Tuesday, May 16, 2006

zarin dan razin

tenghari ini, saya membuat sedikit usaha untuk berjalan ke kl sentral. berjanji untuk makan bersama seorang kawan lama.zarinah namanya. tapi saya suka memanggilnya zarin. hampir 7 tahun tak jumpa. kali terakhir bersamanya ialah ketika kami sama2 membuat latihan matematik tambahan di asrama. dia tetap sama. mgkin sbb status dia masih lagi student. masih lagi dgn jeans, t shirt, seipar, dan beg sandang. dan katanya, saya berubah. muka lagi matured.. lebih feminin (harharhar) ini mungkin kerana status saya sekarang bukan lagi seorang student seperti dia. maka saya harus melupakan jeans dan t shirt pada hari2 biasa. juga terpaksa melupakan seipar dan juga beg kain yang disilang pada badan kecuali pada hari2 minggu atau hari2 cuti am.
makan tenghari yang tak seberapa tapi penuh dengan kenangan2 manis masa sekolah dulu dan juga gossip2 panas rakan rakan sekarang (ini mmg sukar dilepaskan stp kali bertemu)
dia bakal pulang ke sabah jumaat ini. dan mungkin terus menetap di sana. itulah sebab kami saling berusaha juga untuk bertemu sebelum dia pulang. alhamdulillah, usaha saya diberkatiNya.
tamat cerita zarin.
owh ya.. razin itu siapa? razin itu anak kawan saya. papa dan mama nya satu sekolah dgn saya. razin yang matanya begitu bulat mewarisi mata mamanya. razin yang lansung tak takut pada kucing dan ferret. razin yang lansung tak menangis ketika di dukung oleh kawan2 mama dan papa..

razin razin zarin razin zarin.. hmmm....
ramai yang tertukar..
saya terkecuali..

No comments: