Friday, January 26, 2007

haizad

emel dari haizad pagi ini
sedikit sayu. sebak. terharu.
zad, saya tahu kamu sudah berusaha sedaya upaya
tapi itu takdirnya.. ajalnya sudah sampai
dan kerana itu
jibrail diutus untuknya

maka kamu harus akur
bukan semua yang diatur itu menjadi
bukan semua yang dirancang itu terlaksana
bukan semua yang diharap itu termakbul

tapi saya juga tahu
betapa susahnya memujuk hati
andai semua yang diatur, segala yang dirancang
dan segenap yang diharap itu menemui kegagalan

sabar ye.. jangan sedih-sedih
meskipun arwah itu kawan ibu kamu
dia juga hambaNYA

seperti kamu
seperti ibu kamu
seperti saya

zad..
saya tahu kamu kuat.
dan saya juga tahu kamu punya perasaan.
terima kasih kerana berkongsi dengan saya.

No comments: