Tuesday, January 16, 2007

cita-cita

boleh tak, kalau..

• waktu makan di mana2 restoran berseorangan, saya ingin berbicara dengan kerusi dihadapan seolah-olah sedang bercakap dengan seseorang yang hanya saya yang mampu melihatnya. dan saat orang lain melihat, saya hanya ingin senyum dan menyambung kembali ‘perbualan’ dengan rakan maya.

• berlaku terlebih ramah pada sesiapa yang tersalah nombor. bertanya namanya. asalnya dari mana. kenapa tersalah nombor. sebenarnya ingin menghubungi siapa. apa hubungannya. dan bercerita tentang kucing jiran sebelah yang mengiau tidak henti-henti.

• berjalan laju2 ke arah kaunter informasi, meminta pen dan kertas dari sesiapa yang bertugas. kemudian berpura2 mendail telefon dan menbaca dialog di bawah kuat2.

boleh ulang balik x alamat td? (pura2 menulis sesuatu) ni nak kasi mati ke kasi icu saje? kalau mati, u kena tambh lagi 5 ratus. kepala ke dada? ok. duit u bank in dlm acc saya.

kemudian memulangkan pen kepada orang kaunter dengan senyum manis.

• masuk dalam tren waktu pagi dan memeriksa tiket semua penumpang. muka mesti serius!!



hehe.. jgn risau. ini hanya antara himpunan cita-cita saya saat saya dilanda kebosanan. saya masih waras. yer, masih waras n masih bijak sebenarnya. hehehe..

1 comment:

bintang hati said...

heheheheee...

kelakar la kamu ni...

kalau lah kamu betul2 buats semua tu...?? hikk hikk...