Monday, June 26, 2006

nanti saya..

saya dapat rasakan..
saya kini berada dalam kitaran bawah..
bukan di atas sepertimana beberapa bulan yang lepas..
semuanya kerana saya kurang berhati2 tatkala berada di atas..
lantas saya tergelincir..
natijahnya..
saya di bawah sekarang..
peritnya untuk naik semula ke atas..
susahnya untk mendaki kembali..
harus tabah..
perlu cekal..
supaya saya mungkin di ats kembali..
bukan mungkin..
tapi pasti..
saya pasti berada di atas kembali..
nanti saya..

Friday, June 23, 2006

hati saya yang degil

sukarnya memujuk hati sendiri
puas di senaraikan segala galanya
tapi masih berdegil
aduhai

saya kira..
hati saya melebihi degilnya kanak kanak nakal
melebihi kerasnya besi
saya terasa penat
lantas saya pujuk hati ini
supaya mengikut kata akal

tapi..
ikutnya hanya seketika
patuhnya hanya sekejap
dan dia kembali berdegil

saya penat..
dengan diri saya sendiri
penat dengan hati saya yang degil ini
penat memujuknya
penat memarahinya
penat, penat dan penat

tapi..
dia sebahagian dari saya
marah saya
penat saya
pujuk saya
tetap dalam diri saya
tetap saya
hanya saya

kejayaan yang paling bermakna ialah bila akal berjaya mengusai hati
bila hati yang menguasai akal, itu dikira gagal

seorang

semalam..
saya seronok.
tapi sebentar sahaja. rasa seronok itu dia gantikan dengan rasa tak dihargai lansung.
terlampau!!

saya yang seronok. saya yang bersedih.
saya yang seorang.

agaknya, sudah takdir.
saya seorang.
tanpa dia.

Friday, June 16, 2006

azman

perlakuan saya setiap kali mahu memulakan sesuatu kerja.. saya perlu memastikan ada lagu yang mengiringi kerja saya.. maka, setiap hari.. buka sahaja computer.. pilih lagu..

lagu baru dalam mp3 saya : Dengar Ella Menyanyi-Exist

saya mahu bercerita tentang azman hari ini. bercerita sepenuhnya tentang lelaki bernama azman ini. kenapa azman?? dan kenapa bukan orang lain?? hmm.. entah. kerana hati ini ingin bercerita tentang azman. makna azman la tajuk carita saya hari ini.

saya mengenali azman November tahun lepas. dia baik. tapi saya kurang berkenan dengan dia. banyak sebab saya tidak berkenan pada dia. salah satunya, dia terlalu mencuba untuk menjadi seusia saya padahal dia sudah jauh untuk umur itu.
tapi saya msih cuba bersabar.. bersenyum dan berlagak blur setiap kali dia bagi hints..(saya fikir, mesti dalam hatinya mengutuk-ngutuk saya kerana terlalu lurus dan bendul. hahahaha!!)
tapi, lama kelamaan.. saya sudah tidak boleh menahan jelik. sudah tidak mampu menanggung jelik. dia terlalu gedik (maaf, saya tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menghuraikan) terlalu percaya yang saya ini adalah jodohnya. sehinggakan waktu saya menyatakan yang saya lebih senang dia sebagai seorang rakan biasa, dia bisa menjawab “selagi saya dlm list awak, itu sudah bagus” argh!! argh!! argh!! dia ni nak saya pakai bahasa apa? bukankah sudah terang terangan saya nyatakan. tapi dia ni.. aduih.. betul2 menguji saya. dan selepas itu, dia masih dgn harapan2 yang baginya begitu indah dgn bunga2 bahagia. tapi bagi saya, semua itu tak ubah seperti surat dari dewan bandaraya shah alam yang meminta supaya menjelaskan saman. atau pun seperti berita yang kompeni tempat saya bekerja bakal bankrupt.

selpas itu.. saya mula melancarkan misi sulit. cuba menjauhkan diri sejauh mngkin dari dia. dan disini terbitnya beberapa kisah lucu pada saya. salah satunya, saya dgn sanggupnya berlari trun dari tangga escalator yang sedang beroperasi secara menaik hanya kerana saya ternmpak azman di platform. sudah tidak peduli kata orang. padahal, kalau mengikut logic, apa salahnya sampai di platform terlebih dahulu dan trun kembali mnggunakan escalator disebelah. dan jika saya terperasan dia juga menaiki tren yang sama dgn saya, saya akan menukar tmpat saya setiap kali tren berhenti.

saya tak tahu. sampai bila saya harus melarikan diri dari dia. entah kenapa, saya betul2 tidak berkenan dgn harapan harapan gunung everest nya. org kata, jagn terlalu membenci, mngkin suatu hari, kita akan menyayanginya. saya tak peduli. jika betul ditakdirkan, saya bakal menyayanginya suatu hari nanti. biarla masa itu saya menyayanginya. buat masa sekarang, saya selesa dan senang begini. hahahaha!!

Wednesday, June 14, 2006

Dugaanku - Ning Baizura

Dugaanku
Hati pedih menangis

Jiwa ku yang suram
Malam yang panjang ini
Aku bersendirian

Merenung kehidupan
Memikir kesudahan
Pada siapakah hendak ku curah
Keresahanku

Aku berpaut pada
Sejengkal tali cuma
Itulah yang ada
Sementara aku
Hidup di dunia ini

Inikah dugaanku
Inikah kesempatan
Haruskah ku terus
Atau membiarkan
Ianya berlalu

Dekat di depan mata
Berat meluah kata
Terpendam segala apa dirasa
Sekian lama ini

Apakah kita nanti
Tiada dapat serasi
Ataukah hanya aku bermimpi
Untuk memiliki

Kesempatan yang datang
Tiada ketentuan
Mampukah ku memandang
Di kejauhan
Tak kesampaian

Sering terbayang-bayang
Tinggi lagi harapan
Entahkan ku sempat
Ataupun tidak
Untuk bersama mu

k o s o n g

kosong. tiada dia.
saya yang mengosongkan sebenarnya.
sengaja

maafkan saya.
diulang: maafkan saya

kamu
entah kenapa. teramat sukar bagi saya
susah
payah
rumit

saya sudah cuba
memudahkan semuanya
menolak ke tepi sedikit kerumitan
sedikit demi sedikit
tetapi
kamu merumitkannya kembali
kamu menyukarkan semuanya

maafkan saya
kamu boleh teruskan menyukarkan hidup
andai kamu mahu
atau
kamu boleh mengubah hidup

saya
usah risaukan saya

k o s o n g

kosong. tiada dia.
saya yang mengosongkan sebenarnya.
sengaja

maafkan saya.
diulang: maafkan saya

kamu
entah kenapa. teramat sukar bagi saya
susah
payah
rumit

saya sudah cuba
memudahkan semuanya
menolak ke tepi sedikit kerumitan
sedikit demi sedikit
tetapi
kamu merumitkannya kembali
kamu menyukarkan semuanya

maafkan saya
kamu boleh teruskan menyukarkan hidup
andai kamu mahu
atau
kamu boleh mengubah hidup

saya
usah risaukan saya

Tuesday, June 13, 2006

kisah semalam dan pagi hari ini

semalam..
mood saya.. entah kemana perginya.. sedari tadi.. saya hanya berteleku.. lansung tiada apa yang terhasil.. bosannyer sebegini.. tapi saya kurang upaya untuk mengubahnya.. saya perlukan sesuatu.. yang bisa menjana tenaga kerja saya.. tapi apa??.. urrghhh.. saya rasa umpama.. nikmat sibuk itu ditarik balik.. dan kini saya dianugerahkan nikmat bersenang lenang.. namun.. saya pula yang tak tahu apakah cara terbaik untuk mengecapinya.. besarnya ujian Tuhan.. hinggakan dalam waktu terluang pun masih ada ujiannya..
minggu lepas, hari hari saya di penuhi dengan kelas.. walaupun hanya untuk sesi pagi sahaja, saya tidak punya banyak waktu pd petangnya.. lantas, saya kurang merungut sepertimana hari ini.. aduhai..
semalam.. umpama banyak perkara perkara yang saya senaraikan untuk di buta hari ini. tapi, sudahnya.. semuanya siap dalm masa 2 jam..

hari ini...
sedikit bersemangat.. mug finding nemo saya telah dua kali di isi kopi. sedap betul kopi ini. (kopi free) baru selesai menyemak emel.. seketika saya kagum.. membaca emel dari seorang rakan.. tentang bagaimana kanak2 palestin bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu.. walau ditahan oleh tentera untuk sampai ke sekolah.. mereka mengadakan kelas di tepi jalan.. diulangi: di tepi jalan.. tiada kerusi. tiada meja. tiada papan hitam. alangkah daif nya mareka. saya pasti, ramai malaikat yang turut sama menyertai majlis ilmu itu. yang meniupkan semangat supaya mereka tidak hilang minat. yang menyokong tulang2 mereka supaya tidak lenguh. yang berdoa kepada Allah semoga mereka ini dirahmati dan diberkati..
apa terjadi dengan kita??
saya bukan mahu mengata orang lain.. saya juga sering kali alpa.. kelas yang lengkap dengan penghawa dingin.. meja besar.. kerusi besar... tapi.. masih lagi boleh memilih untuk memonteng.. sengaja tidak menghadiri kelas.. betapa tidak bersyukurnya saya dahulu.. walaupun bukan selalu.. tapi, tetap pernah dilakukan..

manusia.. lumrahnya pelupa..
lupa untuk berterima kasih.. lupa untuk menghargai.. lupa untuk mensyukuri..

Thursday, June 08, 2006

kad jemputan.. pengantin lelaki.. aisya sofea..

baru mendapat kad jemputan kahwin senior bilik saya ketika saya tahun pertama universiti dulu.. tak percaya...tergamam.. tak di duga.. terjerit jerit saya membaca nama pengantin lelaki nya.. betul kata orang.. kalau dah jodoh, tak kemana..
sang lelaki.. yang dahulu.. selalu di kutuk oleh kakak senior saya ini.. yang selalu dipulaukan panggilannya.. yang selalu diceritakan kepada saya tentang kejelikan lelaki ini.. akhirnya... menjadi suami.. menjadi teman yang bakal di lihatnya saban hari.. yang bakal berada di sisinya saban waktu.. huhuhu.. sungguh saya tidak percaya..
tapi.. itulah hakikatnya.. lantas saya teringat kata2 seorang novelis malaysia..

masa dan kejauhan bukan halangan bila jodoh ditakdirkan – Jauh by Aisya Sofea

novel ini.. saya ulang membaca berkali2.. lebih dari sebelas kali..

Monday, June 05, 2006

cerita hari2 itu..

agak lama saya tidak menulis.. maka saya sudah hampir2 terlupa bagaimana susunan ayat yang harus saya susun untuk setiap cerita.. bialah saya ringkaskan semuanya..

1. saya tak suka @ benci orang yang mengganggu dunia saya
ini saya tujukan pada seorang rakan.. laksananya, saya ini dianggarkan seperti dia.. memberitahu segala gala perihal dirinya kepada umum. hatta perihal dia datang ‘teman baik’ setiap bulan juga dikhabarkan. saya bukan dia. saya tak suka orang mengganggu dunia saya. dunia personal saya.. saya tak suka orang mengambil tahu hal hal peribadi saya yang saya kira, biarlah saya dah teman2 yang palng rapat saja yang tahu. saya tak suka berkongsi hal2 sebegini dengan semua apatah lagi dgn kaum adam yang kurang rapat..

2. saya dengan dia
cerita yang tak berkesudahan.. sy pun tak tahu bila bakal berakhir.. akhir2 ini, dia umpama sedikit pelik.. bersopan.. mengambil berat.. sdah pndai mnghargai.. bertanya itu ini.. bagusla.. tapi.. (saya menolak untuk bercerita di sini)

3. makan makan luar
pulang dari kerja semalam.. saya begitu mengidamkan nasi goreng cendawan.. pulang ke rumah.. ajak semua keluar mkn di luar.. dulu, saya hanya mengikut sesiapa yang mengajak.. kini.. duit sndiri, sesuka hati sy mengajak mereka bila2 masa sahaja..

4. masalah muka
nikmat muka yang licin ditarik balik.. rupa2nya sekejap saya Tuhan menganugerahkan saya nikmat itu.. muka sy kini kmbali berjerawat.. dtmbh pula dgn bintk2 kecil umpama ruam.. sudah sepuluh biji ubat alahan saya telan.. lnsung tiada perubahan.. kini.. saya bersabar.. dan berusaha.. semoga nikmat itu dikembalikan..amiinnn..

5. saya.. adik.. dan abang
kini, hanya tnggal kami yang bujang. yang mengbingitkan rumah tatkala hari mnggu. yang meramaikan meja makan. seronok. mngkin kerana jarak umur yang tidak terlalu jauh menjadikan kami begitu seronok bergelak ketawa. walaupun saya sering menjadi mangsa aksi2 buli mereka, saya tidak peduli. ada masanya, saya dgn beraninya mengenakan mereka kembali. cuma, nisbah saya mengenakan mereka dengan mereka mengenakan saya adalah lebih kurang 2:10

6. high heels baru
baru dibeli mnggu lepas. sandal2 saya semuanya sudah menghampiri tarikh tamat tempoh. ke klcc, pusing2 semua kedai kasut.. akhirnya saya mencapai satu high heels. agak murah (kerana sekarang jualan murah) entah kenapa, sejak bekerja, saya lebih gemar memakai high heels. mgkn disebabkan factor ketinggian saya yang kurang tinggi, maka dgn high heels saya berasa sedikit tinggi. tapi, high heels ini.. sedikit menyakitkan kaki saya. hampir melecet. aduh…

Friday, June 02, 2006

tiada dia..

saya tidak tahu.. dari mana dtangnya kekuatan ini.. tp saya bersyukur.. saya selesaikannya dgn cara baik.. walaupun kurang sedikit adab.. tak mengapalah.. asalkan semuanya selesai.. saya semacam tak percaya.. tapi itulah hakikatnya.. takdirnya..
apa lagi yang mahu saya katakan.. tak terucap.. tak terluah..

saya sudah tiada dia yang saya sayang..
saya sudah tiada dia yang sayang saya 7 hari seminggu..
saya sudah tiada dia..
sudah tiada dia..
tiada dia..
tiada..
dia..
tiada dalam bangun pagi saya..
tiada dalam hari2 kerja saya..
tiada dalam sakit pening saya..
tiada dalam hari mnggu saya..
tiada dalam waktu makan saya..
tiada dalam saat saya pulang dari kerja..
tiada dalam tidur saya..
tiada dalam waktu2 saya terjaga di tengah malam..
dia tiada..

cerita hari itu

hari ketiga
saya sudah tidak mahu bercerita tentang dia
titik
(sebenarnya..hari ini sudah bukan hari ketiga, tp entri ini trlewat. tp saya tetap mahu ianya wujud dlm blog saya)

saya teringin mahu makan Mc Chicken beserta Mc Flurry Oreo. sedapnya..
semalam, pulang dr kerja.. smpat lagi singgah di Mc Donald dan beli Flavor Bust Green Apple. masam!! tapi puas hati.. sudah lama mengidam.. semalam baru kesampaian..
hari ini.. saya rasa lebih sihat. perut sudah tidak mencucuk2. lantaran sakit perut saya di sindir adik.. “ini sape sakit perut? org ke rumah?” hahaha!! minta maaf, sengaja sapu lebih2 minyak pada perut. tp bau minyak yu ye ini mmg wangi. bau baby. seketika saya rasa yang saya ini bayi yang mengalami masalah kembung perut.hahaha!!
saya bosan sebenarnya..
nota masih belum lengkap.. tapi mood sudah hilang. entah ke mana larinya. ingin saja rasa lari sekejap ke time square. makan di chicken hartz tanpa henti selama dua jam. memang berbaloi. tp pstikan perut itu kosong sebelum melangkah masuk ke restoran buffet ayam itu.
nota saya.. saya minimize kan windownya. bosan membaca. mengekstrak. mencipta dan menyusun ayat. biarkanlah dulu. sebentar lagi saya sambung kembali.
mp3 pc saya.. hanya ada sebuah lagu. sejak pagi tadi, hanya lagu ini yang diulang2. sudah berpuluh puluh kali. saya mmg berperangai sebegini. sejak sekolah lagi. apa yang saya suka saya akan ulang. ulang dan ulang sampai saya puas..

~itulah saya..