalas. hinggakan saya sendiri yang memanjat kerusi mencari warna cat yang diingini. kalau mcm ni baik tak payah kerja.

belum sampai lagi ke ofis, panggilan telefon dari student, “cik rena, kitorang tak register lagi nama utk tutorial. blh register lagi x?” apa kamu semua ini pakai kalendar makhluk asing? tarikh akhir pendaftaran tutorial itu ialah jumaat lepas. saya sudahpun menghantar senarai nama pada semua tutor. tapi terpaksa juga saya daftarkan mereka. nasib baik saya kenal seorang tutor yang saya kira boleh bertolak ansur (dan dia sememangnya org yang mudah. tidak banyk cakap. hanya ‘ok’. terima kasih zailan!!)

semua ini berlaku dalam setengah jam.
penat. saya penat dengan semua perkara yang serentak ini.


maka untuk kamu, Fazli (atau apa sahaja nama sebenar kamu), saya mohon maaf andai saya kurang sopan dan sedikit berkasar dengan kamu tadi. tapi smemangnya saya kurang gemar dengan sikap penakut kamu itu. tidak suka. sangat-sangat tidak suka

1 comment:

bintang hati said...

huhuuhu..

kelakar la kamu ni...