Tuesday, May 30, 2006

7e semalam

saya cukup kurang berkenan dgn orang2 di 7eleven semalam
lansung tiada ramah. lansung tiada senyuman
kisahnya..
saya ke sana membeli roti air dan gula2..
semuanya kurang dr rm10
dibayar dgn not rm50
berdiri untuk mendapat baki
menunggu
menunggu
menunggu
3 pelanggan sebelum saya sudah keluar
saya masih berdiri.. menunggu baki
“dik, balance akak td?” dgn sopan
“tak de duit kecik. tnggu la dulu” serius. lansung tida senyuman. kata maaf apatah lagi.
saya angguk. senyum. tapi lnsung tak dibalas.
terus berdiri
menunggu
kalau padi menunggu pagi, saya pula menunggu baki
akhirnya
dia menarik 4 keping not 10 dari mesin cashier
hulur kepada saya
kasar
muka ke arah lain
lansung tiada kata maaf kerana menunggu
lansung tiada senyum
dalam hati berkata, nasib kamu baik
kerana mood saya baik dan sopan pagi ini
jika tidak, pasti kamu saya tegur
"mahu bukak kedai atau tidak
melayan pelanggan mcm menghalau"

Tuesday, May 23, 2006

tentang dia

hari ini
saya betul betul meluat dgn dia
tengok nama pun saya sudah tidak betah

semuanya tentang semalam
perangai tujuh tahun nya datang lagi
angin tak matangnya bertiup lagi
laku merajuknya di ulang lagi

saya sedia mohon maaf
andai saya rasa saya bersalah
tapi semalam
saya kira saya tak bersalah
saya sudah kira
berkali kali
dan saya yakin
saya tetap tak bersalah

maka hari ini
saya memutuskan
untuk tidak melihat dia
tidak mendengar dia
tidak membaca dia
tidak segala galanya tentang dia

biarlah
katalah yang saya ini sensitif
katalah yang saya ini tidak memahami
katalah yang saya ini kasar

tapi
kamu juga sensitif
jika tidak, masakan perkara sebegitu pun boleh dirajuk
kamu juga tidak memahami
jika tidak, masakan saya yang sakit ini masih dikacau tatkala tidur
kamu juga kasar
jika tidak, masakan talian semalam dimatikan tanpa salam

jadi
sekarang
kita sama??

entahlah
saya kurang mengerti dengan kamu
saya kurang faham tentang kamu







Monday, May 22, 2006

hari hari minggu

dua hari cuti yang memenatkan..
tapi saya puas kerana kami sekeluarga menghabiskan masa bersama2
banyak cerita ingin di tulis..
tapi sudah hilang kronologinya..
semalam perut saya sakit.. mencucuk2..
semalaman saya tak boleh tidur..
bila azan subuh, baru saya terlelap sekejap
6.30 sudah dikejut bonda..
bimbang terlewat ke pejabat..
dan saya memang terlewat 10 minit hari ini..
hari ini saya gagah kan jua ke pejabat..
kerja banyak.. bertimbun..
lagipun, hari ini sudah ada janji
makan tengah hari bersama teman ketika tingkatan 4 dahulu

Friday, May 19, 2006

teh o sejuk bonda

saya masih ingat
semasa saya dan adik bersekolah
saban hari
bonda pasti menyiapkan dua gelas teh o sejuk dalam peti ais
satu untuk saya
dan satu untuk adik
teh o sejuk itu begitu nikmat andai di teguk tatkala sampai saja dari rumah
hilang haus
tapi tiap kali pulang dr sekolah, tatkala membuka peti ais
saya jarang sekali mencapai gelas berisi teh o sejuk itu
yang sering saya capai ialah botol yang berisi air kosong yang sejuk
sejuk hingga mengalami pemeluawapan di luar botol
dan gelas teh o sejuk kepunyaan saya
sering saja dihabiskan oleh adik
bila petang, bonda pasti menanya
samada saya minum atau tidak teh o sejuk nya
mengangguk
dan menjawab “seteguk. bakinya adik habiskan”
senyum

Thursday, May 18, 2006

serius!!

bermula dengan cerita Dewa 19
akhirnya kami terbawa bawa kepada persoalan yang lebih mendalam
tentang al-Hallaj, Sheikh Siti Jenar, Wali Songo, Sunan Kalijaga
entri ini bukan untuk menghuraikan tentang nama nama di atas
entri ini tentang saya dan dia

saya kira
ini kali pertama saya dan dia berbicara soal yang serius seperti ini
soal agama dan kepercayaan
soal yang tahap di mana “budak budak tak perlu masuk campur”
sebelum ini
bicara saya dan dia lebih kepada benda benda remeh temeh
saling tolak menolak siapa belanja siapa
saling kutuk mengutuk secara gurauan
saling bertukar tukar cerita lawak
paling kurang pun
serius kami hanyalah pada cerita perihal kerja masing masing
ataupun bertanya samada pergi kenduri si polan atau tidak hujung minggu ini

tapi, hari ini..
kami telah berjaya mengadakan forum serius
walaupun hanya melalui Yahoo Messenger!!

shez, saya bangga dengan hasil usaha kita pada hari ini!!

senyum pagi

pagi ini sejuk
“pagi2 sudah hujan” komen rakan sepejabat
saya hanya senyum sambil melihat dia mengibas2 baju yang sedikit basah
kesian. mujur saya terselamat

sarapan pagi saya hari ini nasi goreng dan air kosong
sejak dulu saya kurang gemar minuman manis
tapi, setiap bulan saya akan pastikan
di dalam cabinet dapur itu terisi Nescafe, coffemate, orange tang, the boh dan gula semestinya
bila bonda menegur “beli saja. minumnya tidak”
saya hanya senyum
tak apa. org lain kan ada untuk minum

sebentar td saya ditegur seorang kawan
“lipstick kamu warna oren eh?”
“ya. kenapa?”
“jarang nampak org pakai. berani kamu pakai”
saya hanya senyum
dia tidak tahu
saya juga punya lipstick warna purple, coklat dan silver

saya kini.. asyik sgt tersenyum
senyum
senyum
senyum

Wednesday, May 17, 2006

sayang pt 1

saya sayang dia
sayang kisah2 saya dan dia
sayang sms kiriman dia
sayang surat2 yang di pos oleh dia
sayang lirik2 lagu yang ditujukan untuk saya
sayang lagu2 yang dihantar kepada saya
sayang jagaan dia terhadap saya
sayang cd2 yang dipinjamkan oleh dia
sayang cerita2 tentang dia
sayang hadiah2 pemberian dia
sayang kredit2 yang sering diforward kpd saya
sayang masa2 saya bersama dia

tapi
dia tidak sayang masa depan dia
dan masa depan saya juga
sedangkan saya terlalu menyayangi masa depan saya
dia hanya sayang saya
selama 7 hari dalam seminggu
bila tamat satu minggu
dia akan mula kan kitaran itu kembali
dia tak sayang saya
untuk selama lamanya

saya tak mampu berhenti sayangkan dia
juga tak mampu berhenti menyayangi masa depan saya
dua perkara yang harus di pilih satu
kan bagus andai keduanya seiring

Datuk Muhammad Shafee Abdullah

saya betul2 hormatkan lelaki ini. hormat dan kagum di atas usahanya dalam menyelamatkan seorang rakyat Malaysia dari tali gantung di luar negara. saya kagum dgn kesungguhannya ke negara asing itu di atas perbelanjaan sendiri dan berusaha memohon bantuan dari pihak2 lain untuk membantunya dari segi kewangan. saya mengikuti kes Ruzana dari awal hingga akhir. dari mula dia di tangkap sehinggalah berita kepulangan dia ke Malaysia dan merindui sambal belacan, pajeri terung dan rebung masak manis masakan bonda. saya bukan orang berada untuk menyumbang material. saya hanya mampu menyumbang doa saban waktu ketika membaca berita tentang perbicaraan Ruzana. alhamdulillah.. Tuhan itu maha adil..

tahniah saya ucapkan kepada Datuk Muhammad Shafee Abdullah!! saya betul2 kagum dengan anda!!!

Tuesday, May 16, 2006

zarin dan razin

tenghari ini, saya membuat sedikit usaha untuk berjalan ke kl sentral. berjanji untuk makan bersama seorang kawan lama.zarinah namanya. tapi saya suka memanggilnya zarin. hampir 7 tahun tak jumpa. kali terakhir bersamanya ialah ketika kami sama2 membuat latihan matematik tambahan di asrama. dia tetap sama. mgkin sbb status dia masih lagi student. masih lagi dgn jeans, t shirt, seipar, dan beg sandang. dan katanya, saya berubah. muka lagi matured.. lebih feminin (harharhar) ini mungkin kerana status saya sekarang bukan lagi seorang student seperti dia. maka saya harus melupakan jeans dan t shirt pada hari2 biasa. juga terpaksa melupakan seipar dan juga beg kain yang disilang pada badan kecuali pada hari2 minggu atau hari2 cuti am.
makan tenghari yang tak seberapa tapi penuh dengan kenangan2 manis masa sekolah dulu dan juga gossip2 panas rakan rakan sekarang (ini mmg sukar dilepaskan stp kali bertemu)
dia bakal pulang ke sabah jumaat ini. dan mungkin terus menetap di sana. itulah sebab kami saling berusaha juga untuk bertemu sebelum dia pulang. alhamdulillah, usaha saya diberkatiNya.
tamat cerita zarin.
owh ya.. razin itu siapa? razin itu anak kawan saya. papa dan mama nya satu sekolah dgn saya. razin yang matanya begitu bulat mewarisi mata mamanya. razin yang lansung tak takut pada kucing dan ferret. razin yang lansung tak menangis ketika di dukung oleh kawan2 mama dan papa..

razin razin zarin razin zarin.. hmmm....
ramai yang tertukar..
saya terkecuali..

aduhai tren

tren2 pagi tadi betul2 menguji keimanan saya.
tren pertama : berhenti di stesen taman melati tapi pintu tak bukak. kesian pada akak2 kat dalam. kesian juga saya di luar.
tren kedua : belum sampai di stesen taman melati, sudah berhenti. kami yang menunggu, hanya mampu melihat. nasib baik tren, kalau bas saya yakin pasti ramai yang akan berjalan dan menunggu di hadapn pintu tren tersebut (termasuk saya)
tren ketiga : berhenti dalam jarak kurang dari 5 meter dari tren kedua tadi. lagak seperti tgh beratur untuk pertunjukan kereta behias. silap, tren berhias.
10 minit selepas itu.. tren kedua mula berjalan. mungkin tren ketiga akan menyusul 3 minit selepasnya.
30 minit.. untuk saya smpai ke stesen kl sentral dari stesen taman melati. 30 minit berdiri sambil tangan memegang besi yang sejuk atau pun bergayut pada getah ala2 jimnastik itu sudah biasa bagi saya. tapi saya cukup kurang berkenan dengan akak2 atau makcik2 yang handbag nyer terlalu besar. sampai mencucuk cucuk perut saya. adoii!!! 27 minit untk perut saya didera dgn tusukan hujung handbag seorang kakak berbaju oren. 27 minit kerana dia trun di stesen pasar seni.

Monday, May 15, 2006

caring and sharing

bg saya.. ia bukan saja dalam hubungan serius antara sang arjuna dgn si dara
tapi juga dalam hubungan sesama manusia biasa..
saya rasa, tak salah kalau kita bertanya khabar kawn sepejabat..
atau sekadar memberi nasihat kpd seorang kawan
atau mengjak seorang kawan brkfast bersama krna tahu yang dia miss bfast di rumahnya akibat bangun lmbat
ini pndapat saya..
lantas, bila dialog seorang rakan “aku tak mintak ko ambik berat pasal aku” bergema di gegendang telinga saya..
saya rasa umpama jantung saya tersentak..
saya tergamam.. kerana masih ada lagi manusia seperti dia yang wujud dlm dunia saya..
saya kira, manusia2 yang mementingkan diri, yang tidak memerlukan kawan dalam hidupnya, yang bisa berbicara sesuka hati tanpa mengambil kira perasaan org yang mendengarnya sudah dilupuskan semua sekali dalam senarai mereka yang menghuni dunia saya.. rupa2nya, saya ter’miss’ seorang..
ingin sekali saya membalas balik pada rakan itu “aku ambik berat sbb kau alone. kalu kau mati kat sini, aku jgak yg susah. ”
tapi, saya masih waras.. n pada dia..dinasihatkan..
cuba faham apa yang org buat pada kita. paling kurang, cubalah untuk menghargai..

kadang2, apa yang tersirat di hati tak perlu disuratkan..

hati minda jari

entri pertama..
entah kenapa sejak semalam hati ini begitu beria-ia mahu mewujudkan blog
mungkin sudah penuh untuk menyimpan semua rasa dalam hati
atau mungkin juga kerana minda sudah terlalu padat dengan pelbagai ceritera dunia
lantas, jari pula yang menjadi pilihan..