Thursday, January 25, 2007

dua puluh lima

hari ini 25 januari 2007
hari lahir danial. selamat hari lahir yang ke 25 untuk kamu. saya suka dengan tarikh lahir dia tahun ini. hari lahir yang jatuh pada 25 haribulan setiap tahun dan tahun ini adalah untuk tahun yang ke 25. sepadan. serasi. dan hanya berlaku sekali seumur hidup. menarik bukan?

siapa org ke 25 wish kamu?
kamu sudah tempah atau belum kek 25 kamu?


seharusnya saya bercerita tentang birthday guy ini lebih lanjut.
itu pintanya semalam.
(hmm.. ini boleh dikira hadiah hari lahir terus?)
tp maaf ye danial, bukan sekarang.

saya mencuba.. tapi
ayat saya tergantung
vocab saya hilang
idea saya tiada lansung
minda saya kosong


saya merasakan neutron-neutron dalam otak saya sudah berkurangan dan semakin tidak aktif. seperti disedut sedikit oleh makhluk asing untuk tujuan eksperimen makhluk asing, nasihat saya untuk makhluk asing : lupakan sahaja niat kamu

kamu akan menemui rantaian neutron yang berselirat dan saling berkait antara satu sama lain hinggakan kamu takkan mampu mengenalpasti mana puncanya dan mana pula akhirannya.
kerana semuanya sudah bercampur aduk.. antara fakta dan fiction, antara sains dan sastera, antara nyata dan maya, antara realiti dan fantasi dan pelbagai lagi yang saya sendiri tidak dapat ungkaikan.

andai Puspawangi mengirai dan mengasing bungkusan Tun Nila, kamu pula perlu mengirai dan mengasing neutron-neutron saya. tapi, awal-awal saya katakan, saya bukan tuan puteri pada mana-mana kerajaan negeri seperti Tun Nila. dan saya juga tiada kuasa magik untuk menyuruh sesiapa sahaja membuat tarian hula pada malam-malam hari. apatah lagi kuasa magik untuk mengecilkan orang dan memasukkannya kedalam botol lalu ditanam ke dalam tanah.

ok. cukup entri saya yang mengarut ngarut ini.


danial, entri kamu.. saya janji. tapi lain kali ye?
buat sementara waktu, ini untuk kamu

selamat hari lahir ku ucapkan
moga dirimu sentiasa gembira
selamat hari lahir untukmu
ku doakan kebahagianmu


lirik lagu ini.. hanya ini yang saya ingat. penyanyinya juga saya tidak tahu siapa.

1 comment:

red said...

hye..
accidenttally found ur blog last week. so much fun in ur writings. all the best