Monday, December 31, 2007

entri terakhir 2007

menjawab tag amrin sempena hujung tahun 2007

3 new things u had in 2007
1. lesen penuh kelas D. ngee!!!
2. a new bed sheet with comforter yg maha best sampaikan banyak kali terlajak bangun pagi
3. my own bedroom. no need to share dengan sape-sape.

3 bad things you did in this year
1. sorok anak kucing dalam kotak sbb dia ‘buat hal’ atas kasut baru. but then rasa guilty sbb mak dia duk mengiau-ngiau carik dia
2. mintak excuse balik awal dengan bos kat office lama konon-konon nak pegi specialist tapi sebenarnya pegi KLCC tengok wayang citer Pirates of Carribean II. but lepas tu kantoi jugak. hahahaha!!
3. plan nak buat-buat lupa birthday nawal but then memang betul-betul terlupa. huhuhu..

1 good thing you did in this year
1. donate my monthly shopping budget untuk mangsa banjir dekat johor.
hey, satu jer?? bad things mintk sampai 3. mana aci!!

3 songs that u listened most in 2007
1. deep inside of you -3rd eye blind
2. dua insan – ezad exist n eva
3. humpty dumpy love song - travis

3 latest movies u watched in 2007
1. Golden Compass
2. I Am Legend
3. Mukhsin

3 new things u did in this year
1. cat gril rumah
2. baiki paip bilik air yang tersumbat
3. tanak pokok tomato tepi rumah

3 nicest things happened
1. kenal kamu dalam ‘dunia’ ini. walaupun secara maya, tapi tetap menyeronokkan dan menggembirakan
2. bakal dapat sorang lagi anak saudara. insyallah bulan may nanti haiqal dapat adik
3. dapat keje baru. gaji baru. environment baru

1 word to explpain ur 2007 life
SUPERB!!!

Friday, December 28, 2007

entri birthday lagi

ini entri terakhir yang berkaitan dengan birthday. sunguh-sungguh tidak aci. penat-penat bercerita tentang hari lahir orang lain, akhir sekali baru boleh bercerita tentang hari lahir sendiri. hari lahir saya hari itu, isnin 17 hb. sengaja mengambil cuti. bersukaria di waktu orang lain tengah bekerja. seronok betul rasanya melihat orang lain dalam office attire sedangkan saya hanya berjeans dan kemeja santai. dan berkasut flat. bukan high heels seperti biasa.

apa saya berjaya buat pada hari itu

makan pagi secara besar-besaran di Secret Recipe. saya sudah jarang mengambil heavy breakfast. tapi hari itu, breakfast memang betul-betul berat.

ke pnb. kemaskini buku asb dan asw2020. ke bank cimb. juga untuk mengemaskini buku akaun.

berjanji dengan seorang cikgu matematik yang bercuti untuk menonton wayang cerita Golden Compas. hmm.. boleh tak saya mahukan seekor iorek sebagai hadiah hari lahir saya?

membeli hadiah perkahwinan untuk seorang teman di pulau pinang dan terus saja pos di pejabat pos KLCC

meracun seorang kawan untuk membuka akaun asb.

masuk ke Dunkin Donuts. duduk seketika. berfikir-fikir tentang donut. kemudian bangun dan ke A&W. memesan float dan curly fries.

mengignorekan segala perkataan SALE yang terdapat di KLCC. yer betul, saya tidak beli apa-apa pun hari itu untuk saya melainkan sebotol air mineral.

berjaya melintasi salon-salon rambut tanpa sebarang perasaan. selalunya, setiap hujung tahun rambut saya pasti pendek hingga lansung tak boleh diikat. tapi tahun ini saya hanya biarkan rambut saya memanjang melepasi paras bahu.

okey, ini untuk kamu semua

pada kamu semua wish saya, tak kira samada melalui telefon ataupun sms. terima kasih yer. saya doakan yang baik-baik kembali untuk kamu.

pada kamu yang wish saya seawal jam dua belas malam itu.. saya pasti paku nama kamu dalam ingatan saya dengan paku payung yang paling besar agar ianya tak jatuh atau hilang.

pada kamu yang wish dan hantar gambar anak buah kamu yang comel itu.. hmm, bila lagi nak ada anak sendiri?

pada kamu yang berpakat-pakat membuat teleconference di awal pagi 17 dec itu, kalian memang best!!

pada cikgu matematik yang tolong membayar tiket Golden Compas saya tanpa mengetahui yang hari itu adalah hari lahir saya dan kemudiannya menganggap harga tiket itu sebagai hadiah untuk saya, terima kasih. saya gembira jumpa kamu hari itu.

pada andes yang mempelawa untuk makan malam bersama, maaf yer.. tak dapatla dear. tak plan. but me tau, u mesti jeles bila me tgk wayang kan? hahaha..

pada nawal yang menelefon saya sebanyak 25 kali selang 10 minit sebelum jam 12 malam 17 dec.. sila sampaikan salam simpati saya pada zali. sayang kamu bangat!!

pada cd 100 lagu yang saya terima dari dia, hmm.. tak mengapa. sila abaikan saja tentang ini

pada semua hadiah yang diberikan.. yer, saya suka semuanya!!

pada adik beradik saya yang mengingati hari lahir saya.. bagus!! tak perlu saya hantar reminder.
pada mat jan yang menghantar sms tipu "aku dah sampai klia. ada toblerone besar ni", boleh tak saya sumpah dia jadi troli beg di klia tu.
pada kamu yang baca entri ini, selamat hari lahir juga untuk kamu. hihihi
okey, itu saja tentang hari lahir saya.
banyak lagi sebenarnya. tapi cukupla ini yang saya kongsikan di sini.

Wednesday, December 26, 2007

100

hari itu dia hantar saya sekeping cd yang penuh dengan 100 lagu yang sama
tiga hari lepas dia hantar cd lagi. kali ini penuh dengan 100 lagu yang berlainan

kesimpulan: dia ini memang saiko. hahaha..

sebenarnya sejak hari itu saya mahu update blog ini dengan satu lagi entri happy birthday. tapi hingga sekarang, masih belum sempat. cuti yang banyak ini buat saya terpaksa berkejar-kejar dengan kerja-kerja yang tertunda. nanti saya update. janji.

Tuesday, December 18, 2007

birthday lagi

okey, sebelum itu, sila ke sini. ini adalah entri tentang hari jadi haiqal yang ditulis oleh mama haiqal sendiri. ada gambar haiqal. ada gambar mama haiqal. ada gambar kek haiqal (kamu nampak ada seekor otromen di atas kek nya?)

dan ini.. satu lagi ucapan hari lahir sempena 16 disember tahun ini

khas untuk kakak saya. yang hari lahirnya sehari lebih awal dari hari lahir saya. dan yang nama nya juga teramat hampir dengan nama saya.

“selamat hari lahir . semoga dipanjangkan umur. diberkati semua rezeki yang
dilimpahi. diredhakan segala yang kamu lakukan di dunia ini. disayangi oleh
semua kamu sayangi. dihargai oleh semua yang kamu ingati. diberikan kekuatan
jiwa tatkala kamu dilanda kesedihan. dikurniakan rasa untuk bersyukur waktu kamu gembira. serta diberikan nikmat keimanan yang kekal hingga ke akhir hayat
kamu”


tujuh tahun yang menjarakkan kita itu hanya umpama 7 biji saga warna merah yang saya suka kutip sewaktu balik dari ko-k di panggung sasaran tahun 2004 dahulu. terlalu kecil saiz jaraknya. apatah lagi bila hanya kita berdua sahaja yang memegang title ‘tuan puteri’ a.k.a ‘dayang istana 1001 tugas’ di mahligai kecil itu. seringkali orang tersilap manganggap kita ini sepasang teman. sudahla rupa tak sama. (read: tapi sebenarnya, untuk sesekali muka awak sebenarnya sama dengan muka saya kalau dalam foto. betul!! saya tak tipu.) cuma saiz saja yang lebih kurang. (read: saya lebih tinggi dari awak ok..) sukar orang mahu percaya yang kita ini adik beradik. kalau ada yang percaya pun, kita ini dikatakan kembar. masak!!! dimana mahu letak si rizal itu? isk..

cuma , bila awak sudah punya seorang laksamana kita mula menjauh. ah, hanya sedikit jauh. andai jauh tujuh tahun itu bisa kita dekatkan, inikan pula jauh nilai dengan gombak.

saya ingat lagi, waktu haiqal baru lahir. waktu itu, saya di penang dan awak masih lagi dalam pantang di rumah bonda. sedang serba salah bila haiqal mahu dihantar ke sungai buloh untuk dijaga bila awak habis pantang nanti. mendapat sms serba salah awak itu buat saya juga serba salah. sudahla waktu itu telefon juga hampir kehabisan kredit. tahu-tahu sajalah, celcom dahulu rm50 hanya untuk kredit. terpaksa habiskan lagi rm50 untuk airtime. mana ada topup rm5 atau rm10 atau rm30. dan status saya sebagai student tidaklah semewah sekarang. lagilah waktu itu loan masih belum dapat. tapi saya beli juga topup rm50 itu dan hampir sejam saya di kaki lima bangunan dewan budaya itu, dicelah-celah pokok-pokok berdaun hijau yang besar-besar berbalas sms awak. hinggakan saya ponteng satu kuliah database. :p tak apa, kuliah satu jam itu boleh saya pinjam notanya dari kawan-kawan. boleh saya jumpa pensyarahnya andai tidak faham. boleh saja saya buat apa saja. tapi untuk membiarkan kamu dalam serba salah untuk satu jam hanya kerana saya perlu hadir ke kuliah yang saya boleh masukkan dalam kumpulan ‘penting tapi boleh excuse’.. itu bukan saya. awak jangan rasa bersalah. itu empat tahun dahulu. saya dah grad dah pun. hehehe.. waktu itu saya betul-betul rasa yang saya ini begitu penting bagi kamu. apatah lagi bila saya yang dianggap kecil ini ditanya pendapat oleh awak yang besar. dan ucapan terima kasih awak itu.. itu antara ucapan terima kasih yang saya ingat sampai sekarang kerana ucapan itu seakan membenarkan satu fakta iaitu saya sememangnya bukan lagi seorang budak perempuan yang comot.

cepat kan masa berlalu. itu lima tahun yang lepas. tapi hingga hari ini, tiada apa yang berubah. kita masih lagi boleh bergelak ketawa, kita bebas bercerita tentang apa saja, berkongsi itu ini dan yang paling penting ‘we still have each other’ (yer.. saya pernah tulis ayat ini dahulu di kad kahwin awak)

selamat hari lahir ye wak..
saya sayang awak. sayang sangat-sangat.

Friday, December 14, 2007

tentang pencarian

karena jika kita berupaya sekuat tenaga menemukan sesuatu, dan pada titik akhir upaya itu hasilnya masih nihil, maka sebenarnya kita telah menemukan apa yang kita cari dalam diri kita sendiri, yakni kenyataan, kenyataan yang harus dihadapi, sepahit apapun keadaannya. p.266~edensor.



kadangkala, jawapan sebuah pencarian itu terselit di celah-celah cabang pencarian yang lain. maka kenapa harus menafikan erti pencarian hanya kerana jawapannya bukan yang ingin ditemukan? tiada jalan singkat. pilih saja satu cabang dan teruskan berjalan.

Wednesday, December 12, 2007

kemesraan untuk seketika

demam. sudah tiga hari saya terpaksa menyesuaikan diri dengan kehadiran virus-virus demam, selesema serta batuk dalam badan saya. sangat-sangat tidak selesa. tapi saya terpaksa merelakan perkongsian ini. dan secara diam-diam melancarkan serangan balas menggunakan antibiotik, paracetamol, vitamin c dan segala macam senjata-senjata lain untuk menghapuskan kewujudan mereka. tapi sedikit sebanyak, saya dan virus-virus ini sudah semakin mesra. bukanlah sampai ke tahap bertepuk bertampar kerana mereka juga seperti mengetahui tahap penerimaan saya pada kehadiran mereka. cuma, saya sudah boleh menerima kehadiran mereka buat seketika. (diulangi: seketika) sampai waktunya, saya tetap mahukan mereka lenyap. yer.. lenyap. sepertimana saya mahukan apa sahaja yang menyakitkan hati saya, yang mengundang kecelaruan dalam jiwa saya lenyap dari hidup saya. hmmm...

Tuesday, December 11, 2007

sepotong senja untuk pacarku -ii

sepotong senja untuk pacarku. saya pernah pos petikan cerpen ini hari itu. kisah seorang lelaki bernama sukab yang momotong senja untuk dikirimkan pada pacarnya bernama alina. waktu itu, betapa saya membayangkan alina itu seorang wanita yang bahagia kerana dicintai sukab sepenuh hati. dan betapa juga saya cemburukan alina kerana punya lelaki yang begitu gigih membuatkannya bahagia. sudah banyak kali saya tenggelam dalam surat sukab yang menceritakan perihal waktu kecurian senja itu. aduhai alina.. kamu pasti senyum manis saat terima senja itu.

lama baru saya ketahui, sebenarnya surat sukab yang panjang lebar itu dibalas juga dengan panjang lebar oleh alina. betapa terujanya saya mencari balasan surat alina itu hinggalan saya temuinya dia satu blog.

sukab yang malang..

… dari dulu aku juga tidak mencintai kamu Sukab. Dasar bego dikasih isyarat tidak mau mendengarkan. Sekali lagi, aku tidak mencintai kamu. Kalau toh aku kelihatan baik selama ini padamu, terus terang harus ku katakan sekarang, sebetulnya aku cuma kasihan. Terus terang aku kasihan sama kamu Sukab, mencintai begitu rupa tapi tidak tahu yang kamu cintai sebetulnya tidak mencintai kamu. Makanya jangan terlalu banyak berkhayal Sukab, pakai otak dong sedikit, hanya dengan begitu kamu akan selamat dari perasaan cintamu yang tolol itu. Tapi bukan cinta taik kucing ini yang sebetulnya ingin ku ceritakan padamu Sukab. Soal cinta ini sama sekali tidak penting.

… kupandang senja yang abadi sebelum melipat surat ini.
Betapa semua ini terjadi karena cinta, dan hanya karena cinta. Betapa besar
bencana telah ditimbulkannya ketika kata-kata tak cukup menampungnya. Kutatap senja itu, masih selalu begitu, seperti menjanjikan suatu perpisahan yang
sendu...-
Selamat berpisah semuanya. Selamat tinggal.


surat alina ini.. seperti membawa saya kembali berpijak ke tanah dan merasa lembut sejuknya rumput segar yang menghijau yang mencengkam tanah hitam. seakan menepuk lembut bahu saya dan membisikkan di telinga yang dunia ini ada malam dan siangnya, ada panas dan sejuknya, ada atas dan bawahnya.

aduhai sukab.. pasti perit bukan bila cinta yang disua lansung tak disambut

aduhai alina.. juga perit bukan bila disua cinta yang tak diimpikan lansung

Friday, December 07, 2007

hari ini birthday haiqal!!!

rasanya baru saja saya lihat dia terbaring atas katil baby di hospital. itu. keciknya dia. waktu itu, saiz lengan dia hanya lebih kurang dua batang jari saya. mahu sentuh pun saya gerun. apatah lagi untuk cium pipinya. sesekali tidurnya terkejut dengan bunyi bising di sekeliling. sebelum pulang, sempat saya usap pipinya dan berbisik “assalamualaikum haiqal.... nanti cepat besar tau”
itu lima tahun dahulu. hari raya kedua tahun 2002.

hari ini haiqal genap lima tahun. cepatnya masa berlalu. haiqal ini sudah besar. sudah petah bersembang. sudah pandai meniru gaya orang. sudah pandai merajuk. semakin nakal tapi juga makin bertanggungjawab (mungkin ini genetik anak sulung) dan insyallah, tahun depan bakal punya adik.

selamat hari lahir yer haiqal..
sayang kamu sangat-sangat. yer.. yer.. kita memang selalu gaduh. selalu rebut remote astro. selalu lawan baju sape lagi cantik. selalu berebut comforter time nak tidur. selalu sangat ‘tak nak kawan’. tapi kita kan selalu main belon dan hotwheels sama-sama. selalu lukis-lukis n kaler-kaler buku kartun tu. sama-sama baca buku ABC. pastu kita sama-sama main selimut atas katil wan (haha.. mati cikna kalau wan nampak) sama-sama main skipping. buat jigsaw puzzle sama-sama. kan cikna yang selalu masak and suap haiqal makan megi, eskrim and nasi dengan sup even masa tu cikna baru jer balik keje and penat serta lapar. dah la haiqal makan lambat. sampai kadang-kadang tu perut cikna masuk angin dah sebab haiqal makan slow sangat. pastu kalau mandikan haiqal, kena sabun banyak-banyak. kena jirus tinggi-tinggi, abisla basah baju cikna. haiqal bukan nak beli baju baru untuk cikna. asyik cikna jer yang beli baju untuk haiqal. isk.. tak kisahla, cikna sayang haiqal nyer.. tapi kan.. nanti bila ada adik, cikna nak sayang adik jer boleh?.. hahaha..

hari lahirnya tahun ini, saya dah janjikan dia beg sekolah gambar ultraman untuk dia. jenuh jugak mencari masih tak jumpa. betul-betul suka dia dengan ultraman. baju ultraman. cadar ultraman. malah kek hari jadi pun dia mahukan kek ultraman. hinggakan hari itu, selepas dia bersembang dengan seorang rakan saya melalui telefon, laju saja mulut comelnya itu bertanya
“cikna, uncle *** boleh jadi otomen tak?”

aduih.. haiqal.. haiqal..

Wednesday, December 05, 2007

jiwa kacau

bila sekilas pandang, saya lihat nama syarikat Mega Corporate Services Sdn Bhd sebagai Mega Sale… saya tahu yang jiwa saya memang betul-betul kacau

Tuesday, December 04, 2007

untuk bintang hati dan andes

untuk bintang hati,
sepadan dengan tajuk entri kamu, saya juga terharu dengan entri kamu itu. dan
terima kasih kerana gigih membaca semua entri saya untuk tahun 2007. terima kasih kerana sudi menitipkan komen di hampir setiap entri yang kamu baca (sememangnya ini seperti nyawa setiap entri) dan terima kasih juga di atas masa tiga jam lebih yang kamu peruntukkan untuk membacanya (kamu ada rasa skit pinggang tak lepas tu? hihihi) sepertinya, ucapan terima kasih saja tidak cukup untuk saya gambarkan tentang apa yang saya ingin luahkan pada kamu saat ini. tapi, saya betul-betul berterima kasih dengan apa yang kamu ceritakan disitu.

kamu juga punya blog bukan? maka kamu juga sudah merasa bukan kepuasan bercerita di sini. lansung tiada sesiapa yang menyampuk. lansung tiada siapa yang mencemuh (kalau ada pun, bukannya kita tahu kan?) bak kata miss_tree, kamu pasti ketagih nanti. hehe.. tak usah risau pada sesiapa yang bosan membacanya kerana andai dia bosan, persilakan saja dia keluar dari situ. tak usah bimbang atau takut-takut ada yang mengantuk membaca cerita kamu kerana kalau dia mengantuk, pesan padanya sila tidur dahulu dan sila sambung baca bila bangun nanti. dan seandainya ada pula yang mengutuk-ngutuk tentang penulisan kamu, tunjukkan saja pada dia butang close itu. hey, ini kan tempat kita. maka kita punya sepenuh kuasa untuk menentukan pentadbirannya. samada secara kuku besi ataupun penuh diplomasi.

kadangkala, kita menulis bukan untuk orang lain. kita bukan menulis untuk orang-orang di sekeliling kita (walaupun kadangkala topik entri kita berkaitan dengan mereka) kita menulis untuk diri kita. kita menulis untuk melahirkan apa yang kita rasa. kita menulis untuk menzahirkan apa yang terpendam di dalam. kita menulis untuk berkongsi apa yang kita tahu. kita bercerita disini tentang kisah-kisah gembira kita. kita merintih disini bila kita disakiti. disini ada pengakuan tentang rasa bersalah kita pada sesuatu. di sini wujud penghargaan pada segala pengorbanan serta pujian walaupun ia hanyalah sebaris ayat.
bintang hati..
saya juga seronok kenal kamu di ‘sini’. saya juga masih belajar sebenarnya. belajar tentang struktur muka bumi dunia ini yang sering saja berubah-ubah. perlu sering agar langkah saya nanti tak tersandung dan saya tidak sesat. selamat datang untuk kamu.


untuk andes..
kadang-kadang bila waktu terbabas, kita makin tenggelam dalam dunia sendiri. kita mula diikat dengan komitmen-komitmen orang-orang dewasa. kerja. rakan-rakan. cinta. keluarga. saya bukan katakan tentang kamu, shani atau mielia sahaja. saya juga begitu. dan bila sesekali bertemu, waktu itu saya kira komitmen-komitmen yang terikat kuat itu seakan terungkai. kita seakan-akan kembali ke zaman riang ria kita. dan rasa riang itu.. kadang-kadang teroverload. hehe.. ah, tak mengapa. bukan selalu kan? maka saya kira, untuk saya bercerita tentang kisah sedih saya.. oh tidak.. itu bukan masa yang sesuai. lansung tidak sesuai. masakan waktu kita enak-enak menyuap banana split dan saling bertukar pinggan berisi spagethi, sandwich dan sizzling mee saya membuka cerita tentang permasalahan saya. tidak seronok bukan bercerita tentang kisah-kisah kesedihan waktu itu. saya sendiri merasakan aktiviti itu tidak menjana hormon-hormon riang saya, lagipun, waktu jumpa kalian ialah waktu untuk saya berseronok dan bergelak ketawa. malah saya telah sangkutkan rasa segala rasa sedih, rasa tertekan, rasa tidak puas hati saya di kepala katil saat mahu keluar jumpa kalian.
so, aan dear..
menjawab komen kamu itu.. bukan saya tak mahu bercerita. dan bukan juga saya mahu menyembunyikan apa yang saya rasa. tapi kadang-kadang masa nya tak sesuai. saya bukan nya meletakkan kamu di belakang. cuma saya tak mahu mendepankan kamu dengan masalah-masalah remeh saya. kamu jangan risau, segala cerita yang hebat-hebat pasti akan saya kongsi bersama kamu. cerita-cerita yang kamu tertinggal.. itu hanya cebisan-cebisan kecil kisah-kisah klasik.
sejujurnya, tembok besar itu sentiasa ada. tapi untuk kamu, bukankah ada pintu kecil di hujung tembok itu. malahan tidak berkunci. sengaja saya tidak kuncikan supaya senang untuk kamu masuk. kamu tak perlu melompat tinggi-tinggi dear..
ahh.. rindunya pada kamu saat taip entri ini… huhuhu..

Monday, December 03, 2007

dia, davidoff

dia
apa... kerja-kerja membaiki sinki bilik air yang tersumbat itu satu kerja yang terlalu rumit sehinggakan.. dia lansung tidak percaya yang seorang perempuan boleh menanganinya tanpa bantuan orang lain..

davidoff
bau davidoff cool water for women ini sedikit tidak selesa, terganggu dan penuh dengan perasaan yang menyesakkan.. lemas!!

Thursday, November 29, 2007

pen biru yang kehilangan

tapi ku percaya semua telah tertulis
dan niat suciku takkan disiakan

dan di suatu masa di hari yang indah
ku hulur tanganku lalu kau terima


tengok.. bukan saya saja yang suka menunggu suatu hari yang indah.. nyanyian m nasir dalam lagu ini juga begitu.. kerana hari yang indah itu sememangnya sesuai untuk segala-galanya hatta suatu perkara yang perit sekalipun. okey, jom sambung nyanyi..

menatap indahnya senyuman diwajahmu

ini lagu yang saya ulang sejak semalam. saat saya tenggelam dalam laporan collection ageing yang vip code nya sedikit mengelirukan, lagu ini yang menemani saya. saat saya ditimbun dengan angka-angka 0 hingga 9, lagu ini yang mengingatkan saya pada huruf-huruf A hingga Z

aku ingin engkau selalu hadir dan menemani aku
disetiap langkah yang meyakiniku


lagu jiwang? hehe.. mellow-mellow sikit sahaja. esok kita dengar lagu ini yer

superman don't fly
they did it all with strings
Elvis Presley died
they deep fried the king

tajuk entry ini, lansung tiada kaitan dengan entri nya. sila abaikan. saya cuma teringatkan pen biru kegemaran saya dahulu yang hilang di KL Sentral.

Tuesday, November 27, 2007

entri di pagi hari

jarang saya update blog ini seawal pagi

mungkin ini semua disebabkan kebangkitan rasa riang tanpa sebab hasil daripada rasa manis minuman ice cream soda yang saya sedang nikmati sekarang

owh, dan tak lupa juga suara ezad exist yang sering buat saya jatuh cinta pada semua yang ada dalam dunia saya

*senyum

Monday, November 26, 2007

ini report PD trip tempoh hari

okey, ini report trip ke PD hari itu. maaf, susun bahasa entri ini tak seperti yang biasa saya gunakan dalam entri-entri sebelumnya. tak kisah la kan.. kamu baca saja yer??

sabtu pagi tu.. seperti yang dah di plan., semua kena berkumpul satu tempat. so port pertama kami di bangunan wisma Time. dari wisma Time kami mula konvoi dan next check point is tol sungai besi. (read: depan dunkin donut dan KFC) itu adalah bertujuan pada siapa-siapa yang bawak duit lebih boleh beli donut dan ayam kfc. dari sungai besi, and yes, mmg ada orang bawak duit lebih. dari tol sungai besi, kami terus jer sampai ke tol port Dickson. and kat situ sekali lagi berhenti. sajer. bagi keta rehat-rehat sikit and tunggu saper-saper yang tertinggal. so dari tol pd tu dah tak der stop dah. terus je lah sampai eagle ranch.

alhamdulillah jalan ok. cuaca pun baik. so, lepas last stop kat tol pd, kitorang teruskan perjalanan. tak lama lepas tu nampak signboard Tiara Beach Resort. okey, kalau ikut map, dah dekat la ni. tapi sebenarnya, signboard tu tulis Tiara Beach Resort…. 7 km. owh, ok.. so maknanya Eagle Ranch is 7 plus plus km lgi.. huhu.. jauh lagi rupanya. but abg ghani (read: husband kak yati) dgn coolnya driving.. then lepas tu nampak signboard Eagle Ranch… 2.5km hinggalah nampak signboard Eagle Ranch 500m.. yeay, dah dekat nak sampai!!
belok-belok jer.. dah ada kereta kuda tunggu kat depan.. but unfortunately, tak de kuda yang menanti. time sampai tu, dah ramai yang ada. semua berkumpul kat tempat reception. ada yang datang dgn husband, dtg dgn wife and bawak kids. so, kat situ activity berkenal-kenalan secara tak rasmi la..

lunch
lunch hari tu is being served by eagle ranch. the food was ok. after lunch kitorang semua dapat kunci. masuk bilik masing-masing. and kitorang yang duduk kat dorm ni mulalah bising-bising pasal saper nak tidor atas and saper nak tidor bawah. haa.. sesaper yang gayat tu baik ngaku cepat. sempat rehat sekejap and lepas tu siap-siap untuk pegi main telematch.

telematch.
pukul 3.30 semua dah kena berkumpul balik untuk main game. masa ni semua dah pakai baju ikut kaler team masing-masing. team Time Outlaws kaler merah. team Los Lobos kaler kuning. team Wild Wild West kaler hijau anda lastnya team Desperado kaler itam.. (ini team saya tau!!!)
acara pemanasan badan dilakukan sendiri-sendiri. tak de instructor tapi nampknya ia lebih kepada warm up muka. sebab semua duk sengih-sengih untuk ambik gambar jer..
first game... balloon buster
game first is balloon buster. alaa.. game yg korang ikat belon kat kaki pastu korang pegi pijak belon orang lain tapi kena selamatkan belon korang. masa ni macam-macam suara yang kluar. ada yang tak kena kejar pun sibuk duk jerit-jerit. semua orang tak jadi nak kejar mengejar sbb duk tengok dia duk lari-lari sambil jerit-jerit ala-ala cter zombie kampung pisang sorang-sorang.. then, bila dia berenti (konon-kononnya nak ilangkan penat) “boom!!” belon dah kena pijak kat orang lain. “oit..oit.. sape punya belon dah meletup tolong keluar..” the last two heroes are from group Wild Wild West and Desperado. punyalah sporting diorang ni, dua-dua siap boleh ‘chup-chup’ ala-ala coca-cola lagi. berehat sekejap ambik nafas sebelum sambung main balik. last-last.. group Desperado yang menang. yieehaa!!!


second game.. cucumber relay
game dia.. korang kena kepit cucumber kat peha.. n bawak lari kat orang seberang sana. lepas tu the next person kena ambik cucumber tu the kepit n bawak dia kat orang sebelah sini pulak. haaiiippp… bawak cucumber pun bukan senang tau. kena lari-lari pulak tu. dah la tu kalau jatuh, kena kutip balik. then sambung kepit. so, macam-macam la cara yang dilakukan untuk bawak cucumber ni dengan selamat dan juga cepat. serta tak lupa juga suara-suara yang keluar sewaktu mengepit cucumber. okey.. cter cucumber ni tak boleh nak elaborate panjang-panjang sangat.

third game... cunny sack race
lari dalam guni. ini dah biasa la kan.. masuk dalam guni and lari laju-laju. jatuh tergolek tu.. biasala. yang lari comel-comel macam rabbit pun ada.. those yang selalu main mesti dah tau mcm mana tak nak kasi jatuh time lari dalam guni ni. cara dia.. make sure kaki duduk kat bucu guni tu.. so, x delah jatuh kalau lari laju-laju pun.

fourth game... tug of war
Tug of War a.k.a tarik tali. game ni semua dah tahu kan? game ni buat 2 round. then yang kalah lawan kalah and yang menang lawan menang. yang masuk final is desperado dengan wild wild west. team wild wild west memang power. mmg kitorang (read: desperado) tak sempat nak tarik lansung. pegang tali tu kuat-kuat pun rasa mcm tali tu yang tarik kitorang sama. tiba-tibe jer “alamak, kak maz dah jatuh.. “ so, otomatik Desperado jatuh nombor dua. lepas game, semua duk mengadu sakit lengan and ada yang sampai merah-merah and lebam-lebam. isk..isk.. kesian

game grand.. treasure hunt
okey, ini yang best and paling happening and paling dramatic.
satu group kena kumpul 6 sampul surat and also kena jawab soalan dalam sampul surat tu. sampul surat pertama dapat kat padang. so, untuk team kitorang next check ialah dekat kandang kuda. mula-mula tu gerun jugak tengok kuda besar-besar. and diorang pun dah bising-bising. takut kot.. carik punya carik sampul surat tu at last jumpa kat celah tiang. so, arahan dia kitorang kena senaraikan semua nama kuda and makanan yang dia makan. sementara ahli-ahli kumpulan wanita duk menyalin nama-nama kuda, ahli-ahli kumpulan laki dah lari ke check point nombor dua i.e tepee (rumah tumpangan tapi bentuk dia mcm rumah red Indian) time kitorang sampai tu, diorang dah jumpa sampul surat kedua and arahan dia is kena carik anak panah. so semua orang duk pusing-pusing carik anak panah. ada yang carik anak panah bentuk ‘arrow’, ada yang carik anak panah tapi tak leh imagine macam mana rupa anak panah yang dia cari. but semua duk pusing-pusing setiap tepee, carik celah-celah pokok bunga. last-last nas yang nampak. anak panah tu terpacak kat atas atap. ooo.. betul la abg hasnul cakap.. suruh tengok dekat bahagian atap. nasib baik nas tinggi, so dengan senangnya dia nampak and capai. nak harapkan kitorang, tak tercapai akal mu la..
next check point.. hall yang paling besar. tanya orang-orang kat situ, diorang kata hall dekat padang. okey, so kitorang pun lari-lari la pegi hall. carik sampul surat. even dah tau sampul surat tu diorang letak kat luar dewan, tapi semua tetap nak masuk dalam dewan. satu sebab tak puas hati and satu lagi sebab kad dalam hall tu ada air cond. wuhuuuuu.. bestnya.. check point sini memang pening. punyalah banyak kali kitorang tawaf hall tu tapi tak jumpa-jumpa jugak. sampai bawah tong sampah pun kitorang tengok tau. sampai dah rasa mcm nak give up jer.. lagi lah masa tu tgk ada satu team tu dah lari-lari sampai padang. haaa??? diorang dah siap ke? huhuhu.. kalah lagi.. tapi rupa-rupanya tidak. diorang silap ambik sampul sebenarnya. and mulalah muncul segala macam teori-teori konspirasi sabotaj dan yang sewaktu dengannya. urgh.. main treasure hunt pun boleh timbul konspirasi. hebat!!! tapi entah apa yang geng-geng lelaki team kitorang buat, tiba-tiba jer diorang jerit suh pegi dorm. so kat sini, kitorang kena carik tiga jenis bunga berlainan warna and lepas tu lari balik ke swimming pool. okey… okey.. bukan kena mandi. tapi carik sampul surat lagi. penat la carik sampul surat ni.. knape la dalam team ni tak de posmen sorang. kalau tak, mesti senang. yang kelakarnya.. kitorang dah tau apa yang kena carik kat swimming poll ni i.e bola ping pong and bola golf. and yang best lagi, bola golf dah dapat. (hahaha.. jangan tanya mana kitorang dpt bola golf ni.) lepas tu jumpa bola ping pong dalam pasu bunga. last sekali baru jumpa sampul surat. okey, itu sampul surat last. sib baik ada kak maz and kak sue.. diorang yang tolong susun semua sampul surat and jawapan.
bila smpai dekat padang, semua orang lari laju-laju. ala-ala explorace. yelah, team first.. mestila excited. lepas semua sampul surat kena kutip and semua bunga, anak panah, bola golf, bola pingpong and senarai nama kuda tu kena kumpul.. termaktublah team Desperado menang. yieehaa!!! so sementara menunggu team lain sampai, kitorang sembang-sembang and kalau ada team mana-mana lalu.. mulala kena sorak.. hahahaha.. giler berlagak!!
then one by one team sampai. and masa ni sekali lagi timbul isu-isu konspirasi. huhuhu.. but kitorang tengok jer.. yelah, tak de kaitan.. tak payahla menyibuk.. tapi, bising jugakla padang tu dengan suara-suara tak puas hati. moreover, salah sorang yang bersuara tu lawyer.. so dia buat mcm dlm court la.. siap panggil-panggil saksi lagi.. masak!!
tapi sekejap jer… lepas tu reda balik. hey… ini stakat treasure hunt je lah.. bukan nk kejar customer mintak utang or suh naik court. lepas tu semua balik bilik masing-masing and siap-siap untuk dinner.

dinner
waahhh.. tak tahu apa yang terjadi kat bilik-bilik lain.. tapi kat dalam girl’s dorm, mmg bising. semua duk pakat-pakat adjust baju sesame sendiri. thanks to ida yang telah me’request; iron untuk kitorang and u girls pun should thank to me sbb tolong gosok baju korang (pls refer to kak maz n ida). huhuhu.. raging mcm duk dalam asrama jer. hehe.. gurau jer. so, bila semua dah siap.. keluarla kitorang pegi tmpat dinner. dah ada orang.. eh, silap.. dah ada koboi-koboi lain. nas dah ada (patutla nas smpai awal.. dia naik kuda) hafiz yahaya pun sama.. (dia tumpang nas kot) nuar pun ada.. (ini anak koboi nakal. siap bawak lastik getah lagi) then makin ramai yang datang..eh..eh.. kejap.. cik bai ni datang malam koboi ke malam dikir barat. sekali tgk mcm rockers pun ada cik bai ni bila dia ikat key kat kepala. majlis start dgn ucapan azry.. lepas tu pass kat mr lawrence then pass to mr william. bagus la bos ni, cakap sikit-sikit jer. lepas tu.. apa lagi.. makan la.. menu mlm tu is bbq ayam, udang, sotong, ikan n kambing. appetizer salad dgn mushroom soup. then ada chinese fried rice, sapgetti carbonara, mashed potato and for desert ada buah beserta pudding and jelly. dinner malam tu selang seli dengan game. hohoho.. ada game lagi?? tapi ini simple-simple game jer lah. main teka-teka nama lagu, nama movie and big-big person. but org yang buat action tu tak boleh cakap la. kena buat action jer. after game tu.. ada satu lagi game. konsep sama tapi kali ni teka nama collegue. haa.. masa ni terkeluar la segala trademark masing-masing. korang jgn terasa ek.. gurau-gurau jer ni.. lepas tu acara bagi-bagi hadiah untuk ‘exchange gift’. exchange gift?? apa tuh? okey, mcm ni. sebelum dtg sini, kitorang kena cabut satu nama. n then, kena beli sumthing untk nama yang kita cabut tu. budget dr rm5 ke atas. so, mlm tu baru distribute adiah tu kat tuan punya badan. ada kotak kecik.. ada kotak yang gedabak punya besar.. mcm la.. lepas tu ada lucky draw.. hehe.. ni yg best ni. me menang tau!!! dapat blender. hahaha!! hey, blender pun bertuah la tu.. malam tu jugak ada anugerah Best Dress. Best Dress Female goes to Kak Ira. Best Dress Male goes to Nas dengan kuda dia. Best Dress Kid (boy) goes to Rafiqin (anak kak fizah) and Best Dress Kid (girl) goes to Ain (anak kak ira) kak ira, len kali suh abang hasnul pakai lawa2 skit. baru satu family menang. hehehe..

so.. that is the end of dinner. semua orang dah penat. anak-anak kecik pun dah ramai yang ngantuk-ngantuk. so, tamat citer dinner koboi. owh, lupa.. sebelum balik tu biasala.. aktiviti bergambar mambar dengan sepenuh hati. balik dorm tu.. semua terus pengsan. huhuhu.. penat yer.. kesian..

breakfast
breakfast pagi tu.. scramble egg, sosej, porridge, cereal, mihun and nasi goreng. lepas breakfast, leisure time. so, saper nak main go kart boleh pegi main go-kart. sape nak bawak anak naik kuda boleh bawak anak naik kuda. sape nak gi mandi boleh pegi mandi kat swimming pool (giler best nih!!)

lunch
kali ni keluar lunch siap bawak beg masing-masing. lunch and acara bagi hadiah untuk setiap team. okey, ini result overall.
1st : Wild Wild West
2nd: Desperado
3rd : Los Lobos
4th:Time Outlaw
so, lepas dapat hadiah msng-masing, kitorang pun mulalah meninggalkan perkampungan koboi ni. dah abis ke??
haiiippp… belum lagi
ada lagi???ada..

konvoi rumah kak azura
okey, ini acara tambahan. one of our collegue jemput pergi rumah dia. kebetulan rumah dia kat seremban, so dah kira dekat la. so, kitorang konvoi sekali lagi ke rumah dia. tapi tak semuala, ada yang terpaksa balik awal. sampai rumah kak zura, kena jamu lagi dengan mihun goreng mak kak zura masak. sedap tau!!! okey, enuff activity mengisi perut. lepas tu semua mula beransur nak balik. thanks again to kak zura sebab jemput pegi rumah dia and jamu kitorang dengan mihun goreng. so,dari rumah kak zura semua dah split. ooo.. mentang-mentang la semua tau jalan nak balik kl terus pecut sorang-sorang ek? tak pelah.. asalkan semua selamat. lagipun esok tu jumpa korang lagi..

okey, itu je report trip to eagle ranch. even sekejap jer, tapi banyak sangat benda-benda to treasure on..

nota-nota kecik
captain team Desperado.. punyalah bersemangat dia dengan team sendiri. alih-alih masa telematch, baju dia yang tak ikut piawaian. org pakai hitam dia pakai blueblack. adoii!!

my phone ilang. tapi sekejap. thanks to shah yang jumpa and pulang balik the lovely Samsung. huhuhu.. memang tak tentu hala jugak masa mula-mula ilang tu. (hey, ini telefon pakai duit ayahanda tau!!) and also thanks to person yang dapat sms dari shah and terus call and bgtau saya yang phone ni ada dgn shah. punyalah jauh si shah ni antar sms. sampai ke penang. padahal, saya ada je dekat-dekat situ. tak kisah la… tapi, time kasih yer awak!!! susah-susah jer telefon and then follow up pasal phone tu..

hari Isnin selepas balik dari eagle ranch.. ada yang terpaksa ambik mc.. ada yang demam.. tapi ada jugak yang rilex jer datang keje.. salut la kat korang
kat eagle ranch tu ada sekor kuda yang nama dia sama dengan nama one of comittee member kitorang. huhuhu.. angin jer dia bila orang duk kacau dia
time game malam.. bad punyalah merah muka bila kak azura paut lengan dia and bawak jalan-jalan. eh.. eh.. jangan salah paham. ini semua sebab lagu yang kak azura dapat is Seiring Sejalan. so, terpaksalah pinjam bad untuk berjalan-jalan. bad.. cool bad.. cool..
there's a few pics yang dah di upload oleh kakak opis saya. sila ke blog ini.

Thursday, November 22, 2007

bintang di langit - II

kalau ikutkan hati.. mahu saja saya pinjam magic stick sesiapa sahaja dan tukarkan dia menjadi bintang. biar dia berdiam di atas sana. agar tak mengganggu waktu siang saya. dan tak menghantui waktu malam saya. biar saja dia bersinar-sinar di langit waktu langit berwarna gelap. sekurang-kurangnya, masih ada lagi cantiknya yang saya bisa nikmati (andai saya mahu) dan masih ada lagi sinarnya yang saya bisa hayati (andai saya sudi) dan seandainya saya tak mahu dan tak sudi, pasti ada insan lain yang mahu dan sudi. ish.. rugi betul saya tidak kirimkan dia pada sheikh muszaphar tempoh hari.

tetaplah menjadi bintang di langit
agar cinta kita akan abadi
biarlah sinar mu tetap menyinari alam ini
agar menjadi saksi cinta kita berdua
yer.. saya pernah selitkan lagu ini dalam entri yang terdahulu. saat saya sendiri tidak mengerti dengan apa yang saya rasakan. saat saya sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang saya inginkan. saat saya in the middle of nowhere. tapi itu dulu. suatu masa dulu. waktu ini saya tahu di mana saya berpijak. saya yakin dengan apa yang saya inginkan. cuma lagu ini cukup membuai-buai dan buat saya selesa.
Lalu bapakmu akan berkata, bintang tak pernah secantik tampakannya, tak sedekat yang kita duga. Ia cuma penghias panas malam para pemimpi. Tapi aku mau terbang. Aku mau menyentuh bintang. Jika ujung jariku melepuh, akan kubelah lima. Dan pulang dengan sepasang tangan berjari lima puluh.
ini petikan dari novel Cala Ibi karya Nukila Amal. novel Indonesia. ah, saya tak akan sesekali terbang ke sana untuk menyentuh bintang. kerana saya tahu hakikat yang ianya terlalu tinggi untuk saya gapai dan terlalu jauh untuk saya sentuh. maka sebab itu jugalah saya mahu tukarkan dia menjadi bintang. supaya dia tinggi dan jauh dari saya. tapi saya masih lagi boleh memandang dia dari bawah di saat saya mahu.
nyata bintang tak kan jatuh ke bumi
namun kita kan jatuh cinta
lirik lagu Ku Impikan Bintang. salah satu lagu Sean Ghazi yang saya suka. suaranya, muziknya cukup cantik untuk lagu ini. tapi kan.. usahkan bintang.. daya tarikan graviti pun tiada kaitan untuk jatuh cinta. maka tak perlu tunggu bintang jatuh ke bumi untuk jatuh cinta.

hehe.. entah apa yang saya coretkan ini. semua tentang bintang. tapi saya masih lagi mahu meneruskan niat menyihirkan dia supaya bertukar menjadi bintang. tapi, sebenarnya kan.. andai ada dia dibawah sekalipun, dia bukannya mengancam saya. lansung tidak memberikan sebarang bahaya kepada saya. cuma, saya yang tidak suka dia disini. selfish sungguh!! hahaha

Wednesday, November 21, 2007

update

vip code 195 had been removed from Corporate list and had been inserted in SME list

ini update terbaru list vip code saya. seperti biasa, menjelang hujung bulan saya dihambat segala macam kerja. masih tak punya ruang untuk menulis report tentang trip pd tempoh hari.

saya resah bila tak bercerita di sini. seperti tak sempurna..

Friday, November 16, 2007

jumaat yang sejuk.. dan nyaman.. serta penuh drama

hari jumaat. langit mendung. udara sedikit nyaman. ditambah pula sekarang ni saya diselimuti atmosfera lagu buat sang puteri nyanyian kumpulan spider. nyaman sampai ke jiwa. sedikit sejuk. mungkin sebab cuaca. dan di tambah pula dengan kedudukan saya di bawah lubang aircond. tak mengapa, semoga lemak-lemak di badan akan mencair dengan lebih banyak. amiinnn..

semalam saya terima dua surat. salah satunya undangan perkahwinan teman sewaktu di mrsm dahulu. resepsi di wangsa maju. insyallah saya hadir. dan satu lagi surat yang saya terima.. hehehe.. awal-awal lagi saya sudah tersenyum waktu membelek-belek sampulnya.
ada mesej “ini bukan kad jemputan kawen” dengan tulisan kecil yang amat di tepi sampul surat. isinya hanya sekeping kertas A4 putih bertulisan tangan dakwat pen warna biru. oh, lupa.. ada sekeping sampul duit raya. dan di dalamnya memang ada duit raya. lumayan!!

okey, pengirimnya.. teman sekuliah sewaktu di universiti dulu. dulu kami bukannya rapat sangat. sekadar bertegur sapa andai berselisih. dia bukan antara ahli kumpulan bunga merah saya yang selalu menjadi teman makan malam, atau teman jalan-jalan di komtar atau perangin mall ataupun teman makan malam grand di SG2 setiap kali berjaya menghantar assignment. mungkin kerana jarak asrama kami yang agak jauh beserta pilihan pengkhususan yang berlainan buat kami sedikit jauh. (read: sedikit) tapi sesekali bila punya waktu terluang, kami pasti bersembang dan bercerita tentang apa saja yang best waktu itu. ok.. surat tadi.. yang dia namakan ‘surat cinta’. surat cinta?? hehehe.. (read: perempuan ini memang suka bikin havoc) saya rasa sudah lama saya tidak menerima kiriman surat melalui pos. (diulangi : surat. kad raya, kad hari jadi dan segala jenis kad tak termasuk yer..) seingat saya, surat terakhir yang saya terima melalui pos ialah kiriman encik na***. hmm.. saya masih ingat surat itu. dan surat-suratnya yang lain. beserta isi-isi kandungannya. okey, cut!! berbalik pada surat yang saya terima semalam. tiada apa sangat dalam surat cinta ini. . lansung tiada sebarang kata rindu dan ucapan sayang, masakan surat ini dipanggil surat cinta?? hanya menyatakan tentang kebosanan dia dan mula menyuruh saya mengupdate tentang diri saya padanya memandangkan dia seorang penyimpan gossip bercop mohor besar batch kami. macam-macam betul budak ni. mami jarum betul cik kak sorang nih. zleenz, nanti aku balas surat hang tau!!

pagi tadi.. dapat lagi kerja baru. kerja ini perlu saya laksanakan pada setiap awal bulan.. kerja yang ringkas tapi perlu deal dengan bahagian finance treasury.. perlu deal dengan customer billing assurance.. perlu jumpa bos-bos.. aduhai.. tapi tak mengapalah, saya disini memang untuk bekerja. bayaran setiap 26 haribulan yang saya terima juga disebabkan kerja-kerja yang saya buat. maka, buat saja apa yang patut bukan? mujur bulan ini sudah menjangkau pertengahan bulan. maka saya punya dalam dua minggu untuk belajar memahami segalanya tentang kerja baru ini. semga semuanya berjalan lancar.

owh, cuti dua hari saya sudah diluluskan. satu hari pada 17 dec dan satu lagi pada 21 dec. cuti tahunan saya masih lagi berbaki 4 hari. itu saya simpan jika ada hal-hal kecemasan atau tidakpun, bawa ke tahun hadapan. kenapa bercuti? 17 itu tiada sebab yang khusus. cuma saya merasakan tidak mahu bekerja pada hari itu. (hehe.. boleh tak?) 21 itu pula sambungan cuti hari raya haji. niat di hati mahu menyambung sekali dengan hari krismas, tapi mengingatkan kerja-kerja tetap saya pada setiap hujung bulan, saya batalkan cuti berpanjangan saya itu. tak baik tamak-tamak.

soalan petang semalam : tanya pada dandelion juga dia tak tahu. kamu tahu apa yang ada di hujung pelangi?
saya jawab : aiskrim paddle pop pelangi. ngee!!

Thursday, November 15, 2007

cerita semalam

mahu bercerita tentang semalam..
awal-awal pagi masuk ofis, saya terpaksa mengangkut barang-barang ke tempat baru. yer, pindah. semua ahli kumpulan bunga merah terpaksa dipindahkan dari kutub utara merentasi garisan khatulistiwa dan akhirnya sampai kutub selatan. ‘terpaksa berpindah’: kerana ini bukannya pilihan hati kami. maka tempat baru ini umpama sebuah perkampungan dengan ketua kampungnya berada di belakang sekali. memerhatikan aktiviti-aktiviti penduduk kampung yang lain. “haa.. kamu jangan nak curi air jiran sebelah!!”

dan cerita donut semalam.. urgh, saya masih terasa rasa manis nya. terlalu manis hingga buat saya pening kepala. okey, jangan tanya saya kenapa saya.. yang lahirnya di negeri cik siti wan kembang.. yang terkenal dengan makanan-makanan manis.. tidak sukakan makanan manis. (read: aiskrim dan gula-gula terkecuali) saya jarang minum air manis. andai dirumah bila bonda menyiapkan sarapan, pasti ada satu mug air susu beserta nestum untuk ayahanda, nescafe kurang manis untuk bonda, nescafe manis untuk sang teruna sulung, kopi pekat untuk sang teruna bongsu, dan untuk saya.. hanya mug kosong dan sebekas air kosong dari peti ais. kasihan kan.. sepertinya saya ini berpenyakit diabetes tahap tinggi.

hmm… apa lagi tentang semalam

owh, meeting tentang trip ke port dickson hujung minggu ini. semua orang seperti begitu teruja. sudah ada kumpulan, sudah ada ahli kumpulan dan sudah ada nama kumpulan. dan tak lupa juga sudah mula ada aura-aura zaman cowboy di sekitar perkampungan kami. poster-poster “wanted’ beserta dengan gambar dan tak lupa juga nilai ganjaran juga mula diedarkan pada orang ramai. salah satu dari mesej yang tertera “The Murderer is still at Large”
kenapa aura cowboy? kerana tema dinner malam ahad itu ialah rodeo night. maka sekarang ini semua orang sibuk mencari topi koboi, jaket koboi, but koboi dan segala macam barang-barang koboi lagi. saya mahu cari kuda boleh?

semalam.. apa lagi yer..

ahh.. lampu telefon ini selalu saja menyala-nyala. saya sambung nanti..

Wednesday, November 14, 2007

donut yang terlalu manis

saya ingin menulis sesuatu yang gembira.. tapi tak punya banyak masa..
pagi tadi sibuk berpindah ke tempat baru.. dan sekarang pula.. sibuk menghabiskan donut manis.. yup.. terlalu manis..

Monday, November 12, 2007

Sepotong Senja Untuk Pacarku

"Kukirimkan padamu sepotong senja yang lembut dengan langit
kemerah-merahan yang nyata dan betul-betul ada dalam keadaan yang sama seperti ketika aku mengambilnya saat matahari hampir tenggelam ke balik cakrawala."


"Alina yang manis, paling manis, dan akan selalu manis,
Terimalah sepotong senja itu, hanya untukmu, dari seseorang yang ingin membahagiakanmu."


saya masih lagi tak jemu-jemu mengulang baca cerpen ini karya Seno Gumira Ajidarma.. tersenyum bila membayangkan tentang kiriman senjanya pada Alina..

aduhai Alina.. pasti kamu bahagia bukan?

Friday, November 09, 2007

amrin, saya jawab tag kamu!!

question: list down five simple things in your wishing list

1. saya mahu mug. mug yang besar. yang boleh mengisi air dua kali mug saya sekarang. nescafe saya selalunya boleh habis dalam masa setengah jam sahaja. saya mahu mug yang boleh mengisi nescafe saya untuk satu jam.

2. saya mahu hairdryer Panasonic warna fuschia. dua sebab. pertama, hairdryer sekarang sudah tak mampu berfungsi sepenuhnya. kedua, warnanya cantik bangat!! sedondon dengan warna sikat rambut saya. hihihi..

3. saya mahu bracelet warna emas dan hitam. pernah terlihat sekali di kl sentral. ia seperti gelang kaum india yang perlu di belit-belit di tangan. tapi rekaannya tidak lah terlalu ‘grand’. hanya manik-manik kecil seakan mutiara berwarna kuning emas metalik dan hitam yang disusun berselang seli. tapi waktu itu kewangan saya terhad. padahal tidaklah semahal mana. tapi entahlah, berat untuk beli waktu itu. maka saya hanya memandangnya. bila sudah punya duit, saya kembali mencarinya. tapi sampai sudah saya tak jumpa.

4. saya mahu bateri jam fossil (jenis big tic). dua biji yer.. fossil saya kehabisan bateri. banyak kali berulang ke kedai jam di KLCC dan tak lupa juga kedai-kedai jam lain. tapi semuanya tiada. kehabisan stok. itu alasan utama. tak suka!! atas sebab itu, saya terpaksa memakai jam tangan lain. jam tangan yang jarum saatnya selalu buat saya terjaga dari tidur waktu malam. saya memang tak betah mendengar sebarang bunyi waktu tidur. tapi jam putih ini.. aduih.. bila terjaga akibat bunyi jarum saatnya, saya akan masukkan dia ke dalam laci dan menguncinya. tapi secara logiknya, kalau tak kunci pun jam tu tak kan keluar kan?

5. saya mahu sebuah balang kaca yang besar warna biru untuk saya pindahkan pokok saya. pada mulanya, pokok ini hanya ada dua daun. kini, makin banyak daun-daun serta tunas-tunas yang keluar dan saya kira bekas sekarang sudah tidak memadai untuknya.



siap!!

Wednesday, November 07, 2007

che amid dan lampu hijau pemalas

mengikut perancangan awal.. ‘calling list customer’ adalah perkara pertama yang perlu saya siapkan pagi ini. baki 1593 acc itu perlu diperiksa sama ada sudah di hantar surat peringatan atau belum. jikla sudah, maka langkah seterusnya ialah memotong talian (bunyi nya seperti kejam bukan? tapi siapa suruh kamu tak bayar bil?)
tapi sejak dalam tren lagi.. perasaan teruja untuk bercerita di sini amat tinggi.
membuak-buak..

cerita saya :


saya berdiri di situ. memandang tepat ke seberang. menanti. sesekali menoleh ke kiri dan ke kanan. kemudian ke hadapan semula. berharap lampu di hadapan akan cepat hijau supaya saya dapat melintas dengan selamat. tapi seperti biasa, lampu itu suka sangat merah lama-lama.
ayahanda di sebelah. memimpin tangan saya. cukup erat. menarik saya supaya seiring dengannya, berjalan bersama melintasi jalan itu. sampai di seberang sana, saya berdiri pula di situ untuk seketika. memerhatikan ayahanda melintas seorangan kembali ke seberang jalan.

cut!!

okey, itu bukan kisah saya melintas jalan lapan belas tahun yang lepas. bukan juga kisah saya melintas jalan waktu-waktu saya bersekolah dahulu. itu kisah saya melintas jalan pagi ini. yer, baru pagi tadi situasi ini berlaku. seorang ayah memimpin saya, yang bukan lagi berusia tujuh tahun, bukan juga berusia tujuh belas tahun. tapi saya yang berumur dua puluh empat tahun, sepuluh bulan, dan dua puluh satu hari (saya harap kiraan saya betul :p)
waktu melintas itu saya khabarkan padanya
“macam time kecik-kecik dulu jer.. papa bawak lintas jalan nak tunggu bas”
dan kami sama-sama ketawa.

cerita sebenar:

lazimnya, saya akan melintas seorangan. ayahanda hanya akan memerhatikan saya dari atas BDY**32 nya. bila saya selamat sampai ke seberang jalan baru dia pulang. dan perangai saya.. saya akan berdiri di situ sehinggalah lampu itu hijau. ada ketikanya, tiada kereta lansung dan saya boleh saja melintas dengan selamat. tapi entahlah, saya lebih suka menunggu lampu itu hijau untuk melintas. regardless of how much time I have wasted by standing there and waiting for the green light..

hari ini, ayahanda punya agenda di pejabatnya. dan dia perlu sampai lebih awal dari biasa. itu yang bonda sampaikan pada saya waktu saya menikmati nasi gorengnya. maka atas sebab perlu sampai awal itu, pagi ini, dia sendiri yang menolong saya melintas jalan. kerana dia tak sanggup menunggu dan melihat saya menunggu lampu hijau yang entah berapa lama baru mahu hijau.
hahaha!!


hey, saya dapat necklet baru. kali ini warna kelabu. (read: ini hanya ayat penyata)

Tuesday, November 06, 2007

sms obor-obor

bulan nampak cantik di langit. awak buat apa? tangkap obor-obor?

yer.. yer.. encik spongebob, jom tangkap obor-obor bersama-sama

Friday, November 02, 2007

twiggies ~ aiskrim vanilla ~ hadifaza ~ troy

hmm.. pagi ini, menu breakfast saya ialah twiggies coklat yang disapu dengan aiskrim vanilla yang mewah dengan rasa yang tekstur. uuhhh.. saya merasakan dunia hari ini cukup indah tatkala rasa twiggies yang lembut itu bersatu dengan rasa vanilla yang sejuk manis hinggakan saya tersenyum sendirian waktu breakfast pagi tadi. ngee!! satu kejayaan saya kira bila saya berjaya makan 2 twiggies tadi. selalunya hanya satu yang berjaya memasuki perut comel saya. comel ke? hahaha

puas hati bukan bila kita dapat memenuhi satu kemahuan dan permintaan
(read: sila baca entri saya tentang tag oleh miss_tree disini - perkara ke lima dalam senarai yang saya ingin makan untuk sarapan )

hari ini indah bagi saya.. tiada alasan yang statik. mungkin kerana twiggies dan aiskrim vanilla pagi tadi dan juga langit yang berbiru cantik buat saya. oh, tak lupa juga mungkin pada review novel Edensor yang saya baca semalam. dan apa yang saya janjikan semalam, yang saya tangguhkan sehingga menunggu suatu hari yang indah itu, saya kongsikan di sini, hari ini.

13 syawal tahun ini, saya kehilangan hadifaza. hadifaza bukan teman lelaki saya. bukan lelaki yang saya admirer. juga bukan lelaki yang admirerkan saya. meskipun saya tidak menidakkan yang saya menyayanginya. tapi batas sayang saya hanya sayang pada seorang kawan. dia, bagi saya, dia lebih pada seorang teman. teman yang setia mendengar apa saja yang saya bicarakan. apa saja. kehilangannya mengejutkan saya. tapi itu hakikatnya. Tuhan lebih menyayangi dia.
(),,()
( 'o' )
(,) (,)

kamu pernah lihat ini bukan? ini namanya Troy
Troy saya terima menerusi bingkisan sms dari hadifaza lewat tengah malam. selepas saya puas merungut dan mengeluh tentang suasana kerja yang betul-betul menekan dan menghimpit saya. malam itu, saya bercerita tentang betapa saya meluat melihat ‘bos pembaris’ saya yang begitu moody tak mengira waktu dan situasi. saya bercerita tentang betapa saya bosan bila terpaksa menjaga ofis seorangan. saya bercerita tentang betapa saya takut untuk berjalan ke kl sentral waktu petang kerana sudah tiga kali kes ragut berlaku dihadapan mata saya. dan malam itu, hadifaza mengirimkan Troy pada saya.

“nah, buat kawan gi keje esok..”

itu mesej yang dia selit dalam sms malam itu. sedikit sebanyak, sms dia itu buat saya senyum sendirian. dan mula hari itu Troy seperti 'guardian angel’ saya. sepadan dengan namanya kan? hahaha.. mengada!!

hingga kini, Troy tetap dalam telefon Samsung saya. saya pindahkan dia dari Inbox ke dalam My Folder supaya saya tidak membuangnya secara tidak sengaja. saya salurkan juga Troy di sini. saya mahu Troy ada di mana saja saya berada. saya mahu Troy sentiasa ada dalam dunia saya. kerana saya mahu Troy sentiasa mengingatkan saya pada hadifaza.

alfatihah untuk kamu, hadi.. semoga kamu tenang di sana.

Thursday, November 01, 2007

difficult

“bila kita suka kat someone, nature itself will make it very difficult. i used to like someone so much, yea.. fate.. but we didnt make it through. something happen, and it makes me so sad”

itu kata dia, semalam. dalam emel. selepas dia mendapat tahu gadis yang dia suka itu milik orang lain.. *sigh

sejujurnya.. saya ingin bercerita tentang entry di bawah.. yer, entry bunny alias teddy alias koala alias kucing alias arnab dan apa saja nama yang diberi oleh kamu semua. tapi entah la.. setiap kata yang saya taip seperti tak kena, setiap ayat yang saya susun seperti pelik.. lalu saya padam kan semuanya.. nantilah.. suatu hari yang indah, saya cuba sekali lagi.

'suatu hari yang indah'
saya selalu gunakan ayat ini sebagai alasan bertangguh. tapi hanya untuk situasi tanpa kepentingan. contohnya: sebagai alasan untuk saya bertangguh untuk menceritakan kisah hati dan jiwa raga saya pada nawal atau sebagai alasan untuk saya tidak menelefon danial seperti mana yang dia minta. jahat bukan?? ah, biarkan.. saya mengaku, saya ini bukanlah gadis yang baik sepenuhnya.

tak mengapa.. bukan saya menolak. cuma ia sedikit difficult. tunggulah suatu hari yang indah..

Friday, October 26, 2007

(),,()
( 'o' )
(,) (,)

Thursday, October 25, 2007

lapan jam

lapan jam itu umpama terlalu singkat untuk saya menyiapkan semuanya
lapan jam itu juga buat saya 'hilang'
saya rasakan umpama saya semakin ditekan-tekan masuk ke dalam bumi

doakan saya ketemu batu-batu berlian di bawah ini nanti.. paling tidak pun, bijih timah

oh ya.. hari ini saya pakai pink. (read: ini hanya ayat penyata)

Tuesday, October 23, 2007

Haagen-Dazs!!

saya mula kenal Haagen-Dazs tahun 2000.
antara teman yang setia dengan saya hingga sekarang
untuk hampir tujuh tahun ini, rasanya tak pernah berubah
masih tetap buat saya tersenyum walaupun hati saya tercalar dan luka-luka parah
masih tetap buat saya tertawa meskipun di mata saya bertakung air jernih
masih tetap buat saya nampak pelangi meskipun waktu itu hujan ribut

tapi Haagen-Dazs sabtu lepas..
bukan saja buat saya saya tersenyum
bukan saja buat saya tertawa
bukan saja buat saya nampak pelangi

Haagen-Dazs sebtu lepas..
lebih dari itu

rasanya sedikit berubah.. tapi lebih sedap!!!
bukan kerana 'newly improved recipe '
tapi kerana atmosfera waktu itu

atmosfera??
hmm.. tak mengapa..

sebenarnya..
saya cuma ingin nyatakan
Haagen-Dazs sabtu lepas adalah yang paling sedap pernah saya makan
itu saja!!

Friday, October 19, 2007

memilih dan menurut

keliru...

antara tahap keyakinan diri yang tinggi atau tahap kesedaran diri yang tinggi

mana satu yang harus saya turuti

Wednesday, October 17, 2007

saya jumpa dia!!

port makan tengahari saya masih belum dibuka. maka, saya terpaksa ke ampang park untuk memenuhi tuntutan salah satu organ badan saya yang sejak pagi tadi bernyanyi nyanyi riang. cuaca panas. saya sudah mula merencana untuk mendapatkan soya sejuk dengan ais yang banyak. ampang park juga seumpama berpakat dengan kafe di wisma time. banyak yang tidak dibuka. lama betul mereka bercuti. atau saya yang terlalu awal masuk kerja? hmm.. dari KFC, bertukar ke kedai mamak, kemudian ke McD dan akhirnya tempat makan kami di Hainan café. tak banyak pilihan. saya hanya memesan nasi lemak ayam dan soya ais. sedikit hampa. sambal nasi lemak hanya satu sudu makan. lansung tidak cukup andai mahu digandingkan dengan semangkuk penuh nasi lemak. gandingan yang tidak sempurna. soya pula.. terlalu cair. kamu pernah mengisi air kosong dalam gelas kosong yang sebelumnya berisi air soya? yer.. begitulah air soya saya. cair.
hmm.. apa kaitan cerita saya dengan semua ini?.. sebentar lagi.. sabar..
saya bertiga. salah seorangnya senior otai di dalam finance department. dia yang pertama memilih tempat. sebuah meja untuk empat orang. lokasi di kaki lima kedai. selalunya ini ialah port untuk para perokok. memandangkan cuaca panas, saya mengikut saja. di luar juga ada kipas. juga ada angin. lebih selesa saya kira. nasi lemak sampai. chup!! soya saya sampai dulu. kemudian diikuti dengan nasi lemak. seperti yang saya katakan tadi, saya sedikit tidak puas hati dengan nasi lemak dan air soya tapi pesan bonda, tak baik merungut di hadapan rezeki. maka saya diamkan dan mula menyuap. sambil mendengar cerita kakak otai tentang rumah terbuka AF (read: dia peminat tegar AF)

tiba-tiba entah tarikan magnetik jenis apa yang menarik saya untuk mengangkat muka dan memandang jalan di hadapan. perkara pertama yang saya nampak.. ialah.. dia. hmm.. betul. dia. memang dia. saya memang cam dia. mana mungkin saya lupa lelaki ini. memandangkan saya duduk bertentangan dengan jalan maka saya dapat lihat dia dengan jelas. saya kurang pasti samada masa berjalan atau tidak. tapi saya seperti freeze untuk seketika. saya asyik memandang dia. kebetulan, lampu isyarat merah. maka saya punya waktu yang lebih untuk freeze. dan dia.. dia?? hmm.. dia juga memandang. saya. seumpamanya waktu itu dia juga freeze. memandangkan dia di tempat duduk penumpang maka itu bonus untuk dia. boleh freeze tanpa perlu memikirkan tentang warna lampu isyarat di hadapan, saya kira. yer.. waktu itu.. kami sama-sama freeze. sama-sama memandang. saya rasa seperti ada muzik latar lagu Hanya Memuji sedang berkumandang waktu itu. hinggalah tiba-tiba bunyi hon dari sebuah kereta menjadi magnet kedua saya dan memaksa saya mengalih pandangan saya dan mencari arah bunyi tersebut. arrghhh!!! kacau betul. kebetulan lampu hijau. saya mula kembali ke alam nyata. tiada lagi background music. memandang dia sekali lagi. yer.. dia masih memandang. senyum. dia juga senyum. dan sedikit mengangguk. saya biarkan Honda City hitam itu berlalu melepasi saya. credit kepada driver lelaki di sebelahnya kerana memandu perlahan. maka, pandangan itu bukan hilang bagai direntap tapi ditarik perlahan-lahan. saya kembali pada nasi lemak dan soya. tapi kini.. saya sudah tidak kisah pada sambal dua sudu dan soya cair itu. saya habiskan semuanya diiringi senyuman manis sambil teringatkan dia.

dia. yang dulunya pernah saya admire sepenuh hati. admire pada suaranya yang sedikit kasar. admire pada padanan kemeja dan necktie nya setiap hari. admire pada senyuman kecilnya setiap kali saya dan dia bertembung. admire pada cara dia mengawal setiap patah pertuturannya samada secara live, di telefon mahupun dalam email. admire pada cara dia bekerja untuk mendapatkan keputusan yang memuaskan hati kedua-dua bos iaitu bos saya dan bos dia. admire pada cara dia menegur kesalahan staff-staff lain. admire pada cara dia berdebat dengan saya. meskipun tegas tapi dia masih mampu tersenyum. admire pada imbangan dia pada kehidupan sosial dan kerja-kerja pejabatnya. yer.. saya betul-betul admire dia. hinggakan waktu itu, teman-teman rapat saya menggelarnya Marcel. sempena nama penyanyi lagu Hanya Memuji. tapi ini hanya antara saya dan mereka.

ahhh.. itu masa dahulu. suatu masa dahulu. lama-kelamaan, admire saya mencapai tarikh expirednya. apatah lagi bila saya tak perlu lagi bekerjasama dengan dia lantaran agreement sudah terbuku dalam hitam putih dan bos kami sudah mencapai kata putus yang jitu. lama-kelamaan, admire saya pada dia hilang. sama seperti hilangnya waktu-waktu yang perlu saya peruntukan untuk setiap discussion dengan dia. aura dia mula pupus. waktu itu, baru saya tahu.. yang dia juga admire pada saya. arghh!! lambat. cuma saya kurang pasti samada dia tahu atau tidak yang saya juga pernah admire bangat sama dia.

tak mengapa.. cukup zaman dulu saja saya admire pada lelaki kacak ini. sebab… sekarang.. saya rasa… saya dah ter’admire’ pada seorang jejaka COMEL!!!! erk.. correction: bukan rasa. tapi yakin. hihihi..

Wednesday, October 10, 2007

entri khas syawal

esok saya mula cuti. hingga selasa. maka tiada entri sehingga waktu itu.
untuk kamu semua.. Selamat Hari Raya yer
tapi sebelum itu.. selamat menjalani hari-hari terakhir di bulan Ramadhan
maaf andai ada salah silap terutamanya dalam entri-entri blog ini mahupun di luar daripada dunia blog ini yang menyinggung kamu semua.
jumpa lagi..
saya mula kerja 17 October 2007. seminggu dari sekarang.
kepada kamu yang sudi menghantar e-card hari raya..
kepada kamu yang sudi menghantar sms hari raya..
kepada kamu yang sudi menghantar kad hari raya..
kepada kamu yang sudi menelefon untuk mengucapkan selamat hari raya..
kepada kamu yang masih sudi memberikan saya duit raya..
kepada kamu yang sudi menghantar emel..
terima kasih banyak-banyak. saya takkan lupa usaha baik kamu ini.
info terkini: baju raya saya tahun ini warna merah. (read: saya pun masih kurang percaya dengan pemilihan warna ini)

jawab tag miss_tree!!

5 MAKANAN YANG SAYA RASA NAK MAKAN SEKARANG JUGAK
sup ayam
sup ikan bulat2 (isi ikan tenggiri )
tomyam
mihun kungfu kedai sarang burung (kedai ni x de nama sebenarnya. tapi tokey kedai ni suka gantung sarang burung bnyk2 kat kedai dia)
eskrim Tropicana (ala.. yang luar tu perisa lime n kat dalam tu vanilla) semalam beli but lupa nak makan

5 MAKANAN YANG SAYA NAK MAKAN UNTUK SARAPAN
nasi goreng bonda
roti bakar sapu garlic butter
susu perisa pisang
bubur ayam mcD
twiggies coklat yang disapu dengan eskrim vanilla

5 MAKANAN YANG SAYA AKAN BELI UNTUK BUKA PUASA HARI NI
ayam panggang
kerabu mangga
pudding roti bakar
air peel fresh
coklat smarties

sekian, terima kasih

Friday, October 05, 2007

ruang waktu yang suntuk

saya punya kurang masa untuk menulis panjang lebar di sini. hanya ucapan ringkas untuk dia. walaupun masih terlalu awal, tapi tak salah kan andai saya menghargai kehadiran dia.

"selamat datang sayang.. semoga kamu gembira di sana. jumpa kamu tujuh bulan dari sekarang. pesan sama bonda kamu supaya jaga kamu sebaik mungkin yer.. kamu ini.. awal-awal lagi sudah buat saya senyum sepanjang hari.."

ps/ janji saya: tuan punya quote dibawah itu ialah nik aziz nik mat. menteri besar kelantan.

Thursday, October 04, 2007

qUoTe and quOtE

"only women who are not pretty should be employed by the state government, as these women would not be able to get rich husbands who can suport them financially"

next entry saya bagitahu siapa tuan punya quote ini. tapi sekarang.. biarlah dulu

Monday, October 01, 2007

perkara-perkara yang gembira

pagi ini hujan. saya suka. maka sebab itu saya tak perlukan baju hujan atau payung. ( itu sebabnya saya gagal dalam quiz yang mana salah satu soalannya menyuruh saya memilih antara payung dan baju hujan) dan keputusan quiz tersebut: urgh.. terlalu kejam untuk saya utarakan. tapi saya lebih suka keputusan tak rasmi seorang teman. “u bukan tak normal.. u nakal sikit jer” hmm, sekurang-kurangnya label nakal itu lebih baik daripada di label sebagai abnormal bukan?

saya sudah ada sepasang baju raya yang cantik. hehe.. kredit untuk tuan puteri andes serta tuan puteri mielia yang sudi turun kl dan menjadi sebahagian daripada makhluk-makhluk kecil yang saling bersesak-sesak di SOGO semalam. dan juga.. harap maaf kerana jalan short cut saya telah memaksa kamu untuk melangkah pagar. alah.. pagar rendah saja. anggap saja senaman tulang kaki. boleh?

sudah dua hari haiqal ditumpangkan di rumah saya. kata kakak saya : masuk asrama. seperti biasa, perangai makin nakal, mulut makin becok. sebentar tadi, dia baru saja menelefon saya mengadu astro di rumah rosak. hahaha.. sayang, astro itu bukan rosak. hanya bertukar nombor siaran. cuma masalahnya, bila nombor siaran bertukar, akses haiqal kepada siaran-siaran kegemarannya terhalang kerana dia hanya menghafal koordinasi butang-butang remote control tersebut. tapi bagus juga.. lepas ini remote control pasti milik saya. sepenuhnya. tanpa sebarang pergaduhan yang comel.

lagu yang pernah membuatkan saya demam.. tiba-tiba hilang dalam folder lagu-lagu saya. entah bila saya ter’delete’ saya pun tidak pasti. untuk separuh hari saya rasa ingin demam lagi. tapi kemudiannya kuman-kuman demam saya mati. kerana saya sudah jumpa penggantinya. lagu yang sama tapi kali ini versi live. lagi best!!!

sudah jam empat petang. lagi setengah jam untuk pulang. hehe.. ini perkara gembira bagi saya setiap hari bekerja. jalan jam atau tidak, itu lain ceritera. yang penting, saya bisa swap id card saya dan berjalan keluar dari bangunan ini sambil mengucapkan babai kepada guard yang setia tersenyum pada sesiapa sahaja yang lalu dihadapannya tanpa rasa takut-takut andai terserempak dengan bos saya. hehe..

Thursday, September 27, 2007

sms

sms saya : nak cnfrm address, Lot 1234, Jalan sekian sekian, Taman sekian sekian, Poskod, Negeri. betul?
sms dia : 4213.. yang lain semua betul

sms saya : alamak.. abis tu, kad raya n kad birthday tahun lepas tak sampai la?
sms dia : ada antar ke?

arrghhh…..!!!

Wednesday, September 26, 2007

untuk perwira-perwira saya

day: teusday
date : 260907
time : 1345

hari ketiga bekerja. dan saya tengah menaip entri ini. boleh teka apa maksudnya?

saya cuti? ah.. tidak. cuti.. itu saya simpan untuk hari raya dan juga akhir tahun

saya di cyber café? juga tidak.. bangunan ini hanya ada sebuah klinik, satu café dan satu kedai runcit. itu saja kemudahan yang disediakan untuk staff. oh ya.. tak lupa juga, sebuah mesin atm. mesin yang paling berguna menjelang 26 haribulan.

saya menumpang pc orang lain? tidak. saya ini jenis yang tak suka meminjam. apatah lagi untuk perkara persendirian sebegini.

mahu teka lagi?? tak payah lah.. saya berikan jawapan.

maksudnya..
saya sudah mendapat capaian internet di office. diulangi : mendapat capaian internet. mendapat. capaian. internet. di office. di tempat saya. dan ianya hanya memerlukan satu klik untuk mengakses internet.
yieehaa!! hoyee!!! hip hip horrey!! dan segala apa lagi jeritan-jeritan keriangan boleh saya letakkan di sini.
tapi.. sebenarnya saya bersyukur. alhamdulillah..

maka entri ini khusus untuk perwira-perwira yang berani berjuang untuk mendapatkan capaian internet ini untuk saya. walaupun awal-awal lagi sudah menyenaraikan pengeras-pengeras yang harus saya sediakan andainya perjuangan mereka berjaya. ah, itu benda kecil. saya pasti ingat. janji!!

perjuangan kalian sememangnya begitu luhur. serta bijak!! thanks to both of u!!

Saturday, September 08, 2007

update

untuk kesekian kalinya.. blog ini diupdate. terima kasih pada kamu yang sering mengingatkan saya tentang blog ini. bukan saya lupa pada blog ini. mana mungkin saya lupa, ini dunia saya. tempat yang paling selesa untuk saya bercerita tentang apa sahaja, tempat untuk saya membuat pengakuan di atas segala kejahatan saya. tempat yang menyenangkan saya dengan segala yang ada di sini. dan yang paling penting, tempat ini ada kamu yang menyeronokkan.. serta menggembirakan.. juga meriangkan..

apa terbaru tentang dunia saya.. banyak
kerja baru sudah agak sebati dengan saya. saya sudah mula menerima dan menyesuaikan diri dengan work cultural di sini. saya sudah biasa dengan jalan-jalan di sini. dan... saya juga sudah ada kroni. hehehe.. bukan kroni luar biasa. hanya sekumpulan gadis-gadis yang sering berjanji untuk makan tenghari bersama-sama. itu saja.
saya belajar untuk mengharungi 8 jam bekerja saya tanpa talian internet yang sebelum ini umpama nadi kedua saya. benar-benar tidak betah. tapi apa boleh buat, saya hanya 'kulikutif' di sini. tunggu saya jadi CEO. akan saya berikan talian internet pada semua staff saya. termasuk ofis boy. dan mereka juga bakal diberikan telefon 3G. untuk memudahkan capaian internet di mana jua mereka berada. saya mula juga belajar tentang mempercayai. belajar tentang berbuat baik di sebalik niat untuk menyelamatkan diri.

dan yang paling terbaru, belajar tentang merindu. ahh.. merindu itu biasa. tak perlu belajar. ia pasti datang dengan sendiri. kadang kala tanpa sebarang sebab. tapi ini lain. saya merindu pada perkara yang kurang saya senangi. pelik? saya juga pelik. tapi itu yang saya rasa. ya.. saya rindu pada perkara yang kurang senang itu. rindu pada perkara yang kadang kala.. sedikit membuatkan saya sakit hati. dan bila saya rindu akan perkara itu, saya pastinya akan terfikirkan pada punca perkara itu. dan secara tidak lansung, saya juga rindu pada dia.

semalam saya mencari bulan.. memang sedikit tersasar waktunya, tapi saya masih ingin mencuba.. dari tingkap bilik.. langit malam saya kosong. umpama kanvas yang dipalit dengan warna hitam.. mencuba tingkap di bilik-bilik lain. juga sama. sedikit hampa. tapi saya masih punya peluang. balkoni luar. saat membuka mangga gril pintu, saya sudah mula tersenyum.. bulan pasti ada. kerana balkoni ini luas. maka kebarangkalian untuk lihat bulan tinggi. tapi selepas 3 atau 4 kali saya berlegar-legar di balkoni.. dalam gelap.. bulan masih tiada. sedih bukan? dan akhirnya, saya masuk tidur dengan kesedihan dan kerinduan pada bulan.
pagi tadi.. saat saya membuka tingkap untuk angin pagi.. saya nampak bulan
bukan perkara luar biasa bulan muncul di waktu pagi
cuma saya.. terlalu fikirkan tentang bulan malam itu.. sedangkan, andai tiada malam ini, bulan pasti hadir pada malam-malam yang lain.. dan dengan ajaibnya, dia boleh muncul di waktu siang..

miracle kan.. pagi itu saya sedikit ter’emo’ dengan satu sms. sebenarnya ia hanyalah satu salah kefahaman dalam menginterpretasikan text. tapi entahlah.. terbawa-bawa hingga waktu breakfast. (read: saya hanya makan 3 sudu nasi goreng dan seteguk air kosong) waktu menunggu bas juga membosankan. menaiki tren apatah lagi. tapi tatkala terpandang sebuah iklan atau dengan lebih tepat sepotong ayat di papan iklan, mood saya tiba-tiba berubah. sms pagi tadi lansung tidak lagi meng'emo'kan saya lagi.
heee.. bagus nya andai setiap pagi yang membosankan bisa jadi begini.. kesimpulannya: rajin-rajin la membaca papan-papan iklan.
orang yang selama ini mengabaikan kamu.. tiba-tiba muncul. dan begitu baik dengan kamu. seolah-olah dialah pari-pari yang didatangkan dari syurga untuk membantu kamu dalam setiap masalah dunia kamu. kalau kamu di tempat saya, apa yang bakal kamu lakukan? terima saja segala kebaikan dia? hmmm.. tahu apa yang saya mahu buat? saya mahu bakar sayap pari-pari dia. supaya dia hanya menjadi manusia biasa. seperti saya. dan dia tidak lagi dapat meniup segala macam serbuk-serbuk magik untuk menyelesaikan masalah saya. dan sayap yang sudah jadi debu itu, akan saya kumpulkan dalam sebuah kotak. balut cantik-cantik. hantar kembali pada dia. dengan sekeping kad kecil yang bertulis "take ur time preparing ur wings. i can take care of myself!!"

n now, here i am. in front of a computer (with an internet connection) updating my blog. hey.. i’m updating my blog!!!! hehehe.. di atas ialah jeritan-jeritan kecil saya yang berulang kali kedengaran di dalam kepala tatkala mengupdate blog ini.

kepada semua yang komen untuk entri-entri lepas, terima kasih. tapi maaf, saya punya kurang waktu untuk membalas komen-komen kalian. tapi saya baca semuanya.. betul!!
kepada semua yang tag saya.. juga mohon maaf. err.. boleh saya abaikan tag kamu? janji.. andai saya punya masa, akan saya jawab semua itu
pada kamu.. yer, kamu. siapa lagi.. jaga diri sebaik mungkin.
notes:
saya hanya menaip apa saja yang terlintas di dalam fikiran saya. kerana saya kira semuanya merupakan perkara-perkara yang indah untuk dikenangi. kamu mungkin sedikit kucar kacir membaca entri ini. tapi jujurnya, beginilah kucar kacirnya saya setiap kali mahu update blog. cuma dulu saya punya banyak masa untuk menyusunnya kembali.

Sunday, August 12, 2007

rindu

saya sebenarnya kaku untuk menaip..
entah apa yang patut saya 'greet'kan kamu semua setelah sekian lama saya 'hilang' di sini
hai.. hmmm, ini biasa sangat
hello.. entah, macam kurang sesuai
holla!!!.. hehehe.. tak best
assalamualaikum.. hmm.. ini yang paling bagus saya kira

saya rindu kamu. betul. saya ulangi: saya rindu kamu. dan saya kira saya tiada masalah untuk mengulangi frasa ini sebanyak mana sekalipun. kerana ini ialah apa yang saya rasa. saya lansung tidak menipu. mana mungkin saya tidak merindu andai kamu dahulunya sebahagian dari rutin harian saya. kerja 5 hari saya terisi dengan nama-nama kamu semua. kadang-kadang melarat hingga ke waktu malam. dan juga hingga ke esok pagi. indah betul waktu itu..

banyak yang ingin saya kongsikan bersama kamu di sini. seperti selalu. tapi agak terhad. okey, kita mulakan dengan ringkas yer..

kerja baru. saya kini di wisma time, jalan tun razak. sudah genap sebulan. alhamdulillah, kerja saya tiada masalah. saya seronok di sini. cuma, di sini tiada talian internet. (read: inilah faktor utama saya kehilangan rutin harian saya) sudah mendapat gaji pertama saya lebih kurang dua minggu yang lepas. maka pada sesiapa yang saya janjikan segelas teh tarik atau satu bar coklat ataupun makan di mana-mana restoren yang maha gemilang sempena gaji pertama saya, jangan malu-malu hubungi saya.

saya ketemu dia baru-baru ini. atas dasar kerja. bersyukur saya masih lagi mampu untuk bersedekah kepadanya walaupun hanya sabuah senyuman. tapi hanya Tuhan saja yang tahu berapa ribu kupu-kupu di dalm perut saya ketika itu. ahh.. itu kisah lama kan? kenapa saya menulis tentangnya disini? entah, saya pun kurang pasti

tentang dua perasaan yang telah lama menjadi artifak beku di hujung sana. hanya dengan satu email, ianya dimunculkan. walaupun lansung tidak diundang dan dihargai akan kehadirannya. untuk seketika saya merasakan bahawa atmosfera di sekeliling saya sudah tiada oksigen. dan tak lama kemudian, saya mendapat mc dari doktor. tapi itu hanya untuk hari itu. kini yang dua itu sudah kembali ke tempat asal. dan saya kira, andai ianya muncul lagi selepas ini secara tiba-tiba, saya sudah bersedia dengan tangki oksigen dan juga panadol.

"hendaklah kamu menjadi orang yang besar. supaya dapat memeluk cinta yang besar..."
ini tagline novel memeluk gerhana karya isa kamari. sesiapa yang belum baca novel ini, saya sarankan baca. saya suka novel ini. sudah 3 kali khatam baca. :p

nawal dah kawin. kini di new york. saya rindu dia. siapa mahu teman saya jalan-jalan sila angkat tangan.

aduhai... banyaknya ingin saya perkatakan. tapi senja dan hujan terlalu cemburu akan saya.
untuk kamu yang keriangan dengan kehidupan kamu sekarang, saya ucapkan kirimkan pelangi. dan untuk kamu yang didatangi ujianNya waktu ini, saya titipkan doa. semoga kamu tabah.
pesan pada kamu semua, jaga diri sebaik mungkin.

saya rindu kamu!!!
dan memandangkan komunikasi saya kini semakin terhad. saya hanya ada intranet emel yang boleh menghubungkan saya dengan dunia luar. andai kamu sudi, email saya yer..

// di sini dahulunya tertera alamat emel saya. tapi saya keluarkan. memandangkan saya sudah dapat internet access.

Wednesday, July 04, 2007

cuti

saya bercuti untuk seketika
entah berapa lama
jangan risau, dunia saya tetap berputar
cuma, tiada laporan

selamat bersukaria untuk kamu semua

Monday, July 02, 2007

name tag dari - g o r o -

1. A person is only good when they being responsible for what they did
2. Friendship is always fun
3. To love is to care for each other and get confused
4. Money makes me feels like I am an accountant
5. I miss my family, my friends, my pets, my toys
6. My way of saying i care is by being with them during the time they needed me most
7. I try to spread love and happiness by sprinkling my magic smiling dust
8. Pick the flowers when they are already died
9. To love someone is to let him/her be happy freely
10. Beauty is the name of the girl in Disney’s Beauty and the Beast film
11. When I was thirteen, what I remember the most was I was in form 1, went to school by bus, wearing white and blue uniform.
12. When I was twenty one, I remember it was in 2003
13. I am most happy when I had finished all of my works
14. Nothing makes me happier than seeing the people that I love enjoy their life happily
15. If i can change one thing, i will change the number of ‘0’ in my salary. I just want to put another one ‘0’ at the back
16. If smile were paid then i should be a millionaire right now
17. Wouldn't it be nice if we could spend most of our time doing what we like instead of doing what we have to
18. If you want to be respected then you have to respect others first
19. Money is not everything but it counts
20. The most touching moments I have experienced was during watching movie ‘Kami’
21. I smile when I am happy, sad and confuse
22. When I am happy, I’m giving myself a treat
24. The best thing i did yesterday was sending an email to my boss with 6 attachment files
25. I i ever write a book, I will give it this title, “ The Story Book”
26. One thing I must do before I die is forgiving everybody

Monday, June 25, 2007

untuk kakak saya

entri ini khas untuk kakak saya
saya sedang membayangkan dia sedang berjalan-jalan dengan comel di SOGO (tapi saya tetap lagi comel dari dia) seorang diri (diulangi : seorang diri) tanpa cik abang serta hero kecilnya
ooo... seronok la tuh single mingle. jangan melencong ke tempat lain. di situ sudah banyak pilihan. sachs, bonia, sembonia, giamax, vincci.. hati-hati memilih. satu cukup, jangan lebih-lebih!! ampun yer kerana tak dapat turut serta. saya sudah punya perancangan lain. kalau tidak, pasti saya mengulau bersama-sama kamu. macam dulu-dulu..

Saturday, June 23, 2007

benci

benci..
tak sudah-sudah mahu menyusahkan orang
serius, berita yang dia sampaikan sebentar tadi betul-betul menyakitkan hati
mahu saja saya menaikkan suara, menengking agar dia sedar apa sebenarnya yang dia buat
tapi itu bukan cara saya..

Friday, June 22, 2007

10 updates

  1. saya ke Melaka mnggu lepas. (tepatnya: Jasin) untuk dua hari sahaja. khamis dan jumaat. atas urusan kolej. tapi masih sempat membeli belah sedikit-sedikit. (betul: hanya sedikit) hanya belikan beg untuk bonda. puzzle cube utk adik. sehelai baju untuk saya. dan sedikit makanan. penat, tapi seronok juga. apatah lagi, trip kali ini semuanya perempuan. so, shopping mmg tiada masalah lansung!!
  2. dalam bilik saya ada ahli baru. en buntal namanya. bukan binatang. juga bukan bantal peluk ataupun teddy bear. tapi bola senaman yang berduri-duri. wana kelabu. besar betul. betul-betul seperti ikan buntal yang sedang mengembang. ini adik saya yang belikan sewaktu dia di pulau pinang. kehadirannya betul-betul dirasai. kerana saya sering terlanggarnya tatkala bersiap-siap untuk ke tempat kerja waktu pagi. apatah lagi dalam keadaan terkejar-kejar kerana lewat bangun. (bukan salah saya. jam bengong itu yang tidak mahu berbunyi)
  3. potong rambut lagi. hehe.. sikit sajer. saya tidak selesa dengan ekor rambut yang sering berjuntai hingga hampir menutupi mata. lansung tidak dikenakan bayaran. mungkin gadis cina itu tidak sampai hati hendak mengenakan caj. kerana hanya 3 minit saja dia mengerjakan rambut saya.
  4. hari itu, saya beli dua pasang flat shoes. satu warna coklat dan satu warna maroon. tapi yang coklat itu sedikit longgar. terpaksa mencari scholl air-pillo untuk dilekatkan didalamnya. tapi belum cari-cari lagi. yang maroon itu ok. tapi saya rasa sedikit rendah dengan kasut-kasut ini. huhuhu.. saya memang rendah. saya tahu itu..
  5. tumbuhan saya sudah mula keluar tunas. gembira betul. setiap hari saya tukarkan air. (kadang-kadang pakai air mineral, supaya dia mendapat khasiat secukupnya) awalnya, saya hanya ingin meninggalkan dia di pejabat ini. tapi memandangkan dia sudah mula membesar, rasa sayang pula. maka saya memutuskan untuk membawanya balik ke rumah. nanti masuk office baru, saya bawa kamu bersama-sama.
  6. kelas Computer Fundamental saya. sudah tamat semalam. cuma tunggu untuk test sahaja. saya rasa tiada masalah. semua pasti lulus. kerana saya telah memberikan soalan bocor untuk mereka. hehehe.. ah, ini kelas terakhir saya.
  7. telefon Samsung saya sakit. alat pernafasannya sedikit tidak berfungsi. saya terpaksa melakukan sedikit adjustment. sudah tidak cantik. berbalut-balut. tak mengapa, nanti dapat gaji saya beli battery baru.
  8. senarai kasut impian saya sudah bertambah. huhuhu.. macam mana ni?? seorang rakan menawarkan perkhidmatan terapi kasut dan handbag. rm50 untuk satu jam. andai saya hadir, akan diberi goodie bag. tapi katanya, dalam goodie bag itu ada kasut dan juga handbag. adoi!!!!
  9. saya terpaksa relocate myself (ini istilah yang diberikan oleh bos saya) ke pejabat lain. di Brickfields. sedikit tidak puas hati. sesuka hati saja memberi arahan itu ini. penat tau punggah-punggah barang!! sudahlah bilik baru ini tiada tingkap. saya tak dapat lihat awan. mujur hanya ada beberapa hari lagi untuk saya di sini. selepas itu, bye bye la kamu semua.
  10. hmm.. apa lagi yer? haaa.. ada satu lagi. saya sudah update blog saya. terima kasih pada nezjoe yang menyedarkan saya untuk mengupdate blog saya. toche’ toche’. ngee.. ngee..

Monday, June 18, 2007

dia, dia, dia

tengok kiri.. dia sedang chatting dengan YM
YM saya.. sudah lama idle. sesiapa yang 'BUZZ!!' pun hanya di balas dengan 'BUZZ!!' juga

tengok kanan.. dia sedang menyapu maskara di mata
mata saya.. usahkan untuk disapu mascara, setitik eye pun tidak menitik

tengok belakang.. dia sedang bermain sudoku
buku sudoku saya.. hmm.. dengan dia.


kan bagus andai saya seperti dia, dia dan dia
boleh chatting, sapu mascara dan main sudoku.

Saturday, June 09, 2007

dia.. game ASTRO.. dan saya

semalam kakak datang. hero kecil itu awal-awal lagi sudah bersembang. tidak sempat masuk ke dalam rumah. di muka pintu dia sudah sibuk bercerita tentang terowong SMART yang baru itu. terbawa-bawa hingga ke dalam rumah. saat di hadapan tv, mulut becok pula bercerita tentang game ASTRO yang terbaru pula. sambil memegang remote ASTRO, mulut tetap becok "tekan kat cini.. (no 2) pash tu.. tekan cini (angka 0).. pash tu.. tekan lagi" tada!!! saya lihat di screen tv saya mula ada message "Loading Game". terus saya ambil remote dari tangan dia. "kat umah wan tak leh main game. nanti atuk ngan wan nak tengok berita. cik na tak de duit nak bayar astro lebih-lebih"
dia sudah mula senyap. cuba merampas remote dari saya. pergelutan kecil terjadi tapi saya kan cekap. akhirnya, tangisan hero 5 tahun itu kedengaran juga. sudahlah di tengah-tengah malam. kuat pula. seperti biasa, wan yang akan memujuk. memeluk dan berjanji macam-macam. belikan pisang la. belikan kereta mainan la. saya pula.. hmm.. saya buat apa?? saya main game ASTRO. yieeehaaa!!!

Friday, June 08, 2007

bahan terbuang

baru sahaja menghantar surat perletakan jawatan saya. notis sebulan itu hanya dibaca sekali imbas oleh bos saya. tidak banyak yang dia perkatakan selepas itu. umpama perletakan jawatan saya ini lansung tiada kesan bagi dia. huhuhu.. ternyata. ramalan saya benar belaka. saya ini umpama bahan terbuang yang tidak boleh dikitar semula.

Wednesday, June 06, 2007

menjadi bintang di langit

indah terasa indah
bila kita terbuai dalam alunan cinta
sedapat mungkin terciptakan rasa
keinginan saling memiliki

dan bila itu semua
dapat terwujud dalam satu ikatan cinta
tak semudah seperti yang pernah terbayang
menyatukan perasaan kita

tetaplah menjadi bintang di langit
agar cinta kita akan abadi
biarlah sinarmu tetap menyinari alam ini
agar menjadi saksi cinta kita berdua, berdua

sudah, terlambat sudah
ini semua harus berakhir
mungkin inilah jalan yang terbaik
dan kita mesti relakan kenyataan ini
Padi - Kasih Tak Sampai

saya seperti kehilangan kata untuk diungkapkan. seperti kehausan bait-bait ayat untuk ditulis. kosong. entah kenapa. saya digamit rindu. tapi entah pada siapa. saya merasa kehilangan. tapi sebenarnya tak pernah memiliki. umpama bermain-main di fikiran, tapi entah apa.

Monday, June 04, 2007

labi-labi dengan tenggiling

-((();
ni labi- labi..












-@ = = @’>
ni tenggiling..












-((();
ni labi-labi balik..













-@ = = @’>
ha, ni tenggiling yg tadi tu..














labi-labi dgn tenggiling.. tu je nak bgtau..

Friday, June 01, 2007

misery - green day

saya jumpa clip ini di youtube. lagu ini.. memang kesukaan saya. muziknya menyeronokkan walaupun liriknya a bit scary. (tapi clip ini juga agak 'scary' ) sepadan dengan tajuk lagunya..

Thursday, May 31, 2007

confession of the day

saya dengan ini mengaku dengan setulus hati yang saya ini seorang young lady yang sedikit nakal. (diulangi : sedikit) saya tidak berniat apa-apa melainkan hanya untuk menambahkan keserian dan keindahan perjalanan hidup saya. juga membuatkan kehidupan orang-orang di sekeliling saya sedikit mencabar walaupun pada hakikatnya perbuatan saya itu telah menyebabkan saraf-saraf neutron mereka rosak dan tidak dapat berfungsi dengan baik. sejujurnya saya mengatakan bahawa perbuatan nakal saya itu sebenarnya adalah untuk menyelamatkan diri mereka. dan juga diri saya. dan tujuan utama saya menyelamatkan diri mereka adalah kerana saya sayangkan mereka. sepertimana saya sayangkan diri saya. ini pengakuan saya yang serius. bukan main-main.

sekian, terima kasih.

Wednesday, May 30, 2007

lunch 1 jam saya

ini ialah senarai aktiviti-aktiviti yang saya buat waktu lunch hari ini

1. potong rambut di salon yang mengadakan promosi. hanya rm9.90. kini rambut saya pendek sependek pendeknya. lansung tak boleh diikat. macam zaman saya sekolah dahulu.

2. makan di mcDonald. hari ini menu saya ialah Mc Chicken dan air ribena.

3. tolong memilih mangga. kakak ofis saya suka beli mangga di petaling street. katanya murah. 7 biji rm10.

4. meninjau-ninjau harga t shirt-t shirt di petaling street. tak delah murah sangat. biasa jer..

5. singgah di 7e. beli aiskrim.

hmm.. itu saja saya kira.

Friday, May 25, 2007

valentine yang tidak melompat turun

pagi tadi, seorang rakan bertanyakan saya. tentang valentine. entah apa mimpinya, bulan februari sudah lama lepas. mungkin kerana jambangan bunga yang saya terima beserta dengan seikat laici dari nawal.

dia : february ari tu, u sambut valentine tak?
saya : tak.
dia : why?
saya : sebab valentine tak lompat turun pun. macam mana I nak sambut.

saya tak tahu samada dia paham atau tidak apa yang saya cakapkan sebab selepas itu dia terus senyap dan berlalu.

saya tahu, dia mengharapkan jawapan "owh.. i dah clash dengan boyfren i" ataupun "i dah tak sehaluan dengan dia" ataupun " i dah clash dengan dia. sbb masa tu i dah jatuh cinta dengan orang lain"

hohoho.. maaf ye kakak.. cubaan tidak berjaya. sila cuba lagi!!

saya ada tiket teater Terra Arata yang berlansung Sabtu ini. saya betul-betul ingin pergi. tapi, saya tiada nawal. saya rindu nawal.

Thursday, May 24, 2007

1 2 tiga 4

satu
masuk saja ke dalam ofis, perkara pertama yang saya lakukan ialah memandikan bunga saya. juga memandikan batu-batu kecil warna putih di dalam vase tersebut. carnation warna pink ini saya beli hari isnin lepas. masih lagi segar. saya suka lihat manik-manik air pada kelopaknya. cantik!! nanti bila carnation ini layu, saya mahu beli lily warna putih. ataupun beli tulip warna kuning. mana satu ni??? hmm..
kemudian, menyediakan secawan nescafe. hari ini tiada gula, hanya sedikit creamer. agak lama saya tidak minum nescafe. jika dulu, sayalah informer kepada akak yang selalu membeli barang-barang di pantry itu.
contoh ayat: “akak, nescafe dah nak abis. cukup untuk 3 hari jer lagi. creamer ada lagi”
tapi beberapa minggu lepas
“rena, nescafe ada lagi tak?”
“erk.. tak tau la kak. ari tu tengok macam banyak lagi”
(sebenarnya saya juga sudah lupa bila sebanarnya ‘ari tu’ itu)
tapi, hinggalah entri ini ditulis, nescafe di dalam mug finding nemo saya masih belum luak. hmm..

dua
semalam pulang dari kerja sudah jam enam setengah. melihat bonda sedang membuat ‘spot check’ terhadap pokok-pokok bunga dan tanamannya di sekeliling rumah, saya juga turut serta. walaupun hanya setakat mengutip daun-daun nangka jiran sebelah rumah yang luruh ke dalam kawasan rumah kami, tak apalah. sekurang-kurangnya bonda ada juga teman berbual. sebenarnya sepanjang perjalanan pulang tadi saya hanya impikan katil, impikan kedinginan air dan bau wangi shower cream, tapi melihat bonda berseorangan di luar saya tidak sampai hati. tak mengapa, lepas isya’ boleh tidur. pokok kari bonda diancam belalang. belalang hijau yang besar. banyak daun-daun yang rosak. lama juga saya membelek baru ketemu encik belalang itu. besar. saya hanya mengusir. tak sampai hati mahu membunuh. kemudian menjenguk pokok bunga kertas bonda. beberapa kali jari saya tercucuk duri tajamnya. tapi tidak melukakan. sakit jugak. membuang daun-daun yang sudah buruk. dan memotong mana-mana dahan yang saya kira tidak perlu. sebenarnya saya hanya memotong dengan sesuka hati. akhirnya pokok itu menjadi senget sebelah kerana tangan saya terlalu ligat memotong sebelah kanan. mujur dapat diselindungkan di sebalik dengan pokok-pokok lain. hahaha.. pagi ini waktu solat subuh.. saya berdoa.. semoga pokok itu tumbuh membesar dengan segera. amiin..

tiga
rakan-rakan sekolah saya sibuk dengan persiapan untuk reunion bulan 7 nanti. saya juga sama-sama menyibukkan diri. menolong apa yang patut. mereka letakkan saya dalam bahagian Jemputan dan Kewangan. maka, tugas saya ialah menghantar kad atau email untuk menjemput mereka semua dan menjaga hal-hal kewangan bersama 4 orang rakan yang lain. seronok juga sebenarnya. bekerja dengan rakan-rakan yang suatu ketika dulu hanyalah rakan-rakan yang hanya berselisih bahu tatkala mahu kelas. terutamanya rakan-rakan lelaki. kerana di sekolah saya dulu, pelajar lelaki dan perempuan tidak boleh terlalu ramah mesra. hari ahad lepas, kami semua berkumpul. sama-sama berbincang tentang pengisian program, tentang penempahan hotel, tentang duit yang sudah terkumpul, tentang apa saja yang berkaitan. semua orang begitu teruja. saya hanya mendengar. cuba untuk menyiapkan kerja secepat mungkin. sebenarnya saya tidak akan hadir untuk reunion ini. pertamanya kerana tarikh itu juga tarikh projek saya berlangsung. ini projek sulung saya. mustahil saya akan lepas tangan dan biarkan ianya berjalan tanpa kehadiran saya. keduanya kerana lokasi reunion in terlalu jauh. andai dekat, boleh saja saya lari-lari sekejap. maka, saya harus memilih salah satu. keputusannya, saya pilih untuk berada di sini. bukan di Kelantan. bukan saya tidak mahu menyertai, tapi tidak boleh. tapi saya tidak sampai hati untuk mencacatkan keriangan mereka dengan memberitahu mereka awal-awal tentang kegagalan saya untuk ke sana. nantilah, bila sampai waktunya, saya akan bilang juga.

empat
gigi saya sakit. ini semua gara-gara menguyah toblerone setiap hari sejak dua mnggu lepas. promosi beli 2 percuma 1 nya betul-betul membuat saya bahagia. waktu itu, saya lihat langit cantik dengan warna biru lembutnya beserta awan putih gebu-gebu. saya lihat kereta-kereta di jalan raya umpama deretan gula-gula smarties yang berwarna warni. saya lihat students yang berjalan ke sana sini umpama melihat model di runway. hahaha.. toblerone ini sungguh pandai membiakkan hormon-hormon keriangan saya. waktu itu lansung tidak saya fikirkan tentang sakit ini. yang saya tahu, toblerone itu cukup enak . saat coklatnya ‘melting’, dan ada pula potongan-potongan badam kecil, ditambah pula dengan nugget madu yang manis. owh, seronoknya perasaan itu. hinggakan saat saya masukkan satu potongan toblerone ke dalam mulut, tidak semena-mena mulut saya pasti akan mengukir senyuman. tersenyum sorang-sorang. betul, saya tidak tipu. saya pun tidak tahu kenapa tiba-tiba saja saya ingin tersenyum. ianya tindakan di luar kawalan. (ini menjawab kepada soalan mengapa status YM saya pada mnggu lepas ialah “senyum seindah toblerone”)
kini, saya terpaksa menggunakan sensodyne. berpantang sedikit terhadap coklat. juga terhadap ais. saya tidak mahu bonda saya tahu tentang ini. nanti pasti dia akan kerahkan saya berjumpa doktor gigi. selagi saya tidak berbuat sesuatu, pasti dia akan mengulangi kerahannya itu. bukan itu saja, dia pasti akan cuba mengharamkan toblerone masuk ke dalam peti sejuk nya. toblerone, jangan risau. saya tidak membenci kamu kerana perkara ini. sama sekali tidak akan menyalahkan kamu. nanti bila sakit saya makin kurang, kita jumpa lagi yer.