Friday, May 19, 2006

teh o sejuk bonda

saya masih ingat
semasa saya dan adik bersekolah
saban hari
bonda pasti menyiapkan dua gelas teh o sejuk dalam peti ais
satu untuk saya
dan satu untuk adik
teh o sejuk itu begitu nikmat andai di teguk tatkala sampai saja dari rumah
hilang haus
tapi tiap kali pulang dr sekolah, tatkala membuka peti ais
saya jarang sekali mencapai gelas berisi teh o sejuk itu
yang sering saya capai ialah botol yang berisi air kosong yang sejuk
sejuk hingga mengalami pemeluawapan di luar botol
dan gelas teh o sejuk kepunyaan saya
sering saja dihabiskan oleh adik
bila petang, bonda pasti menanya
samada saya minum atau tidak teh o sejuk nya
mengangguk
dan menjawab “seteguk. bakinya adik habiskan”
senyum

No comments: